BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, December 29, 2010

Mee Bandung!

Rasa-rasanya dah lama aku tak buat entri tentang masakan. Bukannya apa, sebab akhir-akhir ini, aku jarang ke dapur! Jangan ingat dapurku tak berasap pulak, dapurku sentiasa berasap, cuma 'chef'nya bukan aku tapi si along dan si angahku.

Aku tunggu dipanggil 'merasa' menjadi juri untuk memberi komen tentang masakan mereka aje! Beruntungkan ada anak perempuan yang dah besar panjang kan, he,he..jangan jeles ya!

Baru-baru ini, alongku membuat mee bandung...setelah merasanya, aku berilah 4 bintang! Sedap oooo...mengalahkan maknya! Mungkin darah pandai memasak ini diperolehi daripada ayahnya kot, sebab ayahnya pun pandai buat mee goreng!

Nak tau resipinya, klik kat sini

Lidahnya Bercabang!

Apa yang diucap
Tak sama dengan niat di hati
Mempunyai makna tersendiri
yang tersirat...

Apa yang dikata
ada erti disebaliknya
yang mungkin disalahtafsirkan...

Semuanya kerana
lidahnya yang bercabang
apa yang dilontarkan oleh
peti suaranya
hanya dirinya sendiri yang faham
maksudnya!!

Sunday, December 26, 2010

Episod Baru Angah!

Setelah 'rehat' hampir 2 minggu
Hari ini ... Ahad~26 Disember,2010
Episod Baru Angah bermula!

Episod apa agaknya tu...
Cuba teka...
Dah teka...
Episod 'Cinta'!

Oh,oh..No, No, No..
Lambat lagi tu..
Episod Belajar Pandu Kereta lah...




Gambar hiasan~Ehsan En. Google

Hari ini ,Angah pergi mendengar ceramah
First Step untuk belajar memandu kereta
Lepas ini, pasti kedua-dua anakku
joli berjalan dengan keretaku!!

Friday, December 24, 2010

Membuat dropdown menu untuk label

Bagi mengemaskan ruangan label di blog kita, kita boleh menggunakan kaedah dropdown menu. Jika pengunjung blogku ingin mengaplikasikan kaedah dropdown menu untuk label ini, bolehlah klik di sini, untuk melihat tutorialnya.

Selamat memcuba!

1st GA Kelip-kelip kehidupan Mari Mengira Bintang

INI ADALAH STICKY POST
SILA SCROLL DOWN UNTUK MEMBACA
ENTRI SETERUSNYA




Memandangkan aku telah 2 kali meme
nangi Giveaway/Contest, jadi aku teringin berkongsi rasa gembira ini dengan semua blogger. Dengan sebab itu, aku mengadakan GA yang pertama ini dan semestinya berkaitan dengan tajuk blog aku iaitu 'kelip-kelip'!

Jadi 1st GA aku ialah meneka jumlah bintang! Senang je kan. Jadi sesiapa yang mahu menyertai GA aku ini, silalah klik
disini, jangan segan-segan, klik ajelah, amat-amat dialu-alukan!

Wednesday, December 22, 2010

Balik Kampung ke Cuti-cuti Terengganu??

Sabtu, 19 Disember 2010
1.30 petang


Aku dan famili bertolak balik ke Kuala Berang, menuju ke rumah Atie. Tujuan melihat Ki Mat dan Atie sekeluarga terutamanya bagi Alongku yang pulang bercuti dari Australia.
Alhamdulillah di rumah Atie, kami sekeluarga dijamu nasi ayam dan puding laici masakan istimewa Atie.

Sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, ke rumah Ma, suamiku singgah di Kedai Mee Sup Gong Kapas, untuk membeli makanan malam kami sekeluarga (memang menjadi kemestian menjamah menu mee sup ini~sedap dan kegemaran kami sekeluarga).


8.00 malam

Aku dan famili tiba di rumah Ma. Suasana sudah agak gelap....aku dan suami ke pintu utama untuk membuka pintu tetapi hampa apabila pintu tidak dapat dibuka kerana dihalang oleh kereta honda Ma. Suamiku cuba menelefon Ayah Mat(menjaga rumah Ma selama Ma & Bak berada di rumah Yat) tetapi hampa tidak berjawab. Keputusan drastik perlu diambil sebab anak-anak sudah lapar dan ada yang sudah terkucil, almaklum musim hujan..biasalah tu!

Hotel Tanjung Vista, K. T (baru 3 bulan beroperasi)

8.30 malam

Keputusannya, cari hotel aje...harap-harap adalah. Akhirnya aku dan suami ke Hotel Tanjung Vista, K. T dan bernasib baik ada lagi bilik tetapi hanya bilik single~2 katil super single!Masih dalam promosi, jadi harganya tidaklah terlalu mahal, mampulah dibayar oleh kami.

Bilik single~2 katil (RM153.00)

Anak-anakku seronok tidak terhingga, terutamanya si kecil,Syuhadah kerana doanya untuk tinggal di hotel termakbul! Sepanjang 3 hari 2 malam kami di K.T, tak terasa pula seperti balik kampung, tetapi seolah-olah pelancong yang sedang "cuti-cuti Terengganu" lah pulak!

Kolam renang tertutup~anak-anakku seronok berenang di kolam
renang ini walaupun saiznya agak kecil!


Sunday, December 19, 2010

Kontest Blog Terkemas!

Syarat kontest ini mudah aje
sama ada jadi follower blog hana dan fyza
tarikh tutupnya pun lambat lagi 1 Feb., 2011
pesertanya pun ramai sekali sehingga 1,000 orang
tapi hanya untuk rakyat Malaysia sahaja!

dan kena tag 3 orang iaitu...


haszuraidah
ferry
lovely bella

Sesiapa nak join, klik aje disini

Friday, December 17, 2010

Temankan Bak...

Seawal jam 7.05 pagi
aku pergi ke rumah yat
menemani bak
kerana ma ada temu janji
dengan doktor
di pusat pesakit luar, Bukit Sekilau...

Jam 8.00 pagi
bak terbangun dari tidur
menanyakan ma dan yat
seperti biasa mengomel
bagaikan si anak kecil
yang mamai baru bangun dari tidur!

Berbual seketika dengan bak
sambil melayani bak bersarapan pagi
menu biasa~bubur, telur masak separuh dan buah pic
yang telah disediakan terdahulu oleh ma...

Begitulah rutin pagi bak
namun kebelakangan ini
selera makan bak semakin berkurangan!


Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!



Kempen menutup aurat ini aku tahu apabila Ferry tag aku. Kempen ini dianjurkan oleh blog 'the potpetking'.

Pada pandangan aku, memang bagus kempen ini diadakan memandangkan sekarang ramai umat Islam mungkin secara sedar atau di luar kesedaran mereka telah mendedahkan aurat mereka. Jadi kempen ini bertujuan mengingat sesama umat Islam, juga diri aku sendiri kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Contohnya, walaupun bertudung, tapi trend sekarang meninggikan sanggul mereka di sebalik tudung yang dipakai! Bukankah ini menarik perhatian orang lain terhadap mereka, sedangkan kita tahu tujuan memakai tudung adalah untuk menutup rambut supaya tidak menjadi 'alat' yang boleh menimbulkan fitnah orang terhadap diri kita. Selain itu, labuh tudung juga sepatutnya melebihi paras dada. Tetapi kini, aku lihat ramai yang memakai tudung mini!

Keduanya, apabila berpakaian, memang kita nampak sopan berpakaian baju kurung. Tapi apabila kita amat-amati, pakaian yang dipakai terlalu jarang, sehingga menampakkan susuk tubuh sipemakai!

Janganlah kerana mengejar kemodenan, kita mengadaikan maruah dan agama kita. Sedarlah sebelum terlambat!

Bagi memarakkan lagi kempen ini, aku ingin tag 3 rakan blogger iaitu nur nabilah, eiyda dan sufeenan

Sesiapa nak join, sila klik gambar di atas.

Monday, December 13, 2010

Sektor Pembuatan/Perindustrian

1. Dua jenis sektor pembuatan

a) Industri berasaskan sumber
~ pertanian
~ Hutan
~ Perlombongan
~ Penternakan
~ Perikanan

b) Industri bukan berasaskan sumber
~ barangan elektrik dan elektronik
~ automatif

~ percetakan

2. Kepentingan Sektor Pembuatan
~ sumber pendapatan negara
~ petambahan peluang pekerjaan
~ peningkatan taraf hidup
~ peningkatan taraf kemahiran dan pengetahuan teknologi
~ memajukan infrastruktur ( jalan raya, bekalan air dan elektrik)

3. Kesan Sektor Pembuatan terhadap Alam Sekitar
~ Pencemaran sungai akibat pembuangan sisa kilang
~ Pencemaran laut akibat pengaliran bahan pencemar dari sungai
~ Pencemaran udara akibat pembebasan asap kilang yang mengandungi bahan toksid
~ Hujan asid
~ Peningkatan suhu
~ Hakisan tanah

4. Langkah mengurangkan kesan Sektor Pembuatan terhadap Alam Sekitar
~ Pengurusan sisa toksid yang bersepadu
~ Program menanam pokok
~ Menyediakan tapak industri kilang yang lebih sesuai iaitu jauh dari sungai
~ Meninggikan serombong asap dan memasang penapis asap
~ Mengadakan zon penampang
~ Pemasangan alat merawat efluen
~ Penguatkuasaan undang-undang seperti kenakan denda, gantung lesen operasi kilang
~ Kempen Cintai Alam Sekitar atau Cintailah Sungai Kita
~ Pendidikan Alam Sekitar

Jaringan pengangkutan dan perhubungan

1. Kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan

a) Ekonomi
~ mengangkut hasil perlombongan dan pertanian
~ mengembangkan sektor pembuatan dan pembalakan
~ membangunkan sektor pelancongan dan perdagangan
~ mengembangkan k-ekonomi dan e-dagang (perhubungan)
~ meningkatkan pelaburan

b) Sosial
~ meningkatkan mobiliti/pergerakan penduduk
~ meningkatkan integrasi nasional
~ membangunkan E-pembelajaran dan Teleperubatan (perhubungan)

C) Petempatan dan Alam Sekitar
~ mewujudkan petempatan baru dan bandar baru
~ mewujudkan pusat ekopelancongan
~ dapat mengadakan pelan tindakan kawalan alam sekitar (perhubungan)

2. Kesan perkembangan jaringan pengangkutan dan perhubungan

a) Pembangunan Ekonomi
~ kemajuan sektor pertanian
~ perkembangan sektor pembuatan
~ kemajuan sektor pelancongan
~ memudahkan urusan ekonomi, menjadi cepat dan cekap

b) Pembangunan sosial
~ memudahkan perjalanan penduduk
~ meningkatkan integrasi nasioanl antara penduduk Sem. Malaysia, Sabah dan Sarawak
~ memudahkan pergerakan pelajar utk ke sekolah walaupun tinggal di luar bandar
~ memperolehi maklumat pendidikan lebih cepat dan mudah melalui E-pembelajaran

c) Taburan Penduduk
~ penduduk padat di kawasan yang sistem pengangkutan dan perhubungannya baik

d) Alam Sekitar
~ mempercantik landskap di bandar besar, menarik pelancong
~ memudahkan kawalan pembalakan haram oleh Jabatan Hutan
~ mengurangkan keluasan hutan akibat penebangan hutan untuk membina jalan raya/lebuh raya
~ memusnahkan kawasan hijau menyebabkan peningkatan suhu bandar
~ pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaa
n bermotor
~persaingan guna tanah dengan sektor lain.


Pembandaran

1. Proses pembandaran berlaku apabila

~ pertambahan penduduk melalui pertumbuhan semula jadi
~ perluasan kawasan bandar
~ perubahan cara hidup penduduk (daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan pembuatan)
~ pertambahan penduduk melalui migrasi

2. Faktor mempengaruhi pembandaran

a) Ekonomi

~ kewujudan peluang pekerjaan yang banyak
~ perkembangan sektor perindustrian seperti di Kulim (Kedah), dan Bandar Baru Bangi (Selangor)
~ kegiatan perniagaan dan perdagangan menggalakkan perkembangan bandar pelabuhan (Klang dan Pasir Gudang)
~ pelbagai perkhidmatan seperti perbankan, insurans dan pusat pelancongan

b) Sosial

~ penyediaan sistem pengangkutan dan perhubungan yang menggalakkan pertumbuhan bandar baru di laluan lebuh raya (Bandar Tanjung Malim, Nilai dan Ayer Keroh)
~ wujudnya kemudahan pendidikan (UKM di Bandar Baru Bangi, UUM di Sintok dan UPSI di Tanjung Malim)
~ Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang lengkap

c) Governan

~ menaik taraf bandar
~ Dasar Ekonomi Baru
~ Agensi kerajaan dan swasta berperanan memajukan bandar

3. Kesan Pembandaran

~ pembinaan bangunan tinggi mengubah landskap di bandar
~ pembinaan jaringan pengangkutan menjadikan landskap Kuala Lumpur lebih kompleks
~ pencemaran udara akibat pelepasan gas beracun dari sektor kilang dan asap kenderaan bermotor
~ pencemaran air akibat pembuangan sisa kilang dan sampah sarap ke sungai
~ pencemaran bunyi
~ banjir kilat yang memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa
~ masalah pengangguran yang serius
~ perubahan kualiti hidup
~ kemasukan migran yang ramai

4. Masalah pembandaran

~ masalah banjir kilat
~ peningkatan suhu
~ pengangguran
~ Kesesakan lalu lintas
~ pencemaran udara dan pencemaran bunyi

5. Langkah mengatasi masalah pembandaran

~ memperbaiki sistem perparitan
~ perancangan rapi tentang struktur bandar
~ penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
~ mewujudkan kawasan hijau/tanam pokok
~ wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
~ pembinaan jalan pengangkutan yang lebih cekap (guna keretapi tenaga elektrik spt LRT, monorel dan komuter yang bersifat mesra alam)

Saturday, December 11, 2010

Saling Bergantung antara Luar Bandar dengan Bandar

1) Bandar bergantung kepada luar bandar untuk

~ memperoleh makanan untuk penduduknya
~ mendapatkan bahan mentah untuk perindustrian dan perdagangan
~ bagi memasarkan atau menjual hasil kilang kepada penduduk luar bandar
~ luar bandar sebagai tempat rekreasi penduduk bandar
~ mendapat bekalan tenaga buruh

2) Luar bandar bergantung kepada bandar untuk

~ melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (universiti dan kolej)
~ mendapatkan perkhidmatan perubatan moden yang lebih baik
~ mendapatkan perkhidmatan kewangan yang lebih baik (bank, syarikat insurans)
~ menikmati perkhidmatan pengangkutan yang canggih di bandar
~ menikmati kemudahan sosial (pusat hiburan dan pusat beli-belah) yang lebih baik
~ mendapatkan perkhidmatan pentadbiran (agensi kerajaan) yang berpusat di bandar

Friday, December 10, 2010

Migrasi

Definisi migrasi~ penghijrahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain.

Istilah migrasi :

1. Imigrasi ~ perpindahan masuk penduduk ke sesebuah negara dari negara lain.

2. Emigrasi ~ perpindahan keluar penduduk dari sesebuah negara ke negara lain.

3. Migrasi bersih ~ perbezaan yang wujud antara imigrasi dengan emigrasi.

Migrasi Bersih = Imigrasi - Emigrasi

Jenis Migrasi :

1. Migrasi Dalaman :
a) Luar bandar ke luar bandar
b) Luar bandar ke bandar
c) Bandar ke bandar
d) Bandar ke luar bandar

2. Migrasi Antarabangsa
a) Imigrasi
B) Emigrasi

Faktor Mempengaruhi Migrasi

a) Migrasi Dalaman
~ peluang pekerjaan
~ kehidupan yang lebih selesa
~ kemudahan asas yang lebih baik
~ meningkatkan taraf hidup
~ melanjutkan pelajaran
~ pembukaan tanah rancangan (migrasi luar bandar ke luar bandar)

b) Migrasi Antarabangsa
~ peluang pekerjaan yang banyak di negara yang dituju
~ meningkatkan taraf hidup
~ melanjutkan pengajian/pelajaran
~ kemelesetan ekonomi/kemiskinan di negara asal
~ peperangan di negara asal
~ bencana alam di negara asal
~ kestabilan politik di negara yang dituju

Kesan Migrasi

a) Negara/Kawasan Asal
~ mengurangkan kesesakan penduduk
~ kekurangan tenaga kerja
~ ketidak seimbangan dalam komposisi jantina dan umur
~ merugikan negara kerana kehilangan tenaga profesional yang telah berhijrah

b) Negara/Kawasan Destinasi/Dituju
~ menguntungkan kerana kedatangan golongan profesional
~ meningkatkan pembangunan negara
~ penduduk tempatan kehilangan pekerjaan
~pengaliran keluar wang
~ meningkatkan kejadian jenayah


Alhamdulillah...aku menang lagi!

Kali ini aku betul-betul terkejut dan teruja apabila aku memenangi pertandingan bercerita Picture Of My Contest yang dianjurkan oleh Aretikz, pemilik blog Segala Ceritera. Apa tidaknya, seramai 49 peserta, cerita aku disenaraikan memasuki 7 cerita terpilih dan url blog aku dimasukkan ke dalam bloglist penganjur!

Aku seolah-olah tidak mempercayai apa yang aku baca (berulang kali aku baca) apabila cerita aku terpilih sebagai 'johan' dalam contest ini. Alhamdulillah, aku mengucap syukur di dalam hati.

terima kasih daun keladi,
buat penganjur si Aretikz ini,
kalau ada contest lagi ,
aku nak join lagi!

Kepada pengunjung blogku, yang ingin membaca ceritaku ini, sila klik disini

Thursday, December 9, 2010

Terfikir Sejenak!

Sambil aku berehat-rehat selepas menikmati sarapan pagi, aku membelek-belek majalah Ana Muslim yang sudah agak usang yang sering dibaca oleh Syu. Aku tertarik dengan satu rencananya yang bertajuk "Rasulullah s.a.w Yang Berjiwa Penyayang". Sesungguhnya setelah membaca rencana itu, timbul pertanyaan dalam diriku kenapa kini situasi itu jarangku lihat dalam masayarakat! Ikutilah sebahagian catatan rencana tersebut :

Dalam suatu perjalanan, Rasulullah s.a.w dan para sahabat singgah di satu tempat untuk menyediakan makanan. Mereka mengagihkan tugas...

Sahabat 1 : Biar saya menyembelih kambing

Sahabat 2 : Biar saya yang mengupas kulitnya

Sahabat 3 : Saya akan memotong dan memasaknya

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda : Saya akan mencari kayu api

Namun tindakan Rasulullah s.a.w dilarang oleh para sahabat baginda.

Lantas baginda bersabda : Saya tidak ingin diperlakukan secara istimewa. Sesungguhnya Allah tidak suka melihat seorang hamba yang suka dilayan secara istimewa di antara para sahabatnya.

Setelah itu, baginda s.a.w terus bangun dan pergi mengumpulkan kayu api.

Pada hari ini, aku lihat ramai tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w! Kenapa harus ada diskriminasi apabila berkawan, ini menyebabkan aku teringat kepada satu entri yang pernah aku tulis, bertajuk Perlukah Ada Diskriminasi?


BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Ini berita terkini daripada blog Ben Ashaari! Beliau akan membubarkan bloglist lamanya dan akan menyenaraikan bloglist baru, seperti runtuhkan bangunan lama dan bina balik bangunan baru!. Jadi siapa-siapa nak join, klik aje disini.

Wednesday, December 8, 2010

Blog Larian 1 dah terlepas, Blog Larian 2 Aku Datang!

Program BlogLarian ini aku tahu melalui 2 orang rakan blogger yang men'tag' aku iaitu Haszuraidah dan Fizzo. Terima kasih kepada mereka berdua kerana memberitahu aku tentang program berbloglarian ini dengan tujuan membantu meningkatkan blog walking ke blog-blog.

Program Bloglarian ini dianjurkan oleh Blog Furdunesia, dengan tujuan membantu meningkatkan blog walking sama ada di blog kita atau membantu meningkatkan blog walking di blog rakan blogger yang lain. Baik sungguh hati penganjur bloglarian ini, 'credit to the owner blog'! Jadi sesiapa yang ingin join program bloglarian ini, sila klik disini.

Aku memang suka berblogwalking kerana mendapat ramai rakan blog yang baru dan lama juga. Aku juga memperolehi informasi terkini yang dimuatkan dalam entri mereka. Pengetahuan aku tentang dunia blog juga bertambah!

Di sini, aku ingin tag beberapa rakanku untuk join program bloglarian ini :

Ferry
Nur
Cik Sue
Lia

Putaran Bumi


1. Namakan jenis pergerakan bumi di atas : Putaran bumi.

2. Bumi berputar dari arah barat ke timur.

3. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam.

4. Kesan putaran bumi ialah :

(a) Kejadian siang dan malam
(b) Kejadian pasang surut
(c) Kejadian pembiasan angin

Monday, December 6, 2010

Syukran.....dapat award lagi!


Award kali ini aku dapat daripada eiyda dan haszuraidah . Jadi aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada eiyda dan haszuraidah sebab beri aku title "beautiful blogger". Terperasanlah pulak diri aku cantik! he,he...jangan jeles ya, eiyda dan haszuraidah dah iktirafkan aku 'cantik'.

Ada pulak soalan perlu di jawab : 7 perkara tentang diri aku ~ banyak ni, boleh tak nak beritahu 3 je, kira aci lah ye ...

1. Suka sangat window shopping ~ tak beli pun tak pe!

2. Suka berblogging ~ sejak akhir-akhir ni aje!

3. Suka mengemas rumah ~ tapi yang hairannya rumah sentiasa bersepah!



Award kedua, aku dapat daripada Fizzo, cantik sungguh awardnya, pink gitu! Macam biasa ada soalan kena jawab.

1. Apakah perasaan anda apabila ramai follower?
Eh,eh ramai ke follower blog aku, tak sampai seratus pun! Tapi lebih daripada 1 tu dah dikira ramai, jadi aku amatlah berbangga dengan follower blog aku ni. TQVM semua :)

2. Apa pendapat tentang award tu?
Nice, lagipun warna pink kan warna kesukaan aku dan aku memang suka makan ais krim!

3. Apakah yang anda buat untuk tambahkan follower?
Selalu pergi menjenguk (bw) rakan blogger, tengok post yang menarik!

4. Sila upload gambar award yang diperolehi
Ops, yang ini aku dah muatkan dalam pages 'contest'>'award',sila klik jika mahu lihat ya!

5. Nak tagged kepada :

Cik Sue
Syrupmasin
Farhana
Kak Yong
























Sunday, December 5, 2010

Keropok Lekor


Biasanya waktu petang, aku dan famili suka makan keropok lekor bersama air teh O. Oleh kerana keropok lekor yang menepati citarasa kami sekeluarga adalah dari kampung halamanku, nun di Kuala Terengganu, aku biasanya membeli keropok lekor ini dalam kuantiti yang banyak jika balik kampung. Keropok lekor ini akan aku simpan di dalam fridge untuk tahan lama.

Namun di musim hujan ini, agak sukar untuk membeli keropok lekor kerana tiada bekalan ikan! Jadi ramai peniaga keropok lekor 'tutup kedai' pada musim tengkujuh ini. Jadi terpaksalah makan keropok keping aje, tapi sedap juga...makan cicah air teh O!

Pergerakan Bumi



Gambar rajah di atas menunjukkan pergerakan bumi.

1. Pergerakan bumi tersebut dikenali sebagai peredaran bumi


2. Berapakah masa yang diambil oleh bumi untuk mengelilingi matahari?
365 1/4 hari

3. Pergerakan bumi di atas paksinya dari arah barat ke timur


4. Kedudukan bumi pada I dan II berlaku pada tarikh

(a) I : 21 Mac

(b) II : 21 Jun


5. Nyatakan musim yang terjadi apabila bumi berada di kedudukan IV.

(a) Hemisfera utara : Musim Sejuk

(b) Hemisfera selatan : Musim Panas


6. Nyatakan empat kesan pergerakan bumi dalam gambar rajah di atas

(a) Siang dan malam tidak sama panjang

(b) Kejadian empat musim

(c) Perubahan sudut ketinggian matahari tengah hari

(d) Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

Saturday, December 4, 2010

Meletakkan Komen Terkini

1. Design>Dashboard>Add A Gadget>Feed

2. copy dan paste url dibawah

http://nama blog anda.blogspot.com/feeds/comments/default

Friday, December 3, 2010

Benda Paling Penting Dalam Hidup

Aku ditag lagi oleh nur, pemilik blog All In One. Dengan sukacitanya aku akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan :

1. Benda paling penting dalam hidup

Sudah tentu kerjaya. Kenapa? Tanpa kerjaya, tak mungkin aku boleh membantu meringankan beban suami dan memberi yang terbaik kepada keluarga tercinta.

2. Benda terakhir beli guna duit sendiri

Kalau difikir-fikirkan, hari-hari beli barang guna duit sendiri. Tapi kalau 'benda' tu, rasa-rasanya treadmill, kononnya nak senaman untuk kuruskan badan, tapi 'benda' tu dah jadi 'gajah putih' di suatu sudut di rumahku!

3. Soalan ini aku ubah sedikit (Versi Asal) : Tempat berlangsungnya perkahwinan dan tema

Di kampung halamanku, Kuala Terengganu dan temanya biasa-biasa je. Baju kurung moden ditempah khas tapi sayang sudah tiada dalam simpanan.

4. Soalan ini pun aku ubah : Sudah berkahwin

Yes, sudah berkahwin dan masih berkahwin!

5. Soalan ini pun aku ubah : Berapa lama menyayangi suami dan keluarga anda

Selamanya, selagi nyawa dikandung badan!

Aku nak tag

haszuraidah
fizzo
ferry

p/s soalan boleh diubah ikut kesesuaian peribadi individu!

Terubat rinduku...

alongku pulang bercuti
melepaskan rindunya pada keluarga
tiba semalam 10.45 malam
yang sepatutnya tiba jam 7.00 malam!

alongku pulang bercuti
membawa bersama ole-ole dari Australia
gembira sungguh adik-adiknya
riuh rendah hilai ketawa
bercerita tak habis-habis!

alongku pulang bercuti
yang memang ku nanti-nantikan
bagaikan sang rembulan jatuh ke riba
terubat rinduku akhirnya....

Bertambah lagi koleksi awardku!


Award ku dapat kali ini daripada Nur, pemilik blog All In One

Seperti biasa kena jawab beberapa soalan :

1. Apa pandangan anda tentang blog yang tag anda utk terima award ini?
All In One ~ sebuah blog yang sering mengutarakan isu-isu semasa yang menarik!

2. Kenangan manis ~
Melihat kejayaan anak-anak dan pengalaman di Tanah Suci Mekah!

3. Kenangan pahit ~
Apabila rumahku ditenggelami banjir besar tahun 2001,
habis semua kenangan sebelum tahun berkenaan musnah! Lihat
entry : Banjir menerjah lagi!

4. Puas hati dengan hidup sekarang?
Alhamdulillah ,bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan!

5. Impian yang belum tercapai?
teringat kepada entry yang pernah ditulis bertajuk
Impian di hati


Thursday, December 2, 2010

Dapat award lagi!


Award ini saya perolehi daripada Haszuraidah
pemilik blog ma belle historie

Bagaimanapun kena jawab beberapa soalan :

1.Apakah makanan kegemaran?
Sudah tentulah laksa kuah merah

2. Siapakah yang anda sayangi?
Mestilah keluargaku!

3. Berikan award ni kepada 4 blogger

farhana
kakyong
nabilah
ayie

Tuntutan Fardhu Kifayah

1 Disember, 2010
8.00 malam

Usai solat maghrib, aku menyuruh anak-anak membaca al-Quran sebelum membuka komputer.
"Ding-dong...ding-dong", loceng rumahku berbunyi 2 kali. Siapa gerangannya yang menekan loceng di kala maghrib begini, jika tiada mustahaknya.

Wani yang membuka pintu, melaung memberitahuku,"mak, Cikgu Jamilah". Aku bergegas keluar, kerana pasti ada yang penting jika Cikgu Jamilah bertandang ke rumahku. Cikgu Jamilah adalah jiranku, memberitahu,"suami Kak Leha meninggal di hospital kerana sakit kencing manis." Oleh kerana nampak aku terpinga-pinga, Cikgu Jamilah meneruskan bicaranya,"mungkin Mega tidak kenal, sebab rumahnya di lorong belakang rumah Kak Milah". Aku hanya mengangguk mengiakannya.

2 Disember, 2010
7.45 pagi

Aku baru pulang menghantar angah yang menduduki SPM dan singgah membeli sarapan pagi di kedai Mak Su.

8.00 pagi

Aku nampak Haji Zainal dan Kak Som berjalan bergandingan, menuju ke rumah Kak Leha. Jadi aku hanya angkat tangan sebagai tanda menegur.
Semasa aku membuang sampah ke dalam tong sampah di hadapan rumahku, aku nampak Kak Som di hadapan laman rumahnya. Jadi aku pun bertanya,"Kak Som sudah balik melawat ke?". "Belum, tunggu Abang Haji ni ha..", jawab Kak Som.

Kesempatan itu aku gunakan untuk bertanya lokasi rumah Kak Leha, sebab sememangnya aku tidak kenal siapa Kak Leha ini, walaupun tinggal berdekatan.

Almaklumlah zaman sekarang, jiran sebelah rumah pun kadang-kadang kita tidak kenal! Inikan pula jiran lorong-lorong lain! Nasib baik aku kenal jiran-jiran selorongku,he,he,he...kira oklah tu.

8.20 pagi

Aku dan ditemani Ira pun melawat Kak Leha walaupun aku tidak kenalnya secara peribadi, tetapi sebagai seorang jiran, aku rasa bertanggungjawab melawat Kak Leha sebagai tanda simpatiku terhadapnya yang baru kehilangan suami tercinta. Setelah selesai membaca surah Yasin, aku memohon diri untuk pulang, dan Kak Leha sempat berkata ketika aku bersalaman dengannya,"terima kasih kerana sudi datang".

Semasa berjalan pulang, aku merasa lega kerana selesai menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang jiran dan juga sebagai seorang Islam, walaupun ini hanya tuntutan fardhu kifayah!

Wednesday, December 1, 2010

Terharunya Aku!

Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakan blogger terhadap perkembangan blogku ini amat menyentuh sanubariku.

Pertamanya apabila Lia pemilik blog myrevengeZone3 dan Nur pemilik blog All In One mencalonkan blogku kelip-kelip kehidupan dalam segmen "Aku Suka Blog Awak La!" anjuran blogger popular Ben Ashaari. Maklumlah blogku ini tak sampai setahun jagung pun penubuhannya. Masa ini, aku dah pun terharu. Terima kasih ya Lia dan Nur.

Kali keduanya aku terharu apabila Fizzo, pemilik blog Apa Saja Di Fikiran, memberitahuku yang aku tersalah menulis url blogku di shoutmix boxnya, sehingga menyebabkan 'landing'nya di blog lain. Bertambah lagi rasa terharuku di atas sikap prihatin rakan bloggerku ini!

Rasa amat terharuku makin bertambah apabila Haszuraidah, pemilik blog
Ma Belle Historie membuat entri berkenaan blogku di blognya dengan menyatakan namaku yang sebenar! Lagi-lagilah terharunya aku dengan sikap prihatinnya dalam persahabatan walaupun hanya di alam maya ini.

Kemanisan berblogger makin aku rasai apabila aku memenangi GA pertama anjuran blog Aku Mula Menulis ... yang dimiliki oleh Ekin dan juga menghadiahkan "Best Blog Award" kepada aku . Lagilah aku terharu apabila Ferry Punya Blog, Sonata dan Enna mengucapkan tahniah kepada ku. Seronoknya!

Demi menghargai persahabatan ini, aku dengan rendah hati ingin menghadiahkan award di bawah kepada rakan-rakan bloggerku ini. Harapan semoga persahabatan ini kekal selamanya walaupun hanya di alam maya!


Juga kepada pengunjung blogku yang dihormati, terimalah persahabatan daripadaku ini. Harapanku terimalah award ini dengan setulus hati, sebagaimana aku menghadiahkan kepadamu dengan ketelusan hatiku ini (love shake hand)!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...