BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, February 28, 2011

Udang Masak Tiga Rasa

Ini merupakan hidangan udang terakhir sebelum along pulang ke Australia untuk menyambung pelajarannya! Ikuti resipinya....

Bahan utama :

1 kg udang kapas

Bahan-bahan kisar :

1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

2 batang serai dititik

Bahan-bahan pes :

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
(digaulkan hingga sebati)

Cara membuatnya :

1. Udang digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digorengkan sehingga masak.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing.

3. Masukan bahan-bahan pes dan 1/2 cawan air
. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah kuah agak pekat, masukkan udang
yang telah digoreng dan angkat.


p.s~gambar nanti diuploadkan!

gambar diuploadkan pada 16/3/2011,jam 10.47 mlm


Alongku kini di Hemisfera Selatan!

Hampir tiga bulan
alongku bercuti
dari Disember hingga Februari
Berbagai aktiviti telah along lakukan
memasak, menjahit manik
dan pastinya membeli-belah!!

Namun kini...
alongku jauh di mata
namun dekat di hatiku
nun di hemisfera selatan
menimba ilmu
mengejar cita-cita
yang belum tercapai!!

Aku rela kepergianmu along
demi masa depanmu...
aku doakan along berjaya
mencapai cita-citanya!!


Tuesday, February 22, 2011

Cayalah angah....

gambar dr Mr Google


Alhamdulillah dugaan pertamamu
telah berjaya kau tempuhi
kini hanya tinggal satu lagi
debaran menanti....

Sabar menanti,tabah menunggu
di akhir Februari atau di akhir Mac
akan diumumkan...

Sekalong tahniah buatmu angah
kerana lulus ujian memandu
lepas ini boleh gantikan along
mengambil adik syu dari kelas KAFAnya.


p.s ~ tak teringin ke nak bawa kereta
seperti gambar di atas?he,he......


Sunday, February 20, 2011

Debaran Menanti....

jangan resah
jangan gelisah
usah risau
usah bimbang

hadapi dengan tabah
harungi dengan sabar
pasti kemenangan
menyebelahimu...

bonda pasti anakanda
dapat menjalaninya sebaik mungkin
redha dengan ketetapan Allah...

selamat menduduki ujian memandu esok
dan
menunggu penuh sabar keputusan SPM diumumkan!!

chaiyok angah!!


Thursday, February 17, 2011

7 kalimat untuk diamalkan

"Barang siapa yang hafal tujuh kalimah, ia dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busar laut"(tafsir Hanafi). Kalimat itu ialah :

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

4. Mengucapkan Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah... jika menghadapi dan menerima musibah.

6. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.


'mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat,

mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu,

mudahan-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa'




Tuesday, February 15, 2011

Santau!

Dalam dunia yang serba moden ini, masih ada lagi orang yang mengamalkan ilmu hitam atau santau untuk memusnahkan orang lain. Menurut Wikipedia Ensiklopedia, santau dapat di lakukan dalam 2 cara iaitu secara fizikal dan santau angin.

Santau secara fizikal dilakukan melalui makanan dan minuman. Serbuk kaca, besi dan miang buluh akan dimasukkan ke dalam makanan dan sesiapa yang termakannya akan bermuntahkan darah!

Manakala santau angin melibatkan bacaan mentera dan dihembuskan ke arah simangsa!

Bagi menghindarkan santau angin, ikutilah petua-petua di bawah...

1. Pastikan air minuman ada pantulan bayangan kita di dalam air tersebut.

2. Rasa tapak gelas/cawan, jika tapaknya terasa sejuk sedangkan air di dalam gelas itu air panas/suam ~ ada unsur santau!

3. Gisikkan rambut anda dengan jari telunjuk dan ibu jari ~ tidak mendengar gisikannya...ada unsur santau!

Untuk keterangan lanjut petua menghindarkan santau angin, sila klik disini

Sunday, February 13, 2011

Sape nak hadiah?


Sesiapa nak join, silalah klik disini

Syarat utama : Tulis puisi romantis!

Ikuti puisiku...

TIKA MALAM

tika malam...aku sunyi tanpamu di sisi
ibarat bumi ini tiada penghuninya
sunyi sepi seluruh alam!

tika malam...aku rindukan bisikan mesramu
mengucapkan bait-bait cinta
penuh shahdu dan mengasyikkan!

tika malam...aku dambakan mimpi indah bersamamu
membina mahligai syurga yang dijanjikan
dengan kata-kata manismu
umpama menanam tebu di tepi bibir!

tika malam...aku merenung bintang di langit
menunggu... bagaikan sang pungguk rindukan rembulan
menanti janji-janjimu dikotakan!


Friday, February 11, 2011

Boikot Valentine's Day,Sanjungi Maulidur Rasul!

Jangan terpedaya dengan budaya 'memperingati hari kekasih' yang disambut oleh penganut agama kristian. Oleh itu sebagai orang Islam, kita memang dilarang sama sekali menyambut 'Hari Kekasih' ini!! ...




Jangan ada yang tak tahu pula kenapa hari Selasa (15 Februari) merupakan cuti umum!...kerana kita menyambut Maulidur Rasul pada hari tersebut.

Ikutilah peristiwa bersejarah Maulidur Rasul...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya....sumber wikipedia ensiklopedia.


Wednesday, February 9, 2011

Hari ini, aku menjadi "Ustazah"


Rasa berdebar-debar tu memang ada apabila aku diminta mengajar PAFA bagi pelajar Islam yang akan menduduki SPM tahun ini.

Kelasnya bermula hari ini, iaitu jam 8.05 pagi hingga 9.15 pagi. Pelajarnya tak ramai iaitu lebih kurang 12 orang. Tajuk pertamanya ialah Solat Jenazah!

Mula-mula pengajaran, aku minta seorang pelajar membaca surah Al-Fatihah, sengaja aje aku suruh baca..nak menguji bacaannya. Walaupun pelajar-pelajar ini dari kelas yang agak lemah, alhamdulillah mereka boleh menjawab soalan-soalanku tentang solat fardhu!

Seterusnya, aku soal bab-bab penting dalam solat jenazah...pun mereka boleh jawab, walaupun bacaan doa dalam solat jenazah ini mereka sudah lupa!

Aku begitu teruja untuk mengajar mereka lagi, terutamanya apabila salah seorang pelajar ini memanggilku....."ustazah".

Kadang-kadang seronok juga bertukar 'title' ini...dan apa yang diajar, sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuanku dalam perkara-perkara yang sebelum ini aku tidak tahu atau tidak ambil peduli!! Aku bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang ini......

Sunday, February 6, 2011

Suntikan Imunisasi HPV


Dalam sibuk-sibuk aku mengemaskinikan blog, tiba-tiba anak keempatku (Ira) menghulurkan satu borang meminta aku menandatangani kebenaran baginya menerima suntikan ini.

Untuk mereka yang tidak tahu apa itu HPV, ingin aku jelaskan bahawa HPV adalah stand for Human Papilloma Virus dan imunisasi ini diberikan kepada pelajar perempuan (Tg 1 dan 13 tahun ke atas). Tujuannya adalah untuk mencegah kanser servik!

Imunisasi HPV ini diberi sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan. Ikutilah jadual suntikannya:

Suntikan pertama~tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik

Suntikan kedua~1 bulan selepas suntikan pertama

Suntikan ketiga~ 6 bulan dari suntikan pertama

Jadi bagi anak-anakku yang masih bersekolah, boleh dapatkan imunisasi ini di sekolah. Namun bagi along dan angah yang sudah tamat persekolahannya, terpaksa mengambil imunisasi ini di klinik kesihatan ataupun di klinik swasta (kosnya melebihi RM1,000).

Untuk pengetahuan semua, kanser servik ini merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal! Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik ini juga menyumbangkan 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. (dipetik dari risalah pelalian HPV).

Oleh itu, bertindak bijak..iaitu "mencegah, lebih baik daripada mengubati",berikan yang terbaik untuk anak-anak dan diri kita juga~jalani ujian pap smear dan mamogram!

Kek Butter Chips Chocolate


Baru-baru ni, sebelum balik bercuti ke Trengganu, angah begitu bersemangat membuat kek butter ini. Katanya, boleh dimakan dalam kereta semasa balik nanti! Seronoklah adik-adiknya...sambil tengok tv dapat makan kek lagi!! Mak dan ayahnya pun tumpang sekaki...he,he..!

Nak tahu resipinya, klik aje disini

Friday, February 4, 2011

Khasiat Daun/Pucuk Betik

Aku terpanggil untuk membuat entri tentang khasiat daun/pucuk betik ini apabila semasa aku diserang demam denggi aku diberi minum jus daun betik oleh keluargaku. Walaupun rasa jus betik itu amat pahit, tetapi demi untuk sembuh aku telan aje jus itu...

Setelah aku cari maklumat tentang khasiat daun betik ini di internet, rupa-rupanya aku dapati jus daun betik ini dapat menggantikan platelet darah yang telah berkurangan akibat diserang demam denggi. Dipercayai, jus daun betik ini dapat meningkatkan platelet darah dalam masa 7 hingga 8 jam setelah diminum. Mungkin kenyataan ini benar kerana selepas aku minum jus daun betik ini, platelet aku telah meningkat dari 52 kepada 82 pada keesokannya. Jus itu aku minum pada jam 10 malam sebelumnya! Mujarabkan jus daun betik ni kan!

Satu lagi khasiat daun betik ialah dapat menurunkan darah tinggi. Caranya dengan menjadikan pucuk dan bunga betik sebagai ulam (celur dahulu) dan boleh dimakan dengan sambal belacan. Mungkin rasanya agak pahit, tetapi itulah mujarabnya untuk merendahkan tekanan darah tinggi...mungkin aku boleh cuba sebab tekanan darahku sejak akhir-akhir ini juga agak tinggi (145/95), daripada aku ambil ubat darah tinggi lebih baik aku makan ulam pucuk betik ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...