BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, April 27, 2011

Gembira bertukar Sedih

Rabu, 20 April 2011

Aku memohon Cuti Rehat Khas (CRK) kerana menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan SMART dimana angah adalah salah seorang yang tersenarai sebagai penerima hadiah. Seawal jam 7 pagi, aku, angah dan ira bertolak ke sekolah dengan suasana gembira!

Di Dewan Al Falah~

Sebaik majlis nak dimulakan aku menerima sms daripada ti memberitahu keadaan bak tenat! Lebihkurang jam 8.00 pagi masa itu. Ketika membaca sms itu, hatiku sudah tidak keruan! Dalam duk berkira-kira untuk menelefon ti, aku menerima panggilan daripada ti, memberitahu bak sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah hirajiuun...yang pasti setiap yang hidup akan kembali menemuiNYA.

Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi. Dengan bercucuran air mata, aku meminta pengawas yang bertugas memanggil angah yang ketika itu berkumpul di Bilik TMK. Setelah itu, aku meminta angah memanggil ira di kelasnya.

Sementara menunggu angah itu, aku menelefon suamiku mengkhabarkan berita sedih ini dan memintanya menguruskan wani dan syu.


Bertolak ke k. trengganu

Setelah bersiap-siap ala kadar, aku dan famili bertolak balik lebih kurang jam 11 pagi. Kami tiba jam 2 petang. Yat dan familinya tiba lebih awal. Ketika itu rumah ma dah dipenuhi rakan taulan dan membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada bak. Ti dan familinya pula tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Bak disemadikan di perkuburan keluarganya sebagaimana yang diwasiatkannya kepada ma. Alhamdulillah semua urusan pengkebumian bak selesai selepas waktu asar.

Semoga roh bak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al Fatihah untuk bak....amin.

Friday, April 15, 2011

Rebut peluang!

Sekarang ni, heboh dengan isu "mari melabur"! Nak tahu melabur apa tu??? Tak lain, tak bukan melabur di Bank Rakyat....beli syer RM500! Jadi, aku, suamiku dan angah pun tak terlepas merebut peluang ini! Jadi, jika ada yang belum melabur tu...apa tunggu lagi. Rebutlah peluang ini! Selamat melabur!


untung tau melabur di bank rakyat ni,
kalau tak percaya, tanya mereka yang dah
melabur dulu-dulu...

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Siakap Masak Stim/Kukus/Rebus

bahan utama ~ ikan siakap

Pada hari Ahad lepas, angah masak menu tengahari yang sihat untuk mak, ayah dan adik-adiknya iaitu siakap masak stim. Tapi nak cara mudah, ikan siakap itu diletak aje dalam kuali "wok" dan ditudung rapat-rapat~jadi jugak seperti stim/kukus!

Nak ikuti resipinya, silalah klik disini



Tuesday, April 12, 2011

Kawasan Kajian : Sek. Men. Keb. Tanah Putih, Kuantan, Pahang.

Kajian ini dijalankan di SMK Tanah Putih, kira-kira 1 km dari bandar Kuantan. Dari segi lokasi, SMK Tanah Putih terletak di Jalan Tanah Putih. SMK Tanah Putih didirikan di atas tanah pamah yang rata. (lihat Peta 1).

Dari segi kemudahan asas, SMK Tanah Putih mempunyai 37 buah bilik darjah, dua buah dewan, sebuah pejabat dan bilik guru. Selain itu, SMK Tanah Putih juga dilengkapi dengan makmal sains, makmal I.T dan 3 buah kantin untuk keperluan warganya. Memandangkan bilangan pelajar yang ramai, SMK Tanah Putih mempunyai 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang. (lihat Peta 2).

Peta 1 ~ Lokasi kawasan kajian (SMK Tanah Putih)di daerah Kuantan.

Peta 2 ~ Peta lakar kawasan kajian (SMK Tanah Putih).

Kedua-dua peta ini, boleh didapati daripada guru-guru geografi anda.

Peta 1 ~ boleh dicari melalui "google map".

Peta 2, anda perlu melukisnya sendiri berdasarkan peta lakar yang disediakan oleh guru geografi anda.

Sunday, April 10, 2011

Asam Pedas Gula Melaka


Buku ini ditulis oleh Norbi Husin. Buku ini sebenarnya mencatat pengalaman pengarang sebagai seorang pendidik dan juga sebagai pentadbir sekolah (pengetua). Buku ini mengandungi 590 halaman dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Bahagian 1 menceritakan pengalaman pengarang menjadi guru di empat buah sekolah. Bahagian 2, 3, 4 dan 5 pula menceritakan pengalaman pengarang menjadi pentadbir sekolah. Manakala Bahagian 6 adalah surat-surat yang ditulis oleh guru-guru yang pernah berkhidmat dibawah pentadbiran pengarang.

Buku ini amat berguna kepada guru-guru untuk dijadikan panduan terutamanya bagi guru-guru yang ingin memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah atau pengetua. Tugas pengetua yang amat mencabar, telah menuntut kesabaran, kegigihan dan kekuatan mental dan fizikal yang amat tinggi. Pengetua yang berjaya berupaya menangani masalah di bawah pentadbirannya dengan bijak dan memuaskan semua pihak yang terlibat seperti pelajar, guru, ibu bapa dan pekerja. Bagi menghasilkan output yang baik, sikap tegas tetapi ada sifat toleransi amat diperlukan.


Friday, April 8, 2011

hanya kepadaMu aku bermohon...

aku dan seorang rakan
baru saja lepas menziarahi
seorang rakan yang sakit
tapi tak pasti apa penyakitnya!

mula-mula ingatkan limfoma,
tapi alhamdulillah bukan...

jadi kini,
rakanku itu mahu berubat
secara tradisional pula!

aku doakan semoga dia cepat sembuh!

Ya Allah Engkau sembuhkan rakanku daripada
penyakit yang tidak diketahui apa puncanya,
hanya kepada Mu, aku bermohon....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...