BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, May 31, 2011

Tupperware memang 1st class!

this is sticky post, please scroll down for the new post!

Sejak dulu sampai sekarang, aku memang menggunakan tupperware untuk menyimpan lebihan makanan seperti biskut, keropok dan kueh. Kenapa? Semestinya kerana bekas tupperware ini kedap udara! Jadi makanan yang disimpan dalam bekas tupperware ini tidak lemau! Malah ranggupnya tetap kekal. Jadi apa tunggu lagi, lihatlah kempen dibawah untuk mengetahui kelebihan bekas tupperware ini.

Tupperware memang no. 1. Klik sini untuk keterangan lanjut!Ada hadiah lagi!

iPhone 4!



Tawaran istimewa daripada Celcom untuk memiliki iphone secara mudah dan tidak perlu keluarkan banyak duit. Memang menarik tawaran ini.

Nak tahu lebih lanjut, klik sini

Thursday, May 26, 2011

Perodua Biggest Fan~Ini peluang anda!


Peluang yang mendatang,jangan disia-siakan. Buktikan anda mampu
meraih RM10,000 yang ditawarkan atau menangi iPad 2. Semuanya
dapat digenggam jika anda sertai peraduan ini!


Jom klik sini untuk menangi RM10,000 dan iPad 2 daripada Perodua!

Wednesday, May 25, 2011

Kangkung Goreng Belacan


Bahan utama:

1 ikat kangkung~asingkan daun dan batangnya.

Bahan tumis:

1/2 labu bawang besar~mayang halus
2-4 ulas bawang putih~mayang halus
3 tangkai cili padi~hiris halus
1 mangkuk belacan~digaul dengan air
10-15 ekor bilis

Cara membuatnya :

1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga garing. Masukkan kangkung, garam, gula dan belacan secukup rasa.

3. Matikan dapur dan tabur bilis yang telah digoreng. Siap untuk dimakan!

Tuesday, May 24, 2011

Sotong Masak Kunyit


Bahan Utama :

1 kg sotong~potong bulat (gaulkan dengan serbuk kunyit)

Bahan Tumis :

1 labu bawang besar (mayang)
5 tangkai cili padi (hiris halus)

1 camca tepung jagung (memekatkan kuah)

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang dan cili padi sehingga garing.

2. Masukkan sotong yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Masak 5 hingga 7 minit sahaja. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, kemudian angkat.

nota~jangan masak sotong terlalu lama kerana ini akan menyebabkan sotong menjadi liat.

Monday, May 23, 2011

Perhubungan~Telekomunikasi

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas~telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer.

Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.

Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.

Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

Contoh perhubungan-telekomunikasi ialah:


sumber : wikipedia ensiklopedia bebas (versi Bahasa Melayu)

Sunday, May 22, 2011

Menu Ringkas Untuk Disediakan.


Ahad, 22 Mei, 2011
2.00 petang

Hari ini merupakan minggu terakhir kami menikmati makan tengahari bersama-sama dengan Angah. Almaklumlah mulai minggu hadapan, angah akan memulakan pelajarannya di Asasi Sains, Universiti Malaya.

Menu yang disediakan hanyalah menu ringkas dan tidak mengambil masa lama untuk menyediakannya. Dalam tempoh 1 jam, semua masakan itu telah siap dimasak! Ikutilah menunya (lihat gambar) :

1. Sotong masak kunyit
2. Kangkung goreng belacan
3. Singgang kepala ikan tongkol
4. Tenggiri goreng berempah

Resipinya akan diupdate kemudian!

Saturday, May 21, 2011

Kerja Kursus Geografi : Penulisan Rujukan Yang Betul

Semasa memeriksa kerja kursus geografi yang dihantar oleh anak muridku, pelbagai cara penulisan rujukan dipersembahkan oleh mereka. Ada yang tidak menepati kehendak Panduan Pemarkahan KKG. Oleh itu, saya berikan format yang betul bagi penulisan RUJUKAN.








Friday, May 20, 2011

Ma Belle Shoppe Giveaway

~Sticky post. Scroll down for new entry~


Ini merupakan GA pertama yang dianjurkan
Ma Belle Shoppe sempena dua bulan beroperasi,
pemilik CPH kini berada di Swiss,
so hadiahnya mesti dari sana
ini yang teruja nak join GA....he,he!




Syaratnya mudah , teka berapa harga beg putih ini (gambar di atas)

Tekaanku :-

1. CHF 123
2. CHF 99


Menariknya GA ni, kalau tekaan tak mengena, ada cabutan bertuah!

jadi apa tunggu lagi, jom join
klik di sini ya!


Ma Belle Shoppe Giveaway dianjurkan oleh Notre Belle Histoire.
Ma Belle Shoppe is for everyone out there who wants the best bargain! Find best deals right here for souvenirs, fashion and fragrances! Only authentic and brand names stuff from Europe. Feel free to request additional items you want and I will do my best to fulfill it! Let's shop!
Latest promotion - **Save shipping cost for pre order until 25th May 2011.

Thursday, May 19, 2011

Surat Bermastautin!

Sudah seminggu isu ini berlarutan. Tak selesai-selesai juga. Tambah memeningkan memikirkan formatnya, macam mana perlu ditulis! Adakah seperti surat akuan atau surat rasmi yang biasa aku tulis! Search google~ tak jumpa! Surat bermastautin ini diperlukan (angah) untuk mendapatkan duit bantuan pelajaran ke IPT! Mula-mula tu dah pergi ke pejabat Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur untuk dapat duit itu, tapi ditolak sebab tak ada surat bermastautin ini! Almaklum kami anak-beranak~anak jati Trengganu!

Jadi hari ni, jam 3 petang bersama-sama dengan angah pergi ke Pejabat Daerah & Tanah Kuantan untuk dapatkan surat bermastautin ini. Siap bawa surat pengesahan majikan suami lagi, sebagai bukti! Sampai saja di pejabat daerah ini, terus ke kaunter pertanyaan, di mana nak dapatkan surat bermastautin ini. Aku dan angah diarahkan ke bilik Penghulu (bertugas hari Selasa & Khamis saja). Intai-intai dalam bilik Penghulu ni~penuh ramai customer! Mereka suruh masuk,jadi kami pun masuk! Terus duduk di depan meja Penghulu. Penghulu keluarkan satu borang, dia sain,kemudian minta angah isikan maklumat dalam borang tu. Siap!

Aku & angah terpinga-pinga, "dah siap ke?",aku tanya...minta kepastian. "Ya!",jawab Penghulu yang bertugas. Tak sampai pun 10 minit! Tak sangka semudah itu rupanya membuat surat bermastautin.

Petang itu juga, aku & angah ke Yayasan Pahang~seronoknya angah sebab RM500 akhirnya berada dalam genggamannya!

Monday, May 16, 2011

Orkid ~Cantiknya!


himpunan orkid cantik sungguh
tidak jemu melihatnya
terpukau daku olehnya
berbagai warna dan bentuknya
inilah orkid kepunyaan kembarku
pemilik blog tip belajar matematik

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru Menjelang Lagi

Isnin,16 Mei,2011

Tanggal 16 Mei merupakan hari istimewa bagi mereka yang bergelar guru. Berbagai acara disusun untuk memeriahkan hari guru ini. Semuanya demi mengenangkan jasa guru! Walaupun tidak memberi hadiah, tetapi ucapan "Selamat Hari Guru, cikgu" yang diucapkan anak murid sudah memadai sebagai tanda penghargaan mereka kepada guru.

Malam Isnin,15 Mei,2011

8.15 malam

Seperti biasa anak-anakku sibuk mengajakku ke kedai Intan Pujaan untuk membeli hadiah bagi dihadiahkan kepada guru-guru mereka pada hari esoknya...Hari Guru! Walaupun hadiahnya tidak mahal iaitu hanya sebatang pen untuk guru-guru mereka tetapi tanda penghargaan dan ucapan terima kasih itulah yang amat berharga buat guru!

selamat hari guru, cikgu!

Saturday, May 14, 2011

Gembira dapat membantu!





Sejak akhir-akhir ini blogku menjadi tumpuan!
Entri yang menjadi pilihan ialah isu pencemaran alam sekitar!
Sebenarnya aku seronok dan gembira dapat membantu!
Semoga blogku memberi manfaat kepada anda semua!
Selamat maju jaya dalam tugasan anda!

Monday, May 9, 2011

Mee Hoon Goreng Ala Cina


Masakan ringkas untuk dimakan cepat apabila anak-anak dah lapar! Atau jika ada tetamu yang hadir secara tiba-tiba. Jadi ambil jalan mudah, buat je mee hoon goreng ini yang boleh siap dalam tempoh kurang 30 minit. Ikuti resipinya:


Bahan-bahan :

5 keping mee hoon (rendam dulu supaya lembut) ~ 6 orang makan
isi ayam/udang/bebola ikan
2 biji telur ayam (goreng hancur)
2 biji tomato (belah 4)

Bahan tumis :

5 ulas bawang putih (tumbuk sikit/hiris halus)
1 labu kecil bawang besar (mayang halus)
5 tangkai cili padi ( hiris halus)
minyak untuk menumis
1 gelas air

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan tumis sehingga garing. Masukkan isi ayam/udang/bebola ikan dan telur hancur.

2. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan mendidih sekejap dan kemudian masukkan mee hoon dan tomato.

3. Tutupkan kuali selama 5 - 7 minit. Kecilkan api (tujuan untuk melembutkan mee hoon). Kemudian gaulkan mee hoon sehingga sebati. Ok dah siap untuk dimakan.


Sunday, May 8, 2011

Asam Pedas Ikan Aye


Hari ini aku terpaksa masuk dapur kerana 'tukang masak' iaitu Angah pergi East Coast Mall bersama-sama syikin, nik dan huzaimah. Lepas tu mereka ke rumah liana sebab ada jamuan kesyukuran! Jadi terpaksalah aku memasak untuk hidangan tengahari. Masak simple2 ajelah, jadi aku meminta wani n ira cari gali resipi di blog secubit garam yang memang terkenal dengan resipi-resipinya sehingga dilamar oleh Majalah Jelita (bulan April n Mei,2011). Syabas untuk adminnya ~ k. nor (aku panggil nora je).Ikutilah resipinya :

resipi asal : Secubit Garam: Asam Pedas Ayam



Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu ~ ganti dengan 3 sudu besar cili boh
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan ~ tukar guna ikan aye (kepala ikan n 2 keping ikan)
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus ~ guna 1 sudu teh
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya ~ tak letak sebab tak ada!
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan

Saturday, May 7, 2011

Ucapan yang amat bermakna!


Semalam semasa skype dengan along yang berada di Australia, along tiba-tiba meminta aku dan yang lain-lain membuka radio IKIM...rupa-rupanya ada ucapan istimewa daripada along kepadaku sempena Hari Ibu!

Terima kasih along! Sungguh tak terduga ada ucapan istimewa dari along untukku...dan adik-adiknya pun tumpang gembira mendengarnya! Mak love u all, my dearest daughters!

Wednesday, May 4, 2011

Menyelam Sambil Minum Air!

Isnin, 4 April,2011

Ambil cuti rehat khas (CRK) sebab semalam ada jamuan anak saudara suami di Kuala Lumpur (pemenang Peraduan Gerbang Perkahwinan Musim Kedua anjuran akhbar Utusan Malaysia). Jadi tak sempat balik! Peluang ini diambil untuk bercuti dengan keluargaku, bukannya ke mana-manapun, malah ke Jalan TAR pun tak sempat! Cuma lepak dengan anak-anak (Wani, Ira dan Syu) di kolam renang Hotel Vistana . Angah tidur di dalam bilik hotel sebab sakit belakang!

Di kolam renang inilah anak-anakku mandi


Asyik memilih donut,ambil gambar pun tak sedar!

2.00 petang~

Check out, dalam perjalanan balik singgah di Stesyen Minyak Petronas, isi minyak. Anak-anakku pun sibuk nak 'isi minyak'....beli donut di Dunkin Donuts! Wah, macam-macam bentuk dan perasa donut dibeli, bekalan untuk dimakan dalam kereta sepanjang melalui Lebuhraya Karak sebelum berhenti di R N R Temerloh. Seronoknya mereka dapat bercuti sehari, sebab sepatutnya hari ini mereka ke sekolah! Tak apalah sekali-sekala 'ponteng sekolah'!

Monday, May 2, 2011

Mee Hoon Rebus


Hari ini merupakan cuti umum (menggantikan hari 1 Mei yang jatuh pada hari Ahad), jadi aku pun mengambil kesempatan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga tercinta. Oleh kerana angah mahu makan mee hoon rebus yang biasa aku masak masa angah dan along kecik-kecik dulu, jadi aku pun masaklah pagi ini. Resipinya mudah aje, dalam tempoh 10 hingga 15 minit boleh siap. Orang bujang pun boleh buat mee hoon rebus ini, mudah dan cepat!

Ikuti resipinya :

Mee Hoon yang dicelur dalam air panas sehingga lembut
Isi daging ayam yang dipotong dadu
5 biji telur ayam (bergantung kepada berapa orang nak makan)
1/4 labu bawang besar ~ mayang nipis
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
sedikit cuka
minyak untuk menumis
2 gelas air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis sehingga garing, kemudian masukkan isi daging.

2. Masukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa. Masukkan telur satu persatu. Bila kuah dah mendidih masukkan mee hoon. Ok dah siap untuk dimakan.

Sedap dimakan bersama sos kicap + cili padi dipotong halus

Sunday, May 1, 2011

1 Mei = Hari Pekerja + Kenduri Kahwin


Sempena Hari Pekerja (1 Mei) yang jatuh pada hujung minggu, menyebabkan cuti panjang (3 hari) ramai yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin.

Tidak terlepas dengan keluargaku, menerima 4 jemputan kenduri kahwin! Jadi bila pergi tu, terpaksalah makan sedikit aje supaya dapat menjamah semua hidangan untuk jemputan seterusnya.

Tapi yang paling seronoknya, anak-anakku dapat mengumpul 'buah tangan' yang agak banyak setelah menghadiri kenduri-kenduri kahwin ini....seronok sebab macam-macam jenis 'buah tangan' yang dapat! Dulu orang beri telur aje, tapi hari ini macam-macam ada~gula-gula, baulu, telur malah pen pun ada!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...