Hari ini aku terpaksa masuk dapur kerana 'tukang masak' iaitu Angah pergi East Coast Mall bersama-sama syikin, nik dan huzaimah. Lepas tu mereka ke rumah liana sebab ada jamuan kesyukuran! Jadi terpaksalah aku memasak untuk hidangan tengahari. Masak simple2 ajelah, jadi aku meminta wani n ira cari gali resipi di blog secubit garam yang memang terkenal dengan resipi-resipinya sehingga dilamar oleh Majalah Jelita (bulan April n Mei,2011). Syabas untuk adminnya ~ k. nor (aku panggil nora je).Ikutilah resipinya :
resipi asal : Secubit Garam: Asam Pedas AyamBahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu ~
ganti dengan 3 sudu besar cili boh * 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan ~
tukar guna ikan aye (kepala ikan n 2 keping ikan)segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba
~ k.nor letak 1 sudu kecil1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus ~
guna 1 sudu teh1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya ~
tak letak sebab tak ada!1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan