BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, June 27, 2011

Mujur Tak Kena Saman!

Peristiwa ini berlaku masa cuti sekolah yang lepas. Masa tu, aku dan anak-anak je balik kampung.Suami tak balik sebab bekerja.

Nak jadikan cerita, pada satu pagi lebih kurang jam 8.30 pagi, aku, tie dan yat gi ke Pasar Kedai Payang nak beli nasi minyak hasyim (almaklum lama doh tak makan,so teringinlah nok makan!). Dalam duk melilau mencari parking, aku kata parking je kat sini (dulu lot parking) tapi sekarang dah dibuang meternya! Mungkin boleh kot sebab banyak kereta parking kat situ. Yat pula menambah..."boleh, sebab papan tandanya tak boleh menunggu,so parking bolehlah!"

Tup-tup bila aku, tie dan yat dah selesai beli nasi minyak hasyim dan beli beras juga....Aku ternampak pegawai MPKT tengoh letak saman kat kereta-kereta yang parking kat situ. Akupun dengan langkah seribu berjalan laju-laju takut kena saman! Tie pun kata,
"cepat ga ... " sambil aku dan tie berjalan laju-laju....Nasib baik sempat aku sampai kat kereta sebelum pegawai MPKT tu sampai...lega pula rasanya!he,he,he....lucu pula bila teringat insiden tu!

Monday, June 20, 2011

Terubat rindu!

baru dapat call dari along
mengkabarkan minggu depan
ada exam...
mohon restu mak dan ayah

usah risau,
mak dan ayah sentiasa
doakan kejayaan along
yang penting along belajar
dan berusaha...

insyaAllah
akan berjaya...

lama juga bersembang dengan along
terubat juga rinduku
terutama setelah teman berbicara ...si angah
juga berjauhan nun di ibu kota
menunaikan tanggungjawabnya
sebagai pelajar...

Sunday, June 19, 2011

Niat nak masak hujung minggu ini!

semalam dah rancang
menu pagi ~mee hoon goreng
menu tengahari~ikan selar kuning goreng,
sotong masak merah, tumis air sayur labu

tapi semuanya terbengkalai
sebab bangun pagi je..
air dah tak ada!

hai sebab apa sejak kebelakangan ini
bekalan air asyik aje terputus!
rasa-rasanya dah banyak kali
bekalan air ini tak ada sejak dua minggu ni...

Wednesday, June 8, 2011

Tenggiri Goreng Berempah


Bahan utama:

2 keping ikan tenggiri (potong 4)

Rempah ikan:

1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kari

Cara membuatnya :

1. Sebatikan semua bahan untuk rempah ikan, kemudian salutkan kepada ikan tenggiri.

2. Goreng di dalam minyak yang panas (deep fry). Angkat setelah garing.

3. Lebihan rempah diletakkan dalam mangkuk lain~makan bersama nasi putih!

Singgang Kepala Ikan Tongkol


Bahan-bahannya:

2 keping kepala ikan tongkol
5-6 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
5 keping asam keping/gelugur
1-2 inci lengkuas
1 inci kunyit
air secukupnya

Cara membuatnya:

1. Letakkan semua bahan dalam periuk yang bersaiz kecil (vision paling kecil).

2. Isikan air separas kepala ikan (jangan terlalu banyak air~supaya kuahnya berperisa)

3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Saya gunakan garam kasar.

Sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan

Thursday, June 2, 2011

Terasa sunyi!

riuh rendah suara-suara
wani, ira dan syu
namun hati terasa sepi

hingar bingar bunyi suara
dari televisyen atau radio
namun telinga ini tiada mendengar

semua kerana teman bicaraku
si along dan si angah
sudah kepergian menunaikan
tanggungjawab sebagai pelajar
dan aku iringi dengan doa...
semoga kalian berjaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...