Artikel berkaitan
Wednesday, November 30, 2011
Nasib baik ada broadband!
Hai,hai,hai...letihnya menunggu data SPLG dikemaskinikan, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba! Mula-mula tu, guna wireless je, tapi last-last tu terpaksa guna broadband sebab line internet terlalulah slow dan asyik putus-putus!
Nasib baiklah ada broadband vodafone (celcom) yang memang memuaskan hati aku sepanjang aku menggunakannya. Dapatlah aku kemaskini data dengan agak laju berbanding sebelum ini yang hanya bergantung kepada wifi....
Tuesday, November 29, 2011
Jawatan baru ~Operator telefon!
Sepanjang cuti sekolah ini, telefon aku asyik berdering aje. Nampak gayanya aku dah tukar jawatanlah pulak dari guru menjadi operator menjawab telefon! Ini semuanya berlaku kerana ramai rakan sejawat tak dapat masuk ke laman web SPLG. Mereka menelefon aku sebab aku menjadi penyelaras LDP di sekolah tempat aku bertugas.
Namun aku bersyukur sangat sebab kerjasama yang diberikan rakan sejawat aku, yang bersedia untuk memasukkan maklumat BR dan KKL walaupun di waktu musim cuti sekolah. Terima kasih semua:)
Friday, November 25, 2011
Minyak wangi oh minyak wangi...
Gara-gara nak menjadi "business woman", kali ini beg along dipenuhi minyak wangi bila balik cuti akhir tahun ni. Semuanya yang ditempah oleh kawan-kawan aku dan kawan-kawan suami aku. Tambahan pula di Adelaide ada 'sale', jadi harganya taklah mahal sangat. Jadi along tolonglah beli untuk kawan-kawan yang pesan!
Thursday, November 24, 2011
Spontaneous Thursday ~Gembiranya ....:)
Wednesday, November 23, 2011
Dah Dapat Masuk!
untuk perkembangan terkini.
Step-step masuk laman web SPLG :
1. Guna internet explorer, taip url ini http://apps.moe.gov.my/splg
2. Gambar di bawah akan tertera; klik sama ada modul suldp atau modul individu untuk key in maklumat BR dan KKL anda.
Tuesday, November 22, 2011
Macaroni Sup Daging
Bahan utama mestilah macaroni. Aku suka guna jenama San Remo ~ walaupun kenyal tapi lembut rasanya..:)
Daging ~ hiris nipis-nipis
2 labu kecil bawang besar ~ mayang
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
bunga cengkih + buah pelaga + kulit kayu manis (rempah campak)
2 sudu rempah perencah sup
1 biji ubi ~ potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
air secukupnya
garam + gula
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar + bawang putih + rempah campak > masak sehingga garing (naik bau).
2. Masukkan rempah perencah sup + daging + ubi kentang + serbuk lada hitam + air > masak atas api sederhana sehingga daging + ubi kentang empuk. Garam + gula secukup rasa.
3. Masukkan macaroni dan sebatikan. Siap untuk dimakan.
Hasil seni along!
Dalam diam-diam, tak sangka rupa-rupanya ada bakat seni rupanya si along ini. Tengok tu hasil seni tangan along untuk adik-adiknya, cantik kan! Cuti ini pasti along buat lagi kraftangan ini, untuk mak dia pula......he,he!
Jangan marahhh!
Monday, November 21, 2011
Kecewa sungguh ;(
Sunday, November 20, 2011
Nasi Minyak Gulai Kawah
Gulai kawah pula dibuat sebagai lauk nasi minyak ini. Jom ikuti resipinya:
Bahan utama :
Daging 500 gram ~ potong nipis
Bahan kuahnya:
4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar rempah gulai kawah
santan RM2.00
1 biji ubi kentang (potong 4)
1 gelas air
sedikit gula melaka
garam + gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih, halia, bawang kisar dan cili boh sehingga naik bau. Masukkan rempah gulai kawah + sedikit air. Masak lagi sehingga rempah garing (pecah minyak).
2. Masukkan daging, santan + ubi kentang + lebihan air. Letak garam + gula melaka + gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga daging empuk.Angkat setelah daging + ubi kentang empuk.
Hadiah Misteri!
Hari Selasa lepas (15 Nov.,2011), Wani telah menghadiri jamuan akhir tahun bagi Badan Pengawas Pusat Sumber sekolahnya. Tak disangka-sangka, Wani mendapat hadiah misteri bagi penampilan anggun dan bergaya (perempuan). Jom kita lihat apa hadiah misteri itu....
tak sabar doh nih!
bekas lilin rupanya...:)
Saturday, November 19, 2011
Ayam Masak Bermadu!
Ok berbalik kepada tajuk resipi ini, sebenarnya pertama kali buat guna ayam. Sedap juga...hai masuk bakul angkat sendirilah pulak! Tak caya, cuba buat sedap bangat tau...
Bahan utama ~ 1 ekor ayam (potong kecil) : lumur garam + kunyit = goreng separuh masak.
Bahan-bahan kuah :
4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk lada (boleh ganti dengan cili giling)
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil gula merah (brown sugar)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan pelengkap:
1 labu bawang besar (mayang besar)
1 biji ubi kentang (potong kecil)
Cara-cara memasaknya:
1. Tumis bawang putih + halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari + serbuk lada + air sedikit > masak rempah sehingga garing.
2. Masukkan air selebihnya + tomato puree + madu + gula + garam + ubi kentang > masak sehingga ubi kentang empuk.
3. Akhir sekali masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan 2 - 3 minit. Kemudian angkat.
Sajak Pot Luck Akhir Tahun
tarikh terakhir persekolahan
banyak benda yang hendak di selesaikan
namun pot luck mesti juga diadakan
demi meraikan kepenatan bekerja
sepanjang tahun ini!
aneka juadah disediakan
menu utama nasi lemak bukit goh
ditempah oleh cikgu tuan haji razak
beserta dengan koleh kacang
yang memang tersohor keenakannya!
nasi putih ..juga nasi kunyit
beserta lauk pauk pelbagai rasa
sentuhan istimewa guru-guru semua
semuanya sedap dan enak sekali
sekali makan ...nak tambah lagi!
Thursday, November 17, 2011
Step-step membuat fruit jelly
telah dibelah dua)
bahagian tepinya
Spontaneous Thursday ~Senyum tak perlu kata apa-apa...
Wednesday, November 16, 2011
Jom Ganyang Aedes!!
Sekarang ini, di mana-mana sahaja kita mendengar ada yang mengidap demam denggi. Aku pun salah seorang pesakit yang menjadi mangsa demam denggi...Ini bukan isu yang perlu dipandang remeh! Jika lambat mendapat rawatan ~ demam denggi ini boleh membawa maut. Oleh itu, jangan pandang ringan masalah ini, marilah kita sama-sama perangi denggi. Caranya mudah, semudah makan ABC! Kita hanya perlu bersihkan persekitaran rumah kita atau kawasan sekolah tempat kita belajar! Jom sama-sama bertindak demi kesejahteraan semua...
Sunday, November 13, 2011
Tumis Air Timun
Bahan-bahan :
2 batang timun ~ belah dua dan potong
2 labu kecil bawang besar ~ belah 4
1/4 keping ikan tenggiri
1 - 2 sudu besar serbuk lada hitam
2 - 3 cawan air
garam + gula secukupnya
Cara memasaknya:
1. Letakkan semua bahan dalam periuk + masak sehingga mendidih. Keluarkan isi ikan + tumbuk sehingga hancur > masukkan kembali dalam periuk > sebatikan.
2. Angkat setelah timun empuk.
Saturday, November 12, 2011
Gelama Goreng
Thursday, November 10, 2011
Annual Dinner Sekolahku....
Wednesday, November 9, 2011
Jamuan Akhir Tahun
baru saja rasa melalui bulan Januari
tup- tup dah bulan November sekarang
bermakna sudah hampir menjelang akhir tahun
banyak kelas sudah mengadakan
jamuan akhir tahun
tidak terlepas kelab staf sekolah aku
juga mengadakan
jamuan akhir tahun bulan ini
sebelum bermulanya cuti sekolah minggu depan!!
Selamat Berjamuan Akhir Tahun semua....:)
Monday, November 7, 2011
My Happiest Moment
Semoga kenangan indah saya ini dapat saya rakamkan melalui kamera Olympus PEN Lite E-PL3 atau Olympus PEN Mini E-PM1 selepas ini...
Sunday, November 6, 2011
Tenggiri masak kicap
Menu ringkas untuk masa terhad~kurang 30 minit dah siap! Apa lagi kalau bukan resipi masak kicap, anak-anak pun suka makan!
Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (potong kecil) dan goreng.
Bahan kuah :
1 labu bawang besar (saiz besar) ~ mayang
6 ulas bawang putih ~ mayang
5 - 10 biji cili padi
1 mangkuk air asam jawa
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan air
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan air asam jawa.
2. Masukkan semua kicap + gula + air. Masakkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cili padi + ikan.
Masakkan 2 - 3 minit lagi dan angkat.
Friday, November 4, 2011
Musim bermain 'internet games'...
Musim peperiksaan sudah berakhir. Malah cuti persekolahan pun bakal menjelang. Anak-anak pun dah sibuk menyimpan semua buku pelajaran, almaklum sudah akhir tahun....jadi dah tiba masa buka internet, jengok-jengok games lah pulak!
Tidak terlepas si bungsuku, syuhadah sudah 'booked' laptopku untuk bermain games...tengok gambar tu,banyak sungguh 'games' yang syu nak main. Bagilah peluang,akhir tahun....memang musim bermain 'internet games', betul tak?
Thursday, November 3, 2011
Day 4 ~Kudaku lari gagah berani, ayuh lari...
27 Oktober, 2011 ~ Hari terakhir kami di Bandung. Sebelum bertolak ke Lapangan terbang Bandung, kami masih sempat meronda kawasan penginapan kami dan melawat kebun strawberi yang terletak berhampiran ...
9.00 pagi (8.00 pagi di Bandung) ~ meronda kawasan Maribaya dengan menaiki kereta kuda...
sebelum berangkat pulang....
kenangan manisssssssssss......
yang sentiasa terpahat di hatiku....:)