BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, December 31, 2011

tik tik bunyi jam

tik tik bunyi jam
sentiasa berputar tanpa henti
menandakan masa turut berubah
dari awalun ke akhirun
begitu cepat aku rasa!

tik tik bunyi jam
meniti masa sepanjang tahun
mencipta kenangan dalam hidupku
apa yang ku rancang tak berlaku
kerana Allah lebih tahu
apa terbaik untuk diriku
aku redha dengan ketentuanMU

tik tik bunyi jam
masa tidak akan berlalu
masa akan mencipta sesuatu
semoga Allah makbulkan doaku
kejayaan untuk keluargaku
juga untuk agamaku...!


2011 ~ Era baru buat mereka!



Tahun 2011 ~ membawa kenangan bermakna buat mereka. Setelah menyumbangkan bakti sekian lama kepada dunia pendidikan, mengemudikan perjalanan sebuah organisasi yang penuh pancaroba, akhirnya mereka melabuh sauh pelayaran. Ini bukan titik noktah bagi mereka tetapi merupakan era baru yang amat dinanti-nantikan selama ini....


Ikutilah rentetan majlis persaraan yang berlangsung di sekolahku sepanjang tahun ini..



Pembantu Makmal : En Kanapathy
bersara wajib pada 4.4.2011

~masih aktif dalam dunia perniagaan
mungkin ini yang dinanti-nanti : full time berniaga!


Pengetua : En Moy WahGoon
bersara wajib pada 27.4.2011

~ minat menulis buku dan melancong
mungkin ini yang ditunggu-tunggu selama ini!


Ketua Bidang Bahasa : Pn Yip Wai Lin
Bersara pilihan pada 01.06. 2011
~begitu gembira menjadi surirumah yang
memang dinanti-nantikan selama ini....


Ketua Panitia Kimia : En Sebastian Rajah
bersara pada 14.10.2011
~kini dapat mendampingi isteri dan anak-anak tercinta
yang sentiasa di hati beliau...

Friday, December 30, 2011

2011 ~ Impian tak kesampaian :(



alamak macam mana tu!
tak turun-turun berat nih!
dari awal tahun
hingga akhir tahun
lagu tu jugak
beratnya..
dah jadi berat berlebihan!

nampaknya..
impian ku untuk dapat berat badan ideal
macam angan-angan mat jenin
jadi impian tak kesampaian akhirnya!!


Thursday, December 29, 2011

2011 ~Tahun penuh kedukaan:((

tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya,
namun kenangan tetap terpahat di hati,
meninggalkan kesan yang tak mungkin dilupakan,
di tahun ini, aku kehilangan ayahanda tercinta,
tanggal 20 April, bak kembali ke rahmatullah
setelah mengidap strok hampir setahun...
semoga bak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...

tanggal 10 Oktober, aku dikejutkan dengan pemergian
seorang teman yang mengidap barah...
walaupun berjuang membebaskan diri dari penyakit ini
namun janji Tuhan tepat dipatuhi
sampai ketikanya allahyarham Engku Nor Adillah pergi jua

ketika seronok bercuti di akhir tahun..
aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan
seorang lagi teman jua telah pergi menghadap Maha Pencipta
tepat masa ketikanya seperti dijanjikan setiap yang hidup akan mati
Allahyarham Wan Rosliza menghembuskan nafasnya
pada 12 Disember,
juga kerana serangan strok dan kerana penyakit SLE
yang sekian lama diidapinya...
semoga mereka dicucuri rahmatMu dan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman....amin
Al -Fatihah

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday ~Smiley Kite

smiley ...smiley in the sky!

Terpinga-pinga!

Kring,kring,kring...loceng berbunyi. Tiba-tiba je berbunyi. Aik dalam pejabat Tabung Haji pun ada bunyi loceng, macam kat sekolah je. Tapi tu bunyinya macam 'warning' kebakaran!,beritahu aku kepada Ira dan Wani. Ada bau asaplah, kata aku...masa tu aku sibuk isi borang!

Tiba-tiba security guard suruh kami semua keluar, katanya ada kebakaran di tingkat satu! Kelam kabut aku anak beranak keluar. Tapi bila aku tengok tingkat satu bangunan tabung haji tu, tak ada pun asap....tadi kata ada kebakaran, eh,eh mana asap dan apinya. Hairanlah pulak aku jadinya!

Eee..yoong, eee..yoong..eee...yong bunyi siren kereta bomba dan ambulan (rescue 999) datang seketika kemudian. Aku masih melilau-lilau tengok kot-kot ada yang cedera, tapi .....tak ada apa-apa pun! Makinlah hairan bin ajaib jadinya aku....

Last-lastnya, barulah aku tahu rupa-rupanya latihan for fire drill rupanya....tak fasal-fasal aku anak beranak terlibat sama, menjadi 'ahli' tanpa diundang dalam drama ini.

Tuesday, December 27, 2011

Hangit!

bau apa ni?
nak kata bau nasi hangit
tak kan lah ...
sebab tak tanak nasi pun!
bau apa ni?
tengik semacam je nih
alolo rupa-rupanya
bau....
V

V
V

V
ketiak hangit 
sebab tak mandi..
kan ke air tak ada!!

masa inilah baru 'menghargai' air...guna pun jimat-jimat 
sebab takut habis!Hargailah nikmat yang Allah beri...

Pisang Goreng Bijan


Setiap kali lalu di belakang bangunan Tunas Manja Indera Mahkota, aku akan terpandang gerai pisang goreng ini. Apa yang menarik perhatian aku ialah label yang ditulis 'pisang goreng bijan'. Aku tak pernah makan lagi, jadi baru-baru ni apabila lalu lagi di situ, aku bersama-sama along berhentilah di gerai ini membeli pisang goreng bijan. Nak rasa macam manalah rasanya...rupa-rupanya sedap. Ranggup dan enak rasa pisang berbijan ini.... tak rugi aku singgah membelinya:)

Monday, December 26, 2011

Pengumuman...pengumuman!



mulai esok (Selasa) hingga Khamis

bersamaan tarikh masihi 27/12/11 hingga 29/12/11

kawasan tempat tinggal aku tak ada air !!

pasti bertanya kat mana tu??

ohh indera mahkota

jadi malam ini

jangan lupa takung air ya

untuk bekalan 3 hari tu

atau ada alternatif lain...

balik kampung

he,he,he....

Telur Bungkus


Telur bungkus ini aku buat untuk menambahkan lauk sebab lauk yang ada cuma daging masak merah. Dipendekkan cerita, kita aje cara-cara membuat telur bungkus ini ya. Langkah pertama, sediakan isi/intinya dulu :



Bahan inti telur bungkus :

Isi ayam ~ potong dadu

mix vegetable
1 sudu kecil lada sulah
3 -5 ulas bawang putih ~ hiris halus

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam + mix vege + lada sulah.

2. Perasakan dengan garam + gula secukup rasa. Ketepikan

Membuat telur dadar ~ 2 biji telur dipukul sedikit


1. Panaskan pan dengan sedikit minyak masak ~ tuangkan telur dan lenggang-lenggangkan telur memenuhi pan, gunakan api kecil untuk memasak telur dadar.

2. Setelah agak garing > angkat dan letakkan di atas pinggan. Letakkan intinya ditengah-tengah > bungkus. Hiaskan dengan sos tomato.





Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit


Sejak cashout hari tu (20/12/2011), inilah jumlah pendapatan yang terkumpul daripada kempen yang disiarkan di blog ini. Dalam seminggu tu, bolehlah RM0.25....alhamdulillah! Walaupun sedikit, jika dikumpul lama-lama jadilah banyak, ibarat menabung duit syiling, lama-lama penuhlah tabung itu, he,he....:)

Sunday, December 25, 2011

Daging masak merah TM



Daging masak merah merupakan feberet keluargaku. Resipi ini aku dapat daripada tok ma (TM) tapi adalah aku ubah sedikit-sedikit resipinya. Ikutilah resipinya...

Bahan utama ~ 1 kg daging (hiris nipis)

Bahan kuah :

4 sudu besar bawang kisar
4 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa
1/4 keping nesan @ gula melaka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan pelengkap :

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
minyak secukupnya

Cara memasak :

1. Masukkan daging + semua bahan kuah dalam kuali. Masak di atas api yang sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Gaul sebatikan bahan semasa dimasak.

2. Setelah kuah daging agak pekat, masukkan bahan pelengkap dan gaul sebatikan. Masak lagi 2 hingga 3 minit, kemudian matikan api. Siap untuk dimakan dengan nasi putih atau roti.

Apam Belang Along

Khamis, 22 Disember, 2011


cantikkan apam belang alongku..

Petang tadi, along membuat kuih apam. Aku begitu asyik sekali melihat along membuat kuih apam itu. Kalau diikutkan hati aku, mahu aje aku kukus apam itu sekali gus tanpa membuat coraknya yang berwarni-warni tu. Tapi bila dah siap cantiklah pulak rupa apam belang along ini.



Nak tahu resipinya, silalah klik sini.

Saturday, December 24, 2011

Pentingnya kita tahu!



Semakin meningkatnya usia, bermakna semakin berisiko diri kita untuk mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung. Tambah-tambah lagi jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan kita tidak seimbang dan jarang bersenam! Sudah tentulah penyakit tiga serangkai ini akan 'menjenguk' kita....


Di sini, aku ini berkongsi sedikit info tentang penyakit kencing manis iaitu kandungan gula dalam darah. Jika anda mempunyai tanda-tanda berikut cepat-cepatlah berjumpa doktor.

1. Glukosa darah tinggi (hiperglisemia) : keletihan, peningkatan selera makan atau dahaga, kerap membuang air kecil, kabur penglihatan, sakit kepala atau sakit umum.

2. Glukosa darah rendah (hipoglisemia) : berpeluh, menggeletar, kabur penglihatan, degupan jantung yang pantas, kesemutan, atau kebas di sekitar mulut atau hujung-hujung jari
.

Beluda


Semasa balik bercuti ke kampung baru-baru ni, tok ma ajak aku singgah di sebuah kedai yang menjual beluda. Sebenarnya beluda ini adalah sejenis roti yang diperbuat daripada campuran minyak sapi dan mentega. Rasanya lebih berlemak dan gebu! Sedap dimakan ketika panas-panas. Sesiapa yang nak merasai keenakan beluda ini, bolehlah dapatkannya dari kedai berkenaan yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, berhadapan dengan stesyen minyak SHELL Batu Burok.

Bersemangatnya Angah!


bersemangatnya angah
jam 1. 30 pagi masih sibuk menjahit
cuba membuat corak jahitan
di baju t shirtnya

oh,oh,oh baju dah lekat
macam mana tu??
last-last wani jugak yang kena betulkan
almaklum wani kan ambil
jurusan ERT kat sekolah
jadi lebih "teror" berbanding
kakak-kakaknya yang
'buta' bab-bab jahit menjahit ni...


Friday, December 23, 2011

Ikan cencaru goreng berlada ala chek


Hari ini (Isnin : 19/12/11), aku masak ikan goreng cencaru ini atas permintaan along yang teringin nak makan ikan goreng ala-ala ikan goreng chek. Almaklumlah, along balik hujung-hujung tahun ini je agak lama dan di sana pun susah nak dapat ikan, jadi aku turutkan aje permintaannya. Ikutilah bahan-bahannya:

Bahan utama ~3 ekor ikan cencaru belah belakangnya untuk diisi rempah ikan!

Bahan rempah :

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa pekat
garam dan kunyit secukupnya
sedikit belacan

Cara membuatnya:

1. Sebatikan bahan rempah. Kemudian sumbatkan bahan rempah dalam perut ikan dan belakang ikan yang telah dibelah.

2. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat setelah rempah garing. Siap untuk dimakan semasa panas-panas dengan nasi putih panas.

Thursday, December 22, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Jom makan-makan (Part 3)

Setiap kali balik kampung, aku dan anak-anak pasti akan melepaskan kerinduan untuk makan makanan kegemaran kami sekeluarga. Antaranya :

1. Kuih tepung kapur ~ beli di kedai Wok
Chan berhampiran rumah tok ma.



2. Masakan sup seperti kuey teow sup, mee hoon sup dan nasi air dibeli dari Warung Gong Kapas.




3. Mee/mee hoon goreng talam dari g
erai pisang goreng yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik.




4. Nasi Minyak Hashim yang dijual di atas Pas
ar Kedai Payang.


Bikang Ubi


Aku biasa makan bingka ubi ini masa kecik-kecik dulu, yang dibuat oleh tok ma. Memang sedap. Jadi apabila ada ubi kayu yang dibeli oleh suami di Pasar Tani, aku te
ringin nak buat bikang ubi ini. Resipinya aku ambil dari blog Resepi Ibu : Bingka Ubi. Ikuti bahan dan cara membuatnya....


Bahan-bahannya:

4 cawan ubi kayu yang diparut (perah airnya )
2 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
4 sudu besar minyak
secubit garam
sedikit pewarna kuning


Cara-caranya:

1. Panaskan oven 150’C selama 10 minit.
2. Campur semua baha
n di atas hingga sebati...
3. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
4. Bakar adunan selama 1 jam @ hingga masak pada suhu 150'c.
5. Sejukkan dulu b
aru dipotong.



Terima kasih kepada Suzana Shahamidon, pemilik blog Resepi Ibu kerana menyediakan resipi bikang ubi yang mudah untuk disediakan dan enak ini.

Wednesday, December 21, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Jom Makan-makan (Part 2)


Apabila balik ke kampung, pasti tidak melepaskan peluang untuk merasai masakan panas dari Warung Cili Padi. Warung Cili Padi ini terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, iaitu berhadapan dengan tempat letak kereta bertingkat MBKT. Ruangan parkir pun banyak, jadi tidak perlu risau tentang memarkirkan kereta. Boleh je parkir di hadapan restoran atau berhampiran restoran ini.

Masakan panasnya memang sedap, ikutilah beberapa jenis
masakan panas yang menjadi pilihan anak-anakku kali ini.



A ~ Nasi Putih Paprik Seafood (pilihan Ira)
B ~ Nasi Goreng USA (pilihan Wani)
C ~ Mee Tomyam (pilihan Syu)

Aku dan along makan keropok lekor goreng aje, tak sempat nak snap gambar dah habis makan...he,he...(makan semasa menunggu masakan panas dihidangkan!)

Wordless Wednesday : Aksi Si Montel Tidur~ZZzzzz




sweetnya si montel tidur...........

Tuesday, December 20, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Jom Makan-makan (Part 1)

Kebiasaannya bila aku dan anak-anak balik kampung, pasti tujuannya untuk menghilangkan kerinduan untuk makan makanan terengganu. Atas cadangan tok ma, restoran pertama yang menjadi pilihan kali ini ialah Restoran Pantai Timur Satay yang terletak di Pantai Batu Burok.




Sudah tentu pilihan menu utama aku anak beranak ialah satay yang memang sudah agak lama tidak merasainya sejak berhijrah ke Kuantan, Pahang. Selain itu, anak-anak juga ada 'order' masakan panas yang lain iaitu mee tomyam,nasi goreng USA dan nasi goreng paprik. Semuanya sedap-sedap belaka.


Monday, December 19, 2011

Selesai sudah kesnya!


Alhamdulillah, semua barang-barang yang terdapat dalam rumahku telah dipindahkan semua oleh penyewa yang tak jadi menyewa rumahku. Sesiapa yang nak baca kisah tentang rumahku ini, silalah klik
sini dan sini .


Sekarang rumahku itu dah kosong, cuma tunggu bapa saudaraku pindah masuk untuk selama 2 bulan, sementara menunggu rumahnya siap diubahsuaikan.

Sebenarnya rumahku ini bukanlah rumah klasifikasi teres, bungalow atau kembar dua, cuma rumah kayu kampung. Tapi oleh kerana lokasinya yang dekat dengan bandar, menyebabkan rumahku ini menjadi pilihan penyewa yang bekerja di bandar K. Terengganu.




Rumah ini banyak kenangan indahnya...aku membesar di rumah ini. Begitu juga anak-anakku, along, angah, ira dan wani juga dibesarkan di rumah ini. Jadi apabila ada yang bertindak yang tidak sepatutnya, pasti aku merasa teramatlah sedih!

Cuti-cuti Terengganu ~ Pantai Batu Burok (Part 2)

Pada musim tengkujuh ini iaitu ketika tiupan angin monsun timur laut (November hingga Mac), kawasan pantai Batu Burok memang tidak selamat untuk aktiviti mandi manda kerana keadaan ombak yang bergelora. Oleh itu, pengunjung dilarang mandi manda ketika musim tengkujuh ini.




Namun terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tempatan bagi menarik perhatian pelancong/ pengunjung pantai ini. Antaranya ialah :


1. Aktiviti Go-kart ~ ramai pengunjung memcuba permainan ini terutamanya kanak-kanak,gembira seolah-olah beraksi di Litar Sepang!he,he....





2. Aktiviti Menunggang Kereta Kuda ~ boleh menunggang secara individu ataupun secara berkumpulan/berfamili!




3. Aktiviti main layang-layang ~ ramai pengunjung bermain layang-layang memandangkan tiupan angin yang agak kuat, boleh menerbangkan layang-layang dengan mudah. Tambahan pula, adanya peniaga yang menjual layang-layang dengan harga berpatutan memudahkan ibu bapa memenuhi permintaan anak-anak untuk bermain layang-layang di pantai yang luas ini.


Sunday, December 18, 2011

Ubi kayu rebus




Musim-musim hujan ni, banyak jenis ubi yang dijual. Antaranya ialah ubi kayu. Macam-macam masakan/kueh boleh dibuat menggunakan ubi kayu. Rebus gitu aje pun sedap, terutama di makan panas-panas dan dicicah dengan kelapa parut muda...sedapnyalah!

Resipi ubi kayu rebus > rebus ubi kayu + garam + gula secukup rasa + air. Ada juga gantikan gula dengan gula melaka/gula perang. Jadi warnanya sedikit keperangan.

Syu kebingungan!

Ikuti omelan anak bungsuku si syuhadah...

Situasi 1

Emak : Siapa nak jadi imam?

Syu : Syu,syu nak jadi imam!

Emak : Eh,eh tak boleh syu
kecik lagi, mana boleh jadi imam. Suruh yang besar, along atau ira jadi imam...

Syu dan merajuk sebab aku tak benarkan dia menjadi imam.

Situasi 2

Syu : Mak, syu nak mandi kolamlah (kolam plastik), inikan cuti sekolah!

Emak : Eh,eh tak bolehlah Syu kan
dah besar, mana boleh mandi kolam...kolam tu dah kecik dan bocor pulak!

Syu membebel, "apa mak ni, sekejap kata syu kecik, sekejap kata syu dah besar! Mana satu ni, Syu dah bingunglah!
"

Saturday, December 17, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Pantai Batu Burok (Part 1)


Pada cuti sekolah ini, aku dan anak-anak mengambil peluang balik kampung ke kampung aku di Batu Burok, Kuala Terengganu. Semasa di kampung, aku dan anak-anak tidak melepaskan peluang bersiar-siar di Pantai Batu Buruk yang memang tersohor sebagai pusat pelancongan pinggir laut di Kuala Terengganu. Kedudukannya yang hanya 1 km dari bandar Kuala Terengganu menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi pantai ini. Pantainya yang berpasir halus putih, dan luas dengan deretan pokok kasuarina menyajikan pemandangan yang sungguh cantik!




Sambil bersiar-siar itu, aku dan anak-anak bersama-sama tok ma, berhenti makan di deretan gerai yang banyak terdapat di situ. Kami menikmati kerepok lekor goreng, udang goreng dan fish ball goreng. Sementara tok ma pula minum air kelapa yang memang menjadi minuman kegemarannya.



Sayur Putih Tauhu



Resipi sayur kali ini ialah sayur putih bertauhu. Biasanya jika aku masak sayur putih ini, aku hanya letak fish ball atau ikan yang dihancurkan. Memandangkan ada tauhu kering yang dijual di kedai runcit dan anak-anak juga suka makan tauhu ini, jadi aku letaklah dalam resipi sayur putih ini. Jom ikuti resipinya...

Bahan-bahan sayur:
10 batang kacang panjang~potong 1 inci
1 batang lobak merah ~ potong bulat
1/4 biji bunga kobis ~ hiris nipis
1 paket anak jagung ~ hiris memanjang/bulat
1/4 kobis ~ potong memanjang

Bahan kuah :
1 - 2 labu bawang besar ~ belah 6
santan (RM5.00) ~ 2 paket
2 keping fish cake ~ potong kecil
6 keping tauhu kering/goreng ~ potong 4
1 cawan air panas

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk (kecuali tauhu) + santan (1 1/2paket) > masak di atas api sederhana.

2. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu + lebihan santan + garam dan gula secukup rasa. Biar seketika > panas > angkat.

Friday, December 16, 2011

Kuey Teow Lakna Ala Thai


Gembira sungguh hati bila mendengar along nak masak kuey teow. Mula-mula itu ingatkan along nak masak kuey teow goreng, rupa-rupanya kuew teow lakna ala thai...sedap! Tak percaya, cubalah masak....tengok resipinya kat sini

Sarapan pagi ~Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol




Semasa balik ke kampung dua minggu lepas, suami ada beli lauk nasi dagang untuk dimakan dengan nasi putih ~dipanggil nasi berlauk atau digandingkan dengan nasi kuning + sambal belacan ~sesuai dijadikan menu sarapan pagi! Untuk resipi nasi kuning, sila klik sini.

Thursday, December 15, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin



Selain nasi goreng ala cina, anak-anak aku juga suka makan nasi goreng ikan masin, terutama jika ikan masin tu dari jenis ikan masin ikan parang/ikan tenggiri...rasanya pedas lemak-lemak masin gitu...menaikkan selera makan dan sedap dimakan ketika musim hujan-hujan begini! Jom ikuti resipinya...

Bahan utama:
Nasi putih untuk 5 orang makan
Ikan masin ~ lagi banyak lagi sedap (goreng dan tumbuk halus)

Bahan rencah :
4 ulas bawang putih ~ tumbuk halus
10 biji -15 biji cili padi ~ tumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air

Cara memasak:
1.Tumis bahan rencah (bawang putih + cili padi) hingga naik bau. Masukkan ikan masin + sos tiram + air. Kacau sebati. Masukkan garam + gula secukupnya.

2. Masukkan nasi, buat lubang ditengah, masukkan 1 cawan air > tutup kuali. Kecilkan api dan tunggu 5 minit > kacau sebati > siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Wednesday, December 14, 2011

Ombak Mengganas Lagi!






angin monsun timur laut melanda lagi
membawa hujan lebat di pantai timur kini
Kelantan, Terengganu dan Pahang di landa banjir kini

pusat-pusat peranginan pantai tidak selamat kini
pengunjung dilarang manda mandi di sini
bimbang ada nyawa yang melayang nanti
kerana ombaknya kini mengganas lagi....!


Wordless Wednesday ~First Payment!

syukur...:)

Tuesday, December 13, 2011

Satu kes dah settle, tinggal satu kes lagi!

Alhamdulillah, barang-barang dalam rumahku dah dialihkan. Hanya tinggal katil dan kabinet dapur saja lagi yang belum dialihkan/pindahkan oleh penyewa yang tidak jadi nak sewa~sebenarnya aku 'cancelkan' sebab awal-awal lagi cakap sipenyewa ni dah tak boleh nak pakai! Siapa nak tahu ceritanya, sila klik sini.

Daripada aku pening-pening kepala, lebih baik aku ambil tindakan awal-awal batalkan saja perjanjian dengan penyewa baru tu...jangan jadi 'sudah terantuk,baru terngadah!' Berjaga-jaga lebih baik daripada terkena untuk kali keduanya...cuba elakkan supaya 'pisang tak berbuah dua kali!'

Jangan sangka kura-kura lemah!

Ramai menyangka kura-kura adalah spesies yang lemah! Salah tanggapan tu, kalau tak percaya lihat gambar di bawah ini...angkara tindakan kura-kura, pondok tu hampir roboh! Jadi kura-kura ini sebenarnya spesies yang kuat, jangan ingat kerana pergerakannya lambat, kita mengkategorikannya sebagai spesies yang lemah!


sang kura-kura berusaha kuat tu...


akhirnya sang kura-kura berjaya
merobohkan pondok tu!

Monday, December 12, 2011

Ketupat Sotong





Ini merupakan masakan kegemaran kami sekeluarga. Masak 2 - 3 kilo pun boleh habis dalam sekelip mata je,tambah-tambah bila makan masa panas-panas lagi! Jom ikuti cara memasaknya.

Bahan utama :

Sotong ~ 15 ekor (saiz sederhana)
Beras pulut ~ rendam dengan santan + halia + halba
lidi (cucuk sotong)

Bahan kuah :

Santan (RM4.00)
1 labu bawang besar ~ mayang nipis
Halia ~ hiris halus
Halba ~ 10 - 15 biji
air secukupnya

Cara memasak :

1. Sotong diisi dengan beras pulut (isi 3/4 saja) + cucuk lidi dihujungnya supaya pulut tidak terkeluar semasa dimasak.

2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk + sotong + air > masak di atas api sederhana. Angkat setelah kuah agak pekat. Tak perlu letak garam sebab sudah masin.

Sunday, December 11, 2011

Cuti-cuti Malaysia ~Welcome Cookies



Ini merupakan satu cara pihak pengurusan hotel di Doubletree by Hilton menyatakan penghargaan mereka kepada pengunjung kerana memilih hotelnya....aku dan anak-anak amat gembira sekali dapat merasa cookiesnya yang bersaiz 'giant' tu! Sedap sehingga habis dimakan..yum,yum,yum...:)

Sarapan pagi hari ini ~ laksa


Pagi ini buat kuah putih untuk dimakan bersama laksa. Laksa beras tu, suamiku beli aje di pasar besar Kuantan. Manakala kuah merah (kuah masak) adalah lebihan kuah laksa yang dibeli ketika balik bercuti ke kampung tempoh hari.

Cara -cara membuat kuah laksa (kuah putih) :

santan (RM5.00)
1 keping ikan tenggiri (rebus ~ tumbuk halus)
1 keping asam keping
15 - 20 biji lada hitam (tumbuk halus)
1 sudu besar bawang kisar
sedikit belacan
garam secukupnya
limau kasturi ~ perahkan ketika mahu makan

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan (kecuali limau kasturi) + air rebusan ikan + 1 cawan air panas.

2. Panaskan di atas api sederhana, kacau sehingga kuah itu panas (jangan mendidih) kemudian angkat. Hidangkan dengan perahan limau kasturi/limau nipis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...