BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, February 29, 2012

4 tahun lagi baru dikabul!

29 Februari tanggal istimewa
empat tahun sekali menjelmalah ia
bagi melengkapkan bumi beredar
mengelilingi matahari dalam orbit bujurnya!

29 Februari pasti dinanti
oleh mereka yang lahir tanggal ini
almaklum 4 tahun sekali baru dirai
terus meningkat 4 tahun usia!

29 Februari tarikh diikat
buat pasangan harus diingat
tidakkah tarikh itu terlalu lambat
4 tahun lagi baru dikabul!

Monday, February 27, 2012

Topeng!









bahan asasnya kotak terbuang!
dimekap dengan manik-manik dan labuci
dihias pula dengan bulu ayam sintetik!
supaya nampak lebih glamer si pemakainya
topeng samaran buatan tangan si wani
untuk mata pelajaran pendidiksan seni 
di sekolahnya!

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

2nd BE untuk 2012 but 1st BE utk blog lagi satu!




Alhamdulillah rezeki lagi! Terima kasih nuffnang!
Kali ini dapat BE tajaan maxis...gambar atas tu!
Tapi bukan di blog ini...
di blog lagi satu...

ini 1st time bagi blog tu....:))


Thursday, February 23, 2012

Kesan negatif perniagaan pasar malam



Antara kesannegatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar. Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungikawasan itu.

3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran.

4. Hargatanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibelitidak berkualiti.

Wednesday, February 22, 2012

Peta Kawasan Kajian Perniagaan Pasar Malam


 Pelajar -pelajar perlu menyediakan 2 jenis peta untuk kawasan kajian masing-masing iaitu

1. Peta 1 : Peta Lokasi kawasan kajian di daerah masing-masing.

2. Peta 2 : Peta Lokasi kawasan kajian (tapak pasar malam).

Berikut diberikan langkah-langkah untuk membina peta-peta berkenaan dengan berpandukan kepada google map. Ikuti langkah-langkahnya :

Langkah 1 ~ Tekan widget google map yang diletak di ruangan kanan blog ini.



Langkah 2 ~ ubah angka untuk width dan angka untuk height ( bagi mendapat saiz peta yang besar). Tulis lokasi kawasan kajian anda.

 
3. Setelah itu tekan PrtSc SysRq > Paint > Paste > Save. Guna program photoscape untuk crop, masukkan mata angin, bingkai peta (frame) dan tajuk peta.




4. Ulangi langkah yang sama untuk peta 2. Masukkan mata angin, petunjuk, bingkai peta dan tajuk peta.



Untuk meletakkan peta dari google map ke microsoft office word, boleh lihat tutorialnya di url ini :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/02/peta-kawasan-kajian-kerja-kursus.html

Monday, February 20, 2012

Sebelum dan selepas....


  sebelum dimandikan ~ gebu!

V
V
V
V
V
v
v
v
v


selepas dimandikan ~ kurus kering macam kucing kurap je!


Sunday, February 19, 2012

Rezeki di pagi Ahad



 Alhamdulillah, pagi Ahad yang nyaman dengan hujan renyai-renyai begitu mendamaikan. Syukur YA ALLAH kerana diberi kesempatan menikmatinya....ditambah pula rezeki pagi ini! Laksam pemberian Yat (kembarku). Terima kasih daun keladi, lain kali Yat berilah lagi.....:) 


laksam menu pagi minggu ini


siap sedia untuk di makan...


Saturday, February 18, 2012

Penulisan tajuk Kerja Kursus Geografi yang betul



Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar PMR semasa menulis tajuk Kerja Kursus Geografi (KKG) ialah hanya menulis lokasi kawasan kajian tanpa menulis bandar/daerah dan negeri kawasan kajian. Di sini diberi contoh penulisan tajuk KKG yang lengkap (lihat gambar).




Jenis perniagaan runcit : Perniagaan Pasar Malam.
Lokasi kawasan kajian : Indera Mahkota.
Bandar/daerah : Kuantan.
Negeri : Pahang Darul Makmur.


Kepentingan Perniagaan Pasar Malam



Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Indera Mahkota 1,Kuantan, Pahang pada setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah :

1. Menyediakan peluang pekerjaan ~ Berbagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan/minuman, peniaga buah-buahan/sayur-sayuran, penjual daging/ayam dan peniaga pakaian/kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam.

2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan ~ Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah berjaya ditingkatkan.

3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan ~ Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan dapur seperti ikan, daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinanti-nanti oleh penduduk di kawasan Indera Mahkota kerana berbagai juadah/makanan dijual.

4. Menyediakan barangan segar ~ Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, ulam-ulaman (pegaga, pucuk ketereh, dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan, udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Indera Mahkota ini, saya rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

Friday, February 17, 2012

Orkid Penyeri 2012





musim hujan menghilang diri
 musim panas mengambil tempat
laman rumahku kini berseri
 kumtuman orkid hati tertambat!


Thursday, February 16, 2012

Perniagaan Runcit Yang Berfokuskan Pasar Malam



Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barang tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis.

Perniagaan yang biasa dilakukan adalah menjual makanan dan minuman, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging. Kadang-kadang terdapat juga perniagaan pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini memerlukan modal kecil dan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kebanyakan perniagaan pasar malam seperti di Indera Mahkota, Kuantan beroperasi di jalan-jalan atau lorong-lorong perumahan yang mudah dikunjungi penduduk sekitar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Perniagaannya terdiri daripada pengerai yang bertapak di kawasan sementara untuk menjalankan operasinya. Tapak pasar malam ini boleh diubah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Wednesday, February 15, 2012

BORANG PEMERHATIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012





KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKTP 2012
BORANG PEMERHATIAN KAJIAN TENTANG PERNIAGAAN RUNCIT
YANG BERFOKUSKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM

NAMA PELAJAR :.........................................................................................................

KAWASAN PASAR MALAM:...........................................................................................

1. JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN

JENIS
BARANGAN
JUMLAH
GERAI
MAKANAN

MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN



2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHIPERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN (SILA TANDAKAN 4 FAKTOR)

FAKTOR
MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM)
TANDAKAN
(X)
TAPAK DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN

PENIAGA TEMPATAN

MODAL KECIL

PASARAN TEMPATAN (PENDUDUK SETEMPAT)

INFRASTRUKTUR

KAWASAN PERUMAHAN (TUMPUAN PENDUDUK)

PENINGKATAN TARAF HIDUP (KUASA BELI)

DARJAH KETERSAMPAIAN (ADA JALAN RAYA)

PERANAN PERSATUAN PENDUDUK/JKKK

KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA ( 5 PTG - 10 MLM)



3. KESAN NEGATIFPERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DI KAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 4 KESAN UTAMA)

KESAN
TANDAKAN
(X)
MASALAH SOSIAL

PERSAINGAN DENGAN GERAI-GERAI YANG MENJUAL BARANGAN YANG SAMA

PENCEMARAN

KESESALAN LALU LINTAS

WABAK PENYAKIT

HARGA TANPA KAWALAN

BARANGAN TIDAK BERKUALITI

PEMBAZIRAN (MASA/WANG)



4. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DIKAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 3 LANGKAH)


LANGKAH
TANDAKAN
(X)
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

PERANAN & PEMANTAUAN PBT/PERSATUAN PENDUDUK

PENGAWALAN & PENGELUARAN LESEN

PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA PENIAGA

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

KEMPEN KESEDARAN

PENGAWALAN HARGA

WUJUDKAN KAWASAN KHAS PERNIAGAAN RUNCIT


Boleh juga melihat contoh borang temu bual pasar malam di link berikut:

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/borang-temubual-kerja-kursus-geografi.html
 

Tuesday, February 14, 2012

1st BE 2012





BE pertama dari nokia...terima kasih:)
nak tahu lebih lanjut tentang h.p nokia ini
kliklah ya iklannya yang sedang menari-nari 
di ruangan large rectangle!

Monday, February 13, 2012

Puding durian belanda


Puding durian belanda ini dibuat oleh along. Sedap juga rasanya seperti ais krim durian belanda pun ada! Nak tahu rasa sebenarnya, cubalah buat. Ramai juga berpendapat, durian belanda boleh mengurangkan risiko kanser! Nak tahu resipinya, sila klik sini

Sunday, February 12, 2012

Aksi Si Montel!



Kejadian ini berlaku suatu petang,
ketika aku baring di kerusi panjang,
melepaskan kepenatan setelah pulang,
merehatkan minda yang tension memanjang!


 Si montel mulanya mengiau-ngiau
dengan suaranya yang sengau-sengau
tapi aku malas nak mendengar
namun si montel tunggu dengan sabar!


tiba-tiba tiada lagi suara si montel,
atau mungkin aku dah tidur,
sunyi sepi nyenyaknya tidur,
aku dan montel sama-sama tidur!


sangkaanku rupanya meleset,
senyap-senyap si montel lesap,
duduk mengendap si twinnie di atas meja,
dengan khusyuk ...
sampai tak sedar diri diperhatikan!


dari tenungan yang penuh tajam,
si montel mula mengorak langkah,
mengelilingi bekas si twinnie
kura-kura peliharaan si syuhadah!


tengoklah itu aksi si montel,
dalam diam-diam rupanya
menjalankan misi menyerang si twinnie
nasiblah baik aku tercepat,
jika tidak si twinnie dah jadi arwah!

Friday, February 10, 2012

Soalan Kerja-Kerja Kursus PMR 2012



Musim membuat kerja-kerja kursus untuk pelajar-pelajar PMR sudah tiba! Bagi mendapatkan soalan-soalannya sila klik gambar-gambar di bawah :









Monday, February 6, 2012

Ketam masak lemak cili padi


Hari ini masak ketam. Atas permintaan anak-anak, ketam tu dimasak lemak cili api. Ikuti resipinya:

Bahan utama ~ 6 ekor ketam (saiz sederhana),potong 2

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10 -15 biji cili padi

Bahan pelengkap:
2 batang serai ~ diketuk sedikit
2 keping asam gelugur
RM4.00 santan

Cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar + RM2.00 santan. 
2. Bila mendidih masukkan serai + asam gelugur + ketam. Perasakan garam + gula secukupnya. Akhir sekali masukkan RM2.00 santan. Masak sekejap ,kemudian angkat.

Sunday, February 5, 2012

Agar-agar taufufa




Rasanya sudah agak lama tak membuat hidangan pencuci mulut. Almaklum bila dah buka sekolah, jadual harian agak sibuk, jadi tiada masa untuk agenda masak-memasak apatah lagi membuat juadah pencuci mulut. Namun sebagai meraikan harijadi along semalam (4/2/2012) yang kini telah berusia 22 tahun (dah jadi anak dara rupanya along!), aku pun sediakan agar-agar taufufa. Cara menyediakannya mudah dan ringkas yang aku ceduk dari sweetthots fotopages

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar serbuk (10 g)
3/4 cawan gula
8 cawan air
1 tin susu cair
1 tin laici

Cara memasaknya:

1. Masak agar-agar dengan 8 cawan air + gula + susu cair. Bila semua sudah sebati dan mendidih, tuang ke dalam acuan. Sejukkan.

2. Hidangkan dengan buah laici dan sirap laici.





Saturday, February 4, 2012

Kenapa kita tidak mencontohinya??

Pasti sudah ramai mengetahui kisah Nabi Muhammad s.a.w dengan si pengemis butakan? Sikap si pengemis buta berbangsa Yahudi ini yang sering mencaci, menghina dan melemparkan tomahan tentang Nabi Muhammad s.a.w. tidak sedikit pun melunturkan semangat Nabi Muhammad untuk berbuat kebaikan. Baginda meneruskan perbuatannya menyuapi makanan kepada sipengemis buta ini walaupun dihina. Malahan baginda s.a.w menyuapinya dengan penuh kasih sayang, dihancurkan terlebih dahulu makanan itu supaya mudah sipengemis buta itu menelannya. Alangkah tingginya budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Akhirnya sipengemis buta ini memeluk Islam! Untuk mengetahui kisah ini lebih lanjut sila klik sini

Namun pada hari ini, aku lihat lain pula jadinya. Untuk kepentingan sendiri, ada yang sanggup menghina dan mencaci orang lain walaupun seagama! Jadi bagaimana penganut agama lain boleh tertarik dengan Islam, jika akhlak mulia yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w tidak kita turuti?? Kenapa kita tidak mencontohinya, sedangkan sudah terbukti akhlak mulia seseorang boleh menarik seseorang untuk memeluk Islam dan menghormati agama ini.


Thursday, February 2, 2012

Spontaneous Thursday ~ Alhamdulillah

Alhamdulillah.....
masih sihat untuk mengerjakan ibadat kepadaMU.
Bersyukurlah selagi berkesempatan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...