BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, June 30, 2012

Menu petang : Keropok lekor

Petang-petang gini bestkan makan keropok lekor. Keropok ini sebenarnya telah disejukbekukan..diberi oleh anak saudara yang balik teganu tempoh hari.

Petang ni rasa nok makan...sisuami suka yang rebus sementara aku pula suka yang goreng....sebab tu ada keropok lekor rebus dan goreng!

Jom apa tunggu lagi....mari makan sementara masih panas lagi nih...

Udang masak cili padi

Ini masakan permintaan wani pula.

Mak: Ayah ada beli udang...bolehlah letak dalam sayur, kata ku.

Wani : Masak cili padilah...

Ohh boleh je...

Jadilah dua menu untuk lauk tengah hari  hari ini. Cadangnya nak masak satu lauk je tapi demi anak2 aku ikutkan je kehendak mereka...

Tenggiri masak merah berempah

Selepas hantar angah ke air port pagi tadi, kami singgah di kedai ikan...beli lauk untuk masak tengah hari hari ini.

Ira: Mak masak masak merah berempah..
Mak: Kalu gitu beli ikan tenggirilah, beritahu aku kepsda si suami tercinta.

Itulah menu tengah hari keluargaku untuk hari ini..

Monday, June 25, 2012

Menu petang : colek jambu

Petang-petang gini seronokkan makan colek jambu ramai-ramai. Teringat zaman kanak-kanak dulu, duduk bawah pokok jambu golok sambil makan colek pauh atau jamu arang dengan sepupu sepapat!

Tapi itu dulu..sekarang suasana begitu sudah lenyap....anak-anak zaman sekarang pun tak berapa suka makan colek ini. Mereka makan nugget atau sousage sebagai hidangan snek di waktu petang!

Sunday, June 24, 2012

Menu tengahari : Nasi telur

Istimewa sungguh menu tengahari hari ini...nasi telur. Nasi telur ini dimasak oleh chef angah. Nak tahu resipi nasi telur ini sila ke link berikut...
http:seharididapur.blogspot.com
Selamat menjamu selera...sedap dimakan dengan daging masak merah atau kari ayam atau kari daging..

Saturday, June 23, 2012

Menu tengahari : Masakan Ketam

Hari ini masak 2 jenis masakan ketam iaitu ketam masak merah yang diminta oleh si ira. Menu masakan ketam masak cili padi pula diminta oleh si angah..si chef http:seharididapur.blogspot.com

Hari Sabtu dan Ahad biasanya aku masak untuk anak2 dan biasanya aku cuba memenuhi selera mereka! Almaklum hari2 lain lauk tunjuk je..

Wednesday, June 20, 2012

Resipi istimewa angah : Kuew Tiau Ladna

Antara menu istimewa yang angah sering masak ialah kuew tiaw ladna.
Pada pandangan aku, antara masakan yang angah buat, kuew tiau ladna
adalah yang paling sedap!!


Jika nak cuba resipi ini, silalah ke link berikut:

Monday, June 18, 2012

Menu tengahari : Nasi minyak ayam masak tomato

Hari ini masak satu lauk saja iaitu ayam masak tomato. Tapi nasinya dua jenis iaitu nasi minyak dan nasi putih. Akhirnya nasi minyak juga yang laku! Apa-apa pun lauk ayam masak tomato ini boleh dimakan dengan apa jenis nasi pun....pasti sedap. Itu kata anak-anakku iaitu Angah, Wani, Ira dan Syu....Tersenyum aku mendengarnya, sebab aku tahu jika lauk masak merah tu semua suka .....

Saturday, June 16, 2012

Menu tengahari: Goreng sayur kailan ikan masin

Ini masak ketika elektrik dah ada...cepat dan mudah...selesa pun sebab persekitaran dah berangin berkipas:-)
Jom makan...ops tak boleh makan lagi sebab nasi@ belum masak...sempat masak guna rice cooker...sabar ye...tunggu nasi masak!

Menu tengahari : Ikan bawal sweet sour

Malang sungguh rasanya terpaksa memasak dalam keadaan panas sebab tak ada elektrik...bermakna tak ada putaran kipas untuk menyejukkan aku yang sedang kepanasan ini!
Memasak pun menjadi agak lambat terpaksa masak nasi pun guna dapur gas... biasa guna rice cooker je!
Apa-apapun aku berjaya siapkan lauk untuk tengahari ini dalam keadaan peluh meleleh di muka...hehe...

Nak cuba masak, boleh lihat resipi di sini, cuma ikannya dalam resipi ni ialah ikan merah!

Thursday, June 14, 2012

BE tersembunyi!

Petang tadi aku buka akaun nuffnang aku...gembira yang amat sebab dapat BE baru dari DIGI.
Jadi aku pun bukalah pula "kelip-kelipkehidupan" aku ini nak lihat iklannya malam ini. Cari punya cari tak nampak-nampak iklan tu muncul!

Aku pun naik hairan...time bilalah iklan DIGI tu keluar agaknya ya...???

Okaylah....macam inilah ya, jika pengunjung blogku ini ternampak iklan DIGI tu, jangan segan-segan untuk klik ya...sebagai tanda sokongan anda kepada blog kelip-kelip ku ni... terima kasih...he,he,he...:))

Wednesday, June 13, 2012

Menu petang : Mee Bandung

Hai..hai macam manalah nak diet ni??? Hari ni angah masak mee bandung untuk makan petang. Nampak gayanya kena cancellah niat utk control mkn....kena mkn mee bandung masakan chef aiman yg dah penat2 masak tu...
Jom makan..
Sila ke blog chef aiman...
http://seharididapur.blogspot.com

Tuesday, June 12, 2012

Menu petang : Semug teh & 2 keping roti bakar

Petang-petang begini aku suka minum semug air teh dan 2 keping roti bakar. Kadang-kadang roti tu aku sapu planta atau aku makan kosong saja...
Memandangkan aku kini ada darah tinggi dan juga 'high cholestrol' aku cuba mengubah diet aku.. Semoga ini dapat membantu aku menjalani gaya hidup sihat.

Sunday, June 10, 2012

Menu tengahari : Kari ikan tenggiri

Hari ini makan nasi putih  berlaukkan kari ikan tenggiri. Sedap dimakan bersama ikan bilis goreng, ikan kering atau keropok keping!
Jom makan...masih panas lagi..nih!

Nak tahu resipi, klik sini ya!

Friday, June 8, 2012

Menu tengahari : Ayam panggang bermadu

Sejak aku ada darah tinggi ni, chef aiman (angah) kurangkan masakan bergoreng..seperti hari ni chef aiman masak ayam panggang bermadu!
Ayam ni sedap dimakan sama ada dengan nasi putih, nasi ayam atau diratah begitu saja..sedap rasanya masin lemak manis!!
Sila ke link berikut untuk banyak lagi resipi....
http://seharididapur.blogspot.com

Menu pagi : Nasi goreng ikan

Pagi ini masak nasi goreng ikan kerisi panggang. Ini merupakan nasi goreng ala trengganu atau mungkin nasi goreng ikan tradisi keluarga aku.
Cara memasak juga mudah. Goreng bawang merah/bawang besar dan cili boh hingga garing. Masukkan garam dan gula dan sedikit air. Kemudian masukkan ikan kerisi yang telah dihancurkan, gaul sebati. Setelah itu masukkan nasi dan gaul sebatikan dengan rempah tumis itu.
Sedap dimakan bersama-sama keropok keping...

Thursday, June 7, 2012

Cuti-cuti Kelantan: Mandi kolam

Setiap kali pergi bercuti, kriteria utama hotel yang dipilih mesti ada kolam renang. Ini kerana anak-anak suka mandi kolam walaupun tak pandai berenang...
Sesampai saja di Hotel Riverview ni, anak-anakku bersemangat mandi di kolam renang walaupun ketika itu kolam renang dipenuhi ramai orang! Aku tak mandi kali ini  kerana kolamnya agak kecil disamping ramainya orang...rasa seganlah pulak!!
Aku cuma membuat sedikit senaman di gimnasium hotel..berpeluhlah jugak...elok juga memandangkan sudah lama aku tidak bersenam...:-)

Ohh sedapnyalah mempelam...

Semasa bercuti di Kelantan pada cuti sekolah....kami terliur melihat buah mempelam yang berbagai jenis! Ada mempelam siku raja,mempelam lemak manis dan macam-macam lagi...
Suamiku membeli beberapa jenis mempelam sebelum pulang ke sini. Sebagai hidangan tengahari hari ini, aku sediakan mempelam lemak manis sebagai hidangan pencuci mulut...
"manis meleting", kata anak-anakku yang tak sempat-sempat menunggu makan tengahari...
telah merasa keenakan buah mempelam ini...

Wednesday, June 6, 2012

Cuti-cuti Kelantan:Hotel Riverview

2012-Tahun Melawat Kelantan,jadi kami mengambil keputusan untuk ke KB pd cuti sekolah ni. Kami menginap di Hotel Riverview yang terletak di tebing Sg Kelantan..
Jom layan gambar2nya..

Sunday, June 3, 2012

Kisah kamu...


Kisah kamu...
lumrah ku tatapi di dada akhbar...
dijadikan pedoman kepada remaja..
khasnya golongan si dara...

Kisah kamu...

bukan suatu yang dangkal...
si gadis yang lurus akan mudah terpedaya...
janji-janji manis si lelaki durjana...

Kisah kamu...

begitu memilukan...
terperangkap dengan pujukan rayu...
bagai menanam tebu di bibir...
hingga kamu terkulai layu jatuh ke bumi..

Kisah kamu...

begitu mengejutkan aku...
amat tidak menyangka dirimu...
ibarat habis madu sepah dibuang...!! 

Friday, June 1, 2012

Menu tengahari: Ayam masak merah

Hari ni angah masak ayam masak merah untuk hidangan tengahari. Masak sejenis lauk je sebab petang ni ada pasar malam..
Ini adalah lauk kegemaran anak-anak terutama si along nun jauh di kutub selatan...sedang berjuang (jangan salah sangka...bukan gi berperang...hehe!) tapi menyambungkan pelajarannya dalam bidang farmasi.
Sementara angah pula menjadi chef di rumah sebelum masuk univ bulan 9 nanti....tak tahu lagi univ oversea atau dalam negeri je.......doakan permohonan biasiswa angah berjaya ya...

Mee sanggul goreng

Pagi ni masak mee sanggul goreng untuk sarapan kami anak beranak. Sekali sekala tukar mee kuning ke mee sanggul sedap juga, selain mengurangkan minyak boleh juga rasa kelainannya. Mee sanggul ini tidaklah berminyak seperti mee kuning....dan yang paling seronoknya anak-anak pun suka!
Jom cuba buat mee goreng guna mee sanggul pula....

Yell ada baju baru!

Seronoknyalah si ira sebab anak patungnya dah ada baju baru....velvet lagi! Seksi..dedah belakang lagi... nasib baik anak patung kalau baju ira dah pasti aku haramkan ira memakainya!
Baju ni kain perca dari kain skirt angah. Baju itupun angah yang tolong jahitkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...