BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Friday, November 30, 2012

Sotong Masak Merah

Masakan pertama yang dimasak untuk along yang baru je balik dari Adelaide, Australia ialah sotong masak merah. Ini merupakan menu kegemaran utama along dan adik-adiknya. Termasuk aku juga.....hehehe

Jika nak lihat resipinya, silalah klik sini


Buah jambu



Selain musim buah durian, sekarang juga musim buah jambu air dan jambu batu. Jambu batu dan jambu madu ini memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan serbuk asam boi atau colek kicap! Sebenarnya buah jambu batu dan jambu madu ini boleh didapati dengan banyaknya di negeri Perak. Nak tahu kenapa?

Ini kerana di Perak banyak kawasan tinggalan lombong bijih timah yang telah ditebusguna untuk dijadikan kawasan penanaman buah-buahan seperti jambu batu, jambu madu dan limau bali. Jika nak beli buah-buahan ini bolehlah singgah di R N R Sg Perak..bermacam buah-buahan segar dijual di sana.

Thursday, November 29, 2012

Dapat BE/CPUV Lagi

Boleh dikatakan dari awal tahun hinggalah kini, ada aje pengiklan yang menaja blogku ini. Paling terbaru adalah dari syarikat telekomunikasi DIGI. DG Prepaid Smart Plan (Lihat gambar di atas) merupakan BE/CPUV terbaru yang diperolehi iaitu mulai 19 November 2012, bermakna sudah 10 hari. Jadi duit yang terkumpul pun masih belum banyak, hanya sekitar RM1.30.

Harap-harap duit yang terkumpul daripada iklan ini akan meningkat. Jadi diharap pengunjung blog ini sudilah kiranya mengklik iklan ini ya....terima kasih:)

Wednesday, November 28, 2012

Kek Perkahwinan

kek fondant bertingkat
 Selain pelamin, aku juga tertarik kepada kek-kek perkahwinan yang pelbagai bentuk. Antara yang menarik perhatianku ialah kek perkahwinan bertingkat ala-ala Inggeris yang terdiri daripada kek fondant. 


 
Kek buah labu bertemakan fairy tale cinderela
Kek buah labu ini memang ada keistimewaannya kerana dalam banyak-banyak perkahwinan yang aku hadiri mungkin ini merupakan kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Bersesuaian dengan tema pelaminnya yang berbentuk juga fairy tale iaitu kereta kuda.

Sunday, November 25, 2012

Putih Kuning Memang Menyerlah!


Berlatar belakangkan warna kuning lembut/ kuning air bergandingan dengan warna putih kapas, pelamin nampak begitu menyerlah kecantikannya.

Hiasan pelamin yang ringkas dijambangi bunga-bunga mawar putih-kuning menyerikan lagi keindahan pelamin ini.

Warna kerusi pengantin yang senada dengan pelamin menimbulkan keharmonian dan menjadikan pelamin ini tampak anggun dan bergaya.

Kepada bakal pengantin, mungkin pelamin ini boleh dijadikan pilihan anda! Atau boleh juga memilih yang konsep cinderela atau konsep bird nest in the garden!


Saturday, November 24, 2012

Sup Ayam Lengkuas

Kadang-kadang tu, kita seperti mati akal memikirkan lauk apa yang hendak dimasak! Fikir punya fikir akhirnya saya masak aje lauk sup. Namun sup ayam yang saya masak kali ini adalah sup lengkuas.

Sup lengkuas ini mampu membuka selera orang yang tiada selera makan akibat demam atau diserang selsema. Keadaan inilah yang saya sekeluarga alami sejak akhir-akhir ini... demam, batuk dan selsema! Alhamdulillah cepat baik...cuma selsema sikit-sikit aje sekarang ni!

Jika nak resipinya, klik sini .


Tuesday, November 13, 2012

Ikan Tenggiri Masak Hijau


Hari ini masak ikan tenggiri yang berbeza dari kebiasaan. Yalah acap kali masak masak merah, kali ini tukar kepada masak hijau pula. Ini kira first time lah merasa resipi ini, yang saya ceduk dari blog Home Sweet Home :Ummizaihadi . First time rasa tu...terus jatuh cinta! Sedap bangat!Jom lihat resipinya yang saya dah ubah suai ikut selera ku.....

Ikan : Tenggiri (2 keping) ~goreng

Bahan kisar :

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
sedikit belacan
5 biji lada hitam
6 tangkai cili padi ~boleh kurangkan jika tak suka pedas
2 tangkai lada merah

Bahan pelengkap :

2 tangkai daun kari
2 tangkai lada hijau ~ hiris memanjang (tak letak pun...)
2 biji limau kasturi
1 gelas air

Cara memasak  :

1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan air + daun kari + lada hijau. Garam dan gula secukupnya. 

2. Setelah kuahnya garing, masukkan ikan. Sebatikan dengan perahan jus limau kasturi, kemudian matikan api. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi putih.



Spageti goreng

Pagi ni ira buat spageti goreng. Daging kisar tu ira buat bebola daging (lada hitam + sos tomato + garam + telur + serbuk roti)=panggang dalam pan.

Kemudian masaklah seperti biasa. Gorengkan spageti yang sudah direbus dengan sosnya + bebola daging + hotdog. Siap...boleh makan ...hehehe

Monday, November 12, 2012

Pan Porcelain!


Pernah dengar tentang pan porcelain? Tak pernah...samalah kita, saya pun baru tahu apabila si suami tercinta membeli pan ini di Pengkalan Kubor semasa dia bertugas di Kota Bharu minggu lepas.

Pan ini buatan negara Korea dan bahagian dalam pan ini diselaputi dengan 5 lapisan porcelain serta diberi jaminan tidak akan melekat apabila dimasak!


Nak tahu juga sama ada betul ke tak. Jadi tengah hari tadi, mulalah memanggang ikan pari di dalam pan ini. Memang betullah, ikan pari yang dipanggang itu memang tak melekat sedikit pun pada pan ini...very fascinating!! Nak bersihkan pan ini pun mudah,hanya lalukan air pada pan ini ketika masih panas...!


Dan hasilnya....ikan pari bakar! Nak tahu rempah ikan pari bakar ini, sila klik sini . Kali ini rempah ikan bakar ini dibuat oleh angah yang balik bercuti mid-sem selama seminggu.




Makaroni Sup Menu Wajib Buat Time Cuti Sekolah


Pada musim cuti sekolah ini, biasanya anak-anak mahu saya masak makaroni sup. Saya akan masak pada hari bekerja seperti hari ini, iaitu hari Isnin kerana suamiku tidak gemar makan makaroni sup ini. Jadi tak perlulah saya masak menu lain untuk sarapan pagi kerana si suami bekerja pada hari ini.

Pada cuti sekolah biasanya saya akan luangkan lebih banyak masa untuk memasak kerana pada hari persekolahan saya beli saja lauk pauk dari kantin sekolah. Pada masa inilah anak-anak nak merasa masakan ibunya kan....air tangan ibu itu penting untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu dengan anak-anak dan suami. Betul tak? Kalau setuju, sila like post ini :) atau tinggalkan komen...hehehe :))
 

Sunday, November 11, 2012

Sayur campur


Semalam tak masak, sebab ada jemputan kenduri kahwin. Maklumlah ya musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk kahwin.

Hari ini, baru masuk dapur masak lauk untuk makan tengah hari. Dalam musim cuti sekolah ini, tugas ku menjadi lebih ringan sebab ramai penolong di dapur. Hari ini, sayur campur ini dimasak oleh si ira. Sementara kerja-kerja memotong sayur ini dibuat oleh si wani dan si syu.

Aku hanya memantaunya aje dan merasa masakan sayur ini dari segi kemasinan dan kemanisannya...hehehe! Untungkan ada ramai anak perempuan, jangan jeles ya!

Nak resipinya, jangan lupa klik sini

Saturday, November 10, 2012

Musim kahwin dah bermula


Bermula sahaja cuti sekolah, musim kahwin bagi dua sejoli pun bermula. Bagi menjimatkan kos perkahwinan, ramai pasangan terutamanya dalam satu keluarga dibuat serentak. Dengan cara ini kos dapat dijimatkan. Begitu juga dengan masa, masa digunakan secara maksima.

Pelamin yang disediakan ada pelbagai tema seperti bertemakan fairy tale (cinderella). Kali ini tema pelamin bird nest in the garden. Pelamin dihias dengan juntaian daun dan bunga-bunga hidup yang menyegarkan. Walaupun simple tetapi tetap cantik!

Friday, November 9, 2012

Selamat bercuti...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2012. Anak-anak pasti gembira, tiada lagi kerja sekolah yang perlu disiapkan...hanya bersuka ria dengan bermain games...ataupun pergi bercuti bersama keluarga tercinta.

Malah inilah peluang yang diambil untuk balik kampung dalam tempoh yang lebih lama, mungkin seminggu atau dua minggu ataupun lebih lama memandangkan cuti ini lebih panjang...cuti akhir tahun...

Jadi selamat bercuti...

Tuesday, November 6, 2012

tak perlu kata apa-apa



tak perlu kata apa-apa
kerana kata-kata kita
boleh disalahmengertikan
menyebabkan kita berasa amat bersalah!

tak perlu kata apa-apa
jika kata-kata kita
menimbulkan prasangka 
yang memang kita tak sangka-sangka!

tak perlu kata apa-apa
itu jalan terbaik
tiada yang terluka
diri kita pun tak berduka!

Hayati dan amalkan

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
😇 Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .
 Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .
 Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .
 Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .
📚 Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .
😎 Kongsi mesej ini kpd orang
ramai 👪. Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
7 kalimat yg harus di biasakan..
1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Ada 2 pilihan utk anda :
1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.
2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.

Sunday, November 4, 2012

Gembira Tak Terkira



Gembira tak terkira
mendengar suara darinya
terlerai sudah segala dilema
Alhamdulillah akhirnya

Gembira tak terkira
rancak berbual pelbagai perkara
sungguh mesra lidah berbicara
MasyaAllah aku bersyukur padaMU

Gembira tak terkira
mendapat perkhabaran indah darimu
semua berkat doaku kepada MU YA ALLAH
SUBHANALLAH...
ALLAH HU AKBAR

 

Menu tengahari...hari ni

Ikan selar goreng, kailan goreng udang kering dan sotong masak merah untuk tengahhari ni.
Ikan goreng tu terhangus sikit...baca whatsapps gossip smktp! Tapi tu yang sedap. Anak2 ratah macam tu je....semua boleh makan dari kepala hingga ke ekor ikan....garing!

Friday, November 2, 2012

Fruit Jelly


 

Bersungguh betul ira membuat fruit jelly ni. Dari memerah limau untuk mendapatkan jus limau hinggalah memasak agar-agar dan menuang agar-agar ke dalam acuan (limau yang dibelah 2) semuanya ira buat sendiri. Inilah hasilnya...cantikkan fruit jelly oren ini :) Fruit jelly ini ira nak bawa semasa jamuan akhir tahun kelasnya pada hari Isnin yang lepas iaitu pada 29/10/12.

Sesiapa nak lihat resipinya sila klik sini ~ fruit jelly

 Manakala untuk melihat langkah-langkah membuat fruit jelly boleh klik sini ~ step-step membuat fruit jelly

 

Thursday, November 1, 2012

Hari Raya Haji Ketiga : Nasi Impit Kuah Kacang Ayam



Pada asalnya, aku nak masak nasi impit kuah kacang ni pada hari raya pertama, tapi atas permintaan Angah yang mahu bawa balik nasi impit kuah kacang ini ke UM pada hari Ahad (28/10/12) jadi hidangan ini aku masaklah pada hari ketiga hari raya korban (berkorban apa saja untuk anak-anak tercinta....hehehe). Ini merupakan menu kuah kacang terengganu sebagaimana ditulis oleh Cik Rose Cute. Ada juga kuah kacang yang sedikit berbeza daripada resipi kuah kacang aku ini seperti yang dimasak oleh acik erna. Jom tengok resipi kuah kacang aku pula yang biasanya aku letak ayam di dalamnya.

Bahan Utama :

1/2  atau 1 ekor ayam ~ potong kecil
500 - 700 gram kacang tanah ~ bakar dalam oven (30 minit) kemudian kisar (kasar dan halus ~kisar  1/2 kulitnya juga)
5 hingga 6 sudu besar cili boh
RM5 santan
 
Bahan Kisar:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 2 labu bawang besar
1 inci halia muda

Bahan Pelengkap :

1 mangkuk kecil asam jawa ~ jangan letak terlalu banyak (sedikit sahaja) atau 2 keping asam gelugur
3 atau 4 batang serai ~ dititik/ketuk
Gula Melaka + garam
1 gelas air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan serai + bahan kisar. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan cili boh + gula melaka dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan sedikit air ketika tumis untuk pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan kacang tanah  + santan + air asam jawa (atau asam gelugur) + air. Garam + gula melaka + gula secukupnya. Tutup api apabila kuah kacang itu pecah minyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...