BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, February 28, 2013

KKG 2013 : SENARAI KANDUNGAN


Pelajar perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 atau lebih isi kandungan beserta halamannya. Sila lihat contoh di bawah.


Sila tulis halaman sebenar setelah disusun. Ini adalah contoh sahaja. 

Tuesday, February 19, 2013

Peta Kawasan Kajian Kerja Kursus Geografi 2013 : Peta 1





Ini merupakan contoh peta 1 ~ lokasi kawasan kajian di daerah Kuantan, Pahang. Tiga perkara perlu ada pada peta 1 iaitu :

1. Tajuk peta.
2. Bingkai peta
3. Petunjuk mata angin (arah utara).

Thursday, February 14, 2013

Asam Pedas Ayam




Rasanya sudah agak lama juga saya tidak masak asam pedas. Jadi kali ini, memandangkan masih dalam cuti sekolah sempena CNY saya berkesempatan masak asam pedas ayam untuk hidangan tengah hari pada hari ini. Jom kita ikuti resipinya yang telah saya permudahkan...

Bahan utama ~ se ekor ayam (potong kecil-kecil)

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (celur sekejap dalam air panas & toskan)
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
5 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia muda
sedikit belacan

Bahan pelengkap :
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 gelas air
1 batang serai (dititik)
1 biji tomato
bunga kantan/daun kesum

Cara-cara memasak :

1. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga garing/naik bau.

2. Masukkan ayam + sedikit air + bunga kantan/daun kesum (untuk membangkitkan bau ~ tak letak pun!). Masak seketika.

3. Masukkan air asam jawa + air.  Garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat.

4. Sebelum matikan api, boleh masukkan tomato yang dibelah 4 (jika suka).

sumber : my resipi asam pedas ayam 

Wednesday, February 6, 2013

Tajuk Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Sila pilih salah satu dari tugasan yang diberikan. Tugasan 1 berkaitan pengangkutan awam. Tugasan 2 pula berkaitan sektor penternakan. Pilih tajuk yang sesuai dengan tempat tinggal anda.

Monday, February 4, 2013

Minum Petang : Roti Arab dan Roti Bakar



Roti Arab RM2.80

Roti Bakar Mentega/Kaya RM1.80

Minum petang tidak memerlukan snek yang berat. Cukup sekadar mengambil 1 atau 2 keping roti bakar atau roti arab yang dicicah dengan kari ayam.


Sunday, February 3, 2013

Selamat Pengantin Baru Mila n Fikri


Selamat pengantin baru buat Nur Sharmila dan pasangannya, Fikri. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.


Semalam pergi kenduri bekas pelajar di Sungai Isap, Kuantan. Meriah sungguh majlisnya yang diadakan di Dewan Seri Mentiga, Sungai Isap. Apa yang menarik perhatianku ialah  pelaminnya yang bertemakan warna pink. Cantik sungguh.

Selain itu, hiasan tempat makan beradat juga amat cantik. Latarnya juga berwarna pink.Sejuk mata memandang!



Saturday, February 2, 2013

Penyewa Baru!

Hari ini dapat penyewa baru untuk rumahku yang satu tu. Harap-harap kali ini, penyewanya tidak banyak kerenah.... Juga tidak menimbulkan banyak masalah seperti yang penyewa sebelum ini.


Inilah rumah sewaku...rumah kampung je pun! Tapi Alhamdulillah ada je penyewanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...