BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, March 31, 2013

Saturday, March 30, 2013

Sup Ikan Tenggiri





Hari ini sibuk bebenor, sampai tak sempat nak masak lauk tengahari. Nasib baik ira menawarkan diri untuk masak lauk tersebut. Jadi inilah resipinya ~ sup ikan tenggiri. Not bad, menjadi pun lauk sup ikan tenggiri masakan ira ni, sedap :)

Sup ikan tenggiri yang dimasak ira ini mudah je....ikuti resipinya

Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (basuh & toskan)

Bahan tumis :

4 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang halus
4 batang bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

1 gelas besar air
1 bungkus sup bunjut

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga garing. Masukkan air + sup bunjut.
2. Masukkan ikan tenggiri. Garam + gula secukupnya. Tunggu sup mendidih. Tutup api. Dah siap. Senang je kan. 

Boleh juga lihat resipi ini : Sup Ikan Tenggiri Masakan Teratai atau Sup Ikan Merah


Friday, March 29, 2013

Laksa Kuah Putih/Kuah Mentah




Bahan utama

Laksa Beras




Bahan untuk kuah: 

2 keping ikan tenggiri
1/2 in halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu kecil lada hitam
Santan RM5.00
Air masak secukupnya
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya





Cara membuat kuah:

1.Ikan tenggiri dibersihkan kemudian direbus bersama-sama lada hitam + asam gelulur + garam  hingga masak
2.Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
3.Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam (dalam air rebusan ikan) hingga lumat.
4.Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan air rebusan ikan dan garam secukup rasa.
5. Boleh tambahkan air masak jika terlalu pekat.
6. Jerang di atas api hingga kuahnya panas-panas suam kuku. Tutup api.
7. Perahkan jus limau dan sebatikan dengan kuah.


Ulam-ulaman:

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Kobis diracik halus
Timun dimayang
Daun kemangi - buang tangkai
Taugeh - buang ekor





Penyedap/Pelengkap:
Cili boh/ Lada lumat
Belacan



link-link/sumber :

laksa lemak terengganu @ laksa kuah putih
laksa kuoh putih terengganu
laksa kuah putih/kuah mentah
sarapan pagi ~ laksa

SUMBER MINERAL DAN KEGUNAANNYA




Sunday, March 24, 2013

Saturday, March 23, 2013

KKG 2013 : BAHAN GRAFIK


Sila dapatkan maklumat melalui soal selidik yang dijawab oleh responden untuk pembinaan jadual, graf dan carta pai.

Contoh pembinaan jadual, graf dan carta pai sila ke link berikut : bahan grafik.

Wednesday, March 20, 2013

KKG 2013 : DAPATAN KAJIAN ~ CADANGAN MENGURANG MASALAH PENGANGKUTAN AWAM



Keterangan lanjut sila ke link berikut ~ kelip-kelipancontest:cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

Nota :

1. Sila pilih isi yang relevan/bersesuaian dengan kawasan kajian anda. Pastikan cadangan yang diberikan bersesuaian dan dapat mengatasi masalah yang dinyatakan dalam dapatan kajian anda.

2. Masukkan nilai dan unsur patriotisme dalam huraian anda.

Sunday, March 17, 2013

KKG 2013 : DAPATAN KAJIAN ~ MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM



Untuk keterangan lanjut, sila ke link berikut : kelip-kelipancontest-masalah pengangkutan awam

Nota :

1. Sila pilih masalah yang relevan/bersesuian dengan kawasan kajian anda.

2. Sila tulis nilai atau unsur patriotik yang bersesuaian.

Friday, March 15, 2013

KKG 2013 : DAPATAN KAJIAN ~ KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM





Untuk keterangan lanjut, sila ke link berikut : Kepentingan Pengangkutan Awam

Nota :

1. Dalam penerangan sila masukkan nilai patriotik seperti bersyukur, bangga, bertuah dan nilai-nilai lain yang relevan.
2.  Sila pilih kepentingan yang bersesuaian dengan kawasan kajian anda.


Wednesday, March 6, 2013

KKG 2013 : KAEDAH KAJIAN


Pelajar perlu menyatakan 2 atau lebih kaedah kajian yang digunakan. Keadah kajian ini hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan. Soalan temu bual dan soal selidik perlukan bertepatan dengan objektif kajian. Sila lihat contoh berikut : 



Tuesday, March 5, 2013

KKG 2013 : PETA 1 & PETA 2

Selain penerangan tentang kawasan kajian, pelajar perlu menyediakan 2 peta untuk diletakkan bersama-sama di bahagian kawasan kajian iaitu

1. Peta 1 (Peta lokasi kawasan kajian di daerah masing-masing). Tiga perkara perlu ada pada peta 1 iaitu :

i. Tajuk peta.
ii. Bingkai peta
iii. Petunjuk mata angin (arah utara).

Untuk melihat contoh Peta 1, sila ke link berikut : PETA 1

 2. Peta 2 (Peta kawasan kajian yang perlu dilakar sendiri oleh pelajar). Empat perkara perlu ada pada peta 2 iaitu :

i. Tajuk peta dan bingkai peta.
ii. Petunjuk dan arah mata angin
iii. Simbol piawai
iv. Kekemasan dan kesempurnaan peta.

Sila gunakan simbol-simbol yang dipelajari di Unit 5 : Peta bagi menggambarkan ciri fizikal dan ciri budaya dalam peta lakar anda (Peta 2).

Monday, March 4, 2013

KKG 2013 : KAWASAN KAJIAN


Pelajar perlu menamakan kawasan kajian dengan lengkap dan menghuraikan 3 aspek atau lebih.

Lihat contoh di bawah :



Nota :

(1) Nama kawasan kajian dengan lengkap (taman,bandar dan negeri).
(2) tanah tinggi/tanah pamah/pinggir pantai/lembah sungai
(3) mata angin (utara/timur laut/timur/tenggara/selatan/barat daya/barat laut)
(4) angka (1/2/3/4 dan seterusnya)

Sunday, March 3, 2013

Sarapan pagi : Mee Hoon Goreng Ala Cina

Mudah dan mengambil masa singkat untuk disediakan. Dan yang paling penting disukai oleh anak-anak. Jom makan...

Baru-baru ini pun si namia ada masak mee hoon ini : mihun singapore

KKG 2013 : OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Selain itu, objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja seperti mentakrifkan, menyenaraikan dan mencadangkan pada permulaan ayatnya.

Sila lihat contoh di bawah.





Saturday, March 2, 2013

KKG 2013 : PENDAHULUAN

Terdapat 3 perkara yang perlu dititikberatkan:

1. Tajuk Kajian ~ mesti dinyatakan dengan lengkap iaitu mengandungi kawasan kajian, daerah/bandar dan negeri.

2. Sebab pemilihan kawasan kajian berkenaan. Perlu beri 2 sebab seperti berdekatan dengan rumah/sekolah dan terdapat perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan kajian.

3. Tempoh kajian yang diperuntukan untuk menyiapkan kajian seperti 8 minggu atau 2 bulan.

Sila lihat contoh di bawah.





Friday, March 1, 2013

KKG 2013 : PENGHARGAAN


Pada bahagian penghargaan ini, pelajar perlu mengucapkan penghargaan kepada 3 pihak atau lebih. Sebaik-baiknya susun mengikut pangkatnya seperti didahului ucapan terima kasih kepada pengetua, guru mata pelajaran geografi, ibu bapa dan akhir sekali kepada rakan dan responden di kawasan kajian.




Ini adalah contoh sahaja. Sila tulis nama sebenar pihak-pihak yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...