BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, April 30, 2013

Kaktusku berbunga lagi!






Sinonim dengan musim bunga di hemisfera utara, kaktusku pun galak mengeluarkan bunga. Kaktus di pasu kecil berbunga sekuntum sesuai dengan pasunya yang bersaiz kecil.
Manakala kaktus di pasu yang lebih besar mengeluarkan 5 kuntum bunga. Tapi hanya 3 kuntum je yang dapat disnap...dua lagi terlindung dibawah kuntuman bunga kaktus itu.
Bunga kaktus ini kembang pada waktu tengahari. Bila menjelang petang, kuntuman kaktus akan menguncup kembali. Jadi apabila aku pulang dari sekolah tengahari tadi, ku lihat kaktusku ni sedang kembang dengan cantiknya. Jadi terusku snap gambarnya untuk kenangan. Cantikkan bunga kaktus..

Monday, April 29, 2013

Kaktusku berbunga lagi ...




Sinonim dengan musim bunga di hemisfera utara, kaktusku juga galak mengeluarkan bunga. Sekuntum bunga di pasu kecil, manakala 5 kuntum bunga kaktus di pasu yang lebih besar



Cantik sungguh ciptaan Ilahi
Bunga kaktus memikat hati
Moga kaktusku berbunga lagi
Akan ku tunggu sabar menanti!


Saturday, April 20, 2013

How to Zip File

Hari ini nak buat tutorial macam mana nak 'zipped file/folder'. Rupa-rupanya mudah saja. Jom ikuti langkah-langkahnya.

How to Zip Files
  1. Select all the files you want to zip together by holding the CTRL key and clicking on each one.
  2. Click the right hand button on your mouse, and select “Send to” from the menu that appears.
  3. Select “Compressed or Zipped Folder” from the secondary menu.
  4. This will create a new Zipped Folder, which will show up as a new icon.
  5. Now you can use the “Browse” function on the application to find that icon and select it for upload.

Sumber : klik sini

Thursday, April 18, 2013

11 orang yang mendapat doa malaikat

 

Alangkah beruntungnya jika kita tergolong dalam kumpulan ini!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share
 sumber ~ fb kami bersama ulamak - KBU

Saturday, April 13, 2013

Pesanan dari kubur!

Nasihat Kubur:           
                 
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak bacalah AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA.
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ✉ ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 orang..Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan dibaca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda.

Sunday, April 7, 2013

Ikan Tongkol Masak Keng Som


Hari ini masak resipi jiran sebelah utara iaitu asam pedas ala songkla! Sedap kata si angah sebab pedas sampai ke telinga....
Biasalah anak-anakku memang mengemari lauk-lauk yang pedas! Lagi pedas lagi menyengat, betul tak? Lagi menambahkan selera makan...




Bahan Utama : 3 keping ikan tongkol (nak guna ikan jenis lain pun boleh)

Bahan Kisar :

3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
5 - 7 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 batang serai
sedikit belacan


Bahan Pelengkap:


semangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur

1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya.

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan. Masak sehingga mendidih.

2. Masukkan ikan + garam + gula secukupnya. Bila sudah mendidih, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.

Nota : boleh letak kangkung atau nenas.





link-link:

keng som songkla
kheng som 


Sudah sihat simontelku...

Minggu lepas montel warded dalam 4 hari. Sebelum itu perasan si montel tak mahu makan hanya minum saja. Badan montel pun agak panas beritahu wani.
Rupa-rupanya si montel demam. Semalam baru boleh bawa balik rumah. Itu pun kena bagi makan ubat demam dan antibiotik. Selepas makan ubat si montel tidur. Agaknya lali ubat supaya si montel rehat dan kembali sihat.

Doakanlah agar si montel sihat dan cergas kembali. Anak-anak pun dah tak sabar untuk bermain-main dengan montel.

Wednesday, April 3, 2013

Kacang Panjang Goreng Sos Tiram



31/3/13 ~ Hari Istimewa Wani ....Hari jadi Wani ke 16 tahun. Selamat Hari Jadi Wani!

Hari istimewanya, Wani tolong ira di dapur ~ potong sayur untuk dimasak oleh ira. Resipinya kacang panjang goreng sos tiram.

Jika nak lihat resipinya, sila klik sini




Tuesday, April 2, 2013

Talapia Sweet Sour





Hari Ahad (31/3/13)

Jam 12.00++ tengahari mendapat sms dari  Ira.

Ira : Mak ira masak sweet sour lah ya,sebab tak ada serai nak masak tiga rasa.

Mak : Ok!

Nak lihat link resipi ini, sila tekan sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...