BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, May 30, 2013

Job Di Rumah (JDR) = Komisen 2


 Alhamdulillah dapat lagi rezeki daripada JDR ~ Komisen kedua berjumlah RM20. Komisen 1 saya perolehi pada 10/5/13 dan dibayar secara internet banking pada 13/5/13.



Jadi jumlah komisen yang saya perolehi daripada JDR setakat ini ialah RM40.00.Payment date second payment ialah 31 Mei 2013. Berbaloikan join JDR ni.



Jangan lupa untuk baca tentang post saya berkenaan Job Di Rumah Memang Boleh Dipercayai ini.
Sesiapa yang nak join JDR ini, sila klik banner di bawah ini :


Sardin Masak Merah




Menu mudah tapi digemari ramai! Sardin masak merah. Jom ikuti bahan-bahannya :

Bahan utama : 1 tin sardin (ikan makerel)

Bahan tumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin

Cara memasak :

1. Tumis bawang + cili boh = garing.

2. Masukkan kicap manis + kicap masin + air secukupnya. Sebatikan.

3. Masukkan ikan sardin bersama-sama sosnya. Garam + gula secukup rasa. Angkat apabila kuah agak pekat. Siap untuk dimakan.



Wednesday, May 29, 2013

Bawal Masak Tiga Rasa




Hari-hari masak almaklum cuti sekolah. Masa inilah anak-anak nak merasa masakan ibunya. Kali ini masak bawal tiga rasa pula. Jom kita lihat bahan-bahannya ...

Bahan utama ~ Ikan bawal hitam (lumur sedikit garam) dan goreng hingga garing

Bahan kisar :

4 - 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan pes  (gaul sebati):

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau atau garing.

2. Masukkan bahan pes + garam + gula secukup rasa. Bila agak pekat masukkan ikan bawal. Ok siap untuk dimakan. Mudah dan cepatkan....:)



Tuesday, May 28, 2013

Ikan Merah Masak Merah



 

Pada masa cuti-cuti sekolah ini, kira-kiranya dapurku berasaplah...hehe. Biasanya ikan merah ini, menunya tak lain tak bukan ialah masak sweet sour. Tapi kali ini, masak lain sikit iaitu masak merah...sedap tau. Cara memasaknya pun mudah. Jom ikuti cara-cara memasaknya...

Bahan utama : 2 keping ikan merah (lumur sedikit garam) ~ goreng hingga garing.

Bahan kuah :

3 sudu besar bawang kisar 
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Air secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumis bawang + cili boh = garing.
2. Masukkan sos tomato + kicap manis + kicap masin + air  + garam/gula secukupnya.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan merah. Gaul-gaulkan sebati dengan kuahnya n angkat.

Monday, May 27, 2013

Tiada Perancangan Apa-Apa Untuk Cuti Sekolah Ini?


 Jika tiada perancangan tu, apa kata kita pergi ke Petrosains. Macam-macam aktiviti disediakan oleh pihak Petrosains untuk musim cuti sekolah ini dan berbagai hadiah disediakan untuk anak-anak kita.
Sesiapa yang tak tahu dimana letaknya Petrosains ini, boleh lihat lokasi beserta alamatnya di bawah ini :


Jika nak tahu tentang aktivitinya pula sila klik gambar di bawah ini :

campaign image 

Ok lah selamat bercuti sambil menimba ilmu berguna untuk anak-anak kita :)
 

Sunday, May 26, 2013

Kerutuk Ayam

Semalam masak lauk kerutuk ayam menggunakan rempah yang diberikan oleh nora admin blog   secubit garam.



Bahan Utama : 1 ekor ayam

Bahan Tumis :

4 sekawan (cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang)
2 batang serai - dititik

Bahan Kisar :

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili boh

Bahan Pelengkap :

1 paket kecil rempah kerutuk (Dayang Suri) - jenis lain pun boleh
RM5 santan
1 gelas air
1 biji ubi kentang - potong dadu
3 tangkai cili hijau/merah - belah 2

Cara Memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing. Masukan air sedikit.

2. Masukkan rempah kerutuk + sedikit santan = masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam + santan + ubi kentang + garam/gula/nesan secukupnya. Masukkan lada hijau/merah. Setelah lada agak layu, matikan api apabila kuah agak pekat.



Saturday, May 25, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas dan Ayam Masak Tomato

Ini merupakan sarapan pagi kami pada minggu lepas! Pada pagi minggu, biasanya aku akan masak sarapan untuk anak-anak dan suami.  Jadi minggu lepas, nasi minyak hujan panas dan ayam masak tomato menjadi sarapan kami pagi Ahad yang nyaman :)

Ayam masak tomato
Nasi minyak hujan panas

Sunday, May 19, 2013

Rezeki sarapan pagi Ahad



 Pagi tadi jiran depan rumah hantar sepiring laksa dan semangkuk kuah putih. Bestnya, hidangan ini terus dimakan oleh si wani dan si ira. Sedap kata mereka....

Alhamdulillah kerana rezeki sarapan pagi minggu ini...semoga semakin murah rezeki jiranku ini, amin :).



Sesiapa yang nak masak sendiri kuah putih ini, boleh klik sini untuk melihat resipinya.

Monday, May 13, 2013

Komisen 1 dari Job Di Rumah(JDR)

Gembira tak terhingga apabila membuka emel semalam...tiba-tiba terlihat dalam inbox ada emel dari JDR....rupa-rupanya saya telah berjaya mendapat komisen 1 setelah menceritakan tentang JDR ini pada 15/4/13 dengan tajuk Job Di Rumah memang boleh dipercayai!


Komisen 1 ini telah pun dibank in oleh pihak JDR pada hari ini...bestnya, gembira sangat.

Jadi sesiapa  yang nak beli panduan dari  JDR ni, jangan ragu-ragu klik sini.... atau klik saja banner di bawah ni

Saturday, May 11, 2013

Tumis asam pedas pari

Rasanya sudah agak lama tak postkan resipi kat sini. Jadi hari ni nak paparkan lauk untuk hari ni ... Masak tumis ikan pari.


Nak lihat resipinya, klik sini ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...