BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, June 30, 2013

Komisen ke 5 dari Job Di Rumah!


Alhamdulillah dapat lagi rezeki dari Job Di Rumah (JDR). Ini merupakan komisen ke 5 setelah aku menjadi agen affiliatenya pada 15 April lepas. Jika nak tahu lebih lanjut tentang JDR ini, sila baca post ini : Job Di Rumah Memang Boleh Dipercayai!

Jika ada yang nak join sebagai agen affiliate atau ingin mendaftar untuk membeli panduan memohon kerja yang disediakan oleh JDR, silalah klik banner di bawah.

Saturday, June 29, 2013

CPUV Raya!



Ramadhan bakal menjelma!
Banyak sale di merata pasaraya!
Bagi pemegang kad KL Sogo peluang menanti!
Members Day Sale!
5 & 6 Julai 2013 ini!

Nak tahu lebih lanjut, kliklah iklannya di blog ini!
 

Monday, June 17, 2013

CPUV terbaru!


Salah satu pilihan universiti yang terdapat di Malaysia
Melalui program twinning university!
Nak tahu lebih lanjut, kliklah iklannya di blog ini...

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Masak lemak cili padi memang kegemaran kami sekeluarga. Kali ini masak stail orang nogori sembilan. Memang sedap! Jom ikuti resipinya.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil-kecil - panggang dalam pan ajaib sehingga kering airnya)

Bahan kuah : 
Kisar bahan-bahan berikut :
1 inci kunyit hidup
10 - 15 tangkai cili padi
sedikit santan

RM5.00 santan
4 keping asam gelugur
3 batang serai -dititik
1 biji ubi kentang -potong dadu
1 gelas air

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan kuah + separuh santan + ubi kentang = masak sehingga ubi kentang empuk.
2. Masukkan ayam + santan + garam + gula secukup rasa.  Angkat bila kuah telah mendidih. Siap untuk dimakan.
 

Sunday, June 16, 2013

Kangkung Goreng Pedas

Biasanya kalau kangkung ni, mesti buat goreng belacan. Tapi kali ini ubah sikit selera, buat kangkung goreng pedas pula. Jom ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama ~ kangkung

Bahan tumis:

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:

1. Tumis bawang + cili boh hingga garing.
2. Masukkan kicap manis + kicap masin + garam + gula secukup rasa.
3. Masukkan kangkung dan gaul sehingga kangkung layu. Siap untuk dimakan bersama-sama lauk udang galah masak lemak cili padi.


Thursday, June 13, 2013

Mee Rebus




Senang saja untuk memasak mee rebus ini. Jom kita ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama : 2 paket mee kuning - basuh dan rendam seketika dalam air panas kemudian toskan.

Bahan-bahan :
Isi ayam
Bebola ikan
Sayur sawi manis
Serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

Bahan tumis:
Bawang putih - mayang halus
Bawang besar kisar  - 2 atau 3 sudu besar

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, bebola ikan, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Air secukupnya.
3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur sawi.
4. Akhir sekali masukkan mee ke dalam kuah. Biar seketika, angkat. Siap untuk dimakan bersama sos tomato, kicap manis dan sos kicap berlada (siapa yang suka pedas).
 

Tuesday, June 11, 2013

Kisah Uwais Al Qarni yang Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Kisah Uwais Al Qarni yang Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa....kisah selanjutnya klik tajuk diatas!
 

Monday, June 10, 2013

Komisen 4 dari Job Di Rumah




Tak sangka begitu cepat aku mendapat komisen ke 4 ini! Kenapa? Nak tahu sebabnya klik sini. Baru je tiga hari lepas mendapat komisen ke 3....tiga hari kemudian iaitu pada 9/6/13 aku mendapat komisen ke 4 pula. Syukur alhamdulillah, murah rezeki aku dengan JDR ini. Jadi tak rugi aku menjadi agen affiliatenya mempromosikan Job Di Rumah ini.

Jadi jika ada yang berminat tu, klik ajelah banner di bawah ini  :


Sunday, June 9, 2013

Udang Galah masak lemak cili padi


Pada minggu lepas, suami tercinta ada membeli udang galah ketika bertugas di Lumut. Semua sudah tahukan, Lumut tu kawasan hasil laut yang segar-segar. Jadi hari ini, masaklah lauk udang ini, seperti biasa menu yang diminta oleh Wani, Ira dan Syu ialah masak lemak cili padi. Jom ikuti cara-caranya..

Bahan utama : 35 ekor udang galah (saiz sedang)

Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia muda
10 - 15 tangkai cili padi

Bahan Perasa :
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur

Bahan Pelengkap :
RM5 santan
ubi kentang - potong dadu
Air secukupnya

Cara memasak :
1. Satukan bahan kisar + bahan perasa + ubi kentang + santan (letak separuh dulu)= masak sehingga kentang empuk.

 2. Masukkan udang + lebihan santan + air + garam + gula secukupnya. Masak lagi sehingga udang masak. Matikan api dan hidangkan bersama-sama nasi putih panas.

**Jangan masak udang terlalu lama, nanti udang menjadi liat, tidak sedap dimakan!

Saturday, June 8, 2013

Macaroni Sup




Rasanya sudah agak lama saya tak masak macaroni ini. Tapi baru-baru ni, angah ada minta buat macaroni sebelum angah balik ke UM. Memandangkan sudah lama tak buat dan atas permintaan angah, jadi saya masaklah macaroni sup walaupun ketika itu tiada macaroni. Saya buat supnya dahulu dan kemudian beli macaroni di Giant ketika pulang mengambil ira di sekolah pada sebelah petangnya. Jom ikuti cara-cara memasaknya ...

Bahan utama : Macaroni ( setengah bungkus) - rebus sehingga lembut n toskan.

Bahan : Isi ayam + ubi kentang (potong dadu kecil-kecil)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis

Bahan perasa :
Sup bunjut
1 kiub perasa ayam
Serbuk lada hitam
Air secukupnya

Cara-cara memasak :

1. Tumiskan bahan tumis sehingga garing. Masukkan ayam + air + sup bunjut + ubi kentang + kiub perasa ayam + serbuk lada hitam. Garam + gula secukup rasa.

2. Setelah mendidih, masukkan macaroni yang telah ditoskan. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api. Siap untuk dimakan. Sedap dimakan panas-panas.

Selamat mencuba.


Komisen 3 dari Job Di Rumah





Sungguh tak sangka, baru je dapat komisen 2 minggu lepas (30.5.13) berjumlah RM20. Seminggu lepas itu iaitu pada 6 Jun dapat pula komisen 3 dari JDR berjumlah RM25. Syukur alhamdulillah..

Jika sesiapa nak baca post saya tentang JDR ini sila klik sini. 

Mana-mana yang berminat nak join (as an agent)  atau ingin  mencuba JDR ni bolehlah klik banner di bawah ini..

Friday, June 7, 2013

Tenggiri Masak Keng Som




Hari ini masak ikan tenggiri keng som. Mudah saja resipi ini tapi sedap. Jom ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama : 2 keping ikan tenggiri

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai 
sedikit belacan
cili padi (5 -6 tangkai)

Bahan kuah :
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur
1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya

Sayur :
kangkung


Cara-cara memasak :

1. Campurkan semua bahan kisar + bahan kuah = masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan tenggiri + sayur kangkung + garam + gula/nesan secukupnya = masak sehingga ikan dan sayur layu. Angkat, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.


Wednesday, June 5, 2013

Kerutuk Ayam




Ini merupakan kali kedua aku masak lauk kerutuk ayam. Kali ini masak sebab angah balik bercuti seminggu sebelum final examnya. Almaklum angah memang suka lauk ayam kerutuk ini. Jom ikuti bahan-bahannya :

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil)

Bahan tumis :
4 sekawan (bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang)
2 batang serai (dititik)

Bahan kisar :
1 ingi Halia
1 labu Bawang besar
5 ulas Bawang putih
2 sudu besar Cili boh

Rempah kerutuk
Santan (RM5.00)
ubi kentang
Air

Cara memasak :

1. Tumis 4 sekawan  + serai sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
2. Masukkan rempah kerutuk + air + sedikit santan = masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam + ubi kentang + santan + air = masak sehingga kuah agak pekat. Angkat.



Monday, June 3, 2013

Kotex Fresh Liner



Ini adalah satu jenama tuala wanita yang popular di pasaran. Macam-macam jenis seperti untuk kegunaan di waktu malam yang 'heavy', hari-hari biasa atau pun untuk penghujung hari..seperti kotex fresh liner. Nak tahu tentang kotex fresh liner ini, silalah klik iklannya yang menari-nari di blog ini dan ketahui keistimewaan kotex ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...