BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, August 31, 2013

Dove ~ Hair Therapy



Macam-macam jenama syampoo,
Dove antara satunya
Pilihan ramai si peminat syampoo
Supaya rambut dijaga sempurna.

Syampoo Dove CPUV terbaru
Menari-nari dalam blog ini
Admin blog amatlah terharu
 Jika ada yang klik iklan ini!



Sunday, August 25, 2013

Komisen ke 14 dari Job Di Rumah


Rezeki di hujung bulan Ogos, mungkin sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke 56! Hehehe...apa-apa pun terima kasih kepada Job Di Rumah kerana rezeki ini. Nak baca post tentang Job Di Rumah ini, klik sini. Atau jika nak join sama ada untuk dapat komisen seperti saya atau nak cari kerja on line, boleh klik banner di atas tu ya!

Monday, August 19, 2013

Tempat Persembunyian Baru!


Dulu suka duduk di celah sliding door
Kini suka duduk bawah meja
Dahlah tu warna bulunya seakan-akan sama
Dengan warna meja
Pandai sungguh si montel ini
menyamar menyembunyikan dirinya
supaya tidak digomol oleh anak-anakku!

Diam-diam aje si montel ini duduk 
di bawah meja ini ...
sehingga tertidur di situ dengan lenanya!

Sunday, August 18, 2013

Singgang Ikan Aye


Tiap-tiap hari makan nasi minyak dan lauk berkari/berlemak sempena hari raya ini, rasa-rasanya agak jemu juga kan. Jadi kali ini, saya masak lauk singgang saja. Jom ikuti cara memasaknya :

1 ekor ikan aye/tongkol - saiz kecil.

Bahan Kuah :

5 ulas bawang putih - mayang
2 ulas bawang merah - mayang
1 inci kunyit hidup
1 inci  lengkuas muda
4 keping asam gelugur
air secukupnya

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan + ikan  + garam + gula secukup rasa.

2. Masak sehingga kuah dan ikan masak. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih + sambal belacan + daun salad (sebagai ulam).

Thursday, August 15, 2013

Kari Ayam Sayur Bendi


Setelah berhariraya di kampung, kini tiba giliran beraya di rumah sendiri pula. Pada hari Selasa 13 Ogos 2013 iaitu 6 Syawal, saya masak lauk kari ayam ini untuk keluarga ti, yat dan along fiza yang akan singgah dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. Lauk ini saya hidangkan dengan nasi minyak (cuma kali ini tak letak pewarna), daging masak merah dan acar timun (kali ini saya guna cuka epal). Jom ikuti resipi kari ayam bendi ini :

Bahan utama : 2 ekor ayam (potong kecil-kecil) -ambil bahagian tulang.

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan tumbuk :
5 - 8 ulas bawang putih
1- 2 inci halia muda

Bahan pelengkap :
4 - 5 sudu besar bawang kisar
4 - 5 sudu besar cili boh
5 - 6 sudu besar rempah kari
RM5 santan
Air


Sayur:
3 biji ubi kentang - potong 4
2 biji tomato - potong 4
10 batang bendi - potong 2

Cara memasak :

1. Masak bahan tumis + bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan bawang kisar + cili boh + sedikit air = masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan sedikit santan + rempah kari = masak sehingga rempah garing. Masukkan ayam + ubi kentang + garam + nesan/gula secukup rasa. Masukkan lebihan santan.

3. Setelah kuah agak pekat dan pecah minyak, masukkan bendi dan tomato. Masakkan 2 - 4 minit, kemudian matikan api. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Wednesday, August 14, 2013

Cara mudah mencari mukasurat dalam al-Quran

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Interesting. Dpt from another group.

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.hanya berkongsi ilmu

Monday, August 12, 2013

Ikan ebek masak keng som


Hari ini masak ikan ebek dua keping untuk makan tengahari. Menu simple tetapi seimbang sebab ada sayur di dalamnya. Ikan ebek ini saya masak keng som. Pedas tapi sedap kata anak-anak. Jom lihat resipinya

Bahan utama : 2 keping ikan ebek

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 batang serai 
sedikit belacan
cili padi (5 -6 tangkai)
1 tangkai cili merah

Bahan kuah :
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur
1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya

Sayur :
kangkung

Cara-cara memasak :

1. Campurkan semua bahan kisar + bahan kuah = masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan ebek + sayur kangkung + garam + gula secukupnya = masak sehingga ikan dan sayur layu. Angkat, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.

Saturday, August 10, 2013

Komisen ke 13 dari Job Di Rumah


Dalam kesibukan untuk pulang ke kampung berhari raya, alhamdulillah masih ada rezeki dari Job Di Rumah! Komisen yang ke 13 :) Komisen ini di bank transfer oleh pihak JDR pada 5 Ogos 2013. Jumlah komisen yang terkumpul setakat ini ialah RM315.


Mereka yang berminat tu, bolehlah baca post ini : Job Di Rumah Memang Boleh Dipercayai!

Atau boleh juga klik banner di bawah ini.

 

 

Wednesday, August 7, 2013

Pantun Hari Raya



dam dum bunyi mercun
walaupun dilarang dimain juga
sepuluh jari tersusun mohon diampun
di hari raya aidilfitri yang mulia

dam dum bunyi mercun
walaupun dilarang dimain juga
semua sanak saudara dah balik kampung
moga dapat menunaikan solat raya

dam dum bunyi mercun
walaupun dilarang dimain juga
di pagi raya berbaju baru cantik melecun
nak pergi beraya ke rumah sanak saudara

dam dum bunyi mercun
walaupun dilarang dimain juga
syawal disambut penuh bersantun
 moga ramadhan tahun depan kita bersua juga

Tuesday, August 6, 2013

Rezeki dari Blogger Wanita



Alhamdulillah semenjak mendaftarkan diri untuk segmen wang tunai RM5000 untuk blogger pada 20 Mac 2012 anjuran Aya Norbayah admin blogger wanita, blog kelip-kelipkehidupan ini masih tersenarai sebagai referrer semenjak segmen ini dilancarkan.
Walaupun jumlahnya kecil iaitu sebanyak RM15.90, saya rasa bersyukur kerana tak menyangka akan terpilih.  



Segmen ini masih diteruskan pada tahun ini dan saya juga amat bersyukur kerana blog ini masih tersenarai sebagai referral terbanyak pada bulan Jan dan Feb, berjumlah RM7.90.




Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah blog ini pada segmennya, apabila masih tersenarai sebagai referral terbanyak pada bulan Mac dan April dengan jumlah RM25.75.Alhamdulillah.



Syukur yang amat apabila bulan Mei,Jun dan Julai, blog ini masih tersenarai sebagai referral terbanyak dengan jumlah RM8.00 , RM10.40 dan  RM6.80.

Jadi jumlah terkumpul setakat ini yang diperolehi dari segmen ini ialah RM74.75.

Duit hadiah yang berbaki kini berjumlah RM3167.95. 
Masih belum terlambat untuk blogger nak join...masih banyak lagi duit hadiah untuk dimenangi tu. 

Sesiapa nak join sila klik banner blogger wanita di bawah ini. Semoga bernasib baik, boleh jadi top referral seperti blog ini.

 Banner

New CPUV : SMURFS 2 IN 3D



CPUV ini baru dapat semalam. Ini merupakan iklan cerita smurfs (kartun orang kerdil) yang akan ditayangkan di pawagam pada 8 Ogos ini. Ketika itu, kita masih lagi bercuti sempena hari raya aidilfitri. Oleh itu, bolehlah membawa famili menonton cerita ini di pawagam berhampiran. Sudah pasti cerita kartun ini menjadi kegemaran si anak-anak kecil.

Terima kasih kepada pihak nuffnang kerana sudi menaja blog ini.

Orang berbudi kita berbahasa,
Nuffnang memberi kita merasa.

Kepada pengunjung ringankan tangan
Mengklik iklan ini jika terpandang!



 

Monday, August 5, 2013

Tenggiri Masak Merah



Ikan tenggiri kalau tak goreng biasanya dimasak menjadi masak merah. Ini juga merupakan lauk kegemaran kami sekeluarga terutama si along dan si ira. Kali ini, tenggiri masak merah ini, saya masak untuk lauk bersahur kami sekeluarga sebab itu masak sekeping saja ikan tenggirinya. 

Sesiapa yang nak resipinya, silalah klik sini.

Sunday, August 4, 2013

Kerutuk ayam



Biasanya apabila angah balik bercuti, lauk yang diminta oleh angah ialah kebanyakannya menggunakan lauk yang bersantan. Berbeza dengan along pula, suka lauk masak merah! Jadi kali ini, saya masak lauk kerutuk ayam atas permintaan angah dan memandangkan juga masih ada lagi simpanan rempah kerutuk di dapur.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil)

Bahan tumbuk :

1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)

Bahan campak :
Bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga

Bahan pelengkap :

3 sudu besar bawang kisar
3 sudu besar cili boh
santan RM5
1 paket kecil rempah kerutuk adabi (3 sudu besar)
2 biji ubi kentang (potong 4)
2 tangkai lada merah (belah 2)
Air secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bahan campak + bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan bawang kisar + cili boh + sedikit air = tumis lagi sehingga pecah minyak.

2. Masukkan separuh santan + rempah kerutuk = masak sehingga rempah garing/keluar minyak. Masukkan kaki ayam supaya empuk.

3. Masukkan ayam + ubi kentang + garam + nesan (gula melaka) secukupnya + lebihan santan.

4. Masakkan sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan 2 tangkai lada merah. Apabila lada agak layu, bolehlah dimatikan api. Siap untuk dihidangkan untuk juadah berbuka puasa nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...