BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, September 30, 2013

Faktor perkembangan aktiviti akuakultur di Malysia

Pada masa sekarang, kegiatan penternakan ikan dalam sangkar sama ada di laut atau air tawar (sungai) semakin mendapat perhatian penternak ikan. Faktor-faktornya ialah :

~ Galakan kerajaan
~ Bantuan modal dari Agro Bank atau subsidi dari kerajaan
~ R & D yang berterusan
~ Latihan kemahiran yang diberikan oleh Jabatan Perikanan
~ Pasaran yang luas
~ Khidmat nasihat yang mudah diperolehi seperti oleh pegawai MARDI dan LKIM
~ Peningkatan pelabur asing
~ Bekalan baka/anak ikan yang bermutu dan murah
~ Pekerjaan sampingan nelayan
~ Bekalan ikan yang kurang ketika monsun timur laut yang melanda negeri-negeri pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)
~ Ikan sebagai sumber protein utama dan murah berbanding sumber protein lain seperti ayam dan daging
~ Kesedaran masayarakat yang mengutamakan kesihatan. Oleh itu, ikan menjadi pilihan mereka.

Sunday, September 29, 2013

Komisen 18, 19, 20 dan 21 dari Job Di Rumah


Minggu lepas rezeki dari JDR amatlah murah! Aku mendapat 4 komisen dalam tempoh tersebut (klik gambar untuk lebih jelas!). Jika sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang JDR ni, sila klik sini.

Sesiapa nak menyertai JDR dan menjana pendapatan seperti aku ni, sila klik banner Job Di Rumah kat atas tu ya!

Ikan Tenggiri Masak Kicap


Hari ini masak ikan masak kicap untuk lauk tengahari. Sebenarnya sudah agak lama juga saya tidak masak lauk ini kerana suami tidak berapa gemar lauk masak kicap. Tapi, atas permintaannya juga, hari ini saya masak lauk masak kicap sebab anak-anak suka. Jom ikuti cara memasaknya,

Bahan utama : 2 keping ikan tenggiri (goreng garing - ketepikan)

Bahan tumis :

5 ulas bawang putih - mayang halus
1 - 2 labu bawang besar (merah) - mayang halus

5 - 6 tangkai cili padi - pilihan

Bahan kuah ;

Kicap manis
Kicap masin
Air

Cara memasak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar sehingga garing.
2. Masukkan kicap manis + kicap masin + air + cili padi. Perasakan garam dan gula secukupnya.
3. Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan. Masak 3 - 4 minit lagi supaya kuah sebati dengan ikan. Siap untuk dimakan dengan nasi putih.

Tuesday, September 24, 2013

Makaroni Sup Ala Stew


Hari ini ada potluck untuk meraikan 2 orang rakan sejawat yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Temanya western food. Nak masak apa ya...fikir punya fikir masak makaroni sup ala-ala stew gitu.

Bahan utama :
250 gm makaroni ~ rebus dan toskan apabila cukup lembut.

Bahan Tumis :
Bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
6 ulas bawang putih  ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang halus

Bahan Pelengkap:
1 paket kecil serbuk sup (3 sudu besar)
11/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 kiub perasa ayam
Isi ayam secukupnya ~ potong dadu kecil-kecil
4 biji ubi kentang ~ potong dadu kecil-kecil
1 batang lobak merah  ~ potong dadu kecil-kecil
3 gelas air

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan semua bahan pelengkap.
2. Masak/renehkan sup dengan api sederhana kecil. Perasakan garam dan gula.
3. Masukkan makaroni dan masak lagi untuk 4 - 5 minit. Tutup api, siap untuk dihidangkan.

Komisen ke 16 dan 17 dari Job Di Rumah



Sebenarnya komisen ke 16 dan ke 17 ini diperolehi pada hari yang sama iaitu pada awal bulan September.

Komisen ke 16 ini diperolehi pada 6 September pada jam 11.29 p.m.


Sementara komisen ke 17 ini diperolehi pada 6 september juga, tapi pada 11.47p.m lebih kurang 20 minit kemudian. Alhamdulillah dengan rezeki dari JDR ni.

Sesiapa nak tahu tentang JDR ni, boleh klik banner di bawah:

Sunday, September 22, 2013

Kesan migrasi terhadap kawasan luar bandar yang ditinggalkan


Pola migrasi utama di negara ini ialah migrasi luar bandar ke bandar. Kesannya bagi kawasan luar bandar yang ditinggalkan ialah

1. Berlaku ketidakseimbangan penduduk dari segi umur dan jantina.

    Golongan muda dan kaum lelaki merupakan golongan utama yang berhijrah ke bandar. Oleh itu, yang tinggal di desa ialah golongan tua, kanak-kanak  dan kaum perempuan yang tidak produktif.

2. Menyebabkan wujudnya kawasan tanah terbiar.

    Banyak kawasan pertanian tidak diusahakan kerana kekurangan tenaga buruh. Akibatnya wujud tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan. Pengeluaran hasil pertanian juga terjejas! Bagi memenuhi keperluan penduduk, hasil pertanian seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan terpaksa diimport dari negara Thailand dan Filipina.

3. Kebergantungan kepada buruh asing.

  Bagi mengusahakan kawasan pertanian terbiar ini, pekerja/buruh asing diperlukan. Kemajuan sektor pertanian seperti perladangan kelapa sawit/getah bergantung kepada buruh asing dari negara Bangladesh dan Filipina. Ekorannya kemasukan buruh asing semakin meningkat ke negara ini.

4. Banyak sumber tidak dapat diusahakan.

    Bukan hanya tanah pertanian tidak dusahakan, tetapi sumber-sumber lain seperti perikanan, pembalakan dan industri kecil sederhana (IKS) milik keluarga tidak dapat diusahakan kerana kekurangan tenaga kerja muda. Pembangunan di desa juga terbantut/lambat dan tidak mendapat perhatian pelabur untuk mendirikan kilang. Ini kerana pasaran barangan siap berkurangan di desa kerana jumlah penduduk di desa semakin berkurangan.


British Council ~ Education UK




British Council akan menganjurkan satu pameran tentang pengajian tinggi di UK pada 5 dan 6 Oktober bertempat di Dewan Paras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini bermula dari jam 1 hingga 6 petang. Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di UK jangan lepaskan peluang ini. Silalah berkunjung ke sana pada tarikh yang tersebut. Bagi yang hendak mengetahui lebih lanjut tentang pameran ini, silalah klik iklannya seperti yang tertera di atas.

Friday, September 20, 2013

CPUV Kecantikan ~ Olay


CPUV baru diterima semalam
Pencuci muka Olay jenamanya
Untuk merawat wajah yang suram
Agar kekal kecantikan rupanya!

Wahai pembaca yang budiman
"Click for more info" untuk maklumat lanjutnya!

Sunday, September 15, 2013

Tazkirah dan ingatan bersama.

Tazkirah ......
Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :
Soalan pertama.
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua.
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang.
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga.
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)
Soalan keempat.
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam.
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang..
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
"SHARE" LAH JIKA MAHU...MOGA2 BERMANFAAT MENJADI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA.

Saturday, September 14, 2013

Serlahkan bakat anda untuk peluang memenangi wang besar RM 50,000!

Program pencarian bakat yang tidak nilaikan paras rupa, tetapi hanya melalui suara, Bakat JoHaRa 2.0 kini kembali di ERA fm!

Asah bakat anda sekarang sebelum bermulanya edisi kedua pada 26 Ogos ini untuk peluang memenangi wang besar RM50,000. Anda boleh mendaftarkan diri melalui IVR Bakat JoHaRa khas, atau melalui video pada Youtube ataupun Instagram. Jangan tunggu lagi!

Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut dan ingin mencuba tu silalah klik banner di bawah!

campaign image

Hujung Minggu Yang Bahagia!

Ini merupakan hujung minggu yang panjang! Nak tahu kenapa? Biasanya cuti hujung minggu hanya 2 hari saja, tapi minggu ini cuti hujung minggu kali ini 3 hari kerana hari Isnin pun cuti. Ya cuti umum sempena Pembentukan Malaysia pada 16 September. Jika masih ingat tu, tarikh 16 September tu, tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak apabila 2 buah negeri ini menyertai Malaysia.

Semenjak itu, Malaysia terdiri daripada Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia).

Jadi selamat bercuti semua dan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..

Monday, September 9, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Minggu-minggu 1epas, cikgu sekolah syu pulun mengadakan kelas tambahan. Boleh dikatakan setiap hari ada kelas tambahan dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Maklumlah peperiksaan UPSR 'just around the corner', mengikut kata orang putih. Jadi ini merupakan usaha terakhir menjelangnya hari penentuannya nanti.

Semua sudah pasti tarikh peperiksaan UPSR ini iaitu esok bersamaan hari Selasa 10/9/13. Suamiku mengambil cuti bagi menemani Syu yang akan menduduki peperiksaan ini. Usaha dicurah semaksima mungkin, diiringi doa memohon Allah makbulkan apa dihajati. Selamat menjawab peperiksaan UPSR untuk Syu dan teman-teman seperjuangannya. Semoga kejayaan milik kalian semua.

Sunday, September 8, 2013

Puding Taufufa Fruit Coktail



Puding ini diberi nama puding taufufa kerana warnanya yang seakan-akan taufufa....putih susu.
Puding ini boleh disediakan segera untuk tetamu yang bertandang sebagai hidangan pencuci mulut. Dalam masa 3 -4 jam sudah boleh dihidangkan. Jika tetamu itu datang sebelah petang, bolehlah disediakan sebelah paginya. Puding ini enak dimakan semasa sejuk ...  dikeluarkan dari peti sejuk!

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
3/4 cawan gula
2000 ml air (8 cawan air)
1 tin susu sejat cair
1 tin fruit coktail

Cara memasak :

1. Masukkan agar-agar + gula + air dalam periuk = masak atas dapur sehingga mendidih dan gula larut.

2. Masukkan susu sejat cair = masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

3. Tuangkan ke dalam adunan. Tunggu puding keras, kemudian taburkan fruit coktail beserta airnya. Sejukkan dalam peti ais. Siap untuk dimakan.


Friday, September 6, 2013

Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran



Antara faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran ialah :

1. Amalan Perancangan Keluarga ~ dapat mengurangkan kadar kelahiran dan mengehadkan saiz keluarga. Kadar kelahiran juga menurun.

2. Dasar Kependudukan Sesebuah Negara ~Sasaran jumlah penduduk 70 juta orang menjelang 2100 telah meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia.

3. Taraf Pendidikan & Mengutamakan Kerjaya Wanita yang berpendidikan tinggi lebih cenderung mengutamakan kerjaya daripada berkahwin. Apabila berkahwin dalam usia yang lanjut contohnya 40 tahun, tahap kesuburan (keupayaan mengandung dan melahirkan anak) menurun. Kadar kelahiran cenderung berkurangan.

4. Sosio budaya dan agama ~ Bagi penganut agama yang patuh pada ajarannya tidak mengamalkan perancangan keluarga. Kadar kelahiran cenderung meningkat.

5. Peluang pekerjaan ~ Bagai pasangan suami isteri bekerja, menghadapi masalah menjaga anak. Kos penjagaan anak yang tinggi menyebabkan bilangan anak dalam satu-satu keluarga dihadkan. Oleh itu, kadar kelahiran akan menurun. 

Wednesday, September 4, 2013

Kesan Pembandaran

Kesan pembandaran terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Kesan positif. Antaranya ialah

~pertambahan peluang pekerjaan
~peningkatan taraf hidup
~peningkatan taraf pendidikan
~peningkatan kemudahan asas/infrastruktur
~peningkatan kemudahan rekreasi/riadah

2. Kesan negatif. Antaranya ialah

~kesesakan lalu lintas
~pencemaran udara
~pencemaran air
~pencemaran bunyi dan bau
~peningkatan suhu
~pulau haba
~banjir kilat
~masalah perumahan setinggan
~pembuangan sisa pepejal

Tuesday, September 3, 2013

Komisen Ke 15 dari Job Di Rumah


   Ini merupakan komisen terakhir yang saya dapat pada bulan Ogos iaitu pada 28 Ogos 2013. Sebelum itu, saya dah dapat komisen ke 14 pada 23 Ogos 2013. Syukur dan berterima kasih kepada Job Di Rumah kerana melalui iklannya saya memperolehi komisen ini.

Jika ada yang berminat tu, bolehlah baca post saya berkenaan JDR ini di sini. Atau boleh juga klik iklan Job Di Rumah di blog ini!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...