BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, October 21, 2013

Sumbangan pemodenan pertanian kepada ekonomi Malaysia

Antara sumbangannya ialah :

1. Hasil Pertanian Meningkat Dan Menjimatkan Masa.

Penggunaan jentera contohnya jentera pembajak dan jentuai dalam pertanian padi sawah telah membolehkan padi ditanam 2 kali setahun atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun. Apabila hasil pertanian meningkat, pendapatan petani juga meningkat dan taraf hidup mereka juga semakin bertambah baik.

2. Pendapatan Negara Meningkat.

Pemodenan pertanian juga berlaku dalam pertanian ladang. Contohnya penggunaan motoray untuk penorehan getah yang lebih cekap dan berjaya mengeluarkan susu getah yang lebih banyak telah meningkatkan jumlah pengeksportan getah ke negara luar. Apabila jumlah eksport meningkat, sudah tentu pendapatan negara juga meninkat.

3. Kurang Pengaliran Wang Negara.

Pengeluaran hasil pertanian yang meningkat, menyebabkan kurangnya kebergantungan negara kita kepada negara luar. Oleh itu, pengurangan import komoditi pertanian juga berlaku.

4. Memajukan Industri Pelancongan.

Kawasan pertanian menjadi tarikan pelancongan. Program homestay menikmati cara hidup kampung yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau orang perseorangan secara tidak langsung telah menjadi tarikan pelancong asing.   

5. Alam Sekitar Terpelihara.

Teknik permodenan pertanian yang mesra alam menyebabkan kurangnya pembebasan bahan pencemaran. Contohnya penggunaan baja organik dan kawalan haiwan perosak secara semulajadi menjadikan alam sekitar terpelihara.

6. Semua Tempat Boleh Diusahakan Pertanian.

Pemodenan pertanian seperti penanaman hidrofonik tidak menjadi halangan kepada kawasan tanah terhad seperti mereka yang tinggal di rumah pangsa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Teknik  rumah kaca pula boleh diusahakan di kawasan sejuk seperti TanahTinggi Cameron dan Kundasang.  Manakala teknik fertigasi menyuburkan tanah tandus seperti kawasan bekas lombong bijih timah di Ipoh membolehkan kawasan tersebut diusahakan dengan tanaman buah-buahan limau bali, jambu batu dan jambu air. 
 

Wednesday, October 16, 2013

MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3



Sesiapa nak join sebagai tanda menyokong perjuangan mujahideen Ikhwanul Muslimin di Mesir, sila klik banner di atas.

Tarikh tutup GA ialah  19 Oktober 2013. 
Masih sempat lagi nak join ni..

Thursday, October 3, 2013

Bentuk-bentuk Pemodenan Pertanian Di Malaysia

Pada hari ini,bidang pertanian juga mengalami pemodenan. Antara bentuk pemodenan pertanian ialah

~ Pembinaan rancangan pengairan. Contohnya Rancangan Pengairan KEMUBU di Kelantan  dan Rancangan Pengairan MUDA membolehkan penanaman padi 2 kali setahun.

~ R & D oleh agensi-agensi pertanian seperti MARDI, MPOB dan RRIM telah menghasilkan benih-benih yang bermutu tinggi dalam pertanian padi sawah, getah dan kelapa sawit.

~ Penggunaan baja kimia dan baja organik telah meningkatkan kesuburan tanah pertanian dan seterusnya berjaya meningkatkan produktiviti pertanian.

~ Pertanian berbentuk ladang/berkelompok juga merupakan satu kaedah pemodenan pertanian dalam usaha meningkatkan komoditi pertanian eksport iaitu getah dan kelapa sawit. Contohnya FELDA, FELCRA dan rancangan kemajuan tanah (KETENGAH, KEJORA DAN KESEDAR).

~ Penggunaan jentera moden seperti jentuai dalam pertanian padi sawah telah meningkatkan kecekapan proses penuaian hasil padi dijalankan. Begitu juga dalam bidang pertanian ladang seperti menggunakan pisau penoreh getah berjentera yang dipanggil motoray telah meningkatkan penghasilan susu getah. Di samping itu, penggunaan jentera ini juga dapat mengatasi masalah tenaga buruh yang dialami oleh sektor pertanian pada hari ini.

~ Penanaman dalam rumah kaca seperti yang diusahakan oleh petani di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang juga satu kaedah pemodenan pertanian. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran hawa sederhana diusahakan melalui kaedah ini. Kaedah ini juga telah berjaya menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sana.

~ Bagi kawasan yang kekurangan tanah kaedah hidroponik boleh dilaksanakan.

Tuesday, October 1, 2013

Peraduan Cabaran Affiliate JDR!

Sejak akhir-akhir ini, saya sering membuat artikel berkenaan Job Di Rumah. Topik utama yang diutarakan ialah komisen yang saya perolehi melalui program affiliate JDR ini. Kali ini, tawaran yang diberikan lebih menarik. Hadiahnya dalam bentuk wang tunai! Jom kita lihat hadiah-hadiahnya...

Hadiah - Hadiah:
====================
Pertama : RM1500 x 1
Kedua    : RM1000 x 1
Ketiga    : RM500  x 1
Saguhati: RM100  x 5
====================
Menarik kan hadiahnya dan lumayan juga. Selain itu, sesiapa yang mendaftar melalui link affiliate anda, anda akan diberi sebanyak RM0.20.  Jadi jangan segan-segan untuk join dengan klik banner dibawah dan ianya secara percuma....ya percuma!




Dan sesiapa yang mendaftar (bayaran RM50) melalui Job Di Rumah,  kita akan diberi komisen mengikut carta berikut :

1 > 5 = 40% Commission = RM20.00
6 > 10 = 45% Commission = RM22.50
11 > 30 = 50% Commission = RM25.00
31 > 50 = 55% Commission = RM27.50
51 > 70 = 60% Commission = RM30.00
71 > 90 = 65% Commission = RM32.50
91 > 110 = 70% Commission = RM35.00
111 > 130 = 75% Commission = RM37.50
131 > 150 = 80% Commission = RM40.00
151 > 170 = 85% Commission = RM42.50
200 jualan keatas 90% Commission = RM45.00

Jadi yang berminat tu untuk mencari kerja atas talian, silalah klik banner di bawah ini ya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...