BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, December 28, 2014

Bawal Masak Sweet Sour

Mula-mula tu ingat nak masak lauk ikan tenggiri. Tapi ubah kepada ikan bawal apabila si ayahnya membeli 5 ekor ikan bawal hitam. Saiznya sedang-sedang je. Biasalah kan, bila ikan bawal tu dimasak sweet sour. Jom ikuti bahan-bahannya.

Bahan utama :
5 ekor ikan bawal ~ goreng garing dan ketepikan

Bahan Tumis ~ kisar semuanya

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
halia (2 - 3 inci)
cili padi (jika suka pedas)

Bahan sos :

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Air secukupnya

Bahan sayur :

1 batang timun ~ belah 2 dan potong kecil
1 biji tomato ~ belah 4 atau 6

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga garing atau naik bau.
2. Masukkan bahan sos dan kacau rata. Garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sayur + ikan. Masak sehingga sebati. Tutup api.



Thursday, December 25, 2014

Cuti-cuti JB : Zoo Johor

Semasa di JB, kami sempat melawat Zoo Johor.


Banyak jugalah binatang yang kami lihat dan yang paling menarik perhatianku ialah sang belang yang cantik! MasyaAllah sungguh cantik makhluk ciptaanMU, sebab itu sang belang ini menjadi buruan untuk kulitnya sehingga makin pupus dirimu sang belang!


Setelah puas melihat sang belang, kami membeli sebakul sayur sawi untuk diberi makan kepada beberapa ekor unta. Seonoknyalah along, ira dan syu memberi makan unta-unta ini. Dalalm sekelip mata sahaja, habis sayur-sayur itu dikunyah oleh unta-unta itu.


Episod memberi makan haiwan ini tak berakhir kat situ ...


Tengok tu, beri makan burung merpati pula. Harga makanan burung ini pun taklah mahal. Hanya RM1 untuk sebungkus. Seronokkan bila kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti ini, rasa sayang je pada haiwan-haiwan tu..ya dak!

Sunday, December 21, 2014

Cuti-cuti JB : Hotel Puteri Pasifik

Cuti sekolah kali ini, kami berpeluang ke JB untuk bercuti selama 3 H 2 M di Hotel Puteri Pasifik. Seronok sungguh Wani, Ira dan Syu. Maklumlah mereka belum lagi menikmati suasana bercuti walaupun cuti sekolah telah berlalu selama 2 minggu.

Niat dihati tu memang nak pergi bercuti di rumah along di JB, tapi dek kekangan tugas niat tu terpaksa dipendamkan. Tapi jika ditakdirkan Allah itu, peluang tu tetap ada apabila suamiku bertugas di JB pada tarikh 11 hingga 13 Disember lepas. Jadi peluang ini diambil untuk kami sekeluarga bercuti di JB dan menginap di Hotel Puteri Pasifik.


Dari tingkap bilik kami menginap tu, jelas kelihatan kolam renangnya, seolah melambai-lambai Wani, Ira dan Syu supaya berenang di dadanya!


Ku lihat saiz kolamnya tidaklah terlalu besar dan juga tidak terlalu dalam. Sesuai untuk kanak-kanak dan diawasi oleh ibu bapa masing-masing.
Sambil itu bolehlah mereka bersantai di deretan kerusi malas yang di susun di tepi kolam ini.


Saturday, December 20, 2014

Nasi Tomato

Sudah lama betul tidak update blog ini..almaklum sibuk memanjang. Masa yang terluang sedikit ini, digunakan untuk memasak. Kali ini aku buat nasi tomato. Sebenarnya sudah agak lama juga nasi tomato ini tidak aku masak. Kecuali baru-baru ini teringin pula nak masak nasi ini.


Jom kita ikuti cara memasak nasi ini.

Bahan utama : 3 pot nasi (basuh bersih dan toskan)

Bahan tumis:

4 - 5 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu kecil bawang besar ~mayang halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tomato puree
setengah cawan susu segar
air secukupnya

Cara masak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga sehingga garing atau naik bau.
2. Masukkan sos tomato puree + susu segar + air secukupnya. Letak sedikit garam n kacau rata.
3. Setelah air mendidih, masukkan beras. Pindahkan ke rice cooker dan tunggu nasi tomato masak. Sedap dimakan bersama-sama acar buah atau acar timun dan ayam masak kurma.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...