BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, February 15, 2015

Laksa Sarawak

Sejak cuti menunggu result SPM ni, Wani rajin sungguh masak. Baru-baru ini, Wani masak laksa sarawak bagi memenuhi permintaan Syu. Sedap dan menjadilah laksa sarawak Wani ni, cuma kurang pedas sikit. Katanya, " tak boleh pedas sangat, kesian ke syu nanti....tak tahan pedas!"


Bersungguh Wani menyediakan bahan-bahannya seperti isi ayam, udang dan telur dadar. Sayur-sayurannya pula taugeh dan sawi.Tidak ketinggalan sambal ladanya, kalau tak ada tak berapa nak umph!


Bahan paling penting, semestinya bihun yang telah dicelur dengan air panas dan kuahnya. Selamat mencuba resipi ini. Nak dapatkan resipinya, klik sini

Sunday, February 8, 2015

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Hujung minggu ni masak lauk daging salai. Daging salai ini dibeli daripada seorang rakan sejawat lebih kurang seminggu lepas. Tapi pada hari-hari sekolah, tiada kesempatan untuk memasaknya. Jadi hari ini adalah peluang untuk mencuba masakan daging salai keluaran Haji Soid..


Rupa-rupanya sedap jugalah daging salai ini apabila dimasak gulai lemak cili padi. Dagingnya pun lembut dan terasa salainya. Lepas ni boleh order lagi untuk masak daging salai ini, almaklum seisi keluarga menyukainya.
Jom ikuti resipinya :

Bahan Kisar :

1/2 inci kunyit hidup
5 - 6 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
sedikit santan

Bahan kuah :

Santan RM5
3 keping asam gelugur
2 batang serai dititik
2 biji ubi di potong dadu
Segelas air

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan (tinggalkan separuh santan). Masakkan ubi sehingga empuk.
2. Setelah ubi empuk, masukkan daging salai dan lebihan santan. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Bila kuah sudah mendidih, tutup api.Siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas!





Wednesday, February 4, 2015

New CPUV : PHYSIOGEL


Sejak mendaftar dengan nuffnang ni, memang tak putus-putus blog ini mendapat tajaan iklan dari pelbagai syarikat pengiklanan. Dan yang terbaru adalah dari produk kesihatan kulit iaitu physiogel hypoallergenic. Jika nak tahu tentang kelebihan produk ini, bolehlah klik banner seperti di atas di blog ini dan juga di blog kelip-kelipancontest.


Sunday, February 1, 2015

JOINT COLOUR PUFFY DRESS


RM64

POSTAGE
RM6 (sem) | RM9 (ss)

Measurement:
Size S: Length: 138cm Bust: 90cm Waist: 85cm Shoulder: 35.5cm Sleeve: 59.5cm Hem: 240cm
Size M: Length: 139cm Bust: 95cm Waist: 90cm Shoulder: 37cm Sleeve: 60cm Hem: 244cm
Size L: Length: 140cm Bust: 100cm Waist: 95cm Shoulder: 38.5cm Sleeve: 60.5cm Hem: 248cm
Size XL: Length: 141cm Bust: 105cm Waist: 100cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm Hem: 252cm

Material : Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining

Description: Functional button at cuff.

Berminat ? 
Hubungi :
TERATAI 019 9554545

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...