Thursday, November 19, 2009

Impian di hati....

dalam banyak-banyak perkara,
perkara apa yang anda paling kesali
dek kealpaan diri.....

dalam banyak-banyak perkara,
perkara apa yang anda paling ingin lakukan
tapi sayang tak berkesempatan
dek kekangan-kekangan yang mengundang....

dalam banyak-banyak perkara,
perkara apa yang anda paling idamkan atau impikan
andai kata tangan boleh menggarap
dek peluang yang mendatang!

jadi....fikir-fikirkanlah
apakah perkara itu,
yang kita mahukan selama ini!

Perlukah ada diskriminasi???




kenapa harus ada diskriminasi!

antara lelaki dan perempuan;
antara sikaya dan simiskin;
antara sihodoh dan sicantik;
antara simuda dan situa;
antara janda dan dara,
antara duda dan teruna!

kenapa harus ada diskriminasi!

ketika berkawan;
ketika mendidik anak bangsa;
ketika mencari keadilan; sedangkan kita tahu....
diskriminasi boleh membawa kehancuran!
meruntuhkan persahabatan;
memusnahkan kerajaan...

jadi, perlukah sifat diskriminasi ini
...........diteruskan?

Wednesday, April 22, 2009

Tetamu yang tak disangka-sangka......

tiba-tiba muncul!

tika itu....aku, suamiku dan anak-anak sedang..
enak menikmati juadah petang.......
ketupat sotong, ikan celup tepung dan kuey teow goreng...
sambil nonton "Agroria" di RTM 1...

ding.....dong....loceng berbunyi...
suamiku berlari-lari anak meninjau-ninjau ke luar...
budak-budak nakal ke..........atau
anak-anak jiran...yang melepaskan gian.....
menekan loceng...

tiba-tiba......si suami menyebut nama-nama itu...
tergamam aku mendengarnya....begitu juga anak-anakku..
kerana menerima tetamu
yang tak disangka...
tiba-tiba muncul!

Thursday, April 9, 2009

Perlukah kita memilih....

yang mana satu, jadi pilihan hati... jika
bulan di tangan kanan atau matahari di tangan kiri!
cuba fikir mana satu kita pilih...tangan kanan ke tangan kiri..

yang mana satu, jadi pilihan hati..jika
emak di tangan kanan...ayah di tangan kiri..
siapa jadi pilihan kita? bingung memikirkannya..jika
kita terpaksa memilih antara dua nya

yang mana satu, jadi pilihan hati..jika
kekasih (suami) di tangan kanan...permata hati (anak) di tangan kiri!
suami ke anak!? dua-dua sama penting dan disayangi...
jadi siapa antara mereka pilihan kita...jika kita dipaksa
membuat pilihan!?

susahkan nak buat pilihan...sebab...
mereka bagai..
diluah mati emak..ditelan mati bapak
cubit peha kanan..peha kiri terasa sakitnya juga!
jadi apa pilihan yang ada....ada ke pilihannya.....

natijah itu..
hargailah apa yang kita ada sekarang..
supaya kita...

tak perlu membuat pilihan!

Monday, March 23, 2009

Pasrahkah aku............??


dalam mengejar kebahagiaan..
ada kepahitan...
kesusahan yang ditempuhi...

dalam mengecap kejayaan...

ada kegagalan yang terpaksa dilalui...

dalam mencapai cita-cita yang diidamkan..

ada impian yang terpaksa dikuburkan...
dalam usaha mendapat keredhaan Ilahi..
ada kemungkaran yang kita lakukan...


walaupun kita pasrah dengan hidup ini..

tapi kita tak pernah puas hati dengan...

apa yang kita ada...
sebab
inilah sifat semulajadi manusia!

Monday, February 23, 2009

keagungan MU tiada tandingnya.....



sejak bila...


bumi berputar di atas paksinya
dari barat ke timur
menyebabkan adanya siang.... adanya malam
silih berganti!
Air laut pasang.. dan air laut surut
saban hari...

sejak bila...

bumi beredar mengelilingi matahari
dalam orbit bujur telurnya setiap tahun
menyebabkan adanya musim panas, musim sejuk,
musim luruh dan musim bunga ..
saban tahun..

juga berlakunya keajaiban gerhana bulan..

serta gerhana matahari..
yang mengagumkan..

tapi yang pasti

semua ini berlaku sejak azali...
menunjukkan keagungan ALLAH Yang Maha Pencipta!

Sunday, February 22, 2009

Ragamnya.....hati!!

Hati-hati ketika berkata-kata
kerana takut nanti
ada hati-hati yang terluka pabila mendengarnya

Hati-hati dalam mengambil tindakan
kerana takut nanti
ada hati-hati yang kecewa kerananya

Hati-hati pabila berkawan
kerana takut nanti
ada hati-hati yang salah mentafsirkannya

dan hati-hati memilih kawan
kerana....
ada hati-hati yang tak jujur dalam berkawan

Jadi...
sentiasalah hati-hati dalam semua hal
kerana kita tak tahu hati-hati orang....

Wednesday, January 28, 2009

Sedarlah sebelum terlambat......!!

tahukah anda..

musim kemarau di tonle sap amat dinanti-nantikan
kerana..
air tasiknya kering pada musim ini dan..
ikan yang bergelimpangan di dasar tasik menjadi..
sumber makanan dan punca rezeki petani-petani miskin di sekitarnya!

tahukah anda..

musim sejuk di new foundland amat dinanti-nantikan
kerana..
getah pokok yang beku memudahkan kerja memotong balak,
permukaan ais yang licin memudahkan kerja menggolekkan balak ke tebing sungai
oleh pembalak-pembalak tak berlesen!

tahukah anda..

musim sejuk di kutub amat tidak disenangi oleh..
binatang buas seperti rubah dan beruang kutub,
kerana bulunya yang tebal menjadi..
buruan pemburu haiwan yang gilakan wang,
walaupun mereka tahu binatang ini
diharamkan dari dibunuh!

dan oleh kerana itu
tahukah anda..
betapa rakusnya manusia memusnahkan bumi ini,
hanya kerana memuaskan kehendak dan nafsu mereka!

Monday, January 26, 2009

Muka....apakah kita???



muka

macam-macam boleh dikategorikan
muka surat
muka pintu
mukaddimah!

yang pasti
kita semua ada muka
walaupun.. berbeza bentuk
dan cirinya

ada muka empat segi,
ada muka tiga segi,
muka bulat pun ada,
malah muka lonjong pun ada..

rumitnya muka ini
susah untuk dimengertikan
ada yang bermuka-muka,
ada yang penyeri muka,
ada juga muka penyibuk,
malah ada muka menyampah!

jadi..cuba teka kita muka apa ya...?
jangan jadi muka tak malu sudah lah ya...
atau yang paling ditakuti ...
jadi talam dua muka ... ... ...!