Saturday, July 24, 2010

semoga angah tabah!

kesibukan aku...
menyelesaikan masalah aku...
dan minggu itu suamiku juga "out station"
menyebabkan temu janji angah terpaksa di tangguhkan!

sehinggalah...
hari khamis yang lalu....22 Julai,
jam 3 petang...
aku bersama suamiku
dan sudah tentu angah...
pergi ke KMC
mengadakan temu janji
dengan Dr Nur Muhammad
pakar sakit tulang!

hasil daripada ujian x-ray...
disahkan angah menghadapi
tulang belakang bengkok
iaitu penyakit skoliosis!

lanjutannya...
angah perlu menjalani
fisioterapi sebanyak 6 kali...
diharap selepas itu keadaan angah
semakin baik...

amin....

Saturday, July 17, 2010

perkhabaran yang membahagiakan....

jam menunjukkan hampir 8.30 pagi...
aku baru menjenguk ke dapur...
melihat suamiku sedang enak makan mee goreng
yang dibeli di kedai Mak Su....

kring...kring...
hand set ku berbunyi...
ala...missed call pulak!

kring...kring...
hand set ku berbunyi lagi...
siapa agaknya menelefonku pagi-pagi begini

lantas aku menjawabnya..
suara halus kedengaran...
"ini dari klinik al-farabi...keputusan puan sudah
diterima.....sila ke klinik untuk maklumat lanjut"
aku menjadi tak keruan....macam-macam bermain
di fikiran ku,
walaupun diberitahu tiada apa yang bahaya!!!

dengan segera aku dan suami ke klinik al-farabi...
menunggu pula lama...nombor giliran aku ialah 13
sekarang baru nombor 5....
dua jam menunggu...
akhirnya aku berjumpa dengan Dr Nurrita
perkhabaran dari doktor melegakan aku...

aku bebas dari kanser
aku memanjat kesyukuran kepada Mu Ya Allah
amin....

Sunday, July 11, 2010

hargailah peluang ini!

terkebil-kebil mata ini,
tak mahu lelap...
entah kenapa???
aku sendiri pun tak tahu....

nak kata aku memikirkan sesuatu....
tidak juga!!!
atau........
dibebani masalah yang maha berat...
tidak ada pun...

agaknya ini kesempatan...
yang Allah berikan kepadaku....
untuk berkhidmat kepadaNYA

Amin..........

Tuesday, July 6, 2010

Harapan....


tanggal 6 Julai...
ma dan bak bertolak balik ke terengganu...
ditemani yat dan yusof...

Pulang dengan tujuan tertentu...
menjalani pemeriksaan strok...
moga-moga kesihatan bak semakin pulih....

Cuma satu yang bermain di mindaku...
bolehkah ma berdua dengan bak di sana....
sebagaimana yang ma hajatkan......
risau takut hajat tak kesampaian!!!

Friday, July 2, 2010

gembiranya dia.........


gembiranya dia!
senyum meleret sampai ke telinga...
apa gerangan agaknya???

gembiranya dia!
ketawa mengekek penuh riang
...
apa punca agaknya???

gembiranya dia!
rasa kepuasan terpancar di wajah...
apa kisah agaknya???