Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, September 27, 2010

Macaroni Sup


Bahan-bahannya:

250gm macaroni (san remo)
bebola ikan (paket kecil~cap mushroom)
1 biji ubi kentang (potong dadu)
isi ayam (potong dadu)

Bahan-bahan untuk ditumis:

1 labu bawang besar (dimayang)
4 - 5 ulas bawang putih (dimayang)
4 - 5 batang bunga cengkih
4 - 5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 bungkus sup bunjut (cap adabi)
sedikit minyak
Cara membuatnya:

1. Macaroni direbus sehingga kembang, kemudian toskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan untuk ditumiskan...sehingga garing masukkan isi ayam,ubi kentang dan bebola ayam, kemudian masukkan air.

3. Setelah sup mendidih, masukkan macaroni, garam dan gula secukup rasa~matikan api setelah mendidih. Hidangkan dengan serbuk lada hitam (cap mccormick).


*Sedap dimakan ketika masih panas...selamat mencuba*

5 comments:

  1. wah!!!
    sodapnyer....

    ReplyDelete
  2. Ini kena buat untuk budak2 kat rumah tu :)

    ReplyDelete
  3. ira~ memang sedap...:)

    saloma~bolehlah buat,resipi dah ada tu... kesian hari tu sakinah tak sihat, tak dapat rasa..:)

    ReplyDelete
  4. cm sedap je..nak cuba la..hehehe

    ReplyDelete
  5. Azlina~cubalah buat, memang sedap..angkat bakullah pulak...he,he..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)