BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, September 20, 2010

Rabiatul Adawiyah~Perindu Cinta Abadi

Sebuah novel sejarah srikandi Islam yang disampaikan dalam bentuk penceritaan oleh pengarangnya Zahiruddin Zabidi.

Buku ini mengisahkan seorang wali Allah~seorang wanita Islam bernama Rabiah (nama yang diberikan ayahandanya Ismail al-Adawiy) yang bermaksud keempat.

Plot penceritaan yang menarik menyebabkan kita ingin terus membaca buku ini. Ranjau kehidupan yang terpaksa dilalui Rabiah semasa dalam usaha beliau mencari cinta sejatinya ( kecintaannya kepada Allah)dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah difahami maksudnya.

Setelah membaca buku ini, saya merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa banyaknya kerugian yang telah saya alami akibat kealpaan diri dalam mengejar kemewahan dunia,sehingga mengabaikan keredhaan Allah!

Sesungguhnya, buku ini boleh dijadikan pedoman kepada kita untuk menjadi seorang Islam yang sejati.

4 comments:

  1. Nampak buku ni masa di rumah Ga hari tu...Rabiatul Adawiah sebuah nama besar dalam Islam...berkorban apa shj demi mengejar redha Allah.

    ReplyDelete
  2. betul tu...semasa membaca buku ini, terasa peribadi diri kita ni bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan wali Allah ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih kepada saudari kerana sudi memiliki naskhah novel RA. Alhamdulillah, tulisan kedua saya berkenaan denga kisah cinta ibu bapa Rasulullah, Aminah dan Abdullah bertajuk Aminah: Cinta Puteri Quraisy juga sudah diterbitkan, semoga bermanfaat kepada ummah. Amin.

    Terima kasih, wassalam.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Sekarang saya sedang membaca buku novel tulisan penulis bertajuk Uthman Affan.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...