Sunday, October 31, 2010

Resipi Masak Lemak Cili Padi Telur Itik


Bahan-bahannya :

6 biji telur itik
santan (RM3.00)

Bahan kisar :

1 labu bawang (saiz sederhana)
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas muda
6 - 8 biji cili padi


Cara membuatnya :

1. Masukkan bahan kisar dan separuh santan ke dalam periuk. Pecahkan telur itik satu persatu. Masak dengan api sederhana.

2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-sekala. Setelah agak mendidih, masukkan 1/2 lagi santan.

3. Angkat setelah kuahnya panas~jangan sampai mendidih! Nanti tak cantik dipandang mata, tapi masih sedap dimakan!

Masak lemak cili padi telur itik~Pembuka Bicara


pembuka bicaraku kali ini dengan dua rangkap pantun :

along suka kek batik
angah suka kek labu
bahan utama telur itik
masak lemak pilihanku

gula-gula kegemarannya
siapa lagi kalau bukan wani
kalau nak tahu resipinya
silalah anda klik di sini


Menghilangkan karat mug

gambar : Google.com

Kebiasaan mug yang sering kita gunakan untuk membuat minuman teh, nescafe atau milo akan meninggalkan karat (sisa minuman) yang sukar dihilangkan! Jadi di sini, saya ingin kongsikan bagaimana caranya untuk menghilangkan karat mug ini. Mudah saja~ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada mug. Guna berus gigi lama (tidak digunakan lagi untuk memberus gigi) dan beruslah pada bahagian mug yang berkarat itu. Pasti mug anda akan kelihatan seperti baru semula!

Kalau nak tahu hasilnya...cubalah petua ini!

Saturday, October 30, 2010

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahannya :

6 ketul ayam
1 camca kecil serbuk kunyit
1/2 camca kecil garam
1/2 camca kecil gula
3 camca besar cili boh
2 1/2 camca besar serbuk kari ayam (cap Adabi)
minyak untuk mengoreng (deep fry)

Cara membuatnya :

1. Gaulkan serbuk kunyit, garam, gula, cili boh dan serbuk kari ayam sehingga sebati.

2. Kemudian salutkan ayam dengan bahan ini. Perap selama 1/2 jam.

3. Goreng di dalam minyak yang banyak~sebaik-baiknya guna minyak baru supaya ayam dan rempahnya menjadi rangup.

Menu Ayam Kegemaran Anak-Anakku~



Melihat sahaja ayam goreng berempah ini siap digoreng, anak-anakku tak sabar-sabar lagi untuk memakannya. Mereka paling suka makan ayam goreng berempah ini bersama-sama rempahnya sekali~yang kita panggil 'tahi minyak'. Sebenarnya memang sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Resipi ayam goreng berempah ini sebenarnya aku perolehi daripada adik iparku yang memang pakar memasak. Cuma resipi ayam goreng berempahku lebih ringkas dan mudah.

Untuk dapatkan resipi ayam goreng berempah ini, sila klik di sini.

Ikan discus kesayangan suamiku~

Ikan Discus



menanam orkid hobi utama
sambil itu memelihara ikan
ikan dari jenis discus
berbagai warna juga coraknya
bila berenang berkumpulan ia
sungguh cantik dan mengasyikkan

slide gambar ikan diskus klik disini

Friday, October 29, 2010

Masakan pertama Wani

Ahad 24 Oktober

11.00 pagi

Hari ini aku terfikir-fikir menu apa nak dibuat dengan ikan cencaru ini! Biasanya aku buat cencaru goreng berlada aje. Memandangkan aku akan buat sambal belacan, jadi rasanya aku panggang ajelah ikan cencaru ini.

Nasib baik ada Wani yang mahu menolong aku di dapur, almaklum banyak lauk yang aku nak masak hari ini~ telur itik masak cili padi dan sayur kacang botol. Nak buat sambal belacan lagik!

Jadi aku tugaskan Wani memanggang ikan cencaru. Memandangkan ini pertama kali Wani memanggang ikan, hasilnya bolehlah dipuji sebab ikan cencaru panggang Wani ini sedap dimakan! Manis dan berjuicee..gitu!


Implikasi letusan Gunung Merapi!

Angka korban meningkat~

Angka korban letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia bertambah kepada sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk bayi berusia 2 bulan. 14 yang lain cedera.

Mati akibat melecur~

Kebanyakan mangsa maut akibat melecur dan terbakar akibat terkena asap panas gunung berapi.

Letupan gunung berapi berterusan~

Pakar gunung berapi menjangkakan siri letusan susulan yang kuat bakal berlaku di gunung berapi itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kejadian tsunami ~

Merapi meletup lewat semalam, sehari selepas tsunami melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

Perpindahan penduduk ~

Pihak berkuasa bertungkus lumus memindahkan lebih 11 ribu penduduk berdekatan.

Pencemaran udara ~

Ruang udara sekitar gunung terbabit diselaputi asap tebal.Ini menyebabkan muntahan lahar sukar dilihat.

Thursday, October 28, 2010

Tak salah menghulurkan bantuan!

Khamis, 28 Oktober,2010

2.05 petang

Aku pulang dari tempat kerja, tiba-tiba aku terpandang meter minyak sudah bernyala...amaran minyak dah nak habis! Tak pasal-pasal nanti kereta aku mati di tengah jalan. Jadi aku pun singgahlah ke stesyen minyak yang berhampiran.

Aku pun terfikir, sementara isi minyak tu, lebih baik aku ambil duit di mesin ATM yang disediakan di kedai SELECT. Tak salah, ibarat menyelam sambil minum air...kan. Aku pun joinlah barisan orang duk beratur nak ambil duit ni sambil dalam hati mengomel, "panjang pulak barisan ni ... dan budak-budak ni buat apa di sini ramai-ramai ~ pekerja pasaraya"

Tiba-tiba budak-budak ini menyuruh aku mengambil duit dulu. Aku pun naik hairan, kalau tak mahu ambil duit kenapa beratur! Aku pun selamba je lah ambil duit, orang dah beri laluan, grab ajelah kan!

Selepas selesai urusanku, tak sampai hati pula nak berlalu pergi aje. Kesian pulak tengok muka budak-budak ni, jadi aku pun bertanya, "tak nak keluar duit ke?" Salah seorang daripadanya menjawab.."nak tapi tak tahu caranya...boleh kak tunjukkan?"

Oh, rupa-rupanya itu masalahnya. Aku pun dengan senang hati, menunjukkan cara-cara mengeluarkan duit melalui mesin ATM tu.

Sebelum aku beredar, mereka serentak mengucapkan..."mujur ada kak...thank you".


Dalam hatiku, terdetik,..."tak salah aku menghulurkan bantuan, bukannya rugi apa-apa pun!"

Monday, October 25, 2010

Gara-gara berblog, aku kini...

Sejak-sejak pandai berblog ni, aku kini rajin betul masuk dapur, walaupun sebelum ni...aku bukanlah kaki memasak!

Ini semua sebab nak letak gambar masakan yang aku cuba masak. Tak kiralah masakan itu dari jenis yang simple-simple aje, sebabnya aku ni bukannya pandai sangat masak pun. Jadi tahu yang mudah-mudah ajelah seperti ikan panggang, sayur goreng dan lain-lain masakan yang simple...!

Menu Minum Petang~semua 'instant'


Oleh kerana semalam, dari pagi hingga tengah hari asyik masak je, jadi minum petang, buat yang 'instant'! Sardin gulung tu beli yang dah siap...tunggu digoreng aje, begitu juga dengan keropok dan 'french fries' ~goreng aje....dan dicicah dengan sos lada (buat sendiri!)

Pergi ke Putrajaya dia!

Isnin~25 Oktober,2010

6.20 pagi

Aku mengejutkan Ira untuk bersiap-sedia~mandi dan bersembahyang subuh sebab selepas ini Ira pergi ke sekolah untuk mengikuti lawatan ke Putrajaya. Setelah siap, Ira baring di ruang tamu, mungkin masih mengantuk sebab semalam agak lewat tidur kerana mengemas barang-barang yang hendak dibawa sepanjang lawatan ini.

6.55 pagi

Aku berpesan kepada Ira supaya sentiasa bersembahyang sepanjang tempoh lawatan ini.

7.00 pagi

Suamiku menghantar Ira ke sekolah...dan menunggu sehingga bas bertolak baru pulang.

*Semoga Ira bergembira sepanjang lawatan ini*

Sunday, October 24, 2010

Ayam Masak Tomato


Bahan-bahannya :

1/2 kg ayam (digoreng terlebih dahulu)

Bahan untuk kuahnya :

4 camca besar bawang kisar
5 camca besar cili boh
3 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap lemak masin
1 camca besar kicap lemak manis
2 camca besar gula
1/2 camca kecil garam
2 cawan air


Cara memasak kuahnya :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan cili boh. Sambil menumis, masukkan sedikit demi sedikit air~masak sehingga garing. Masukkan gula dan garam.

2. Kemudian masukkan sos tomato, kicap lemak masin dan kicap lemak manis. Masukkan air dan ayam yang telah digoreng. Setelah kuahnya agak pekat, matikan api dapur.

*boleh dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih*

Nasi Minyak Hujan Panas

Memandangkan minggu ini cuti agak panjang (3 hari), jadi pagi ni saya menyediakan menu nasi minyak untuk sarapan pagi keluarga tersayang. Nasi minyak ini digandingkan dengan ayam masak tomato dan telur rebus.

Resipi Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahannya :

4 pot beras (bersih dan toskan airnya)
4 cawan air (tambah jika nampak masih kurang)
1 helai daun pandan
pewarna merah, kuning telur dan hijau


Bahan untuk ditumis :

1/2 labu bawang besar (dimayang nipis)
1 inci halia (dihiris halus)
6 batang bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Minyak untuk menumis
1/2 camca kecil garam


Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dalam periuk (rice cooker) di atas dapur gas. Masukkan bahan untuk ditumis. Sehingga garing, masukkan air, daun pandan dan garam secukup rasa.

2. Setelah air mendidih, masukkan beras. Kemudian pindahkan ke dapur rice cooker.

3. Setelah nasi minyak masak, campurkan pewarna merah, kuning dan hijau~kacau hingga sebati.

Telur ku pecah!



























Tengok gambar tu, telur yang ku
rebus
pecah lagi! Dah macam-macam
cara dibuat untuk mengelakkan telur
it
u daripada pecah ketika direbus.
Letak sudu...lah, kecilkan api...lah
tapi tetap ada yang pecah
. Jadi, kawan-kawan, kalau ada tip yang
boleh dikongsi tu...b
eritahulah ya.

Saturday, October 23, 2010

Temu janji angah...

Jumaat, 22 Okt., 2010

2.45 petang

Aku dan Angah bertolak ke KMC untuk menghadiri temu janjinya dengan doktor pakar tulang, Dr Mohammad Nor. Setelah parkir di tempat letak kereta, aku meminta angah menyemak kad temu janji tersebut. Tersentak aku, apabila angah tiba-tiba menjerit! Lantas aku bertanya kenapa?
Rupa-rupanya temu janji angah pada 26 Okt. iaitu hari Selasa depan! Takkan aku nak balik semula, sedangkan sudah sampai di KMC. Jadi kami teruskan aje temu janji tersebut (setelah mendapat kebenaran pihak pendaftaran KMC).


3.00 petang

Aku dan angah menunggu lebih kurang 15 - 20 minit....sebelumnya tiba 'turn' angah. Mengantuknya aku...mungkin kerana perut kenyang selepas makan nasi berlaukkan tumis air bayam dan cicah ikan goreng dengan sambal belacan.

3.30 petang

Angah dipanggil berjumpa doktor. Seperti biasa, aku menemani angah. Alhamdulillah doktor menjelaskan keadaan angah semakin baik. Tidak perlu lagi menjalani sesi fisioterapi, cuma perlu melakukan senaman 'rengangan' di rumah. Jadi tak perlu lagi mengunjungi KMC selepas ini....

4.00 petang

Aku dan angah tidak terus pulang, sebaliknya ke Mega Mall. Aku membelikan beg tangan Polo untuk angah bergaya ke Majlis Promnya nanti. Seronoknya angah tak terkira, senyum sampai ke telinga. Aku pun turut gembira... dan bersyukur.

Nilai dulu...Nilai sekarang!


nilai dulu-dulu....

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati!



nilai la ni....


pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang boleh tapi payah nak bayar
nak berbudi jauhlah sekali!


Cerita tentang Syu



Semalam~22 Okt. 2010

Syu demam, jadi tak pergi sekolah, duk kat rumah ditemani Angah (pun tak gi sekolah...katanya cikgu tak masuk kelas!). Risau aku memikirkannya...pagi sebelum ke sekolah, aku dah beri Syu ubat demam...harap-harap kebahlah demamnya nanti.

Hari ni~23 Okt. 2010

Alhamdulillah Syu dah sihat. Agaknya Syu demam 'rindu'...kat ayahnya, sebab seminggu doh tak tengok muka ayahnya. Almaklum ayahnya ke K.K demi tugas. Bila ayahnya dah balik semalam, terus aje demam Syu hilang!

'Hajah' segera...


19 Oktober, 2010

7.30 pagi

Ust. Nor Azimah dan Ust. Bahijah, dibantu oleh Pn. Sarimah menyiapkan dewan sebelum tetamu jemputan tiba. AJK P.A.I sibuk menyusun kerusi dan sofa. En. Eng J.H sibuk memasang lap top untuk tayangan filem ibadat haji. Memandangkan tahun ini, tabung haji memilih sekolah ini sebagai perintis program/kursus haji, jadi persiapannya mestilah dibuat dengan lebih baik.



9.00 pagi

Jemputan tiba (Pengarah tabung haji Negeri Pahang : Tuan Haji Mohyen Mosman) dan disambut oleh En. Moy Wah Goon (Pengetua). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Nazmi Hakim. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengetua. Kursus ini dirasmikan oleh Tn Hj. Mohyen.




10.30 pagi

Pelajar didedahkan kepada praktikal menjalani ibadat haji oleh penceramah jemputan (Ustaz Mahmud Mat) iaitu melontar, tawaf dan saei ....


11.30 pagi

Setelah selesai menjalani praktikal haji, pelajar menonton tayangan video ibadat haji di Mekah.
Guru-guru yang mengikuti kursus haji ini juga, mendapat gelaran 'hajah' segera.... dan satu hari ladap!



slide kursus haji, klik disini

Friday, October 22, 2010

Episod Pertemuan dan Perpisahan



Tahun 2001

Tahun pertama aku mengajar di SMK Tanah Putih dan K. Aini (Pn. Nooraini Mohammad) merupakan antara guru sesi petang yang rapat dengan ku...almaklum sama-sama mengajar di kelas peralihan. Aku mengajar subjek Amalan Bahasa Melayu sementara K. Aini pula mengajar Bahasa Melayu. Jadi banyak perkara yang boleh kami bincangkan. Tambahan pula aku dan K. Aini sama-sama mengajar option yang sama iaitu geografi.

Tahun 2004

K. Aini dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Kemanusiaan (mengganti Pn Soya) dan mula mengajar di sesi pagi. Oleh kerana aku masih lagi mengajar di sesi petang, jadi aku sudah agak jarang berjumpa dengan K. Aini...tapi keadaan ini tidak lama apabila... pada tahun...

Tahun 2006

Aku mula mengajar di sesi pagi menggantikan tempat K. Aini sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Manakala K. Aini pula dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM menggantikan En Ibrahim Mat Akil yang bertukar menjadi pengetua di sebuah sekolah di Maran. Mulai tarikh ini, persahabatan aku dan K. Aini semakin akrab...banyak pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi...sama ada sebagai guru atau pengalaman hidup. Terima kasih K. Aini!

Tahun 2009

Akhir Disember,2009 aku dikejutkan dengan berita kematian suami K. Aini. Aku tumpang bersedih ...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi K. Aini memang tabah. Berbagai dugaan yang dihadapi dan K. Aini hadapinya dengan tenang.

Tahun 2010

Episod pertemuan aku dengan K. Aini akan berpisah juga akhirnya apabila permohonan tukar K. Aini diluluskan. Akhirnya K. Aini melaporkan diri ke Sekolah Sri Ampang pada akhir bulan September,2010.


*Jasamu tetap ku kenang walaupun dirimu kini
sudah berada di sekolah baru..
jangan lupakan kami di SMK Tanah Putih
*

Thursday, October 21, 2010

Eppy family ..!!


tak ku sangka sungguh
rupa-rupanya berbakat seni
juga anak keempatku ini

dalam diam dan senyapnya...
rupa-rupanya
diam-diam ubi, berisi si ira ini!

ada bakat terpendam
kreatif dan inovatif gitu
betul tak..... ira??

Sirap pear

Sudah seminggu 2 biji pear ini tergolek dalam bakul buah di atas island tableku. Tiada sesiapa mahu agaknya~jadi lebih baik dibuat sirap pear sebelum menjadi busuk! Pasti selepas ini, menjadi rebutan anak-anakku....memang betul tekaanku, siap aje sirap pear ini, tak sabar-sabar Wani, Syu dan Angah meminumnya. Dalam sekelip mata, sudah habis!! Almaklum 2 biji aje,hi,hi...
Ikutilah cara mudah membuat sirap pear ini...


Bahan-bahannya :

2 biji pear (belah 4~dibuang kulit dan biji)
1 cawan air
5 camca besar gula
sedikit pewarna kuning telur


Cara membuatnya :

1. Air dan gula dipanaskan dalam periuk kecil.

2. Setelah gula hancur dan air mendidih, masukkan pear dan pewarna. Masak sehingga pear empuk (lebih kurang 10 minit).

*Sedap diminum dengan ais atau dimakan dengan aiskrim*




Kursus Haji~19 Oktober, 2010

Kuih 'doa selamat'


Khamis, 21 Okt., 2010

8.05 pagi

Aku bergegas ke kantin untuk bersarapan pagi sebab selepas ini, aku ada kelas 3K2 pula.
Sedang enak aku makan nasi goreng yang boleh tahan rasanya...tiba-tiba aku disapa oleh Cik Pah (Pn. Sharifah Murshida) .....katanya "Kak nanti ambil kuih solat hajat atas meja Suhana". Aku mengangguk aje, sebab dah tahu (semalam mereka dah beritahu....)


9.15 pagi

Setelah pulang dari dewan (mengawasi pelajar tingkatan 3 yang berkumpul di sana), aku bertembung dengan Ustazah Bahijah yang juga menuju ke bilik guru. Sambil berborak dengan Ustazah Bahijah, aku singgah di meja Suhana untuk mengambil kuih solat hajat ni...tiba-tiba aku diberitahu dah ditukar nama jadi kuih doa selamat pulak. Apa-apa ajelah...rezeki jangan ditolak, terima aje dengan tangan terbuka. Terima kasih kawan-kawanku...

Bayu Darat dan Bayu Laut


Ciri-ciri bayu darat :
~berlaku pada waktu malam
~angin bertiup dari darat ke laut
~darat kehilangan haba lebih cepat~menjadi sejuk (tekanan udara tinggi)
~laut menjadi panas (tekanan udara rendah)











Ciri-ciri bayu laut :

~berlaku pada waktu siang~bertiup dari laut ke darat
~laut kehilangan haba dengan cepat~menjadi sejuk (tekanan udara tinggi)~daratan menjadi panas lebih cepat berbanding laut (tekanan udara rendah)

Wednesday, October 20, 2010

Si Kuku....






asalnya dari kolam sekolah
diberi oleh guru besarnya
tiga sekawan pada mulanya

tapi kini tinggal seekor
dua lagi usia tak panjang
sedihnya wani tak terkira
nasib baik si kuku...
dapat diselamatkan!



Hujan Asid



Hujan asid merujuk kepada air hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5.6. Hujan asid merupakan pemendapan asid dan bahan yang dapat membentuk asid.
Punca kejadian hujan asid :
~pembakaran bahan api fosil (penjanaan kuasa terma)
~loji peleburan logam dan kenderaan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen oksida
~pelepasan gas beracun daripada sektor perindustrian

Kesan hujan asid :
~merosakkan bangunan, melunturkan cat dan besi menjadi berkarat
~Keasidan tanah meningkat menyebabkan kesuburan tanih merosot
~merosakkan tanaman dan tumbuhan
~pencemaran air terutama air minuman
~memusnahkan hidupan air/akuatik
~menjejaskan kesihatan manusia, kesihatan terganggu, penyakit mata, penyakit kulit dan menjejaskan pernafasan



penerangan lanjut, klik disini

Tuesday, October 19, 2010

Nasi goreng fish cake

Biasanya menu nasi goreng ini saya akan buat pada pagi hari Sabtu atau hari Ahad~apabila ada nasi putih yang lebih pada hari sebelumnya. Masa untuk menyediakannya juga tidak mengambil waktu yang lama, boleh siap dalam masa setengah jam~menunya ringkas dan mudah aje!


Bahan-bahannya :


Nasi putih untuk 4 orang makan
2 keping fish cake (cap mushroom)~potong kecil
2 biji telur (digoreng hancur terlebih dahulu)
2 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap lemak masin
1 camca besar kicap lemak manis



Bahan untuk tumis :

1 labu kecil bawang besar (dimayang halus)
3 atau 4 camca besar cili boh
1 cawan air


Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak~masukkan bahan untuk tumis. Masak sehingga garing (masukkan air sedikit demi sedikit). Letak garam dan gula secukup rasa.

2. Setelah garing, masukkan kicap lemak manis dan kicap lemak masin, sos tomato dan diikuti fish cake serta telur.

3. Setelah sebati, masukkan nasi~gaulkan sehingga rata (gunakan api kecil). Hidangkan dengan keropok keping.

Back dated "Jamuan Raya"





Jumaat : 15 Oktober, 2010

~12.10 t/hari...


Sebelum pulang pada hari itu, aku terpandang sekeping kad jemputan 'Jamuan Hari Raya' diletakkan di atas mejaku. Terfikir aku, jamuan raya apa pulak, bukan ke sekarang dah masuk bulan Zulkaedah! Tapi tak apalah, memandangkan mereka dah jemput~menjadi kewajiban aku memenuhi undangan tersebut.


Sabtu : 16 Oktober, 2010

~9.15 pagi


Setelah 15 minit perjalanan, aku tiba di sekolah. Aku lihat tiada kereta guru-guru, terdetik di hatiku.."jadi ke tidak jamuan itu". Kemudian aku terpandang pelajar-pelajar Islam yang segak bergaya dengan baju melayu dan baju kurung masing-masing sedang berkumpul di kantin sekolah. Oh jadi rupanya jamuan ini~walaupun agak terlewat diadakan tapi tetap diadakan demi anak bangsa....Syabas ustazah semua : Pn. Nor Azimah, Pn Ruhani, Pn Noraini dan Pn Bahijah juga Pn Rohani (kaunselor) yang sentiasa membantu. Mungkin tahun hadapan, program seperti ini boleh melibatkan semua guru Islam!

~12.00 t/hari

Aku memohon diri untuk pulang~dibekalkan pula dengan mee hoon goreng, lemang dan rendang ayam yang menjadi hidangan petang keluargaku pada hari itu.

"Terima kasih daun keladi, tahun depan jemputlah lagi..."

Pulau Haba~Fenomena Cuaca di Bandar Besar


Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandar berbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur) ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi pulau haba.


Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :

~bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar

~susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin

~binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba

~
konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam

~sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor

~pencemaran di bandar - karbon dioksida, wap air dan zarah menyerap dan membalikkan sebahagian daripada sinaran gelombang panjang. Jika tidak, sinaran ini akan terus naik ke angkasa.

~kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu. Tetapi di kawasan bandar kekurangan tumbuh-tumbuhan. Ini menyebabkan bandar menjadi panas.

Kesan Pulau Haba :

~keselesaan terjejas kerana suhu panas dan mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar.

~bahan binaan dan reka bentuk bangunan terpaksa diubahsuai

~penggunaan tenaga akan bertambah untuk menyejukkan keadaan yang akan menambahkan kandungan gas rumah hijau.

~kawasan bandar berjerebu. Jerebu berlaku kerana asap dan habuk dari kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka.

~menjejaskan kesihatan penduduk terutama golongan kanak-kanak



Monday, October 18, 2010

Menu minum petang...simple aje!

Menu minum petang familiku minggu lepas agak ringkas iaitu keropok keping dan cucur segera (cucur perasa udang Adabi) yang digoreng oleh Wani. Tapi tanpa lada pencicah sudah tentu tak lengkap jadinya. Nasib baik suami tercinta pandai membuat sos lada ini. Ikutilah resipi ringkas berikut :

Bahan-bahan membuat sos lada :

2 camca besar cili boh
semangkuk air asam jawa
1 camca kecil cuka
sedikit belacan
gula secukup rasa


Cara membuatnya :

1. Semua bahan diletakkan dalam periuk kecil dan dimasak menggunakan api sederhana.

2. Setelah agak pekat angkat dan hidangkan bersama-sama keropok keping dan cucur udang.




Milik siapakah orkid ini...?





milik siapakah orkid ini
teruja aku melihat keindahannya
lantas aku mengambil kameraku
lalu terus jemari ini..
klik,klik dan klik...

milik siapakah orkid ini
sungguh menawan dan tertawan
dek kejelitaan kumtumanmu
wahai si orkid...

milik siapakah orkid ini
yang menjadi kebanggaan
si pemiliknya....
kembarku yang seirasku
tapi tak serupa!!

Bentuk Muka Bumi Jalar Luar


Rajah di atas menunjukkan tiga jenis bentuk muka bumi jalar luar :

a) Namakan bentuk muka bumi yang bertanda :

i) P ~ Penara basalt

ii) Q ~ Kawah dan Tasik Kawah

iii) R ~ Kaldera

b) Dua contoh bentuk muka bumi Q yang menjadi tarikan pelancong :

~Tasik Haleakala di Pulau Maui, Hawaii
~Tasik Crater di Oregon, Amerika Syarikat

c) Dua negara di rantau Asia Tenggara yang mengalami letusan gunung berapi :

~Indonesia
~Filipina

c) Kenapa Malaysia tidak mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi :

~Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik

Sunday, October 17, 2010

Tenggiri Masak Merah



Ikan tenggiri ni dah lama ada dalam peti ais, jadi hari ini kenalah masak kerana takut nanti jadi "ikan tenggiri jeruk" pulak!


Bahan-bahannya :

2 keping ikan tenggiri (digoreng terlebih dulu)~anak suka makan sebab tak ada tulang!
3 cb bawang kisar
4 cb cili boh
2 cb sos tomato
1 cb kicap lemak masin
1 cb kicap lemak manis
1 cawan air

minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

1. Tumiskan bawang kisar dan cili boh sehingga garing (masukkan air sedikit demi sedikit).

2. Setelah garing, masukkan sos tomato, kicap lemak masin dan kicap lemak manis. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan tenggiri yang telah digoreng. Angkat setelah sebati.



*sedap dimakan dengan nasi putih panas....selamat mencuba*

Ciri-ciri lava gunung berapi


Rajah di atas menunjukkan dua jenis bentuk kon gunung berapi iaitu P dan Q.

a) Nyatakan bentuk cerun

i) P~ cerun landai

ii) Q~ cerun curam

b) Nyatakan jenis lava yang membentuk :

i) P~ lava bes

ii) Q~ lava asid

c) Nyatakan ciri lava yang membentuk :

i) P~
-sangat cair
-mengalir dengan deras/laju/cepat
-meletus dengan perlahan
-kandungan silika rendah
-kaya dengan magnesium
-tanihnya subur

ii) Q~
-likat/pekat
-mengalir dengan perlahan/lambat
-meletus dengan kuat
-kandungan silika tinggi
-tanihnya tidak subur

c) Kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di kawasan gunung berapi ialah :

~ pertanian
~ pelancongan
~ perlombongan
~ perindustrian/industri pembuatan

d) Kesan letusan gunung berapi :

~ pencemaran udara
~ kemusnahan harta-benda
~ mengancam nyawa/menyebabkan kematian



e) Contoh negara yang sering dilanda letusan gunung berapi:

~Indonesia
~Filipina
~Jepun


Saturday, October 16, 2010

Gunung Berapi


Bentuk muka bumi jalar luar terbentuk akibat pembekuan lava di permukaan bumi. Lava yang mengalir dan membeku akan membentuk gunung seakan-akan kon yang dipanggil gunung berapi.

Berikut penerangan mengenai kejadian gunung berapi yang diambil daripada wikipedia ensiklopedia :

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.

Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Friday, October 15, 2010

Si Boboy dan Si Beebo beraksi!

Kemahiran Interpersonal Untuk Guru


Buku ini ditulis oleh Prof. Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohd. Buku ini mengandungi 198 halaman dan dibahagikan kepada 9 bab :

~Bab 1 : Komunikasi
~Bab 2 : Kemahiran mendengar
~Bab 3 : Kemahiran bertanya
~Bab 4 : Berucap
~Bab 5 : Maklum Balas
~Bab 6 : Unsur Bahasa
~Bab 7 : Mengubah sikap dan tingkah laku
~Bab 8 : Penampilan
~Bab 9 : Komunikasi bukan lisan


Setelah membaca buku ini, saya dapati buku ini sesuai dijadikan panduan terutamanya oleh guru-guru yang kurang skil dalam komunikasi dengan murid-murid. Malahan buku ini juga memberi panduan kepada guru-guru untuk menjadi guru yang lebih prihatin terhadap masalah murid-murid dan menangani murid-murid di dalam bilik darjah.

Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih berkesan, kerana guru-guru boleh menguasai teknik-teknik pedagogi yang meyebabkan suasana di bilik darjah lebih ceria dan tidak membosankan.

Thursday, October 14, 2010

sungguh tak ku sangka....!


tiga petang berturut-turut
ma menemani ku
mengambil angah di sekolahnya

dan...
sepanjang perjalanan itu
ma meluahkan perasaannya

malah aku...
menjadi pendengarnya yang setia
cuba meringankan bebanan yang
ma tanggung!

dan petang ini...
berita yang disampaikan ma
mengejutkan aku
dan sungguh tak ku sangka
bak sudah boleh berjalan semula!!

Punca-punca pencemaran udara


Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.

Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

Berikut disenaraikan punca-punca utama pencemaran udara :

~pembebasan asap daripada aktiviti perindustrian/pembuatan

~asap kenderaan bermotor

~pembakaran bahan api fosil (penjanaan kuasa elektrik terma/haba)

~pembebasan debu dan ampaian habuk daripada perlombongan kuari

~pembakaran terbuka

~aktiviti harian (penggunaan peti sejuk dan penyaman udara yang membebaskan CFC, penyebab utama penipisan lapisan ozon)

huraian lanjut,klik disini





Wednesday, October 13, 2010

Lantai sekolah runtuh, 10 murid di Keriang cedera!


Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong di Gunung Keriang dekat Alor Setar cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam. Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.

Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.

Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.


"renung-renungkanlah kejadian ini....sepatutnya tempat belajar adalah tempat yang selamat dan bukan sebaliknya"!


untuk berita lanjut,klik disini

Tuesday, October 12, 2010

Angah ke tu...atau....!

Bergaya sakan dengan baju baru
tema berjalur menjadi pilihan
lenggok tubuh bagaikan model
America top model pun tak boleh lawan
bila angah mula beraksi

tapi....
bila ditenung-tenungkan...
macam kuda belang lah pulak
jadinya....
hik,hik,hik...

Faktor kepupusan penyu belimbing


Punca-punca kepupusan penyu belimbing :

  • sering terperangkap di dalam pukat ikan
  • telur yang menjadi bahan dagangan
  • kawasan pembiakan tepi pantai yang sering diceroboh
  • pencemaran laut
  • pembuangan melulu plastik dan sampah ke dalam laut

Monday, October 11, 2010

Penyu Belimbing


Penyu belimbing adalah spesies penyu yang hampir pupus. Oleh sebab itu, spesies penyu ini merupakan haiwan yang dilindungi.

Berikut adalah penerangan mengenai penyu belimbing yang diambil daripada wikipedia ensiklopedia.....

Penyu Belimbing (bahasa Inggeris: Leatherback Sea Turtle) mempunyai nama sains Dermochelys coriacea. Penyu Belimbing tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Reptilia, order testudines, dari keluarga dermochelyidae, spesies Dermochelys coriacea.

Nama saintifik keluarga Dermochelys berasal daripada dua perkataan Yunani "Greek" iaitu derma (kulit) and chelys (penyu). Nama spesies pula berasal daripada perkataan Yunani corium (kulit lembu "leather"). Oleh itu nama saintifik penyu Belimbing, Dermochelys coriacea bererti penyu berkulit seperti kulit lembu "leather".

Penyu Belimbing gergasi (Dermochelys coriacea) merupakan satu daripada tujuh spesies penyu di dunia, dan merupakan yang terbesar. Penyu Belimbing selalunya memilih kawasan pantai yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur dan Rantau Abang, Malaysia merupakan salah satu daripada destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".


Khasiat kelopak bunga roselle


Kelopak bunga Roselle dipercayai dapat membantu melancarkan
peredaran darah. Ini kerana asam organik, poly-sakarida dan flavonoid yang terkandung dalam ekstrak kelopak bunga roselle bertindak sebagai farmakologi. Selain itu, kelopak bunga roselle juga mengandung vitamin C dalam kadar tinggi yang berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh manusia terhadap serangan penyakit.




Berikut disenaraikan manfaat kelopak bunga roselle

� Dapat mengurangi kepekatan/kekentalan darah

� Membantu proses pencernaan

� Mencegah peradangan pada saluran kencing dan ginjal

� Penyaring racun pada tubuh

� Mencegah kekurangan Vitamin C

� Melancarkan peredaran darah

� Melancarkan buang air besar

� Menurunkan kadar penyerapan alkohol

� Penahan kekejangan



Penyakit yang dapat diubati :


� Tekanan Darah Tinggi ( Hipertensi )

� Batu Ginjal

� Batuk

� Lemah syahwat

� Lesu

� Demam

� Tekanan Perasaan

� Gusi berdarah

� Penyakit kulit

� Gigitan Serangga

� Luka

� Kurang darah


Keterangan lanjut sila klik
di sini