Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 10, 2010

Bunga Roselle


Dua tiga hari yang lepas, suamiku mendapat bunga roselle yang diberikan oleh seorang teman. Bunga rozelle ini dikirimkan kepada adiknya yang berada di Kuala Terengganu sebagai diet untuk suaminya yang baru-baru ini menjalani pembedahan (by pass) jantung.

Di sini, saya titipkan penerangan mengenai bunga roselle yang saya dapatkan daripada wikipedia ensiklopedia.....

Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman.Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai.Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak.Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama.Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air,dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali.


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)