Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 3, 2010

Dunia Orkid





Penggemar orkid pasti menyukai buku ini. Buku ini dihasilkan oleh Hamdan Osman, seorang yang berpengalaman luas dalam dunia orkid.

Penyusunan yang baik oleh pengarangnya, menyebabkan kita merasa tertarik untuk meneruskan pembacaan tentang dunia orkid ini. Buku ini amat berguna untuk dijadikan panduan terutamanya kepada penggemar orkid yang baru menjinakkan diri untuk membela orkid. Di samping maklumat tentang genera orkid yang mungkin kita tidak ketahui sebelum ini, bonusnya buku ini juga menjelaskan panduan penanaman dan cara penjagaan yang betul.

Paparan gambar-gambar orkid yang menarik juga dapat merelakkan minda dan memberikan ketenangan kepada pembaca.


"Keindahan orkid ciptaan Yang Maha Kuasa tiada tandingannya...peliharalah amanah ini sebaik-baiknya"

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)