BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, October 23, 2010

'Hajah' segera...


19 Oktober, 2010

7.30 pagi

Ust. Nor Azimah dan Ust. Bahijah, dibantu oleh Pn. Sarimah menyiapkan dewan sebelum tetamu jemputan tiba. AJK P.A.I sibuk menyusun kerusi dan sofa. En. Eng J.H sibuk memasang lap top untuk tayangan filem ibadat haji. Memandangkan tahun ini, tabung haji memilih sekolah ini sebagai perintis program/kursus haji, jadi persiapannya mestilah dibuat dengan lebih baik.



9.00 pagi

Jemputan tiba (Pengarah tabung haji Negeri Pahang : Tuan Haji Mohyen Mosman) dan disambut oleh En. Moy Wah Goon (Pengetua). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Nazmi Hakim. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengetua. Kursus ini dirasmikan oleh Tn Hj. Mohyen.




10.30 pagi

Pelajar didedahkan kepada praktikal menjalani ibadat haji oleh penceramah jemputan (Ustaz Mahmud Mat) iaitu melontar, tawaf dan saei ....


11.30 pagi

Setelah selesai menjalani praktikal haji, pelajar menonton tayangan video ibadat haji di Mekah.
Guru-guru yang mengikuti kursus haji ini juga, mendapat gelaran 'hajah' segera.... dan satu hari ladap!



slide kursus haji, klik disini

2 comments:

  1. Salam Mega,

    Beruntung murid-murid sekarang. Satu program yang sangat baik. Tahniah kepada SMKTP terutama Panitia PAI kerana dipilih untuk program printis ini.

    Sayang sekali, saya ketika itu terpaksa 'bertapa' di Makmal IT...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ros, zaman kita mana ada program mcm ni. Tak apalah Ros, next year mungkin boleh ikuti kursus ni...

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...