Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 31, 2010

Resipi Masak Lemak Cili Padi Telur Itik


Bahan-bahannya :

6 biji telur itik
santan (RM3.00)

Bahan kisar :

1 labu bawang (saiz sederhana)
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas muda
6 - 8 biji cili padi


Cara membuatnya :

1. Masukkan bahan kisar dan separuh santan ke dalam periuk. Pecahkan telur itik satu persatu. Masak dengan api sederhana.

2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-sekala. Setelah agak mendidih, masukkan 1/2 lagi santan.

3. Angkat setelah kuahnya panas~jangan sampai mendidih! Nanti tak cantik dipandang mata, tapi masih sedap dimakan!

4 comments:

  1. suke makan telur itik asin,macam ni tak biase sangat..

    ReplyDelete
  2. telur itik sedap ke?? jarang makan ar maybe sebab mahal skit dari telur ayam..

    ReplyDelete
  3. ct fad ~ sedap cubalah. telur itik masin pun boleh masak lemak cili padi!

    ReplyDelete
  4. Fitrihadi~ telur itik memang dibuat masak lemak cili padi, kita tak guna telur ayam! cubalah rasa, sedap!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)