Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, October 28, 2010

Tak salah menghulurkan bantuan!

Khamis, 28 Oktober,2010

2.05 petang

Aku pulang dari tempat kerja, tiba-tiba aku terpandang meter minyak sudah bernyala...amaran minyak dah nak habis! Tak pasal-pasal nanti kereta aku mati di tengah jalan. Jadi aku pun singgahlah ke stesyen minyak yang berhampiran.

Aku pun terfikir, sementara isi minyak tu, lebih baik aku ambil duit di mesin ATM yang disediakan di kedai SELECT. Tak salah, ibarat menyelam sambil minum air...kan. Aku pun joinlah barisan orang duk beratur nak ambil duit ni sambil dalam hati mengomel, "panjang pulak barisan ni ... dan budak-budak ni buat apa di sini ramai-ramai ~ pekerja pasaraya"

Tiba-tiba budak-budak ini menyuruh aku mengambil duit dulu. Aku pun naik hairan, kalau tak mahu ambil duit kenapa beratur! Aku pun selamba je lah ambil duit, orang dah beri laluan, grab ajelah kan!

Selepas selesai urusanku, tak sampai hati pula nak berlalu pergi aje. Kesian pulak tengok muka budak-budak ni, jadi aku pun bertanya, "tak nak keluar duit ke?" Salah seorang daripadanya menjawab.."nak tapi tak tahu caranya...boleh kak tunjukkan?"

Oh, rupa-rupanya itu masalahnya. Aku pun dengan senang hati, menunjukkan cara-cara mengeluarkan duit melalui mesin ATM tu.

Sebelum aku beredar, mereka serentak mengucapkan..."mujur ada kak...thank you".


Dalam hatiku, terdetik,..."tak salah aku menghulurkan bantuan, bukannya rugi apa-apa pun!"

10 comments:

  1. salam kenal...singgah ke sini...dan sedia follow...silalah ke AGK - Asam Garam Kehidupan! macam2 resepi ade di sini...petang ni nak masak sirap bunga roselle...

    ReplyDelete
  2. sonta anak kancil~tqvm singgah sini n jd follower...nnt gi lawat ke sana..:)

    ReplyDelete
  3. budak2.... nnti dah pandai, habis la duit simpanan =)

    ReplyDelete
  4. papadam~rasa2nya mungkin gaji pertama kot, tu yg x tau guna mesen ATM!

    ReplyDelete
  5. cik yayah~harap2 pandailah mereka menabung!

    ReplyDelete
  6. sonata anak kancil~bagus teruskan mengopek...nanti dah jadi sirap roselle, bak sini segelas!

    ReplyDelete
  7. ..x susah pon untuk wat kebaikan..malah pahala lbh berganda jika ikhlas..

    p/s:..bagusnya dia..:)

    ReplyDelete
  8. MyZone~theUn4given~ni masa dia orang, kita tolong, mana tahu satu ketika...kita pulak memerlukan pertolongan org lain....buat baik di balas baik,kan!he,he jgn puji lebih2..nanti masuk bakul angkat sendiri pulak!!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)