Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun!

Biasalah tu, dah dekat hujung tahun ni, banyaklah jamuan akhir tahun diadakan. Tak kiralah sama ada jamuan kelas ke atau jamuan staf. Bila sebut jamuan ini, teringat aku masa sekolah-sekolah dulu. Kita dulu masa buat jamuan akhir tahun kelas, hanya buat di sekolah aje. Tapi sekarang dah lain, anak-anak sibuk menghadiri jamuan kelasnya di luar, iaitu sama ada di pantai peranginan atau di pusat-pusat beli belah ataupun di hotel 5 star!

Pada hari Jumaat lepas (12 November,2010), aku menghantar anakku, Wani menghadiri jamuan kelasnya di KFC di East Coast Mall, jam 3.00 petang~makan ayam KFC! Kita dulu makan mee goreng yang mak kita buat je dan kongsi makanan yang dibawa oleh kawan-kawan,ya lah...zaman dah berubah! Jadi cara meraikannya pun dah lain kan!

Bagi angahku lagi hebat, ada 'prom night' lagi yang dibuat di MS Garden Hotel~bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah!

Ira pun apa kurangnya, jamuan pengawasnya (ira jadi pengawas) juga diadakan di Grand Continental Hotel. Sebelah malam lagi jamuan ini diadakan iaitu pada hari Khamis (12 November,2010) jam 8.00 malam!

Nasib baiklah, 'annual dinner' sekolah ku, juga diadakan di hotel (MS Garden Hotel) iaitu malam ini, kalau tidak malu aku kepada anak-anakku....hik,hik..! So malam ni, aku melaram sakanlah ya, almaklum sekali setahun!!

8 comments:

  1. betul tu.. jamuan dulu2 wat pot luck je kan.. later on trend kat restaoren2 or hotel2
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. Nur~betul sangat2, beruntung budak2 sekarang, jamuan pun glamer!

    ReplyDelete
  3. akak..tak dapat ek..cuba rujuk kat link credit yg saya bagi tu..kalu tak dapat jugak..gitau saya..

    ReplyDelete
  4. Jamuan, jamuan juga...tapi le ni org dah heboh budaya kuning menyusup masuk..."prom night" tu adalah budaya amerika yang tidak sesuai kita suburkan di malaysia (org islam)...ini semua gara-gara terpengaruh dgn budaya "Glee"...harap hati-hati...guru kena main peranan; jangan sampai dapat pelajar yang berderet "A"nya tetapi "E" rohaninya

    ReplyDelete
  5. saloma~tqvm atas keperihatinan, dah tanya angah, jamuan mcm biasa je...makan2 lepas tu balik!

    ReplyDelete
  6. Biar potluck je...lebih baik dan jimat lagi dapat rasa banyak jenis makanan...nasib baiklah panglima takde prom night...ada student nak buat tapi kita orang sepakat tak nak saham tu....sampai akhirat tau!

    ReplyDelete
  7. mhariati~potluck pun buat juga di sekolah, tp for annual dinner buat di hotel!Nama je prom night,tp x mcm party org puteh...mcm jamuan biasa je n cikgu2 malah HMnya pun hadir!Mereka kan ada guru penasihat, so bbincanglah dulu~selepas dpt persetujuan baru buat~just to make them happy n for kenangan!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)