Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, November 28, 2010

Pantun versi aku!

pantun dulu-dulu

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati!

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas!

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh dicari
takkan sama si adik seorang!

jika ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi!

pantun versi aku

gendang gendut tali kecapi
tali barut aku benci!

pecah kaca pecah gelas
suruh baca semua malas!

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga cuba nak lari
bila nampak ceti datang!

jika ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
daripada musuh berpanjangan
baik jadi sahabat sejati!


6 comments:

  1. wahhh..cayalah akak..pandai btol berpantun ni..

    ReplyDelete
  2. has~ just for fun n at the same time ...asah bakat, lama dah x berpantun!

    ReplyDelete
  3. pantun diubah suai dgn gaya sendiri.. pandai akak.. hehe.. saya pown nak berpantun jugak...

    Dua tiga kucing berlari,
    mana nk sama si kucing belang,
    dua tiga kali, saya kemari,
    singgah jenguk kakakku seorang..

    ReplyDelete
  4. Fizzo~wah boleh tahan adikku ini, tak sangka ada bakat berpantun jugak ya, bagus2!

    ReplyDelete
  5. ohh tq nur, terharu pulak :) ini yang menyebabkan kak suka nak berpantun lagi!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)