Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, December 1, 2010

Terharunya Aku!

Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakan blogger terhadap perkembangan blogku ini amat menyentuh sanubariku.

Pertamanya apabila Lia pemilik blog myrevengeZone3 dan Nur pemilik blog All In One mencalonkan blogku kelip-kelip kehidupan dalam segmen "Aku Suka Blog Awak La!" anjuran blogger popular Ben Ashaari. Maklumlah blogku ini tak sampai setahun jagung pun penubuhannya. Masa ini, aku dah pun terharu. Terima kasih ya Lia dan Nur.

Kali keduanya aku terharu apabila Fizzo, pemilik blog Apa Saja Di Fikiran, memberitahuku yang aku tersalah menulis url blogku di shoutmix boxnya, sehingga menyebabkan 'landing'nya di blog lain. Bertambah lagi rasa terharuku di atas sikap prihatin rakan bloggerku ini!

Rasa amat terharuku makin bertambah apabila Haszuraidah, pemilik blog
Ma Belle Historie membuat entri berkenaan blogku di blognya dengan menyatakan namaku yang sebenar! Lagi-lagilah terharunya aku dengan sikap prihatinnya dalam persahabatan walaupun hanya di alam maya ini.

Kemanisan berblogger makin aku rasai apabila aku memenangi GA pertama anjuran blog Aku Mula Menulis ... yang dimiliki oleh Ekin dan juga menghadiahkan "Best Blog Award" kepada aku . Lagilah aku terharu apabila Ferry Punya Blog, Sonata dan Enna mengucapkan tahniah kepada ku. Seronoknya!

Demi menghargai persahabatan ini, aku dengan rendah hati ingin menghadiahkan award di bawah kepada rakan-rakan bloggerku ini. Harapan semoga persahabatan ini kekal selamanya walaupun hanya di alam maya!


Juga kepada pengunjung blogku yang dihormati, terimalah persahabatan daripadaku ini. Harapanku terimalah award ini dengan setulus hati, sebagaimana aku menghadiahkan kepadamu dengan ketelusan hatiku ini (love shake hand)!

5 comments:

  1. terima kasih kak... akak buat benda yang baik, pasti dibalas dengan kebaikkan... semoga akak akan terus berusaha dan berjaya..

    p/s: saya pun terharu ni kak.. 1st time dpt Award mcm ni... tq so much..

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnya award ni..thanks akak..muahsss!!

    ReplyDelete
  3. wah terharu gile....hihi :)

    tlg tharu..hihi

    ReplyDelete
  4. fizzo, ferry dan has~tqvm sudi terima award x seberapa ni

    miss yaty~ nak ambik award tu pun boleh, silakan:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)