Monday, January 31, 2011

Kuetiau Lakna

Pada hari Sabtu yang lepas, sudahlah tengaharinya makan nasi ayam along, sebelah petangnya makan kuetiau angah pulak! Alahai beruntungnya maknya, asyik makan n makan je...maka makin gemuk gedempullah nampak gayanya!! Tapi sedap hingga licin mangkuk aku, tak tinggal setitikpun...!!

Nak tahu resipinya, klik je kat sini.

Hari ini menu apa pulak ye????

Nasi Ayam Simple..


Biasalah kalau hari Sabtu atau Ahad, ada menu tengahari istimewa yang dimasak oleh along atau angah. Jadi hari Sabtu yang lepas (29 Jan.,2011), along memasak nasi ayam. Sedap....

Sesiapa nak cuba resipi nasi ayam ini, jangan malu-malu, klik ajelah di sini

Kelakar sungguh ....

Semalam aku, suamiku dan anak-anak pergi ke Kuala Lumpur iaitu ke Jalan TAR untuk mencari buku-buku farmasi along yang akan dibawa ke Australia! Setelah membeli buku-buku itu (mahal ooo...RM500 ~aku ambil resit untuk claim income tax!), kami pun pergilah 'shopping' beli tudung skalop....susah sungguh nak cari! Banyak dah kedai dijajah, tak juga jumpa-jumpa.

Nak dijadikan cerita, suami aku ni dengan dua orang anaknya, pergilah ke Kedai Gulatis Silk House, dengan niat nak tolong cari kedai jual tudung skalop ini....Aku dengan tiga orang anakku pun mencari juga di deretan Pasaraya Kamdar iaitu di Arked Malindo, alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan tudung idaman hati tu...senyum meleretlah along dan angah!

Aku pun telefon suamiku, tapi tak berjawab...selang beberapa minit suamiku pun telefon

aku: kita orang dah jumpa tudung tu..

suami : kat mana?

aku : dekat Kamdar, depan Kedai Hari-Hari

suami : ok...

Tunggu punya tunggu, suami dan dua anakku tak muncul-muncul....mana ni???

Suamiku telefon semula....

aku : kat mana?

suami : depan Kedai Hari-Hari lah!

Aku dan along, angah dan wani tengoklah depan Kedai Hari-Hari...

aku : eh,eh...mana ada, tak nampak pun!

suami : Ke Kedai Hari-hari kat sini bukan se?

aku : mungkin juga...macam ni lah datang je balik ke arah Kamdar,kita tunggu kat luar arked ni..

Akhirnya, suamiku dan dua lagi anakku berjumpalah kami di Arked Malindo tu....
Inilah pengalaman pertama kami sekeluarga 'shopping' di Jalan TAR, sebab masing-masing tak tahu selok-belok tentang perniagaan di sini...jadilah seperti 'rusa masuk kampung'...kelakarlah pulak bila dikenang-kenangkan peristiwa samalam :)

Saturday, January 29, 2011

Pandai betul dia menyamar!

Semalam, aku dan anak-anak ke pasar malam untuk membeli apa-apa yang berkenaan di hati. Macam-macam ada, jadi macam-macamlah aku dan anak-anakku beli.....ada lebih kurang RM50!

Dalam duk cari makanan tu, aku pun ternampaklah seorang pengemis ni, siap pakai songkok duduk bersila di tepi satu gerai. Jadi akupun keluarkanlah duit RM1 untuk disedekahkan kepada si pengemis ini. Tup-tup aku dihalang oleh angah! Sambil angah menarik tanganku dan berkata,"nanti angah ceritakan..." Anak-anakku yang lain hairan melihat keadaan itu!

Angah pun berceritalah, bahawa si pengemis tu, bukannya beragama Islam, tapi sebenarnya beragama budha (si pengemis ini memakai rantai ada gambar budha yang di selitkan dalam bajunya). Tapi yang aku terkejutnya apabila angah memberitahu aku, duit hasil sedekah itu digunakan untuk membeli TOTO!!

Penipu betul si pengemis ini. Jadi sebelum bersedekah tu, pastikan si pengemis tu betul-betul tak berupaya bekerja dan hasil duit tu digunakan untuk kebaikan! Jangan tertipu seperti aku!


Wednesday, January 26, 2011

Seleraku makin bertambah!

Alahai aku rasa berat badanku dah makin bertambah! Apa tidaknya, sejak si angahku menjadi chef di rumahku, macam-macam yang dia masak....

Pagi tadi bila aku sampai aje di sekolah, ada kawan aku dah tegur, nampak macam berisi...bukan 'macam' dah, tapi memang berisi!! Ini nak kena slow down sikit makan ni, tapi kalau hari-hari ada je menu baru...rasa-rasanya susah sikit, hi,hi...!

Baru-baru ini, angah ada masak beef steak resipi tok ma! Sedap sampai menjilat jari gitu! So macam mana nak kuruskan badan...memanglah payah, hu,hu...

Oklah,kalau nak tahu resipinya, jom tekan aje kat sini



Monday, January 24, 2011

Pernah dapat ucapan ini tak?

Seronoknya aku tak terhingga, apabila seseorang mengucapkan, "Hati Aku Cinta Kau Seorang!". Senyuman aku meleret sampai ke telinga, sambil tangan aku menerima bungkusan itu...

Eh,eh jangan salah sangka ye atau fikir yang bukan-bukan....!!

Kata-kata itu sebenarnya diucapkan oleh anak-anakku (along dan angah), semasa mereka menghulurkan bungkusan gula-gula HACKS yang aku minta mereka beli. Saja je mereka nak mengejutkan maknya dengan kata-kata romantik begitu! Tapi seronok juga, mendengar kata-kata romantik yang jarang-jarang aku dengar sejak kebelakangan ini!


Thursday, January 13, 2011

Menulis semula...setelah menghilang!

Khamis, 13 Januari, 2011

Hari ini, aku gagahkan diri menulis, walaupun diri masih terasa lemah! Sendi-sendiku masih lagi terasa sakitnya dan kepalaku masih lagi pening-pening! Ini semua bahana demam denggi yang aku hidapi hampir 10 hari yang lepas! Ikutilah rentetan peristiwanya di sini....

Khamis, 30 Disember,2010

Aku menghadiri mesyuarat guru sekolah ku di Hotel Grand City jam 8.00 pagi. Ketika itu, aku dah demam....ingatkan demam biasa aje. Namun aku sudah rasa ada kelainan pada demamku ini, iaitu sakit seluruh urat sarafku terutama bahagian pinggang, mata dan kepala! Pagi tu aku dah makan 2 biji panadol... namun demamku masih tidak kebah!

Sebelah malamnya, aku bersama suami ke klinik Syed Badaruddin, mengambil ubat demam, dan antibiotik! Doktor mencadangkan aku mengambil ujian darah untuk mengesahkan sama ada aku menghidap demam denggi atau sebaliknya!

Oleh kerana apabila aku makan ubat, demamku mulai kebah, jadi aku tidak pergi ke hospital untuk mengambil ujian darah! Rupa-rupanya tindakan aku ini membahayakan diriku...kerana selepas demamku kebah, aku mulai muntah dan cirit-birit! Tubuhku menjadi tidak bermaya!!

Ahad, 2 Januari, 2011

Aku dan suami terus ke Kuantan Medical Centre (KMC), untuk mengambil ujian darah...dan disahkan aku diserang demam denggi. Ketika itu platelet darahku 120. Aku terus dimasukkan ke dalam wad. Pada hari-hari berikutnya, platelet darahku makin merundum jatuh ke 62 dan seterusnya 52. Doktor menasihatkan aku supaya kuatkan tekad makan dan minum air dengan banyak!

Alhamdulillah, berkat sokongan yang diberikan ahli keluargaku....Yat ( memasak sup ketam, jus betik), along dan angah yang bergilir-gilir menemaniku di wad serta suami tercinta yang setia menghantar menu harianku (sup ketam dan air 100 plus ~ telah dibuang gasnya) , juga Ti yang sentiasa bertanya khabarku melalui pesanan smsnya, aku akhirnya pulih!

Aku amat bersyukur kerana adanya ma, yang sentiasa mendoakanku dan membuat sembahyang hajat supaya aku cepat sembuh! Betullah doa seorang ibu amat berkat....aku bersyukur !!

Jumaat, 7 Januari, 2011

Aku akhirnya dibenarkan pulang, setelah doktor berpuashati dengan keputusan platelet darahku yang meningkat ke 150.

Walaubagaimanapun, aku diberi cuti sehingga 11 Januari, 2011.

Jadi semasa aku menulis n3 ini, aku baru bertugas 2 hari....badan masih terasa lemah, tetapi demi tugas mengajar anak bangsa, aku gagahi juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...