Monday, August 29, 2011

Ayam Masak Lengkuas






Resipi ayam masak lengkuas ini saya ambil dari Majalah Saji, bulan November 2003. Biasalah saya simpan majalah saji ini sebab banyak resipi yang boleh saya cuba memasaknya apabila ada masa terluang. Jom ikuti resipinya (saya ubah juga sedikit) :

Bahan utama ~ 1/2 ekor ayam (potong kecil)

Bahan Kisar:

2 batang serai
2 inci lengkuas
1 labu kecil bawang besar
5 tangkai cili padi (boleh juga guna cili kering)

Bahan Pelengkap :

1 biji ubi kentang (potong 4)
santan RM2 (boleh juga santan kotak/susu cair)
1 keping asam gelugur
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari + sedikit santan. Tumis lagi sehingga rempah garing.

2. Masukkan ubi kentang + ayam + asam keping + santan + air. Masukkan garam + gula secukup rasa.

3. Masak sehingga kuah mendidih dan agak pekat. Matikan api. Siap untuk dimakan.




Sunday, August 28, 2011

Telur Masak Tomato



Bahan utama :


5 biji telur ayam (direbus dahulu + goreng)

Bahan untuk kuahnya :

3 sudu besar bawang kisar
4 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air


Cara memasak kuahnya :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan cili boh. Sambil menumis, masukkan sedikit demi sedikit air~masak sehingga garing. Masukkan gula dan garam.

2. Kemudian masukkan sos tomato, kicap masin dan kicap manis. Masukkan air dan telur yang telah digoreng.Setelah kuahnya agak pekat, matikan api + angkat.

Saturday, August 27, 2011

Salam Idul Fitri buat pembaca budiman...




Salam  AidilAdha


Hari raya hampir menjelang,
Sanak saudara dah sibuk pulang,
Menjenguk ayah bonda dan rakan taulan,
Harap daku masih berkesempatan,
mengucapkan Selamat Hari Raya,
buat semua pembaca blogku yang budiman!







Ikan merah masak tiga rasa


Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, acara masak-memasak ini pun akan berakhir juga sebab pada bulan-bulan lain saya hanya beli lauk di kantin sekolah saja. Tapi sebelum itu, ikuti dulu resipi ikan merah masak tiga rasa ini...
Bahan utama :

1 keping ikan merah (potong 2)

Bahan-bahan kisar :

1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

2 batang serai dititik

Bahan-bahan pes/kuah :

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
(digaulkan hingga sebati)
1/2 cawan air
1 biji tomato (belah 4)

Cara membuatnya :

1. Ikan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digorengkan sehingga masak.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing.

3. Masukan bahan-bahan pes + 1/2 cawan air + tomato. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah kuah agak pekat,masukkan ikan yang telah digoreng dan angkat.

Friday, August 26, 2011

Sup Ikan Merah




Kalau beli ikan merah, biasanya masak lauk sweet sour. Tapi kali ini ubah selera sikit, masak sup ikan merah pula. Ikuti resipinya...

Bahan utama ~ 1 keping ikan merah (potong 2)

Bahan kisar :

2 labu kecil bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis :

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 helai daun bay
3 biji buah keras ~ ketuk sedikit biar pecah

1 bungkus sup bunjut ikan
2 - 3 cawan air

Bahan pelengkap (tak letak pun tak apa!) :

2 biji ubi kentang (potong 4)
1 biji tomato
1 batang serai ~ ketuk sedikit
daun saderi/daun sup

Cara memasak :

1. Tumiskan bahan kisar + bahan tumis (kecuali sup bunjut + air) sehingga naik bau.

2. Masukkan air + ubi kentang + sup bunjut.

3. Apabila ubi kentang sudah empuk dan sup mendidih, masukkan ikan + serai + tomato. Masak sehingga ikan masak (5 - 8 minit). Tutup api.

4. Hidangkan dengan taburan daun sup.

Thursday, August 25, 2011

Acar Ikan Tenggiri







Biasalah saya suka masak sesuatu masakan yang mudah dan tidak memerlukan banyak masa. Penyediaan acar ikan ini mengambil masa yang singkat saja... saya copy n paste resipi ini dari blog chef hanielia


Bahan
2 ekor ikan selar [boleh gunakan tenggiri atau merah]~ saya guna ikan tenggiri (1~lihat gambar)
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]~saya guna 1/2 air asam jawa
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Bahan Mayang /hiris
3 ulas bawang kecil~saya guna 1 labu kecil bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau~tak letak sebab tak ada dalam stok
1 biji cili merah~tak letak sebab tak ada dalam stok
1 labu bawang besar

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

resipi asal : acar ikan (hanieliza cooking)

Wednesday, August 24, 2011

Orang pergi bank tukar duit raya, tapi tidak bagiku!




24 Ogos, 2011


Hari ini dapat gaji. Seronok tak terhingga tapi sekejap je... Nak tahu kenapa? Jom ikuti kisah ku ini.

23 Ogos,2011

Dapat berita yang menyedihkan! Apa tu? Bil cukai pintu bagi rumahku yg tak pernah berbayar selama 10 tahun! Teka berapa jumlahnya. Hampir RM1,000 tau...
Kena bayar sebelum 31 Ogos ni, jika tidak kena denda lagi.

2.40 petang, 24 Ogos,2011

Pergi ke BSN, nak langsaikan cukai pintu tu, terbang duit ku hampir RM1,500!

Orang lain gi ke bank tukar duit raya, aku pula langsaikan cukai pintu! Sedihnyalah...


Tuesday, August 23, 2011

Sup Cendawan



Sudah lama nak buat sup cendawan ini, cuma belum 'search' resipinya. Hari tu dalam duk2 meng'search' di google, terjumpalah resipinya di blog Hanieliza's Cooking, terus je buat! Many thanks kepada pemilik blog Hanieliza's Cooking ini. Namun saya ada tambah sikit bahan-bahannya..jom tengok apakah ia...

Bahan Utama :

1 paket cendawan tiram (140gm) ~ carik-carikkan
2 keping fish cake ~ potong memanjang
1 biji ubi kentang ~ potong dadu
15 ekor udang ~ buang kulitnya
1 batang lobak merah ~ potong memanjang
2 - 3 cawan air

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 labu kecil bawang besar ~ mayang bulat

Bahan pelengkap :

1 tangkai daun sup/saderi ~ hiris halus
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau + udang + ubi kentang.

2. Masukkan air + lobak merah + fish cake. Bila sudah mendidih masukkan cendawan. Masakkan sehingga mendidih (2 hingga 3 minit). Tutup api.

3. Hidangkan dengan taburan sup + daun bawang.

resipi asal~ blog hanieliza'cooking:sup cendawan

Tip ~ daun sup boleh dijadikan ulam dan dipercayai dapat meredakan tekanan darah tinggi
(chef Hanieliza:Buku Senangnya memasak ikan)

Monday, August 22, 2011

Tenggiri Berlada




Biasanya masak ikan goreng resipi chek atau ikan goreng berempah. Tapi untuk berbuka kali ini, rasa nak makan ikan berlada seperti ikan keli berlada, cuma saya gunakan ikan tenggiri. Jom layan resipinya....

Bahan utama ~ 1 keping tenggiri (potong 6 bahagian kecil) ;lumur garam & serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan letak dalam pinggan.

Bahan Kisar :

5 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar

Bahan Pelengkap :

1 labu bawang besar ~mayang bulat
3 biji limau kasturi/limau nipis

Cara memasak :

1. Tumis bahan dikisar hingga garing.

2. Masukkan garam,gula dan bawang besar. Kacau rata. Tutup api dan angkat serta tuangkan di atas ikan.

3. Perahkan air asam limau apabila hendak dihidang/makan.



Tip ~ Limau kasturi sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Dapat menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan dengan lebih berkesan.
(Chef Hanieliza:Buku Senangnya Memasak Ikan)

Sunday, August 21, 2011

Sup sayur pucuk





Sup sayur pucuk juga merupakan sup sayur kegemaran kami sekeluarga. Biasanya bebola ikan dalam sup sayur ini, saya buat sendiri tetapi hari ini guna bebola ikan segera saja. Ikuti cara memasaknya:

Bahan-bahan :

3 paket sayur pucuk (ada soohoon) ~ rendam sehingga kembang, kemudian bersih & toskan
1 paket bebola ikan
1 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 biji tomato ~ belah 4

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ mayang halus
2 labu bawang besar (saiz kecil) ~mayang bulat
2 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air + ubi kentang + bebola ikan.

2. Masak sehingga air mendidih,masukkan sayur pucuk + tomato. Masak 2 -3 minit, kemudian tutupkan api.


Saturday, August 20, 2011

Cheese Pudding





Hari ini buat cheese pudding untuk pencuci mulut
berbuka puasa petang ini. Mula-mula tengok cheese pudding ini dari blog secubit garam. Tapi buat versi asal je dari blog Homekreation. Itupun saya ubahsuai sikit sukatannya. Jom ikuti resipinya ....

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar(1 paket)
1 liter air (4 cawan)
100g gula (4 sudu besar)
3 biji telur
100g biskut cheese - blend halus
1 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
100g susu pekat (4 sudu besar)
50g mentega/marjerin (4 sudu besar)

Cara membuat puding:

1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata + campurkan biskut + tepung kastad. Masukkan susu dan kacau sebati.

3. Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

4. Tuang ke dalam tin/acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

Sumber~Secubit garam:Puding keju
Resipi asal : HomeKreation:Cheese Pudding

Friday, August 19, 2011

Ikan tenggiri percik





18 Ogos 2011


Hari ini teringin makan ikan percik. Tapi tak ada santan macam mana ya? Bagaimana jika digantikan dengan susu cair, boleh ke, sedap ke...cubalah ya mana tahu sedap. Tambahan pula, dapat mengurangkan lemak jika guna susu...menu diet kan elok untuk kesihatan!


Bahan utama
~ 2 keping ikan tenggiri (lumur garam dan kunyit) ~ panggang separuh masak

Bahan kisar :

3 labu bawang besar (saiz kecil)

1/2 inci halia

3 sudu besar cili boh (boleh guna serbuk cili)

sedikit kunyit hidup

sedikit belacan

Bahan pelengkap :

1 batang serai ~ ketuk sedikit

1/2 cawan air asam jawa (kurangkan jika tak suka masam)

1/4 keping nesan/gula melaka

1 mangkuk susu sejat cair + air

1 sudu kecil halba


Cara memasak kuahnya :

1. Masukkan bahan kisar + bahan pelengkap, masak sehingga kuah agak pekat.
Letak garam dan gula secukup rasa.

2. Sapukan pada ikan dan panggang ikan sehingga masak. Ulangi proses ini 2 - 3 kali. Ok dah siap untuk dihidangkan.

Tomyam Seafood







17 Ogos,2011


Hari ini cuti umum bagi menyambut Hari Nuzul Quran. Saya mengambil peluang ini mencari baju raya untuk wani, ira dan syu di ECM. Sebelum pulang, singgah kat kedai beli bahan-bahan untuk buat tomyam seafood yang diminta buat oleh wani,ira dan syu. Hidangan ini juga mudah dan seimbang juga. Jom layan....

Bahan utama ~ 15 ekor udang (buang kulit) dan 5 ekor sotong (potong bulat) serta 1 paket bebola ikan (tak letak pun tak apa) dan 1 paket cendawan tiram (ini tak letak pun tak apa)

Bahan sayur ~ Lobak merah, putik jagung, bunga kobis dan tomato

Bahan pelengkap :

3 labu bawang besar (saiz kecil) ~ potong bulat
2 batang serai ~ ketuk sedikit
10 tangkai cili padi ~ belah dua (kurangkan jika tak suka pedas)
3 paket pes tomyam (merah)
3 helai daun limau purut

Cara memasak :

1. Masukkan pes tomyam dalam periuk, sayur (kecuali tomato), dan bahan pelengkap. Letak air searas sayur atau lebihkan sedikit. Letak garam dan gula secukup rasa.

2. Bila dah mendidih masukkan bahan utama. Masak sekejap sehingga mendidih, masukkan tomato dan tutup api.




Potensi Kawasan Pinggir Laut Kepada Kegiatan Ekonomi Negara

pantai teluk cemmpedak,kuantan, pahang

POTENSI KAWASAN PINGGIR LAUT KEPADA KEGIATAN MANUSIA.

Kawasan pinggir laut berpotensi dimajukan sebagai:

1. Pusat Pelancongan

Kawasan pinggir pantai berpasir, air yang jernih serta kaya dengan pelbagai spesies hidupan dan tumbuhan laut menjadi tumpuan pelancong ketika bercuti.

Antara kawasan pinggir pantai yang terkenal sebagai pusat pelancongan ialah Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pantai Cerating dan Pantai Teluk Cempedak (Pahang), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Batu Feringgi (Pulau Pinang). Pulau-pulau seperti Pulau Perhentian (Terengganu), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Langkawi yang mempunyai taman laut yang cantik juga menarik pelancong ke Malaysia.

2. Pusat Perikanan

Kawasan pinggir pantai telah menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk yang tinggal di pinggir laut. Pekerjaan sebagai nelayan merupakan pekerjaan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Oleh itu banyak perkampungan nelayan di sepanjang pinggir pantai di Malaysia.

Antaranya ialah Bachok dan Tumpat di Kelantan; Kuala Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu; Pulau Ketam dan Kuala Selangor di Selangor.

3. Pusat Pelabuhan

Kawasan pinggir laut yang terlindung dari tiupan angin kencang menjadi lokasi yang paling sesuai untuk mendirikan pelabuhan. Contohnya Pelabuhan Klang di Selangor, Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas di Johor serta Pelabuhan Kuantan di Pahang.Kewujudan pelabuhan ini telah membantu memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan, iaitu urusan eksport dan import.

4. Pusat Perlombongan

Kawasan perairan laut yang kaya dengan mineral petroleum dan gas asli seperti di perairan Laut China Selatan di negeri Terengganu dan Sarawak menyebabkan kawasan pinggir lautnya berpotensi dibangunkan dengan kegiatan perlombongan. Malah wujud kegiatan perindustrian petrokimia di bandar-bandar baru seperti Kertih (Terengganu), Miri dan Lutong serta Bintulu (Sarawak).

5. Kawasan Perumahan

Lazimnya kawasan pinggir pantai/laut menjadi pilihan golongan elit untuk membina perumahan kos tinggi yang terdiri daripada rumah bungalow dan kondominium mewah. Hotel mewah juga didirikan di kawasan pinggir pantai yang bertujuan menarik pelancong.

Wednesday, August 17, 2011

Gara-gara tak faham bahasa!

Kadang-kadang bahasa yang kita gunakan mungkin disalahtafsirkan oleh orang lain. Ikuti situasi-situasi yang saya alami ini :

Situasi 1 :

Ketika itu kami sekeluarga sedang berbuka puasa. Berlaku perbualan ringkas...

suami : Harga mas naiklah sampai RM200

aku : Betullah, ada baca dalam satu blog cerita tentang harga mas melambung naik. Sekarang bertukar kepada perniagaan perak yang lebih menguntungkan ...

Perbualan kami disampuk oleh anak-anak kami :

ira : sebab apa mas naik?

wani : MAS kapal terbang ke!

Kami semua terpinga-pinga,rupa-rupanya wani dah salah faham dengan makna mas yang kami maksudkan...iaitu emas.

Situasi 2

Ira hantar baju raya yang baru dibeli untuk dilipatkan sebab labuh kepada tukang jahit (berbangsa cina)

Ira : auntie tolong kelepet baju ini...

Auntie : Oh potong ya

Ira : Tak bukan potong, kelepet je!

Auntie itu terpinga-pinga tak faham. Nasib baik wani jelaskan...

Wani : Lipatlah auntie!

Situasi 3 :

Syu masuk kereta saja sibuk bercerita tentang kawannya yang baru bertembung dengannya di sebuah kedai ...

Syu : Mak, mak tadi syu berjumpa dengan kawan syu, dia kata Oh my god, syuhad!

Mak : Kenapa dia panggil syu...syuhad?

Syu : Entah, dia selalu panggil begitu...syu pun panggil dia Kelly!

Mak : Aik, orang putih ke dia ni?

Syu : Tak...nama dia Khalida!

Laa...kita ingatkan orang putih tadi, gara-gara tak faham bahasa yang digunakan, kan dah salah faham!


p.s ~ gunalah bahasa dengan betul....."bahasa jiwa bangsa"

Ayam Masak Paprik




Selasa, 16 Ogos 2011

Hari ini masak ringkas juga, hanya satu lauk tetapi seimbang (ada sayur). Lauk ini semua orang dah tahu, paprik ayam. Tapi mungkin ada kelainan atau versi berbeza. Saya ubah suai resipi ini dari blog secubit garam. Jom ikuti resipinya :

Bahan utama : 1/2 ekor ayam (potong kecil) ~ gaulkan dengan garam dan goreng separuh masak

Bahan tumis :

3 labu bawang besar (saiz kecil) ~ mayang bulat
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
5 tangkai cili padi ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris/cincang halus

Bahan sos :

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram cendawan
1 sudu kecil sos ikan thai

Sayur :

6 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang lobak merah ~ belah memanjang ( 1 inci)
1 biji tomato ~ potong 4
3 helai daun limau purut

Cara memasak :

1. Masak bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan sayur + masak sekejap.

2. Masukkan ayam + bahan sos. Gaul sehingga sebati. Perasakan garam + gula secukupnya. Dah siap masak.

ps ~ sayur itu boleh dipelbagaikan, ikut citarasa masing-masing.


Resipi asal : Blog secubit garam~ayam masak paprik special



Bentuk Bumi Pinggir Laut/Pantai di Malaysia

Pantai Teluk Cempedak, Pahang

Malaysia memang terkenal dengan keistimewaan pantainya yang cantik. Pinggir pantai di Malaysia adalah sepanjang 4800 km dengan pelbagai bentuk muka bumi pinggir lautnya yang menarik.

Bentuk muka bumi pinggir laut yang terbentuk daripada tindakan ombak ialah tebing tinggi, teluk dan tanjung. Gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa juga merupakan bentuk muka bumi pinggir laut yang terbentuk akibat hakisan ombak!

Pantai berpasir halus dan putih pula terhasil akibat proses pemendapan ombak. Pemendapan ombak juga membentuk pulau, anak tanjung, beting pasir dan tombolo (beting pasir yang menghubungkan pantai dengan pulau).


Salah satu kawasan pinggir pantai yang terkenal di Kuantan ialah Pantai Teluk Cempedak.

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.

Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :

  • Menara tinjau
  • Restoran dan gerai-gerai
  • Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
  • Surau
  • Bilik mandi / tandas
  • Tembok pinggir pantai
  • Pentas
  • Hotel
  • Tempat letak kereta yang luas.
sumber : wikipedia ensiklopedia bebas (versi Bahasa Melayu)

Tuesday, August 16, 2011

Bubur Lambuk




Juadah yang sinonim dengan bulan puasa sudah tentulah bubur lambuk. Biasanya bubur lambuk ini mempunyai banyak versi mengikut tempat dan negeri. Ikutilah versi bubur lambuk tempat kelahiranku iaitu Terengganu.

Bahan-bahan :

11/2 cawan beras ~bersihkan
3 ikat sayur pucuk paku dll ~ ambil daunnya
2 keping ikan tenggiri (jenis ikan lain pun boleh)
1 - 2 inci halia muda ~ hiris nipis
1 - 2 labu bawang besar ~ mayang nipis
lada hitam ~ tumbuk hancur
1 sudu besar serbuk lada hitam (perasa)
garam + gula secukup rasa
air untuk memasak bubur

Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan letak air secukupnya dan masak sehingga menjadi bubur.

2. Sementara itu, keluarkan ikan dan tumbuk sehingga hancur, masukkan semula ke dalam bubur.

3. Bila sudah empuk/menjadi bubur matikan api. Ok dah jadi pun bubur lambuk.

ps ~ boleh letak budu untuk menambahkan perisa bubur lambuk.

Monday, August 15, 2011

Ayam Bumbu Bali




Hari ini masak satu lauk saja sebab lauk semalam masih ada berbaki sedikit. Resipi ini diambil dari blog secubit garam. Penyediaannya pun ringkas dan mudah, dalam masa setengah jam boleh siap memasaknya. Jom ikuti resipinya:

Bahan utama : 1/2 ekor ayam (potong kecil) ~lumurkan dengan garam + kunyit serbuk kemudian goreng separuh masak.

Bahan kisar:

5 - 10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 in halia

Bahan pelengkap :

100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
3 helai daun limau purut
2 labu bawang besar ~ dipotong bulat

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan bahan pelengkap (kecuali bawang besar).

2. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau sehingga kuah hampir pekat, masukkan daun limau + garam + gula.

3. Sebelum angkat, masukkan bawang besar. Masak 2 -3 minit lagi dan bolehlah matikan api.

Terima kasih kepada k. nor kerana menyediakan resipi yang sedap ini.

Resipi asal : Secubit garam~Ayam bumbu bali

Tumis asam pedas pari


Ahad, 14 Ogos, 2011

Masakan tumis asam pedas merupakan kegemaran si suami, wani dan ira. Jadi bila diberitahu menu hari ini tumis asam pedas pari mereka sangatlah gembira terutamanya si wani. Ikutilah resipinya:

Bahan utama : 7 keping ikan pari

Bahan kisar :

3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
11/2 inci halia muda
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 keping nesan/gula melaka
belacan (gaulkan dengan sedikit air)
garam + gula

Bahan pelengkap :

4 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa
1 batang bunga kantan (belah dua)
daun kesum (1 ikat)~ambil daunnya saja
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 cawan air


Cara memasak:

1. Tumis semua bahan kisar + belacan + nesan + gula + garam sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh + air asam jawa (masukkan sedikit demi sedikit), tumis lagi sehingga cili menjadi garing.

2. Masukkan air + bunga kantan + daun kesum + rempah kari + ikan. Masak 5 minit lagi sehingga semua sebati. Siap untuk dimakan.


Resipi asal : Blog My Dapur~Asam pedas tumis ikan pari

Nekbat



Nekbat ini merupakan pencuci mulut tradisional masyarakat Melayu di Terengganu. Hari tu, pergi bertandang ke blog k. nor, terbaca entri nekbatnya, rasa-rasa teringinlah pulak nak makan nekbat. Hajat nak makan nekbat ini dapat ditunaikan apabila si suami membeli nekbat mentah di pasar.

Penyediaan nekbat ini amat mudah, iaitu masakkan air + gula + satu helai daun pandan. Kemudian masukkan nekbat ini setelah air mendidih. Usai sudah penyediaannya, senangkan!

Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk, jadi simpan dalam peti ais sehingga waktu berbuka. Seronoknya dapat makan nekbat nanti....

Sunday, August 14, 2011

Bawal Masak Stim/Rebus ala Thai



Sabtu, 13 Ogos,2011

Hari ini terasa pula nak makan masakan ala Thai. Jadi terfikirlah untuk masak bawal stim/rebus saja. Mudah dan ringkas di samping menyihatkan sebab tak perlu digoreng.

Bahan utama : 1 ekor ikan bawal

Bahan-bahan:

2 batang serai (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (mayang nipis)
1/2 labu bawang besar (mayang nipis)
1 inci halia muda (hiris halus)
5 tangkai cili padi(hiris halus)~boleh tambah jika suka pedas
2 - 3 sudu besar sos ikan Thai
1 - 2 sudu besar sos tiram cendawan
garam + gula
3 helai daun limau purut
1 - 2 biji limau kasturi/limau nipis

Cara memasak :

1. Letakkan ikan bawal dalam kuali non stick, gaul semua bahan dan lumurkan pada ikan kecuali air limau kasturi. Letakkan sedikit air. Tutupkan kuali.

2. Masak selama 10 - 15 minit,kemudian perahkan limau kasturi/limau nipis. Sedap dimakan semasa masih panas.

ps ~ keluarkan daun limau purut setelah memasak ikan lebih kurang 5 minit (untuk mengelakkan rasa pahit)


Saturday, August 13, 2011

Puding Cocktail



Asal nama puding ini ialah puding tauhu tapi memandangkan apabila disebut puding tauhu, Wani, Ira dan Syu tak mahu makan puding ini sebab mereka tidak suka tauhu. Jadi untuk menarik perhatian mereka, saya pun ubah nama puding ini kepada puding cocktail.




Bahan-bahan puding :

1 paket serbuk agar-agar (10 gram) ~warna oren
1 1/2 sudu besar gula
6 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
secubit garam
sedikit pewarna kuning telor

Bahan kuah puding :

1 tin fruit cocktail
1 tin air (guna tin fruit cocktail)
3 - 4 sudu besar gula

Cara membuat puding :

1. Masakkan agar-agar serbuk + gula + air sehingga mendidih.

2. Masukkan susu cair + susu pekat + garam + pewarna kuning telor. Masak lagi sehingga mendidih. Tutupkan api. Letak dalam acuan. Biarkan sejuk.

Cara membuah kuah puding :

1. Ambil air fruit cocktail + air + gula > masak sehingga mendidih.

2. Sejukkan.

p.s. sedap dimakan apabila puding dan kuahnya sejuk (letak dalam peti ais)

Resipi ini diubah suai dari blog secubit garam:puding tauhu


Awas!Pencuri dalam masjid

Semalam setelah balik dari sembahyang tarawih di masjid, suami ada memberitahu berlaku kecurian beg tangan jemaah wanita. Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku...

Dulu heboh pasal kasut/selipar kena curi, sekarang ni lagi berani. Si pencuri mengambil beg tangan ketika jemaah sedang bersembahyang tarawih. Oleh kerana tirai bahagian perempuan disingkapkan, jadi mudah saja si pencuri ini hendak mengaut beg tangan tu. Buat sibuk-sibuk lalu di hadapan saf lalu terus je kaut beg tangan tu dan lari!

Nak selamat, jangan bawa beg tangan ketika ke masjid/surau. Tinggal je kat rumah. Jadi berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa orang yang berniat serong ni.


Kesabaran membuahkan hasil!





Bermula tahun lepas lagi, iaitu bulan Oktober 2010 blog ku ini telah mempromosikan iklan nuffnang. Tapi sepanjang tempoh itu, tak pernah dapat BE (Pendapatan Terumpuk). Tak apalah pujuk hatiku, "mungkin belum sampai masa dan ketikanya....",dengan penuh sabar aku menunggu,akhirnya dapat juga, tiga sekali gus! Berkat kesabaranku, setia pada si nuff, akhirnya membuahkan hasil.

Terima kasih kepada penaja-penajanya dan tidak lupa kepada pengunjung blogku yang menaikkan trafik blogku sehingga dipilih oleh penaja-penaja berkenaan.
Jutaan terima kasih juga kerana meringankan tangan untuk mengklik iklan-iklan tersebut :)

Friday, August 12, 2011

Ayam masak merah


Selain sotong masak merah, ayam masak merah juga merupakan menu kegemaran kami sekeluarga. Cara penyediaannya juga mudah, ringkas dan cepat. Ikutilah resipinya:

Bahan utama ~ 1 ekor ayam (potong kecil-kecil : minta tauke kedai potongkan :)

Bahan kuah :

4 sudu besar bawang besar kisar
4 sudu besar cili boh
semangkuk kecil air asam jawa
1/4 keping nesan (gula melaka)
garam + gula secukup rasa

Bahan pelengkap :

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
4 sudu besar minyak masak

Cara memasaknya:

1. Letak ayam dalam kuali. Kemudian masukkan semua bahan kuah, sebatikan dan tunggu sehingga kuah agak pekat.

2. Masukkan kicap manis + kicap masin + minyak masak. Setelah sebati (2 - 3 minit),tutupkan api...dah siap.

Thursday, August 11, 2011

Kacang panjang goreng sos tiram


Kacang panjang merupakan sayur kegemaran anak-anakku. Penyediaannya juga mudah dan cepat.

Bahan-Bahannya:

10 batang kacang panjang ~ potong serong
1 batang lobak merah ~potong bulat

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~mayang halus
1/2 labu bawang besar ~ mayang halus
3 tangkai cili padi ~ potong kecil-kecil
isi ayam (potong dadu)
2 - 3 sudu besar sos tiram


Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau + isi ayam.

2. Masukkan sayur + sos tiram + garam + gula. Masak 2 - 5 minit. Angkat.


p.s. ~ isi ayam boleh diganti dengan udang, sotong dan fish cake.


Tenggiri Masak Merah Berempah

Biasanya saya masak menu masak merah aje sebab kegemaran utama anak-anak. Kali ini ubah sedikit menunya, tapi masih masak merah cuma ditambah sedikit rempah kari. Ikutilah resipinya:

Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (jadikan 8 bahagian kecil : goreng setelah dilumur garam)

Bahan Kuah :

3 sudu besar bawang besar kisar
4 sudu besar cili boh
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan/daging ayam
2 sudu besar sos tomato
1 gelas air

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar kisar + cili boh sehingga garing.

2. Masukkan serbuk kari + sos tomato. Gaulkan sehingga garing dan masukkan air sedikit demi sedikit. Garam dan gula secukupnya.

3. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng. Sebatikan 2 - 3 minit > angkat.

p.s ~boleh letak buah tomato (belah empat)

Wednesday, August 10, 2011

Mee Hoon Goreng Tiga Rasa

Mee hoon goreng tiga rasa ini amat sesuai dihidangkan untuk anak-anak kecil yang tidak tahan dengan masakan yang pedas. Rasanya juga boleh menambah selera si kecil kerana ala masam-masam manis gitu. Ikutilah resipi mudah dan ringkas ini...

Bahan-bahan:

3 keping mee hoon ( rendam supaya lembut)
isi ayam/udang/sotong

Bahan untuk menumis/sos tiga rasa:

3 ulas bawang putih ~ mayang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 gelas air

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih sehingga garing kemudian masukkan isi ayam/udang/sotong.

2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Garam dan gula secukup rasa + air. Kacau supaya sos-sos sebati. Kemudian masukkan mee hoon (ketika kuahnya masih banyak).

3. Tutup kuali dan kecilkan api ~ tunggu 5 minit, kemudian gaulkan mee hoon sebati dengan kuahnya. Dah siap.

p.s ~ untuk mereka yang suka pedas boleh makan bersama sos kicap ini.




Klong di Bangkok

Bangkok yang terkenal dengan jolokan nama ‘Venice Timur’ memang tersohor dengan terusan atau klongnya. Klong merupakan sistem pengangkutan sungai yang penting di Thailand.




Di sekitar bandar raya Bangkok, petani membawa hasil pertanian terutamannya buah-buahan (longan, mangga dan rambutan) dan sayur-sayuran dengan bot atau perahu. Jual beli hasil pertanian atau lain-lain urus niaga antara pelanggan dan penjual hanya dijalankan di atas perahu! Keadaan ini amat menguntungkan peniaga/penjual kerana mereka tidak perlu menyewa tempat untuk memasarkan barang-barangnya. Inilah keistimewaan bandar raya Bangkok yang menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia.

Tuesday, August 9, 2011

Tenggiri Masak Kicap Halia


Resipi ini juga merupakan masakan yang digemari anak-anakku. Cuma kali ini, ditambah sayur kacang panjang dan lobak merah supaya menjadi hidangan seimbang. Ikutilah resipinya...

Bahan utama ~ 1 keping ikan tenggiri yang dipotong 6 bahagian kecil (goreng setelah dilumur dengan garam)

Bahan sayur :

10 batang kacang panjang (potong 1 inci panjang)
1 batang lobak merah (potong 1 inci panjang)

Bahan kuahnya:

3 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang sederhana
1 inci halia ~ hiris halus
5 tangkai cili padi ~ belah dua
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram cendawan
sedikit air asam jawa
1 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi sehingga garing.
2. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram cendawan, asam jawa dan air. Letak gula secukup rasa.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan dan sayur. Masakkan sehingga sebati (2 - 3 minit aje).
Siap untuk dimakan.

p.s ~ tak perlu letak garam sebab sudah masin!

Latihan : Sistem Bumi


1. Namakan lapisan A, B dan C

A : _____________________

B : _____________________

C : _____________________

2. Apakah lapisan yang mengandungi air

_________________________________

3. Nyatakan 5 sumber bagi bekalan air

i) ______________________________

ii) ______________________________

iii) ______________________________

iv) _____________________________

v) ______________________________

4. Jelaskan 4 kepentingan lapisan litosfera i)___________________________________

ii)__________________________________

iii)_________________________________

iv)_________________________________

6. Atmosfera terdiri daripada 5 lapisan iaitu

i)__________________________________

ii)__________________________________

iii)_________________________________

iv)_________________________________

v)________________________________

6. Di lapisan manakah penting dalam perkembangan telekomunikasi _________________________________

7. Lapisan ozon terletak di lapisan _________________________

8. Nyatakan 4 sebab lapisan ozon mengalami kadar penipisan yang pesat

i)_________________________________

ii)_________________________________

iii)_________________________________

iv) _________________________________

9. Senaraikan 6 kesan daripada penipisan lapisan ozon:

i) __________________________________

ii)__________________________________

iii)_________________________________

iv)_________________________________

v)__________________________________

vi)_________________________________

10. Senaraikan 4 langkah mengatasi masalah penipisan lapisan ozon:

i)__________________________________

ii)__________________________________

iii) _________________________________

iv)_________________________________


Agar-agar Laici berkuah


Mula-mula tu buat agar-agar laici tanpa kuah, tapi bila difikir-fikirkan mesti sedap juga dimakan jika ada kuah ala-ala kuah puding gitu. Ikutilah cara membuah kuahnya:

Bahan-bahan:

1 tin susu sejat cair
1 gelas air
4 sudu besar custard ~ cairkan dalam air sejuk (secawan)
gula ~ jika suka

Cara membuatnya:

1. Susu sejat + custard + gula + air~masak di atas api yang kecil. Kacau sehingga agak pekat.
2. Kemudian angkat dan sejukkan dalam peti ais.

Untuk resipi agar-agar laici, klik sini ya :)

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Turun Temurun!

Resipi asal nasi ayam ini merupakan resipi yang diwarisi daripada tok ma. Cara memasaknya amatlah mudah. Bahan yang paling penting ialah ayam, bawang putih dan halia. Di sini saya titipkan resipi nasi ayam yang dibuat oleh along....

Nasi Ayam Simple

Bahan-bahan

Beras (4 pot)
1 ekor ayam (potong)
5-7 cm halia (mayang)
10-12 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
Limau kasturi~ saya ganti guna cuka
Salad
Tomato
Timun
Kicap cair
Gula
Garam
Air

Cara-cara

Sup
1. Letak air menutupi ayam dalam periuk (air lebih sikit tape)
2. Letak semua halia dan bawang putih.~ lebihkan halia
3. Masak atas dapur sehingga gelegak dan ayam masak.
4. Perasakan dengan garam.~ dan sedikit gula
5. Keluarkan ayam.

Nasi
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Letak separuh air masak, separuh air rebusan ayam+halia+bawang putih yang di masak untuk sup.
3. Titikkan 2-3 titik pewarna kuning. Gaul rata.
4. Masak nasi.

Sambal lada
Kisar lada besar, cili padi, perahan limau, gula (2 sudu) serta garam; dan sedikit sup+halia+bawang putih.
~ letak 2 sudu kecil cuka (ganti perahan limau)


Ayam
1. Gaul ayam dengan kicap cair.
2. Goreng.

Sayur
Basuh & potong.

Ohh dah siap! Hehe :)


ps ~tulisan bewarna coklat yang saya ubah dan letak dalam masakan nasi ayam saya

Sunday, August 7, 2011

Roh Di Bulan Ramadhan ~ Sepatah Kata

Roh Di Bulan Ramadhan

.....Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup....

Agar-agar Laici


Niat untuk membuat agar-agar laici ini sebenarnya dah lama, tapi atas sebab-sebab tertentu niat itu terpaksa ditangguhkan. Niat yang tertangguh itu, akhirnya dapat ditunaikan hari ini ditambah pula semua bahan dah ada tersedia.

Bahan-bahan:

2 paket serbuk agar-agar (20 g)
2 liter air (8 cawan)
6 sudu besar gula ~boleh kurang jika tidak suka manis
1 tin susu cair
1 tin laici (syrup)
sedikit pewarna kuning telor

Cara membuatnya:

1. Masak serbuk agar-agar bersama 2 liter air dan 6 sudu besar gula.

2. Setelah gula hancur,matikan api. Masukkan pewarna kuning (3 titik) dan susu cair. Kacau sehingga sebati. Kemudian letakkan dalam acuan.

3. Masukkan buah laici yang telah dicarik-carikkan dalam adunan agar-agar tersebut. Sejukkan dalam peti ais.

p.s ~2 liter air adalah termasuk syrup dari laici dalam tin (1 cawan)


Resipi agar-agar laici ini saya ubahsuaikan dari
agar-agar laici yummy oleh fizammar

Perikanan Pinggir Pantai VS Perikanan Laut Dalam

PERBANDINGAN CIRI-CIRI

PERIKANAN PINGGIR PANTAI DAN

PERIKANAN LAUT DALAM

KRITERIA

PERIKANAN PINGGIR PANTAI

PERIKANAN LAUT DALAM

JARAK

Kurang 32 km

Melebihi 32 km

KAWASAN

Laut cetek kurang 180m :

~Perairan Laut China Selatan

~Laut Sulu

~Selat Melaka

~Selat Tebrau

Laut dalam :

~Laut China Selatan

~Lautan Pasifik

PERALATAN

~Bot kecil

~Pukat hanyut, pukat tangkul, pukat tarik

~Jala

~Pompang

~Kapal besar

~Pukat tunda

~Bilik dingin beku

~radar echo sounder

~Jentera penarik pukat

BERADA DI LAUT

Berulang alik setiap hari ke laut

Lebih daripada seminggu di laut

MODAL

Modal kecil

Modal besar

BURUH

2 - 3 orang :

Ahli keluarga

Melebihi 10 orang :

Buruh asing

HASIL TANGKAPAN

Sedikit/kecil:

~tenggiri, parang, bawal, bilis

~udang, ketam, sotong

Banyak/besar:

~tuna, tenggiri, bawal, ikan merah

PUSAT PENDARATAN IKAN

~Tumpat di Kelantan

~Mersing di Johor

~Pulau Pangkor di Perak

~Tanjung Api di Kuantan,Pahang

~Kuala Kemaman di Terengganu

~Kuala Perlis di Perlis