BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, August 17, 2011

Ayam Masak Paprik




Selasa, 16 Ogos 2011

Hari ini masak ringkas juga, hanya satu lauk tetapi seimbang (ada sayur). Lauk ini semua orang dah tahu, paprik ayam. Tapi mungkin ada kelainan atau versi berbeza. Saya ubah suai resipi ini dari blog secubit garam. Jom ikuti resipinya :

Bahan utama : 1/2 ekor ayam (potong kecil) ~ gaulkan dengan garam dan goreng separuh masak

Bahan tumis :

3 labu bawang besar (saiz kecil) ~ mayang bulat
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
5 tangkai cili padi ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris/cincang halus

Bahan sos :

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram cendawan
1 sudu kecil sos ikan thai

Sayur :

6 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang lobak merah ~ belah memanjang ( 1 inci)
1 biji tomato ~ potong 4
3 helai daun limau purut

Cara memasak :

1. Masak bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan sayur + masak sekejap.

2. Masukkan ayam + bahan sos. Gaul sehingga sebati. Perasakan garam + gula secukupnya. Dah siap masak.

ps ~ sayur itu boleh dipelbagaikan, ikut citarasa masing-masing.


Resipi asal : Blog secubit garam~ayam masak paprik special



8 comments:

  1. sedapnyeer ayam paprik .. rindu nak abang masak :'(

    ReplyDelete
  2. deeya~jom masak,tak yah tunggu abang masak...buat je sndiri mudah je!

    ReplyDelete
  3. diana ~ daging pun sedap masak paprik:)

    ReplyDelete
  4. salam, mmg bestt..

    ReplyDelete
  5. Hanez ~waalaikumsalam, hidangan kegemaran ramai ni!

    ReplyDelete
  6. gee ryder ~leh ambil je,memang utk dikongsi pun:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...