BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, August 17, 2011

Gara-gara tak faham bahasa!

Kadang-kadang bahasa yang kita gunakan mungkin disalahtafsirkan oleh orang lain. Ikuti situasi-situasi yang saya alami ini :

Situasi 1 :

Ketika itu kami sekeluarga sedang berbuka puasa. Berlaku perbualan ringkas...

suami : Harga mas naiklah sampai RM200

aku : Betullah, ada baca dalam satu blog cerita tentang harga mas melambung naik. Sekarang bertukar kepada perniagaan perak yang lebih menguntungkan ...

Perbualan kami disampuk oleh anak-anak kami :

ira : sebab apa mas naik?

wani : MAS kapal terbang ke!

Kami semua terpinga-pinga,rupa-rupanya wani dah salah faham dengan makna mas yang kami maksudkan...iaitu emas.

Situasi 2

Ira hantar baju raya yang baru dibeli untuk dilipatkan sebab labuh kepada tukang jahit (berbangsa cina)

Ira : auntie tolong kelepet baju ini...

Auntie : Oh potong ya

Ira : Tak bukan potong, kelepet je!

Auntie itu terpinga-pinga tak faham. Nasib baik wani jelaskan...

Wani : Lipatlah auntie!

Situasi 3 :

Syu masuk kereta saja sibuk bercerita tentang kawannya yang baru bertembung dengannya di sebuah kedai ...

Syu : Mak, mak tadi syu berjumpa dengan kawan syu, dia kata Oh my god, syuhad!

Mak : Kenapa dia panggil syu...syuhad?

Syu : Entah, dia selalu panggil begitu...syu pun panggil dia Kelly!

Mak : Aik, orang putih ke dia ni?

Syu : Tak...nama dia Khalida!

Laa...kita ingatkan orang putih tadi, gara-gara tak faham bahasa yang digunakan, kan dah salah faham!


p.s ~ gunalah bahasa dengan betul....."bahasa jiwa bangsa"

6 comments:

  1. hehe btul, kadang-kadang terjadi pada diri sendiri

    ReplyDelete
  2. ahahhahha. kelakor je. macam2. =D

    ReplyDelete
  3. Mamaleesya ~ itulah bila dah berlaku miss comunication kan! lucu pun ada...bila dikenang balik..he,he..

    ReplyDelete
  4. namia ~ memang kelakor !! terutama bila tengok muka wani yg mcm 'innocent' je...

    ReplyDelete
  5. hehe miss communication..kdg2 buat kita gelak gak menda2 gini kan..tp btul la..kena ckp bahasa yg betul baru mesej sampai..=)

    ReplyDelete
  6. KH ~ betul tu,kdg2 bila duduk sorang2 bila dikenang balik ...lucu n kenangan manis dgn anak2! Betul tu kena guna bahasa yg betul utk sampaikan mesej...setuju sgt2 :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...