Friday, September 30, 2011

Jerebu


Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


Punca-punca kejadian jerebu :

~kebakaran hutan
~kebakaran gambut
~pembakaran terbuka
~pembakaran bahan api fosil
~asap kilang/industri
~asap kenderaan
~debu/partikel dari kawasan perlombongan kuari
~kekurangan pokok di bandar


sumber : wikipedia Bahasa Melayu (Ensiklopedia Bebas)

Thursday, September 29, 2011

Spontaneous Thursday



tiada kata boleh
menggambarkan kegembiraan
hati ini

senyum.......,senyumlah
wahai chek mek molek :)

Saturday, September 24, 2011

Halangan Pinggir laut Terhadap Kegiatan Manusia



pinggir laut yang berbatu


Antara halangan kawasan pinggir laut terhadap kegiatan manusia ialah

~ Hakisan Ombak
Kejadian hakisan ombak berlaku dengan giat di kawasan pinggir laut/pantai yang berbatu (seperti gambar di atas). Hakisan ombak yang kuat akan menghasilkan bentuk bumi pinggir laut yang berteluk. Kawasan pinggir laut berteluk yang berbatu tidak sesuai untuk dijadikan pelabuhan kerana berbahaya kepada kapal-kapal untuk berlabuh.

~ Tebing Curam
Pantai yang dibelakangi tebing tinggi juga menimbulkan risiko kepada pengunjungnya. Keadaan yang bertebing curam,boleh menimbulkan suasana bahaya ketika aktiviti seperti 'jungle tracking' dijalankan terutama ketika waktu selepas hujan kerana laluan yang licin! Pembinaan hotel juga terhalang kerana melibatkan kos yang tinggi berbanding pembinaan hotel di kawasan tanah pamah.

~Ombak Bergelora dan Angin Kencang
Ketika tiupan angin monsun timur laut (November hingga Mac) yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) menyebabkan keadaan ombak bergelora dan angin kencang. Situasi ini tidak selamat bagi aktiviti beriadah atau bersukan air seperti ski air, berenang (mandi manda di laut) ataupun berkelah. Pelancong juga tidak digalakkan mengunjungi kawasan pinggir pantai ketika ini.

Pada waktu ini juga, kegiatan perikanan tidak dapat dijalankan. Kebanyakan nelayan menjalankan aktiviti membaiki jala yang rosak bagi mengisi masa yang terluang atau mencari kerja sampingan yang lain.

~Berpaya dan Berlumpur
Di sesetengah kawasan pinggir laut yang berpaya dan berlumpur boleh mencacatkan keindahan semulajadi pinggir pantai. Keadaan menjadi semakin teruk apabila air kumbahan hotel dan kawasan perniagaan mengalirkannya ke sungai yang berhampiran. Ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air laut. Kesannya, kawasan pinggir laut tidak lagi selamat kepada pengunjung. Mereka boleh terdedah kepada penyakit gatal-gatal (penyakit kulit) selepas mandi manda di pinggir pantai yang airnya telah tercemar!

Pencemaran air laut juga boleh mengancam hidupan akuatik. Kepupusan hidupan akuatik seperti ikan, udang dan sotong boleh menjejaskan punca pencarian nelayan yang tinggal di pinggir laut.

Sunday, September 18, 2011

Seronoknya 'menyamar' sekejap!

Sabtu,17 September 2011

10.15 pagi

Aku, suami dan anak-anak makan pagi merangkap 'open house untuk anak-anak murid' di rumah Yat. Macam-macam yang Yat sediakan...mee hoon goreng dan nasi minyak!

11.00 pagi

Anak-anak murid lelaki dah datang, ramai jugak. Terus jemput makan! Masa tu dah riuh mereka melihat aku dan Yat~ sama je tapi masih boleh kenal sebab Yat 'introduce' aku. Taklah tertukar!

11.30 pagi

Anak-anak murid perempuan tiba. Yat ketika itu sibuk di dapur. Aku ambil peluang, sambut ketibaan anak-anak murid Yat ini, 'introduce' diri ku sebagai YAT...siap salam lagi! Tapi ada juga yang bertanya, "Cikgu ke ni?", Aku jawab, saja nak mengenakan mereka..."Ya, cikgu awaklah ni, salam-salam...",sambil ketawa diperhatikan seorang kawannya (yang dah tahu siapa aku) , pun ketawa!!

Masuk je dalam rumah, mereka terkejut jumpa seorang lagi cikgunya....terpinga-pinga! Riuh rendah jadinya,baru Yat beritahu yang tadi tu (aku) adalah kembarnya!!

Hai. seronoknya 'menyamar' jadi Yat sekejap!!

Wednesday, September 14, 2011

Apa itu fitokimia?

Semasa saya berbincang dengan pelajar tentang soalan-soalan ulangkaji untuk PMR baru-baru ini, ramai yang bertanya apa itu fitokimia. Fitokimia ini sebenarnya nutrien yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan amat berguna juga kepada kita. Ikuti definisi fitokimia yang dinyatakan Wikipedia Ensiklopedia Bebas :

Fitokimia atau kadang disebut fitonutrien, dalam erti luas adalah segala jenis zat kimia atau nutrien yang diturunkan dari sumber tumbuhan, termasuk sayuran dan buah-buahan. Dalam penggunaan umum, fitokimia memiliki definisi yang lebih sempit. Fitokimia biasanya digunakan untuk merujuk pada senyawa yang ditemukan pada tumbuhan yang tidak diperlukan untuk fungsi normal tubuh, tapi memberi kesan yang menguntungkan bagi kesihatan atau memainkan peranan aktif bagi pencegahan penyakit.

Wordless Wednesday 5 ~Orkid oh orkid

Oncidium ~Lim Kong Ming



Vanda ~ Putih

Monday, September 12, 2011

Tanggal 13 September 2011




tanggal 13 September 2011
memang dinanti-nanti oleh semua
terutama murid tahun 6
hari penentuan buat mereka!

tanggal 13 September 2011
tarikh mendebarkan buat mereka
ibubapa yang sering mendoakan
kejayaan si anak!

tanggal 13 September 2011
tarikh penentuan ...
segala usaha guru terbukti
membuahkan hasil kejayaan!

tanggal 13 September 2011
tarikh UPSR tahun ini
moga menjanjikan
kenangan manis buat semua
murid, ibubapa dan guru!


54 tahun merdeka!

Malaysia sudah merdeka 54 tahun. Banyak perubahan telah berlaku, anda boleh lihat sendiri! Tapi satu persoalan bermain di minda, adakah kita benar-benar menghargai kemerdekaan ini atau tak ambil peduli pun! Jika anda benar-benar ambil peduli, tahu tak apakah tema kemerdekaan tahun ini? atau jawab saja kuiz kemerdekaan di link ini... kuiz merdeka






Sunday, September 11, 2011

Souvenir dari Wani


Jumaat,9 Setember,2011

Wani mengikuti lawatan sekolahnya ke Muzium Telekom,Kuala Lumpur.

Sabtu, 10 September,2011

10.30 malam ~ Bas yang Wani naik tiba di sekolah. Aku dan Syu sudah pun menunggu di sana.

11.00 malam ~ Tiba di rumah, terus Wani unjukkan souvenir yang dibelinya. Cantik sungguh...terima kasih Wani :)

Thursday, September 8, 2011

Cemerlang Dalam Peperiksaan

Tip-tip untuk Cemerlang Dalam Peperiksaan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

1.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.

Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.

Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.

Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)

3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk

sumber : -Artikel Iluvislam.com

Monday, September 5, 2011

Kajian Kes : Pantai Teluk Cempedak,Kuantan, Pahang

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak. TC merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan.

Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle tracking.

Dengan adanya kemudahan rumah rehat/hotel disini, memudahkan bagi mereka yang ingin bermalam disini. Antaranya Hotel Hyatt Regency. Pada musim monsun timur laut bertiup iaitu antara bulan November hingga Mac,aktiviti seperti berkelah dan mandi-manda di laut dilarang sama sekali kerana keadaan lautnya yang bergelora dan berombak besar serta ganas amat berbahaya kepada pengunjung di pantai ini.

Untuk kesini,pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan teksi dari bandar Kuantan.


sumber ~ Berita Harian Online, Februari 26,2011:Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Saturday, September 3, 2011

Orkid Menyambut Syawal!






inilah antara orkid yang sedang berbunga di laman rumahku.... menyambut ketibaaan syawal...
menyeri suasana meriah di hari raya...






Thursday, September 1, 2011

Gara-gara beraya, perut dah kembung!




Hari Pertama Raya~30 Ogos 2011


Menu utama ~ satay & nasi berlauk ayam masak merah! Makan lagi nasi beriani di rumah acik...Perut masih okay lagi... Malam makan nasi telur di rumah ateh...dah mula nak meragam perut ni! Tapi boleh tahan lagi!!

Hari Kedua Raya ~ 31 Ogos 2011

Menu utama ~ Nasi putih & ayam masak merah...legalah sikit perut. Tengahari makan nasi ayam di rumah kak long, perutku dah mula meragam balik...Malamnya ~nasi minyak TM! Boleh ke tahan perut ni?? Jawab perut : dah kembung!! Nak tidur sapu minyak panas untuk mengurangkan kembung...harap-harap baiklah perutku...

Hari Ketiga Raya ~ 1 September 2011

Menu utama ~ nasi dagang. Pergi open house makan lagi nasi minyak! Sampai je di rumah Chu, makan lagi nasi beriani! Apa taknya, meragamlah semula perut ni...sepanjang perjalanan pulang ke rumah sakit je perut ni, kesian sungguh! Sampai rumah je, jiran depan rumah ajak open house di rumahnya malam ni! Mampukah perutku menanggungnya lagi???

Harap-harap redalah kembung perutku selepas sapu minyak panas ni...sekarang pun dah rasa lega...alhamdulillah :))

Peringatan (untuk diri sendiri juga)~ berhenti makan sebelum kenyang!
Jangan sampai memudaratkan diri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...