Monday, October 31, 2011

Day 3 ~ Nasi Kuning!




26 Okt., 2011
~ Hari ketiga di Bandung. Macam-macam dah makan, jom ikuti menunya....

Sarapan pagi ~ Nasi Kuning.

Ingatkan di kampung aku saja ada nasi kuning. Rupa-rupanya di Bandung pun ada dan agak femes jugalah di sini. Rasa nasinya lebih kurang sama, cuma dimakan dengan lauk yang memang berbeza dengan lauk nasi kuning di tempatku.


Warung nasi kuning yang banyak
terdapat di sekitar Bandung


inilah rupa nasi kuning nya....


Makan tengah hari ~ Nasi goreng dan jus oren (di Pasar Baru Bandung)

**pastikan anda tanya harganya dulu sebelum order, sebab mereka tidak letak tanda harga yang jelas....!


nasi goreng (18,000 rupiah = RM6.50)



Jus oren (10,000 rupiah = RM3.60)


Makan malam ~ sate ayam (di Warung Nasi Saung Pengkolan)



sate ayam (45,000 rupiah = RM16.20)
bagiku kurang enak...
berbanding dengan sate di tempatku...



Day 3 ~ Museum Geologi & Trans Studio Bandung




26 Okt., 2011 ~ Hari ketiga di Bandung.


10.00 pagi (9.00 pagi di Bandung)

~ Tempat yang dituju kali ini ialah Muzium Geologi, yang dipenuhi jenis-jenis batuan (kayu) yang begitu menarik perhatianku! Begitu unik sekali cara kejadian batuan di Indonesia ~ dipengaruhi aktiviti gunung berapi yang membentuk batuan igneus rejahan dan batu igneus terobosan!


Museum geologi ini ditubuhkan pada 16 Mei, 1928
.....keterangan lanjut, klik sini


kecantikan yang asli!



satu lagi fosil kayu yang menarik perhatianku
....seperti batu marmar!




fosil kayu di luar muzium geologi


fosil binatang di muzium geologi


6.00 petang (5.00 petang di Bandung)

~ Lokasi kedua yang dilawati pada hari ketiga di Bandung ialah Trans Studio Bandung. Sebenarnya lokasi ini terletak bersebelahan The Mall yang masih dalam proses pembinaan. Jadi
masih banyak shop lot yang belum dibuka!



Sunday, October 30, 2011

Day 2 ~ Pasar Baru Trade Center




25 Okt., 2011 ~ Hari kedua di Bandung.


8.00 pagi (7.00 pagi di Bandung)

~bersarapan di Kedai Rotiku yang terletak berhampiran Pasar Baru, sebab selepas ini kami akan membeli-belah di sana....!


Logo Kedai Rotiku


teh tawar (ada bekas gula tu....)



sup soto ~ ingatkan makan dengan ketupat nasi,
rupa-rupanya makan dengan nasi!


10.00 pagi (9.00 pagi di Bandung)

~membeli-belah di Pasar Baru. Macam-macam beli : kain telekung (semestinya), jubah anak-anak dan macam-macam lagilah...."syurga membeli-belah di Bandung"




1.00 t/hari (12.00 t/hari di Bandung)

~ makan di Restoran Sapu Lidi (konsepnya ~ makan di sawah bendang!)
~pemandangannya amat cantik sekali, memang suasana desa!
~ada kisah lucunya juga, apabila v-group order mee tek-tek,ingatkan apalah, rupa-rupanya mee maggi! Kalau macam tu menunya, baik makan maggi kat rumah je.....semua terkejut bila melihat menunya!! Terpaksalah makan....sambil ketawa:)


tempat makan yang dikelilingi sawah bendang

pemandangan cantik di Restoran Sapu Lidi



mee tek-tek (25,000 rupiah = RM9.00)



jus jambu (20,00 rupiah =RM7.20)


Saturday, October 29, 2011

Day 1 ~Bali Heaven Factory Outlet




Day 1 ~ 24 Okt.,2011

8.00 malam (7.00 malam di Bandung) ~ Ke Bali Heaven Factory Outlet. Tak beli apa-apa sebab berniat nak 'bershopping sakan' di Pasar Baru Bandung esok...

V-Group bergambar di depan laman Bali Heaven


9.00 malam (8.00 malam di Bandung) ~ singgah di Restoran Saung Pengkolan untuk makan malam....masakan di sini amat sedap dan menyelerakan!

Lihat menu yang kami order....banyak kan! Tapi hanya berjumlah 201 000 rupiah (RM72.40) bagi 6 orang makan. Murahkan....:)


ayam penyek


cumi asam manis



gurame crispy



Text Colorcah kangkung pedas



karedok kacang



gurame goreng

Setelah selesai makan, kami bertolak balik ke Maribaya Family Guest House yang terletak berhampiran. Esok, kami ke Pasar Baru untuk membeli belah. Tak sabar rasanya....he,he,he..!
Tunggu n3 nya ya!


Day 1 ~ Taman Wisata Air Panas Alam Sari Ater


Day 1 ~24 Okt.,2011

12 t/hari (11 pagi di Bandung) ~ Lokasi kedua : Ciater di Sari Ater dan makan tengahari di Restoran Sunan Ambu. Makan nasi goreng kampoeng dan jus tembikai.Harga bagi menu tengahari ini ialah 40,000 rupiah (RM14.40)


nasi goreng kampoengnya agak berbeza dengan di Malaysia
tapi sedap juga, siap ada ayam goreng lagi tu....

Day 1 ~ Tangkuban Parahu



Day 1 ~24 Okt.,2011


11 pagi (10 pagi di Bandung)~bertolak ke lokasi pertama : Tangkuban Parahu.

Tangkuban Parahu (gunung berapi) merupakan tempat pelancongan terkenal di Bandung. Terletak 30 km dari bandar Bandung. Dipanggil 'tangkuban parahu' kerana gambaran gunungnya seperti perahu yang tertangkup! Tangkuban Parahu mempunyai cerita rakyat yang memang sudah diketahui ramai....iaitu niat si anak (sangkuriang) yang mahu berkahwin dengan ibu kandungnya (Dayang Sumbi)...tetapi terhalang! untuk mengetahui lebih lanjut sila ke sini.



Tangkuban Parahu ~2084 meter



Kaldera terbesar di Tangkuban Parahu ~Kawah Ratu



Pisang goreng & ubi goreng yang memang sedap!



Teh halia ~ sangat berempah!




V-Group bergambar kenangan di Tangkuban Parahu..


Cuti-cuti ~ Bandung!

Isnin, 24 Oktober 2011.

Cuti selama seminggu diambil peluang melawat ke Bandung bersama-sama rakan-rakan (V-group!).

8.00 pagi (7.00 pagi waktu di Bandung)~ tiba di lapangan terbang Bandung
.


9.00 pagi (8.00 pagi di Bandung) ~ tiba di hotel penginapan kami sepanjang di Bandung ....selesa ibarat berada di rumah!


sila klik gambar untuk mengetahui lebih lanjut
tentang tempat penginapan ini


nantikan episod percutian kami dalam n3 seterusnya........

Sunday, October 23, 2011

Kemarau ~kesannya




keadaan kemarau di Benambra, Australia

Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan kawasan yang terbabit. Sumber ~wikipedia Bahasa Melayu

Kesan kemarau yang berpanjangan ialah :

~kebakaran
~jerebu/pencemaran udara
~hidupan/haiwan musnah
~haiwan berpindah
~air berkurangan
~membantut pembesaran tumbuhan/tanaman
~hasil pertanian/ternakan terjejas

~kebuluran

The Top Five Cancer - Causing Food!





Pada hari ini, kanser bukan lagi penyakit yang jarang didengar. Penyakit kanser dipercayai menjadi punca ketiga yang menyebabkan kematian. Oleh itu berhati-hatilah dengan pemakanan kita, kerana pemakanan yang tidak sihat, boleh mendorong kepada penyakit kanser.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

Saturday, October 22, 2011

Sup ikan tenggiri



Ikan tenggiri sentiasa ada disimpan di dalam peti ais, untuk masa-masa kecemasan! Kalau tak ada lauk sangat, goreng saja ikan tenggiri ini dan dicicah dengan kicap atau sambal belacan. Tapi hari ini, buat sup ikan tenggiri sebab kalau tak ada kuah tu, makan nasi tak berapalah nak lajunya.Tambahan pula hari ini hujan, memang sedap makan sup masa hujan-hujan begini. Jom ikuti resipi ringkas ini ....


Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (potong 2)

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis :

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 helai daun bay
3 biji buah keras ~ ketuk sedikit biar pecah

1 bungkus sup bunjut ikan
2 - 3 cawan air

1 biji ubi kentang (potong 4)

Cara memasak :

1.
Tumiskan bahan kisar + bahan tumis (kecuali sup bunjut + ubi kentang + air) sehingga naik bau.

2. Masukkan air + ubi kentang + sup bunjut.

3. Apabila ubi kentang sudah empuk dan sup mendidih, masukkan ikan.
Masak sehingga ikan masak (5 - 8 minit). Tutup api.

Friday, October 21, 2011

Cuti Seminggu ~ Seronoknya:)




24 Oktober ~ cuti umum keputeraan Sultan Pahang

25 Oktober ~ cuti peristiwa untuk Hari Diwali
26 Oktober ~ cuti umum Hari Diwali
27 & 28 Oktober ~ cuti berganti yang dah lama beres ganti!

Ada perancangan apa-apa tak? ke duk lepak je kat rumah??

Kita dah plan.....seronoknya, he,he......:)

Solstis Musim Sejuk




Perhatikan rajah bumi di atas :

1. Nyatakan kedudukan bumi ~ solstis musim dingin

2. Matahari tengah hari tegak berada di garisan ~ jadi

3. Bila berlakunya keadaan ini ~ 22 Disember

4. Nyatakan ciri-ciri kedudukan bumi ketika ini :

~ Hemisfera Utara mengalami musim sejuk
~ Hemisfera Selatan mengalami musim panas
~ Kutub Utara mengalami malam lebih panjang daripada siang
~ Kutub Selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam
~ Siang dan malam tidak sama panjang

Ayam Bumbu Berkentang


Pada hari Rabu (19/10/11), aku dapat mc sebab sakit tekak. Tapi anggota lain tu sihat..he,he. Tu yang masak special sikit untuk wani, ira dan syu makan bila balik sekolah...biasanya makan lauk beli kat kantin je. Kesianlah pulak, hari-hari makan lauk beli! Jom layan resipi ayam bumbu berkentang ni...

Bahan utama :

1/2 ekor ayam (potong kecil) ~lumurkan dengan garam + kunyit serbuk kemudian goreng separuh masak.

2 biji ubi kentang (potong wedges) ~gaulkan garam dan goreng.

Bahan kisar:

5 - 10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 in halia

Bahan pelengkap :

100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
3 helai daun limau purut
2 labu bawang besar ~ dipotong bulat

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan bahan pelengkap (kecuali bawang besar).

2. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau sehingga kuah hampir pekat, masukkan daun limau + garam + gula.

3. Sebelum angkat, masukkan bawang besar. Masak 2 -3 minit lagi dan bolehlah matikan api.Masukkan kentang goreng dan sebatikan. Siap untuk dihidang.

Thursday, October 20, 2011

Khasiat bunga kembang semangkuk


Alhamdulillah suara dah ada balik. Sakit tekak pun dah makin kurang. Selain makan ubat yang diberikan doktor, aku juga mencuba teknik tradisional iaitu minum air
rendaman bunga kembang semangkuk.


Selain dap
at mengurangkan sakit tekak dan suara dapat balik...,khasiat lain bunga kembang semangkuk ini juga dipercayai dapat mengurangkan panas badan ketika demam panas. Oleh itu, jika ada anak-anak yang demam tu, eloklah diberi air rendaman bunga ini disamping ubat dari doktor.

Spontaneous Thursday ~tak cukuplah!




hari-hari dapat cuti kan bagus,
ini sehari je doktor bagi...
rasa-rasa tak cukuplah pulak,
tak puas lagi rehat,
dah kena pergi kerja....

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday 8~nature beauty!

.... art of nature!

To be mute ......???



Siksanya! Kenapa?Have to be 'mute' for a while...Why??...eh,eh cakap orang putehlah pulak! Apo kono eh den?? Nak kabo, tak boleh....! Apa ke halnya tak boleh ngoyat ni...susah sangat ke nak keluarkan suara tu??? Bila aku cakap je, semua suruh diam!! Kesian kata demo, sob,sob terharulah pulak....:)) Sebenarnya ceritanya begini (tak pe boleh cakap~tak gunakan suara...he,he...)

Semalam, aku terpaksa mengendalikan satu slot untuk aktiviti pelajar selepas PMR. Jadi juru acara memanglah kena cakap kan...tapi yang sedihnya suara tak mahu keluar, sebab sakit tekak! Bila cakap je, semua kengkawan terkejut n suruh kurangkan bercakap!

Sebab itu, balik je dari ambik Ira semalam, lebih kurang jam 4 petang, terus pergi klinik. Alhamdulillah, tak serius cuma sakit tekak biasa...doktor kata peti suara bengkak sedikit tu yang suara pecah!Kena rehat.....jadi dapat cuti sehari hari ini. Doktor kata,"jangan cakap banyak....rehatkan suara." Oh,oh...that's why I have to 'mute' myself for a while until my sore throat is cured !Terpaksalah demi kebaikan aku juga...:))


Tuesday, October 18, 2011

TLC Campaign-Earnings Debit


Tertarik dengan tajuk di atas? Nak tahu lebih lanjut dengan kempen ini? Sebenarnya entri kali ini berkaitan dengan kemurahan hati kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Jika anda semua peka, terutamanya nuffnangers, pasti tahu kempen terbaru TLC dalam usaha mengumpul dana bagi Institusi Rumah Anak-Anak Yatim (Rumah Aman) yang terletak di Shah Alam.

Apa? Ada yang tak tahu apa itu TLC? Oh, TLC sebenarnya kependekan dari Truly Loving Company yang mengeluarkan produk-produk rumah tangga seperti pencuci lantai,pencuci dapur, pembersih bilik air dan termasuk juga produk mandian yang banyak di jual di pasar raya atau pun di kedai-kedai runcit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TLC ini, anda boleh klik sini . Hasil daripada keuntungan TLC akan di agih-agihkan kepada 5 badan amal dan satu daripadanya ialah Rumah Aman yang menempatkan 30 orang kanak-kanak lelaki.

Jadi apa kempen terbarunya? Kempen terbaru (Season 2), TLC berhasrat mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi membaikpulih sistem pendawaian elektrik Rumah Aman yang sudah uzur. Untuk keterangan lanjut sila klik sini. Jadi apa tunggu lagi, marilah menderma sebahagian duit yang kita perolehi melalui iklan nuffnang yang dipaparkan di blog kita untuk kesejahteraan penghuni Rumah Aman. Ingatlah "tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta".

Monday, October 17, 2011

Pening-pening~mencari jawapan!

Rajin sungguh Syu buat ulangkaji tata bahasa B.M. Tapi yang jadi masalahnya bila Syu tanya aku mana jawapan yang betul, aku sendiri tak tahu! Payah betul aku tengok pilihan jawapannya, hampir betul je semua. Ada juga perkataan yang aku tak tahu maknanya, seperti "tepok". Akhirnya aku suruh je tengok kamus Dewan. Rupa-rupanya "tepok" bermaksud lumpuh! Itu baru satu contoh, banyak lagi yang pelik-pelik!

Bayangkanlah kita ni, yang dah banyak pengalaman (angkat bakul tu...he,he..) tak tahu jawapannya, apatah lagi sibudak kecil yang cetek pengalaman (usia muda,baru 10 tahun!) seperti Syu nak kena fikir....mana jawapan yang betul! Tak ke pening tu....!

Sotong goreng kunyit limau purut



Masakan minggu ini masih berkisar tentang masakan makanan laut. Kali ini, atas permintaan si bungsu, Syu yang mahu makan sotong goreng kunyit....jadi hari ini aku buat sotong goreng kunyit limau purut. Sedap juga rasanya, ala-ala tomyam gitu. Jom cuba, mudah dan ringkas juga penyediaannya...:)


Bahan utama :

5 ekor sotong ~potong bulat (gaul dengan kunyit serbuk + garam : goreng sekejap)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar

3 tangkai cili padi ~ tumbuk kasar

2 sudu besar bawang kisar

4 helai daun limau purut

1 labu bawang besar (mayang bulat)

Sedikit air dan serbuk kunyit

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis (kecuali daun limau purut dan bawang besar) sehingga garing.

2. Masukkan daun limau purut + air + serbuk kunyit. Kemudian masukkan garam + gula secukup rasa.

3. Masukkan sotong + bawang besar. Masak sehingga bawang besar sedikit layu, kemudian angkat.

Sunday, October 16, 2011

Penyakit Kwashiorkor~kekurangan kasih sayang ibu!

a child with kwashiorkor
Semasa aku berehat-rehat sambil melipat baju yang menggunung seperti G. Kinabalu petang tadi, tiba-tiba Wani bertanya kepadaku apa itu penyakit kwashiorkor. Ini merupakan kali pertama aku dengar. Memandangkan aku dan suamiku tidak tahu tentang penyakit ini, jadi aku menyuruh Wani googlekan aje mencari maklumat tentang penyakit ini. Inilah hasilnya .....

Kwashiorkor merupakan suatu istilah untuk menyebutkan gangguan gizi akibat kekurangan protein. Kwashiorkor berasal dari bahasa salah satu suku di Afrika yang berarti "kekurangan kasih sayang ibu". Tanda yang khas seperti adanya edema (bengkak) pada seluruh tubuh sehingga kelihatan gemuk, wajah anak membulat dan sembab (moon face) terutama pada bahagian wajah, bengkak terutama pada punggung kaki dan bila ditekan akan meninggalkan bekas seperti lubang, otot mengecil dan menyebabkan lengan atas kurus sehingga ukuran LIngkar Lengan Atas (LILA)-nya kurang dari 14 cm, timbulnya ruam berwarna merah muda yang meluas dan berubah warna menjadi coklat kehitaman dan terkelupas, tidak bernafsu makan atau kurang, rambutnya menipis berwarna merah seperti rambut jagung dan mudah dicabut tanpa menimbulkan rasa sakit.

Sumber: shvoong.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...