Wednesday, November 30, 2011

Nasib baik ada broadband!



Hai,hai,hai...letihnya menunggu data SPLG dikemaskinikan, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba! Mula-mula tu, guna wireless je, tapi last-last tu terpaksa guna broadband sebab line internet terlalulah slow dan asyik putus-putus!

Nasib baiklah ada broadband vodafone (celcom) yang memang memuaskan hati aku sepanjang aku menggunakannya. Dapatlah aku kemaskini data dengan agak laju berbanding sebelum ini yang hanya bergantung kepada wifi....

Wordless Wednesday ~ Si kaloi

ikan peliharaan Wani ~ si putih

Tuesday, November 29, 2011

Jawatan baru ~Operator telefon!



Sepanjang cuti sekolah ini, telefon aku asyik berdering aje. Nampak gayanya aku dah tukar jawatanlah pulak dari guru menjadi operator menjawab telefon! Ini semuanya berlaku kerana ramai rakan sejawat tak dapat masuk ke laman web SPLG. Mereka menelefon aku sebab aku menjadi penyelaras LDP di sekolah tempat aku bertugas.

Namun aku bersyukur sangat sebab kerjasama yang diberikan rakan sejawat aku, yang bersedia untuk memasukkan maklumat BR dan KKL walaupun di waktu musim cuti sekolah. Terima kasih semua:)

Friday, November 25, 2011

Minyak wangi oh minyak wangi...



Gara-gara nak menjadi "business woman", kali ini beg along dipenuhi minyak wangi bila balik cuti akhir tahun ni. Semuanya yang ditempah oleh kawan-kawan aku dan kawan-kawan suami aku. Tambahan pula di Adelaide ada 'sale', jadi harganya taklah mahal sangat. Jadi along tolonglah beli untuk kawan-kawan yang pesan!



macam-macam jenis pun ada!



Dah di'pack' untuk dihantar...

Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday ~Gembiranya ....:)



Yeee...hoooo, yeee....hooo, yeeee...hooo
Along dah balik...along dah balik
Gembiranya...........

Wednesday, November 23, 2011

Dah Dapat Masuk!

Alhamdulillah akhirnya dapat masuk ke web site SPLG tapi agak slow. Tarikh memasukkan maklumat Book Review (BR) dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) juga dilanjutkan sehingga Januari 2012. Sila layari url splg ini sentiasa http://apps.moe.gov.my/splg
untuk perkembangan terkini.

Step-step masuk laman web SPLG :

1. Guna internet explorer, taip ur
l ini http://apps.moe.gov.my/splg


2. Gambar di bawah akan tertera; klik sama ada modul suldp atau modul individu untuk key in maklumat BR dan KKL anda.



Tuesday, November 22, 2011

Macaroni Sup Daging

Musim-musim hujan ni memang sedap makan sup panas-panas. Tambah sedap lagi jika dimakan bersama-sama macaroni! Jom ikuti resipinya...

Bahan utama mestilah macaroni. Aku suka guna jenama San Remo ~ walaupun kenyal tapi lembut rasanya..:)


Macaroni direbus dan ditoskan.


Bahan untuk sup daging:

Daging ~ hiris nipis-nipis
2 labu kecil bawang besar ~ mayang
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
bunga cengkih + buah pelaga + kulit kayu manis (rempah campak)
2 sudu rempah perencah sup
1 biji ubi ~ potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
air secukupnya
garam + gula

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar + bawang putih + rempah campak > masak sehingga garing (naik bau).
2. Masukkan rempah perencah sup + daging + ubi kentang + serbuk lada hitam + air > masak atas api sederhana sehingga daging + ubi kentang empuk. Garam + gula secukup rasa.
3. Masukkan macaroni dan sebatikan. Siap untuk dimakan.


macaroni sup daging~slurrrrrp........

Hasil seni along!



Dalam diam-diam, tak sangka rupa-rupanya ada bakat seni rupanya si along ini. Tengok tu hasil seni tangan along untuk adik-adiknya, cantik kan! Cuti ini pasti along buat lagi kraftangan ini, untuk mak dia pula......he,he!


sayangnya yang syu ini dah hilang!


ini ira punya


tertera si empunya nama ~ si wani

Jangan marahhh!

Hari ini hanya masak lauk ikan goreng je ...tenggiri goreng. Itupun buat yang mudah je, lumurkan ikan dengan garam + kunyit = goreng.


Ikan tenggiri goreng ~ masak sendiri tau...he,he

Tapi ada lauk lain lagi tau...beli je,hi,hi,hi... nak tahu kenapa? Sebab pagi tadi pergi ke sekolah ada hal sikit. Balik tu agak lewat nak masak (sebenarnya ada penyakit "m")....penyelesaiannya ..>>>>> beli! Lauknya pun sedap dan tak mahal manapun, hanya RM16 untuk 4 jenis lauk. Bolehlah tu...Lauk beli ...RM16.00

Monday, November 21, 2011

Kecewa sungguh ;(

Semalam dah cuba buka web site ini, lebih kurang pukul 12.00 malam tapi mengecewakan masih dalam proses pengubahsuaian. Pujuk hati, mungkin esok boleh bukalah,boleh siapkan kerja yang tertangguh ini sebab janji 21 November akan dibuka balik. Namun kecewa apabila buka, masih itu yang tertera!! Kecewa sungguh :((


Sunday, November 20, 2011

Nasi Minyak Gulai Kawah

Pagi ini buat nasi minyak untuk bersarapan kami sekeluarga. Nak tahu cara-cara membuat nasi minyak ini, sila klik sini.


nasi minyak hujan panas



Gulai kawah


Gulai kawah pula dibuat sebagai lauk nasi minyak ini. Jom ikuti resipinya:

Bahan utama :
Daging 500 gram ~ potong nipis

Bahan kuahnya:
4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar rempah gulai kawah
santan RM2.00
1 biji ubi kentang (potong 4)
1 gelas air
sedikit gula melaka
garam + gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih, halia, bawang kisar dan cili boh sehingga naik bau. Masukkan rempah gulai kawah + sedikit air. Masak lagi sehingga rempah garing (pecah minyak).

2. Masukkan daging, santan + ubi kentang + lebihan air. Letak garam + gula melaka + gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga daging empuk.Angkat setelah daging + ubi kentang empuk.

Hadiah Misteri!



Hari Selasa lepas (15 Nov.,2011), Wani telah menghadiri jamuan akhir tahun bagi Badan Pengawas Pusat Sumber sekolahnya. Tak disangka-sangka, Wani mendapat hadiah misteri bagi penampilan anggun dan bergaya (perempuan). Jom kita lihat apa hadiah misteri itu....



Step 1 : Buka dengan hati-hati...



Step 2 : Koyak aje lah cepat sikit...he,he..
tak sabar doh nih!


Step 3 : Jeng,jeng...kotak nak dibuka...
apa agaknya ya???

v

v

v

v

v

Wow! cantiknya....
bekas lilin rupanya...:)

Saturday, November 19, 2011

Ayam Masak Bermadu!

Ayam bermadu tak pe, jangan orang bermadu! Merana badan oooi! Minta dijauhkan....
Ok berbalik kepada tajuk resipi ini, sebenarnya pertama kali buat guna ayam. Sedap juga...hai masuk bakul angkat sendirilah pulak! Tak caya, cuba buat sedap bangat tau...


Bahan utama ~ 1 ekor ayam (potong kecil) : lumur garam + kunyit = goreng separuh masak.

Bahan-bahan kuah :

4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar serbuk lada (boleh ganti dengan cili giling)

2 sudu besar tomato puree

1 sudu kecil madu

1 sudu kecil gula merah (brown sugar)

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan pelengkap:

1 labu bawang besar (mayang besar)

1 biji ubi kentang (potong kecil)


Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bawang putih + halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari + serbuk lada + air sedikit > masak rempah sehingga garing.

2. Masukkan air selebihnya + tomato puree + madu + gula + garam + ubi kentang > masak sehingga ubi kentang empuk.

3. Akhir sekali masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan 2 - 3 minit. Kemudian angkat.

Sajak Pot Luck Akhir Tahun


18 November,2011....
tarikh terakhir persekolahan
banyak benda yang hendak di selesaikan
namun pot luck mesti juga diadakan
demi meraikan kepenatan bekerja
sepanjang tahun ini!

aneka juadah disediakan
menu utama nasi lemak bukit goh
ditempah oleh cikgu tuan haji razak
beserta dengan koleh kacang
yang memang tersohor keenakannya!

nasi putih ..juga nasi kunyit
beserta lauk pauk pelbagai rasa

sentuhan istimewa guru-guru semua
semuanya sedap dan enak sekali
sekali makan ...nak tambah lagi!


Thursday, November 17, 2011

Step-step membuat fruit jelly

Ini merupakan kali ketiga membuat fruit jelly. Chef Aiman (angah) yang membuatnya...:) Kali ini buat fruit jelly untuk pot luck sekolah aku yang diadakan pada hari terakhir persekolahan tahun ini iaitu esok (18/11/11). Post kali ini, tentang step-step membuat fruit jelly kerana semasa Ira membawa fruit jelly ini ke sekolahnya (jamuan kelasnya), ramai cikgu yang bertanya macam mana nak membuatnya! Jadi di sini, aku tunjukkan step-stepnya....


1. Mesti ada buah limau (oren)....he,he:)


2. Potong buah oren itu kepada 2 bahagian.


3. Kopek isi oren keluar daripada kulitnya


4. Guna juice mixer untuk dapatkan air buahnya


5. Agar-agar yang telah disebatikan dengan air buah



6. Tuang agar-agar ke dalam acuan (kulit oren yang
telah dibelah dua)



7. Biar agar-agar keras sebelum dikemaskan
bahagian tepinya


8. Potong bahagian tepi yang terlebih..


9. Potong kecil seperti memotong limau oren


10. Siap untuk di makan....


Untuk resipinya, sila klik sini ya...


Spontaneous Thursday ~Senyum tak perlu kata apa-apa...




Dapat BE lagi....terima kasih kepada si penaja kali ini
v

v

v
Dumex Dugro Fruit & Veg


senyum tak perlu kata apa-apa....
he,he,he.....

Wednesday, November 16, 2011

Jom Ganyang Aedes!!





Sekarang ini, di mana-mana sahaja kita mendengar ada yang mengidap demam denggi. Aku pun salah seorang pesakit yang menjadi mangsa demam denggi...Ini bukan isu yang perlu dipandang remeh! Jika lambat mendapat rawatan ~ demam denggi ini boleh membawa maut. Oleh itu, jangan pandang ringan masalah ini, marilah kita sama-sama perangi denggi. Caranya mudah, semudah makan ABC! Kita hanya perlu bersihkan persekitaran rumah kita atau kawasan sekolah tempat kita belajar! Jom sama-sama bertindak demi kesejahteraan semua...

Wordless Wednesday ~ Tong Gas Mini!

saiz tong gas mini ini banyak terdapat 
di kedai/warung makan di Bandung!

Sunday, November 13, 2011

Tumis Air Timun

Masakan sayur kali ini ~ tumis air saja. Biasanya guna labu air, kali ini guna timun batang. Jom ikuti bahan-bahannya:

Bahan-bahan :
2 batang timun ~ belah dua dan potong
2 labu kecil bawang besar ~ belah 4
1/4 keping ikan tenggiri
1 - 2 sudu besar serbuk lada hitam
2 - 3 cawan air
garam + gula secukupnya

Cara memasaknya:

1. Letakkan semua bahan dalam periuk + masak sehingga mendidih. Keluarkan isi ikan + tumbuk sehingga hancur > masukkan kembali dalam periuk > sebatikan.

2. Angkat setelah timun empuk.

Saturday, November 12, 2011

Gelama Goreng

Ikan gelama adalah spesies ikan laut yang banyak terdapat di perairan negara Malaysia dan Indonesia. Rasa isi ikan gelama ini amat sedap dan agak lembut berbanding isi ikan tenggiri. Harganya RM22 bagi sekilogram, agak murah berbanding ikan tenggiri yang berharga RM25 bagi sekilogram.

Gelama goreng ini amat mudah untuk disediakan. Ikuti langkah-langkahnya:

1. Lumurkan ikan gelama ini dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.

2. Gorengkan dalam minyak masak yang cukup panas dengan api sederhana. Balik-balikkan. Setelah garing~angkat. Sedap dimakan ketika masih panas.

Thursday, November 10, 2011

Annual Dinner Sekolahku....

sambutannya ringkas...
seawal jam 9.30 malam sudah selesai...
sebelum jam 10.00 malam sudah sampai rumah...
dihantar oleh si manis Suhana...
terima kasih daun keladi... tahun depan,
insyaAllah nak t
umpang lagi...


sempat bergaya dengan 'clutch bag'
yang dibeli di Bandung!



sempat bergambar kenangan sebelum pulang

cenderahati yang amat bermakna ..."jasamu dikenang"


Wednesday, November 9, 2011

Jamuan Akhir Tahun

cepat masa berlalu
baru saja rasa melalui bulan Januari
tup- tup dah bulan November sekarang

bermakna sudah hampir menjelang akhir tahun
banyak kelas sudah mengadakan
jamuan akhir tahun

tidak terlepas kelab staf sekolah aku
juga mengadakan
jamuan akhir tahun bulan ini
sebelum bermulanya cuti sekolah minggu depan!!

Selamat Berjamuan Akhir Tahun semua....:)


Monday, November 7, 2011

My Happiest Moment

Semasa saya melancong ke Bandung baru-baru ini, saya beserta rombongan sempat melawat ke Tangkuban Parahu iaitu salah satu kawasan pergunungan gunung berapi yang masih aktif. Pemandangan di sana begitu cantik dengan rupa bumi gunung berapi seperti kawah gunung berapi yang terkenal dengan nama Kawah Ratu. Pemandangan seperti ini memang tiada di Malaysia, oleh sebab itu, saya amat teruja untuk merakamkan keindahan kawasan ini dengan kamera saya dan paparkan di blog saya! Sesiapa ke Bandung, jangan lupa ke Tangkuban Parahu dan nikmati sendiri keindahan alam semulajadi ini.


Semoga kenangan indah saya ini dapat saya rakamkan melalui kamera Olympus PEN Lite E-PL3 atau Olympus PEN Mini E-PM1 selepas ini...

Sunday, November 6, 2011

Tenggiri masak kicap




Menu ringkas untuk masa terhad~kurang 30 minit dah siap! Apa lagi kalau bukan resipi masak kicap, anak-anak pun suka makan!




Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (potong kecil) dan goreng.

Bahan kuah :

1 labu bawang besar (saiz besar) ~ mayang

6 ulas bawang putih ~ mayang

5 - 10 biji cili padi

1 mangkuk air asam jawa

2 sudu besar kicap manis

2 sudu besar kicap masin

1 sudu besar kicap pekat

1 cawan air

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan air asam jawa.

2. Masukkan semua kicap + gula + air. Masakkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cili padi + ikan.

Masakkan 2 - 3 minit lagi dan angkat.

Friday, November 4, 2011

Musim bermain 'internet games'...



Musim peperiksaan sudah berakhir. Malah cuti persekolahan pun bakal menjelang. Anak-anak pun dah sibuk menyimpan semua buku pelajaran, almaklum sudah akhir tahun....jadi dah tiba masa buka internet, jengok-jengok games lah pulak!

Tidak terlepas si bungsuku, syuhadah sudah 'booked' laptopku untuk bermain games...tengok gambar tu,banyak sungguh 'games' yang syu nak main. Bagilah peluang,akhir tahun....memang musim bermain 'internet games', betul tak?

Thursday, November 3, 2011

Day 4 ~Kudaku lari gagah berani, ayuh lari...


27 Oktober, 2011 ~ Hari terakhir kami di Bandung. Sebelum bertolak ke Lapangan terbang Bandung, kami masih sempat meronda kawasan penginapan kami dan melawat kebun strawberi yang terletak berhampiran ...

9.00 pagi (8.00 pagi di Bandung) ~ meronda kawasan Maribaya dengan menaiki kereta kuda...



menunggu masa untuk meronda kawasan Maribaya



kesibukan bandar Kecamatan, Lembang di pagi hari


10.00 pagi (9.00 pagi di Bandung) ~ Melawat kebun strawberi sebelum berangkat ke lapangan terbang.



kebun strawberi



v-group bergambar kenangan di kebun strawberi
sebelum berangkat pulang....
kenangan manisssssssssss......
yang sentiasa terpahat di hatiku....:)