Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Tuesday, November 22, 2011

Macaroni Sup Daging

Musim-musim hujan ni memang sedap makan sup panas-panas. Tambah sedap lagi jika dimakan bersama-sama macaroni! Jom ikuti resipinya...

Bahan utama mestilah macaroni. Aku suka guna jenama San Remo ~ walaupun kenyal tapi lembut rasanya..:)


Macaroni direbus dan ditoskan.


Bahan untuk sup daging:

Daging ~ hiris nipis-nipis
2 labu kecil bawang besar ~ mayang
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
bunga cengkih + buah pelaga + kulit kayu manis (rempah campak)
2 sudu rempah perencah sup
1 biji ubi ~ potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
air secukupnya
garam + gula

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar + bawang putih + rempah campak > masak sehingga garing (naik bau).
2. Masukkan rempah perencah sup + daging + ubi kentang + serbuk lada hitam + air > masak atas api sederhana sehingga daging + ubi kentang empuk. Garam + gula secukup rasa.
3. Masukkan macaroni dan sebatikan. Siap untuk dimakan.


macaroni sup daging~slurrrrrp........

6 comments:

  1. time hujan makan ubi sedap ni..hehe...makaroni kena mkn musim lain...: Ganjil Itu Istimewa

    ReplyDelete
  2. sodap2!
    baru gak buat utk aqeel aritu hehe

    ReplyDelete
  3. Sufi ~boleh je makan, anak2 suka!

    ReplyDelete
  4. gee ~kak pun baru je buat utk wani,ira n syu!

    ReplyDelete
  5. ehem sedapnya..musim hujan makan sup macaroni tu..he2x..n thanks share resepi ni..

    ReplyDelete
  6. mama aini ~ boleh panaskan badan kan, sama-sama

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)