Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, December 19, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Pantai Batu Burok (Part 2)

Pada musim tengkujuh ini iaitu ketika tiupan angin monsun timur laut (November hingga Mac), kawasan pantai Batu Burok memang tidak selamat untuk aktiviti mandi manda kerana keadaan ombak yang bergelora. Oleh itu, pengunjung dilarang mandi manda ketika musim tengkujuh ini.




Namun terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tempatan bagi menarik perhatian pelancong/ pengunjung pantai ini. Antaranya ialah :


1. Aktiviti Go-kart ~ ramai pengunjung memcuba permainan ini terutamanya kanak-kanak,gembira seolah-olah beraksi di Litar Sepang!he,he....





2. Aktiviti Menunggang Kereta Kuda ~ boleh menunggang secara individu ataupun secara berkumpulan/berfamili!




3. Aktiviti main layang-layang ~ ramai pengunjung bermain layang-layang memandangkan tiupan angin yang agak kuat, boleh menerbangkan layang-layang dengan mudah. Tambahan pula, adanya peniaga yang menjual layang-layang dengan harga berpatutan memudahkan ibu bapa memenuhi permintaan anak-anak untuk bermain layang-layang di pantai yang luas ini.


8 comments:

  1. tula takut dok tepi pantai skg ni..angin kuat..aritu lepak kat pantai teluk ketapang...brekpes kat situ..kuat giler angin...

    yg berdebarnya...kete x idup enjin..asben kata sebab angin kuat jadi sejuk enjin...betul @ x tak tau la

    ReplyDelete
  2. ini yg buat mama teruja nak ke trengganu & pantai batu burok ni..he2x..mcm2 aktiviti ada kat sana..

    ReplyDelete
  3. cik dah faridah ~ohh pengalaman kete x idup enjin doh kena...memang takut n x leh lupa sampai bila-bila!Time tu pulak suami 'out station'...tak ke haru tu!

    ReplyDelete
  4. best je nampak go kart tu...tp nak bawa msti tkt..huhuu

    ReplyDelete
  5. cik aisha ~ itulah, anak2 pun x berani nak main. Yang ramai main, budak2 lelaki n bapak2nya!

    ReplyDelete
  6. lama dah x balik ganu. haha. rindu pulak.

    ReplyDelete
  7. aku bukan sape2 ~ kalu doh rindu tu kenalah balik...:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)