Tuesday, January 31, 2012

Membingitkan telinga!

 Aku sungguh kesal dengan sikap pelajar-pelajar di kelas 4K.Betullah seperti apa yang dirungutkan oleh rakan-rakan setugasku. Kelas 4K itu memang dihuni oleh pelajar-pelajar yang majoritinya suka bersembang-sembang tanpa henti! 

Suasana menjadi bising ditambah pula dengan bilangan pelajarnya yang ramai ~ 45 orang! Walaupun telah ditegur, namun sikap suka bercakap-cakap tanpa henti ini masih berterusan, ibarat murai tercabut ekor! Betul-betul membingitkan telinga aku! 

Monday, January 30, 2012

Hidangan istimewa suami tercinta!


nasi goreng hidangan petang
dimakan dengan bilis goreng
disediakan oleh suami tersayang
buat anak-anak yang disayang
akupun ...apa lagi juga menumpang
menikmati hidangan istimewa suami tersayang!

dari mee goreng, kuey teow goreng hinggalah nasi goreng
memang kepakaran suami tercinta
tertawan hati bila menjamahnya
makan sekali, pasti nak lagi!

Sunday, January 29, 2012

Angah pun berbakat!


pencil case buatan sendiri
menjadi hak milik peribadi
mana-mana kedai tak usah cari
sebab kreativiti ciptaan sendiri

inilah pencil case buatan si angah
bakat seni yang tak pernah diketengah
hanya diketahui oleh si angah
hanya mencipta bukan untuk bermegah!

Saturday, January 28, 2012

Giveaway dari Butik eDast


GA ini anjuran online butik eDast
Sesiapa nak join, klik sini
Tarikh tutup : 15 Februari, 2012

Hadiah ~ amat menarik...
2 HELAI SELENDANG
2 HELAI ANAK TUDUNG
SEHELAI TUDUNG 4 SEGI
1 HEADBAND
SEPASANG PIN TUDUNG
RANTAI 

UNTUK 5 ORANG PEMENANG BERTUAH!

APA TUNGGU LAGI, JOM LAH JOIN RAMAI-RAMAI

Betul ke apa aku dengar ni...!

Sepasang ibu bapa di panggil ke sekolah kerana anaknya sering tidur di dalam kelas. Ini bukan kali pertama pelajar itu tidur, sudah banyak kali dan berulang-ulang kali walaupun ditegur oleh guru.

Guru disiplin : Encik, anak encik tidur dalam kelas dan ini berulang-ulang kali berlaku.
Bapa pelajar : Haiyaa...tak pa tituq ...dia mali skola!Aku boleh kelija...

Terkejut kami semua mendengar jawapan si bapa! Apakah institusi sekolah sekarang dah berubah menjadi 'pusat jagaan anak-anak'!

Friday, January 27, 2012

Terkilan!

Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini, aku melihat tiada pelajar yang memberikan senyuman. Apatah lagi memberikan ucapan salam. Amat berbeza dengan situasi di sekolah lamaku. Pelajarnya ramah dan sering mengucapkan salam ketika berselisih dengan guru-gurunya.

Hari ini pun, apabila sudah hampir 10 tahun mengajar di sekolah ini, terdapatlah beberapa orang pelajar yang mengucapkan salam, "Selamat pagi cikgu",kata Ah Sheng. Aku membalas,"Selamat pagi" sambil tersenyum. Itupun pelajar yang aku mengajarnya, tetapi apabila sudah menaiki ke tingkatan 4 atau 5, tiada lagi ucapan salam daripada mulut mereka apabila bertemu. 

Mereka sudah melupakan aku yang pernah mengajar mereka dulu semasa di peringkat menengah rendah. Terkilan aku dengan sikap mereka:(

         bagaikan kacang lupakan kulitnya! 

Contoh Borang Soal Selidik Kegiatan Ekonomi


BORANG SOAL SELIDIK KEGIATAN EKONOMI

NAMA RESPONDEN :.....................................
JANTINA : ................................................ 

A.  JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN
KEGIATAN
EKONOMI
TANDAKAN
(X)
PERTANIAN

PERIKANAN

PERLOMBONGAN

PENDIDIKAN

PELANCONGAN


B.  SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

SUMBANGAN
TANDAKAN
(X)
PELUANG KERJA

PENDAPATAN

PENINGKATAN TARAF HIDUP


C.  KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN
TANDAKAN
(X)
PENCEMARAN

KEPUPUSAN SUMBER

PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP


D.  LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN
TANDAKAN
(X)
KEMPEN

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

KITAR SEMULA


Thursday, January 26, 2012

Istimewa dari along...


bersungguhnya along membuatnya,
bagi memenuhi kehendak emaknya,
merekabentuk beg spek penuh gaya,
siap dihias reben diatasnya.

kini spekku dah ada bekasnya,
akan ku jaga dengan penuh cinta,
sebagai tanda menghargainya,
  cenderamata buatan tangan along adanya!



Tuesday, January 24, 2012

Ikan Merah Masak Sweet Sour Bersayur

Hari ini masak satu lauk saja tapi seperti biasalah mesti seimbang. Tak lain tak bukan iaitu masakan sweet sour bersayur, namun resipinya agak berbeza sikit dari yang biasa-biasa aku buat. Kali ini, versi pedas supaya boleh menambah selera sipemakannya...yang selama ini pun memang sudah berselera!He,he,he....

Bahan utama :
2 keping ikan merah digoreng

Sayur :
1 batang lobak merah
bunga kobis

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 - 10 biji cili padi

Bahan sos

4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar  sehingga naik bau. Masukkan bahn sos, kacau sehingga sebati > masukkan sayur. Perasakan dengan garam + gula secukupnya.
2. Setelah sayur agak layu, masukkan ikan merah. Masak 2 -  5 minit lagi,kemudian angkat.  


Ikan selar goreng garing


ikan selar nama diberi
sedap digoreng garing-garing
dimakan dengan nasi putih
cicah dengan sambal belacan

ikan selar dicuci bersih
digaulkan garam,kunyit dan cili
digoreng dalam minyak panas
bila masak ranggup jadinya
boleh dimakan dari kepala hingga ke ekor
resipi dinamakan  ikan selar goreng garing!

Monday, January 23, 2012

Udang masak lemak cili padi


"Sedap mak", puji along dan ira. "Pedas giler", kata Wani. "Memanglah pedas masak lemak cili api tu, itupun mak letak sikit je ladanya..."kata aku pula.Tapi yang pastinya mereka suka dengan resipi masak lemak udang ini.
Bahan utama ~ udang 20 - 30 ekor saiz sedang

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
10 - 15 biji cili padi

Bahan kuah :
1 kotak kecil santan
2 cawan air

Bahan Pelengkap :
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ ketuk sedikit
1 biji ubi kentang ~ potong dadu


Cara mamasak:
1. Masukkan bahan kisar + bahan kuah + ubi kentang > masak sehingga ubi empuk.
2. Masukkan bahan pelengkap + garam + gula secukup rasa > udang > masak sehingga udang masak. Angkat, siap untuk dimakan.

Kisah Nabi Muhammad SAW Sebelum Wafat

Kisah Nabi Muhammad SAW Sebelum Wafat

Salam,

Khas utk tatapan semua sahabat …
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

untuk tahu kesudahannya sila klik sini

Penyakit!

Sebelum memulakan pengajaran, aku sering meminta anak didikku memungut sampah/kertas yang bertaburan di bawah meja atau kerusinya.Tapi terdapat juga pelajar yang buat-buat tak nampak saja sampah ini terutamanya tisu! Konon-kononnya jijik untuk memegangnya pada hal merekalah yang membuang tisu-tisu itu bersepahan di lantai kelas!

Cikgu : Kutip itu (tangan aku menuding ke arah tisu-tisu yang bertaburan di lantai).
Murid : Tak mahu kotor! Ada kuman....penyakit!
Cikgu : Ohh kamu pun ada kuman....penyakit!
Murid : Mana ada cikgu...spontan jawapannya terkejut dengar kata-kata aku..
Cikgu : Ada...penyakit berjangkit,kumannya cepat merebak.....anda semua pengotor! Kalau tak, kamu dah bersihkan kelas sebelum saya suruh. Betul tak?
Terkejut dengan jawapan aku, semua pelajar mengutip sampah di lantai.

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman"


Sunday, January 22, 2012

Berkaki ayam naik LRT



Kesian betul angah, terpaksa berkaki ayam naik LRT sebab selipar yang dipakainya terputus! Nak beli yang baru sudah tak sempat, sebab terkejar-kejar pula untuk naik bas balik ke Kuantan.

Ramai juga yang memandang angah yang berkaki ayam tu! Tapi angah kata, buat selamba ajelah, dah terpaksa kan! Malam tu, angah pesan suruh aku bawa selipar spare untuk angah pakai setelah tiba di terminal bas Kuantan nanti. Itulah pengalaman angah berkaki ayam yang tak disangka-sangka!  Mungkin ini pengalaman angah yang tidak dapat dilupakan.

Kalau anda di tempat angah, sanggup tak berkaki ayam seperti angah??





Baca, baca...



Cikgu : Baca petikan tu..

Murid 1: Tak tahu!

Cikgu : Apa ni tak tahu ...tak tahu! Awak dah tingkatan 3 mana boleh tak tahu baca!Tak tahu baca dengan tak mahu baca ada beza! Kamu baca, aku menyuruh murid lain baca.

Murid 2 : bla,bla..bla walaupun merangkak-rangkak tapi cuba baca petikan itu!


Cikgu : Bagus! memuji sikapnya yang berusaha membaca walaupun agak lambat sebab terpaksa mengeja perkataannya!

"Usaha tangga kejayaan"

Cuba,cuba...



Cikgu : "Kenapa tak buat latihan ni?"

Murid : "Tak tahu buatlah cikgu!"

Cikgu : "Eh,eh awak tak cuba buat pun, macam mana awak tahu tak tahu buat. Cuba, cuba....buat dulu baru tahu boleh buat ke tidak!" 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Saturday, January 21, 2012

Terperangkap!


Gambar ini sempat dirakamkan oleh rakan sekerjaku yang sama-sama memandu pulang ke rumah pada jam 1.20 tengahari semalam (20 Jan.,2012). Jemm teruk jalan nak balik ke IM. Kelazimannya hanya mengambil masa 20 minit sudah sampai ke rumah. Tapi semalam mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam!

Aku terperangkap lagi dalam situasi ini apabila balik dari perjumpaan dengan PM dengan Kakitangan Awam di UMP. Melepasi saja trafik light Gambang, jalan menjadi sesak! Terlihat 4 kereta tersadai di bahu jalan kerana kemalangan! Bertolak dari UMP lebih kurang jam 12.00++ t/hari, lebih kurang 1.30 baru sampai di rumah. Biasanya 30 minit saja, ini sampai hampir-hampir 1 jam.

Semua ini berlaku gara-gara ramai yang balik bercuti sempena CNY! Di ibu kota agaknya dah sunyi sebab penghuninya ramai yang balik bercuti atau menyambut CNY....

Thursday, January 19, 2012

Cintailah dia....



cintailah dia
bukan kerana kekacakan atau kecantikan wajahnya
kerana ini tidak akan kekal selamanya
ibarat bunga yang kembang mekar
akan layu dan gugur dari tangkainya juga akhirnya!


cintailah dia
bukan kerana hartanya atau pangkat kebesarannya
kerana ini bukan jaminan hidup kita
akan senang dan aman di kemudian hari

cintailah dia
kerana agamanya yang menjadi
pembimbing kita membentuk peribadi mulia
ke arah insan yang lebih bertaqwa
bekalan ke dunia akhirat
yang menjadi tujuan hidup kita!



Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday ~ Nyenyaknya tidur!

mengantuknyalah!

Monday, January 16, 2012

Jangan jadi seperti ini!



Situasi 1 : Cinta nafsu!


Si jejaka membuntingkan si dara sebelum nikah. Demi menutup malu, bernikah selepas itu! Nikah cowboy di pejabat kadi. Akibatnya makin bertambahlah anak tidak sah taraf. Kesian si anak, bila besar akan bertanya kepada ibu bapanya, kenapa sijil lahirnya tiada 'bin' atau 'binti' seperti kawan-kawannya yang lain! Bagaimana nak jawab? Fikir-fikirkanlah....jadikan ini pengajaran!

Situasi 2 : Cinta buta!

Pilihan si dara tidak disetujui oleh keluarga kerana si teruna tiada pekerjaan malah penagih dadah! Demi cinta kononnya, sanggup tinggalkan keluarga untuk sehidup semati dengan kekasih hati....kahwin lari! Bila dah kahwin, baru sedar si suami menjadi 'biawak hidup' yang terpaksa dipikul! Hendak mengadu pada keluarga, sudah malu ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri! Jadi fikir-fikirkanlah betulkah tindakan yang dibuat, supaya tidak menyesal di kemudian hari...

Sunday, January 15, 2012

Jangan lupa diri!



Pernah tak orang puji kita cantik dan kelihatan awet muda? Mesti bangga kan! Tapi harus ingat, ini semua anugerah dari Allah. Kita sepatutnya bersyukur, bukan makin meninggi hidung pula! Dalam sekelip mata saja, semua anugerah ini boleh diambil Allah!

Jadi jangan lupa diri bila dipuji, sebab puji-pujian itu hanya untuk Allah, kita ini makhluk ciptaanNYA yang hanya dipinjamkan anugerah itu. Ucaplah alhamdulillah kerana dikurniakan paras rupa yang cantik, itukan lebih baik daripada mendabik dada mengaku "Memang aku cantik, engkau jangan jeles!"

Friday, January 13, 2012

Jangan jadi "pencuri"



Sekadar menasihati diri sendiri, yang kadang-kadang terlupa akibat kelekaaan atau tindakan di luar sedar kita! Kelekaan berbual dengan kawan-kawan di kantin, almaklum lama tak jumpa, pasti banyak yang hendak diceritakan menyebabkan ada yang terlambat memulakan langkah ke kelas. Lewat 2 - 3 minit mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau sudah 15 - 20 minit itu sudah keterlaluan kan!

Ada juga leka dengan laptopnya, melayari internet walaupun semua sudah tahu tidak boleh membuka laman sosial semasa waktu bekerja. Biar pun ditegur, namun fenomena ini masih diteruskan...

Sebenarnya, kita telah melakukan satu kesilapan yang besar, iaitu menjadi "pencuri"!Kita mencuri masa yang menjadi hak anak-anak didik kita!

Saturday, January 7, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin


Suka tak makan sayur kailan? Aku sekeluarga memang suka makan sayur kailan terutamanya digoreng dengan ikan masin. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih. Ikutilah resipinya...



Bahan utama ~ Kailan untuk 3 orang makan (potonglah ya)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ hiris halus/tumbuk
5 batang cili padi ~ hiris halus/tumbuk
ikan masin ~ hiris kecil-kecil

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan kailan, perasakan dengan garam + gula secukup rasa.

2. Masak 2 - 3 minit sehingga kailan layu,angkat dan hidangkan panas-panas.

Thursday, January 5, 2012

Kena Serbu!



Sepanjang aku mengajar di SMK Tanah Putih, tak pernah lagi nazir sekolah datang melawat. Tapi tahun 2012 ini memang menempa sejarahlah...awal-awal lagi sudah diserbu oleh nazir persekutuan iaitu pada hari pertama (4/1/2012) sekolah dibuka.

Banyaklah juga yang dikomen oleh encik nazir ini....dari sudut kekuatan sekolah hinggalah ke bahagian kelemahan sekolah. Biasalah tu kan, dah tugasnya. Teguran itu diterima dengan hati terbuka, cuba perbaiki mana yang patut!

Namun satu komen yang terkesan di hati aku, iaitu kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pengajaran & pembelajaran (p n p) ialah 100% walaupun baru dapat BRM pagi itu....p n p di kelas tetap diteruskan walaupun BRM masih belum bertulis!!! Inilah semangat guru-guru di sekolahku, tak sabar untuk mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak didiknya!

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday ~terliur tak??

jambu air ~ sedap dimakan begitu saja
atau dicicah dengan colek!

Tuesday, January 3, 2012

Berakhir sudah....



Hari ini ada mesyuarat guru kali pertama untuk tahun ini, diadakan di Grand City Hotel. Bermula jam 8 pagi,jam 12 t/hari selesai.

Mulai esok, bermulalah rutinku, ke sekolah mengajar mungkin untuk 5 hingga 6 tahun lagi. Lepas tu mungkin akan bersara...

Musim cuti sekolah pun dah berakhir, anak-anakku pun sibuk dengan persiapan mereka. Hari ini baru nak basuh baju sekolah....lambatnya basuh!

Berakhir sudah musim cuti-cuti, sekarang musim belajar-belajar pula!

Monday, January 2, 2012

Kan dah kata...

Masuk saja tahun 2012, perkhidmatan percuma shoutmix telah pun diberhentikan.Semasa menerjah blog-blog kawan-kawan, aku dapati di kotak chat, tertera seperti gambar di bawah!
Jadi betullah perkhidmatan shoutmix percuma ini telah dihentikan. Boleh nak guna perkhidmatan shoutmix ini, tapi kenalah bayar!!


Kegunaan Pokok Pandan


Semua orang tahu pokok pandan. Tapi tahukah anda, pokok pandan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pandan biasa dan pandan wangi.

Pandan wangi sering menjadi pilihan kerana baunya yang harum mempunyai banyak kegunaan.
Antaranya ialah ...

1. Pewangi makanan yang sering diletakkan dalam masakan. Keharuman baunya membangkitkan selera!

2. Bunga rampai yang digunakan dalam majlis perkahwinan.

2. Menghalau lipas jika disimpan dalam laci kerana daun pandan mempunyai ciri-ciri penyingkir lipas.

3. Perasa air sirap, kek atau kuih.

untuk keterangan lanjut, sila klik sini

Susah sangat ke nak buat?



Pernah tak guna tandas awam? Pasti pernah kan. Berdasarkan pengalaman aku menggunakan tandas awam ini sama ada yang terdapat di pasar raya atau tempat rekreasi, aku terperasan satu perkara iaitu wayar air yang terdapat dalam tandas tu! Jarang-jarang sangat aku tengok wayar air tu diletakkan balik kepada penyangkutnya, biasanya dibiarkan saja di lantai tandas tu!

Susah sangat ke nak sangkut wayar air tu kat penyangkutnya selepas digunakan? Inilah sikap tidak bertanggungjawab pengguna yang rata-rata sudah sebati dengan jiwa rakyat negara ini. Jadi cuba fikir, bagaimana nak tandas awam yang bersih jika perkara sekecil itu pun kita tak mampu nak melaksanakannya!

Ingat, kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan semua ini terlaksana melalui amalan yang kita lakukan....fikir-fikirkanlah dan jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam tindakan yang dibuat!

Sunday, January 1, 2012

Pernahkah bersyukur?



Bangun pagi ini, ucap tak alhamdulillah...
syukur masih bernyawa
syukur masih sihat
syukur masih dapat menikmati hidup ini
di tahun baru ini!

Bangun pagi ini, ucap tak alhamdulillah...
kerana diberi peluang bernafas lagi
kerana diberi peluang berfikir lagi
kerana diberi peluang dikelilingi insan-insan tersayang
di tahun baru ini!

Shoutmix dah tak ada!

sticky post until 1Jan.,2012
please scroll down to read new post


mulai tahun depan servis shoutmix

tak lagi percuma
kena bayar!

jadi aku tamatkan aje
servis shoutmix tu
malam ini
tak mahu bayar
sebab blogku ini bukannya
fames seperti blog-blog
orang lain...
aku hanya insan biasa!

jadi sesiapa yang nak berkawan
dengan aku...
sudi-sudikanlah letak
url blog masing-masing
di ruangan komen
untuk aku masukkan
dalam bloglist baru aku
itupun jika ada yang sudi...

kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan :)