Saturday, March 31, 2012

Gaji baru...gaji baru!



Semua bercerita tentang gaji minimum dan gaji maksimum! Tidak terkecuali juga aku......:) Nak tahu gaji baru anda, jom klik url berikut :

http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

Selamat mengira! Puas hati tak???Bagi aku, alhamdulillah ....syukur sangat-sangat kepada Allah:)

Lakaran/sketch ikan ....






Beberapa lakaran/sketch ikan....nak lihat sila ke link ini ~

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/lakaransketch-ikan-lagi.html

Thursday, March 29, 2012

Rezekiku memang murah ~ 6th BE 2012




BE tak putus-putus sehingga kini
walaupun banyak BE dah bertukar kepada ME
tapi mungkin rezekiku memang murah
tahun ini
yang terbaru 6th BE dari
Nivea Black & White...

TQVM pihak nuffnang & pihak penaja...

so...jangan malu-malu untuk klik ya!!

Wednesday, March 28, 2012

Monday, March 26, 2012

Orkid Oncidium (Onc)


Ini adalah orkid jenis oncidium. Antara jenis-jenis orkid yang diminati oleh ramai penggemar orkid kerana amat mudah untuk dijaga dan senang mengeluarkan bunga!


pertama kali berbunga.. cantik kan!



warna merah menyerlahkan
kecantikannya!

Thursday, March 22, 2012

Dadih Jagung Instant



Memang sedap...anak-anak pun suka! Cara memasaknya pun mudah dan ringkas!
Saya gunakan dadih segera keluaran Aisy Vision Enterprise, Jitra, Kedah.


Sesiapa nak cuba dadih segera ini boleh ke link berikut :

http://aisy4u.blogspot.com/p/serbuk-dadih.html

Wednesday, March 21, 2012

Kerja Kursus Geografi : Rumusan (Pasar Malam)

Kerja Kursus Geografi : Rumusan (Pasar Malam):

Dua aspek yang perlu diambil kira :

1. Rumusan keseluruhan tentang dapatan kajian iaitu :

a) Kepentingan perniagaan pasar malam
b) Faktor mempengaruhi kegiatan pasar malam
c) Kesan negatif perniagaan pasar malam
d) Cadangan mengatasi kesan negatif perniagaan pasar malam

2. Penerapan nilai atau unsur patriotisme.

Sila perhatikan contoh rumusan di bawah :

nak lihat contohnya sila klik link berikut :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/kerja-kursus-geografi-rumusan-pasar.html

Wordless Wednesday ~ 5th BE 2012




Baik sungguh si nuffnang.com
Dapat lagi satu BE
Tak lain tak bukan dari Univ. of London


Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger



Siapa tak nak duit?
Pasti semua nak duit kan!
Jadi apa tunggu lagi..
joinlah GA ini
klik  sini .

Penaja wang tunai : BloggerWanita.com


Kena makan ubat!


Semalaman syu demam,
risau aku dibuatnya,
sudah diberi ubat sebelum tidur,
jam 5 pagi badan syu panas semula,
beri lagi ubat demam...

hari ini aku terpaksa ambil CRK
kena bawa syu ke klinik..
sudahnya syu kena makan ubat demam,
ubat antibiotik dan ubat selsema...
syu dapat MC satu hari...untuk hari ini
harap-harap esok syu dah baik...
boleh gi sekolah seperti biasa....

Monday, March 19, 2012

Kerja Kursus Geografi : Persembahan Bahan Grafik

Kerja Kursus Geografi : Persembahan Bahan Grafik:

Pelajar hanya perlu mempersembahkan dua bahan grafik. Antara bahan grafik yang boleh dipersembahkan ialah :

1. Jadual
2. Graf
3. Carta Pai
4. Peta Minda
5. Carta Aliran.

Jika membina graf atau carta pai, perlu disertakan dengan jadual. Sekiranya anda menggunakan kaedah kajian pemerhatian, anda boleh membina jadual berkaitan jenis barangan yang dijual di pasar malam seperti .........

untuk maklumat lanjut, sila klik link berikut 

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/kerja-kursus-geografi-persembahan-bahan.html

Nak tahu berapa berat blogku!

Rupa-rupanya blog ada 'berat'
ini aku tahu bila baca post tentang berat blog
dari blog ini...
http://scarlettj1.blogspot.com/2012/03/cara-timbang-berat-blog.html

ingatkan orang je ada 'berat'
taklah berat mana blogku ini..
tak sampai seminit (0.94 seconds) ..
dah boleh load ke sini..

Nak timbang blog anda juga??
Sila ke link ini..


Sunday, March 18, 2012

Pulut cawan




Sarapan pagi minggu ini, simple saja iaitu pulut cawan gaul nyior. Nak buat pun senang. Ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya...

Bahan Utama ~ beras pulut (masak seperti tanak nasi, cuma kurangkan air sedikit supaya pulut tidak menjadi terlalu lembik!). Saya masak guna rice cooker je. Senangkan:))

Bahan Pelengkap

nyior parut muda (beli je kat kedai) ~ letak garam sedikit + gaul rata.
ikan kering ~ goreng hingga garing.

Cara menghidang:

1. Bulat-bulatkan pulut sehingga agak padat, kemudian gaulkan dengan nyior.

2. Hidangkan dengan ikan kering goreng. Selamat mencuba.



Saturday, March 17, 2012

SARANG BURUNG (BIRD'S NEST)

 SARANG BURUNG (BIRD'S NEST): Kuharapkan orkidku berbunga Rupanya bukan bunga yang kudapat Yang lebih berharga...yang lebih teruja Burung bersarang di pokok orkid...

Ada anak burung 2 ekor baru menetas!

Nak lihat gambar sarang burung dan anak-anak burung ini, sila ke link berikut:


Friday, March 16, 2012

Kerja Kursus Geografi : Lampiran

Kelip-kelipan Contest: Kerja Kursus Geografi : Lampiran:

Setiap pelajar perlu menyertakan empat bahan lampiran atau lebih. Antaranya :

1. Surat-surat:

~ Surat pengenalan diri calon
~ Surat kebenaran membuat kajian
~ Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga

Semua surat-surat ini akan disediakan oleh pihak sekolah (panitia geografi) dan diedarkan oleh guru-guru mata pelajaran geografi kepada pelajar/calon. Pelajar perlu menyimpan surat-surat ini dan mengisikan maklumat yang diperlukan seperti nama pelajar/calon, kelas dan nombor kad pengenalan.

untuk mengetahui lebih lanjut sila ke link ini :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/kerja-kursus-geografi-lampiran.html

Thursday, March 15, 2012

Gaji Terbaru selepas + 13%



Berikut jadual gred gaji baru setelah ditambah kenaikan 13%. Belanjalah dengan berhemah, demi kesejahteraan semua....

Gred DG 44


Gred DG 48


Wednesday, March 14, 2012

Monday, March 12, 2012

3rd & 4th BE 2012



 Pertamanya, nak ucapkan terima kasih kepada pihak nuffnang kerana bermurah hati memilih blogku untuk meletakkan BE ketiga dan keempat bagi tahun ini. Tapi 3rd & 4th BE ini pun di blog lagi satu iaitu blog
kelip-kelipancontest.blogspot.com


3rd BE..


4th BE...

Terima kasih daun keladi,
semoga adalah lagi...



Sunday, March 11, 2012

Penulisan Kerja Kursus Geografi : Pendahuluan

Kelip-kelipan Contest: Penulisan Kerja Kursus Geografi : Pendahuluan: Terdapat 3 perkara yang perlu dititikberatkan: 1. Tajuk Tugasan ~ mesti dinayatakan dengan lengkap iaitu mengandungi kawasan kajian, daera...

Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday~terkejut!

 
Dulu bagi tempoh 3 bulan
kaji SBPA...
tup,tup,tup hari ini
PM umumkan batalkan SBPA
tapi yang seronoknya
kenaikan gaji 13 %!!!
terkejut juga tu...............

Tuesday, March 6, 2012

Bersama Danisha: Waktu makan sebagai pembentukan peribadi anak

Bersama Danisha: Waktu makan sebagai pembentukan peribadi anak:

Ibu bapa perlu menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.

Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."

"Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."


Artikel diambil dari Blog Danisha  

Monday, March 5, 2012

Sunday, March 4, 2012

Kelab Kaki Ayam???

Mula-mula tu asyik tengok,ramainya masuk blog ini..
semua kerana kerja kursus geografi PMR 2012
tapi...........
tak disangka-sangka ada juga masuk sini
nak cari "kelab berkaki ayam"

mungkin ada kaitan dengan post ini ..


Kelip-kelipan Contest: Borang Temubual Kerja Kursus Geografi : Perniagaan...

Kelip-kelipan Contest: Borang Temubual Kerja Kursus Geografi : Perniagaan...: SEK MEN KEB TANAH PUTIH, KUANTAN, PAHANG. BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012 PERNIAGAAN RUNCIT BERFOKUSKAN PASAR MALAM ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...