Sunday, April 22, 2012

Twin BE di bulan April!




Tak nak cakap banyak
Cuma nak letak gambar
twin BE yang baru dapat
semuanya di blog..

kelip-kelipancontest.blogspot.com

rajin-rajinlah klik ya...


Sunday, April 15, 2012

Tengah fikir-fikir apa nak buat 5 tahun lagi!

Terima kasih kepada rakan-rakan maya yang memberi cadangan buka bisnes bila bersara nanti. Masalah utamanya, aku ni bukannya 'kaki bisnes'! Memang tak ada langsung pengetahuan tentang bisnes! Tapi, kalau hendak tu, seribu dayakan! Jadi tengoklah dulu, mungkin boleh ikut cadangan itu bila bersara nanti. Cuma sekarang, tengah fikir "Bisnes apa nak buka"??? Buntu juga bila memikirkannya! Ada idea tak...boleh kongsi sini ya!

KKG : Format penyusunan folio yang betul

Sekarang sudah memasuki bulan April, bermakna sudah ada pelajar yang sudah siap/hampir siap membuat kerja kursus geografi. Langkah terakhir sebelum menghantar folio KKG kepada guru geografi anda, pastikan susunan folio anda disusun dengan kemas dan betul susunannya. Berikut diberikan panduan susunan folio yang betul dan mengikut format yang diberikan Buku Panduan KKG.

Untuk lihat penerangan seterusnya, sila ke link ini :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/04/kkg-format-penyusunan-folio-yang-betul.html

Wednesday, April 11, 2012

Hati berlagu riang...



Hati berlagu riang...
sabar menunggu si dia pulang...
yang sudah lama berjauhan...
moga rinduku dapat dilempiaskan
untuk mendakap dirimu sayang...

Hati berlagu riang...
ingin mendengar suara manjamu sayang...
yang kadang-kadang bertukar garang...
pabila tingkahmu terhalang...
dek kenakalan adik-adik tersayang!

Hati berlagu riang...
pabila ada jari jemari...
yang rajin memicit iklan di bawah...
he,he,he...

Friday, April 6, 2012

Lampiran : Surat-surat Berkaitan Kerja Kursus Geografi

Kelip-kelipan Contest: Lampiran : Surat-surat Berkaitan Kerja Kursus Geog...: surat-surat berkaitan yang diletakkan di bahagian LAMPIRAN . Untuk melihat contoh surat-surat ini, sila ke link berikut :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/04/lampiran-surat-surat-berkaitan-kerja.html

Semakan pertama!

Minggu ini aku agak sibuk! Sibuk mengumpulkan folio-folia kerja kursus geografi. Walaupun tarikh penyerahan folio ini masih lambat lagi, tapi aku meminta pelajar-pelajar kelas yang aku ajar menghantar kerja kursus mereka untuk semakan pertama.

Bukannya apa, bolehlah aku semak supaya boleh dibuat penambahbaikan jika ada mana-mana bahagian yang kurang! Biasanya, kelemahan yang sering dijumpai ialah bahagian peta kawasan kajian. Setelah disemak-semak, kebanyakan pelajar kelas yang aku ajar ini salah menulis bahagian 'rujukan'. Mereka menulisnya dengan format yang salah!

Bagi aku, semakan pertama ini amat penting kerana mana-mana kekurangan dalam folio itu dapat dibaiki sebelum mereka bindingkan folio mereka. Selain itu, memudahkan aku semasa membuat penilaian nanti. Semuanya sudah ikut format, jadi dapatlah markah tinggi diberikan kepada folio pelajar-pelajarku ini....:)

Monday, April 2, 2012

Tinggal 5 tahun saja lagi...

Pagi esok, ada seminar khas untuk bakal pesara! Termasuklah diri aku dan 30 orang lagi rakan setugas yang bakal bergelar pesara! Rupa-rupanya sudah lama aku berkhidmat! Kini terasa begitu cepat masa berlalu. Termasuk tahun ini, aku telah berkhidmat di bidang pendidikan ini mencecah hampir 2o tahun lebih...yang berbaki hanya 5 tahun saja lagi!

Kadang-kadang tu rasa tak sabar-sabar untuk bersara! Tapi kadang-kadang tu terlintas di fikiran....apa nak buat bila sudah bersara nanti??? Mungkin kerana kecelaruan fikiran inilah, kami dipanggil ke seminar bakal pesara esok supaya mempunyai persediaan yang cukup apabila bersara kelak!!