Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, April 6, 2012

Semakan pertama!

Minggu ini aku agak sibuk! Sibuk mengumpulkan folio-folia kerja kursus geografi. Walaupun tarikh penyerahan folio ini masih lambat lagi, tapi aku meminta pelajar-pelajar kelas yang aku ajar menghantar kerja kursus mereka untuk semakan pertama.

Bukannya apa, bolehlah aku semak supaya boleh dibuat penambahbaikan jika ada mana-mana bahagian yang kurang! Biasanya, kelemahan yang sering dijumpai ialah bahagian peta kawasan kajian. Setelah disemak-semak, kebanyakan pelajar kelas yang aku ajar ini salah menulis bahagian 'rujukan'. Mereka menulisnya dengan format yang salah!

Bagi aku, semakan pertama ini amat penting kerana mana-mana kekurangan dalam folio itu dapat dibaiki sebelum mereka bindingkan folio mereka. Selain itu, memudahkan aku semasa membuat penilaian nanti. Semuanya sudah ikut format, jadi dapatlah markah tinggi diberikan kepada folio pelajar-pelajarku ini....:)

6 comments:

  1. assalam teratai..ehem sibuknya cikgu ni..

    ReplyDelete
  2. mama aini ~ inilah kerja-kerja cikgu yg makin menimbun! demi tugas, pikul ajelah!

    ReplyDelete
  3. dah xsama keje kursus masa dulu n sekarang....

    ReplyDelete
  4. saya pun baru jer pulangkan sebahagian kerja pelajar selepas semakan pertama..laporan dptn kajian saya sepak aspek demi aspek, cepat sikit nak semak..memang mudah nak buat penilaian akhir nanti.. insya Allah

    ReplyDelete
  5. Cikgu Geo ~ betul tu, kerja kita pun jadi lebih mudah dan cepat!

    ReplyDelete
  6. Aishah Jahirah ~ betul tu. Sekarang soalan kerja kursus selaras seluruh Malaysia utk peringkat PMR & SPM!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)