Sunday, July 29, 2012

Asam Pedas Ikan Merah


Ini merupakan minggu kedua kita telah berpuasa. Jadi seperti biasa, aku akan masak untuk hidangan berbuka. Menu kali ini ialah ikan merah. Kebiasaannya masak ikan masak sweet sour atau tiga rasa. Kali ini nak masak asam pedas lah pulak.
Bahan utama~2 keping ikan merah (sederhana besar) yang telah dibersihkan dan ditoskan.
Bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
4-5 ulas bawang putih
2 inci halia
5-7 batang tangkai cili padi
4-5 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit belacan
Bahan pelengkap:
1 gelas kecil air
1 mangkuk kecil air asam jawa
Bahan perasa
1 biji tomato
Cara memasak:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing atau naik bau. Masukkan air sedikit demi sedikit semasa menumis.
2. Masukkan ikan merah dan masak sehingga ikan sedikit masak. Kemudian masukkan air asam jawa dan bahan perasa (garam dan gula atau gula melaka). Sebelum matikan api masukkan buah tomato yang dibelah 4. Siap untuk dihidangkan.

Saturday, July 28, 2012

Kelebihan orang yang berilmu...

Orang yang banyak ilmu ....

~Allah akan tingkatkan darjatnya
~Allah akan pelihara dirinya
~Ilmu akan menjaga dirinya

Oleh itu bacalah Al Quran setiap hari walaupun untuk 2 baris atau sehelai sehari. Bukan sahaja hati kita akan menjadi tenang, tetapi akan diberi ganjaran pahala juga...

Thursday, July 26, 2012

Bonus...bonus!

Gembira bila mendengar berita ini di radio IKIM pagi tadi. Pasti seronok nak raya kan! Tapi kena pandai buat kira-kira jugak takut nanti tak sampai bulan September duit dah pokai!

Dan perlu diingat, selepas bulan Ogos gaji lambat seperti biasa. Masa tu jugak anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mula mendaftar! Jadi perlu ada duit untuk persediaan mereka....jangan lupa tu..sebenarnya mengingatkan diri sendiri ini!!

Wednesday, July 25, 2012

Sunday, July 22, 2012

Topik famous di bulan puasa...

Semasa bersahur, aku dan anak-anak bersembang ...

Angah : Mak nak masak apa untuk berbuka nanti?

Mak : Entah tak fikir lagi....tak tahu nak masak apa! Tak ada apa-apa dalam peti ais...

Angah : Nampak penuh je peti ais??

Mak : Itu barang makanan goreng ...

Dalam duk fikir-fikir tu si ira menyampuk....

Ira : Masak tom yam dan ayam goreng berempahlah..

Mak : Okey...boleh je!

Selesai sudah menu berbuka puasa untuk hari ini...:)) Pagi nanti pergi beli sayur dan ayam untuk lauk berbuka puasa. Anda pula menu apa pulak...ke tapau je dari bazaar ramadhan??

Thursday, July 19, 2012

My NewBE..

Just click here
Please....
and I'll be happy...
or...
click the campaign when its
dancing in this blog.....

Tuesday, July 17, 2012

Nasi goreng ira..

Tadi pergi pasar petang tapi tak sempat nak beli sebab hujan lebat. Sampai je rumah, ira masak nasi goreng...

Ira : rasa macam nasi goreng ayah....

Aku menganguk bila merasanya!

**nasi goreng ayahnya memang sedap....aku sendiri pun tak menjadi buat nasi goreng ala suamiku itu... 

Monday, July 16, 2012

Celah tu jugak pilihannya!

Isk...isk...isk tempat tu jugak jadi pilihan simontel untuk tidur!! Tempat tu bukan saja muat-muat badannya tapi strategik jugak sebab tak boleh diganggu oleh anak-anakku ketika montel ni tidur...cerdik jugaklah kan simontel ni melindungi dirinya....dr gangguan anak-anakku....

Saturday, July 14, 2012

Fungsi petempatan Indera Mahkota

Semakin besar sesebuah petempatan, semakin besar atau banyak fungsi petempatan itu. Bagi petempatan Indera Mahkota, jelas memainkan fungsi-fungsi berikut:

1. Pusat pendidikan

~Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, petempatan Indera Mahkota ini memang berperanan sebagai pusat pendidikan. Buktinya dengan kewujudan banyaknya institusi pendidikan di sini. Antaranya UIAM, Kolej Shahputra, Kolej Komuniti dan juga sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah.

2. Pusat pentadbiran kerajaan

~Wujudnya bangunan-bangunan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan Bangunan Mahkamah juga menjelaskan peranan petempatan Indera Mahkota sebagai pusat tumpuan penduduk mendapatkan perkhidmatan pentadbiran kerajaan negeri atau negara.

3. Pusat rekreasi

~Taman Bandar yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara merupakan kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar sini terutamanya di waktu hujung minggu. Suasana yang tenang menjadi pilihan penduduk di Indera Mahkota untuk merehatkan minda setelah penat bekerja selama seminggu. Antara kemudahan yang terdapat di Taman Bandar ini ialah laluan 'jogging', tapak mainan (play ground) dan golf padang.

Petempatan Indera Mahkota sedang berkembang pesat. Mungkin pada masa hadapan, fungsi petempatan ini akan bertambah seperti menjadi pusat kesihatan dengan wujudnya bangunan perubatan yang sedang dalam pembinaan kini!!

Tidak sabar rasanya melihat perubahan fungsi petempatan Indera Mahkota ini...mungkin menjadi bandar satelit kepada bandar Kuantan...siapa tahu kan !!

Thursday, July 12, 2012

Daging bakar pedas bermadu








Terliur melihat daging bakar pedas bermadu ni...tapi telan air liur ajelah sebab masakan ini dimasak oleh along nun di hemisfera selatan! Agak-agak bilalah boleh merasa daging bakar ni...boleh kot tunggu angah balik dari sana...he,he!

Nak tahu resipi ini, klik ni ya....merah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...