Pages

Friday, December 7, 2012

Jom Makan-Makan ~ Day 1 Balik Kampung


Day 1 ~ 3 Disember 2012


Kami bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi dan sampai di Kuala Terengganu pada jam 3 petang. Malamnya kami bercadang makan di Restoran  Chilada Seafood yang terletak berhampiran dengan Pasaraya SABASUN. Makanannya memang enak tetapi servisnya agak 'slow'. Kami menunggu hampir 1 jam, barulah hidangan yang diorder diperolehi. Oleh itu jika ingin menjamu selera di sini, eloklah ditempah dahulu kerana tempahan boleh dibuat pada sebelah petangnya jika mahu ke restoran ini di sebelah malamnya.

Baiklah, jom menjamu mata melihat menu yang kami pilih untuk malam itu...

Ayam Masak Cili ~ Memang sedap!

Siakap Masak Stim Limau Nipis ~ Terbaik!

Kangkung belacan

Tomyam Campur





3 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)