Tuesday, January 29, 2013

BE/CPUV Terbaru!


Sanofi Lactacyd
BE terbaru!

Apa pandangan anda tentang produk ini?


Friday, January 25, 2013

Nasi Minyak Gulai Ayam Bawang Goreng


Sebenarnya nasi minyak dan gulai ayam ala-ala nasi minyak Warung Nasi Minyak Hashim Kedai Payang ni sudah agak lama dibuat iaitu masa cuti sekolah akhir tahun 2012 . Cuma sekarang baru berkesempatan mengupdatekannya. Resipi gulai ayamnya saya ambil dari blog coretan dari dapur oleh noormasri . Ikuti resipi gulai ayam bawang goreng di bawah...

Gulai Ayam Bawang Goreng

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 - 4 sudu besar rempah gulai nasi minyak-boleh guna rempah kurma~gaul sebatikan dengan ayam dan perapkan seketika


Bahan Kisar:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia




Bahan Kuah:

segengam bawang goreng - lagi sedap jika guna bawang besar yang digoreng sendiri
1- 2 sudu besar susu cair/susu manis
1 sudu besar sos tomato
1 - 3 biji ubi kentang - potong 4
air secukupnya

Bahan tumis:

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
minyak untuk menumis

Cara membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang disaluti rempah, bawang goreng yg diramas2 sikit, sos tomato dan susu.
3. Renehkan seketika sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan air secukupnya (gulai ni tak perlu pekat). Masukkan kentang, gula dan garam secukup rasa
5. Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia untuk dihidangkan



Thursday, January 24, 2013

Terbang lagi...



Petang tadi hantar along ke airport Kuantan. Along bertolak ke KLIA untuk pulang meneruskan perjuangannya yang bersisa setahun lagi. Semoga along pulang dengan kejayaan nanti. Malam ni along terbang lagi ke Adelaide meneruskan pengajiannya dalam bidang farmasi.

Teruskan perjuanganmu along! Pastikan segulung ijazah berada dalam genggamanmu!

Monday, January 21, 2013

Bubur nasi

Malam ni wani masak bubur nasi untuk ira yang selsema dan sakit tekak. Jadi tak ada selera nak makan. Dengar aje ira nak makan bubur, terus je wani tawarkan diri untuk buatkan bubur!

Terima kasih wani sebab sudi masakkan bubur nasi untuk ira. Kami pun tumpang sekaki merasa bubur nasi ni...

Friday, January 11, 2013

Belimbing



Pernah makan buah belimbing? Pastinya ramai sudah merasa keenakan buah belimbing ini. Buah belimbing ini sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan air/jus belimbing.




Kami pula suka makan buah belimbing ini yang ditaburi sedikit garam di atasnya dan disejukkan dalam peti sejuk....terasa keenakannya. Belimbing juga banyak khasiatnya, antaranya ialah


1) Mengandungi 90% air, 0.75% protein, 3.5 – 11% gula dan 0.7% serat.
2) Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.
3) Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.
4) Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.
5) Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.
Sumber ~



Saturday, January 5, 2013

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Resipi masak lemak cili padi kali ini adalah masakan dari Negeri Sembilan. Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan utama :  1/2 ekor ayam (potong kecil) dan panggang dalam pan ajaib sehingga kering airnya.

Bahan kisar :

1/2 inci kunyit
10 hingga 15 tangkai cili padi (boleh tambah)
sedikit santan

Bahan pelengkap :

Santan (RM4)
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur (asam keping)
1 biji ubi kentang (belah 4)
1 gelas air

Cara memasak :

1. Masukkan bahan kisar + bahan pelengkap. Hanya masukkan separuh saja santan  + 1 gelas air.

2.  Setelah ubi kentang empuk, masukkan ayam. Gula dan garam secukup rasa.

3. Masukkan lebihan santan dan tunggu mendidih. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 Sumber ~
 My Resipi Ayam masak lemak cili padi 

Friday, January 4, 2013

Oh montel!


Montel kini berusia setahun setengah. Makin montel seperti namanya....hehehe
Montel ini dari spesies mainecoon sebab tu matanya bewarna hijau! Cantikkan.  Bulunya tebal dan ekornya panjang dan berbulu semi panjang serta kembang.

Jika tidak bermain sehari dengan montel terasa sesuatu tak lengkap! Namun jika kami balik kampung, montel akan dihantar "boarding" di klinik peliharaan kucing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...